CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .

  [Copy link]
 Author| Post time 22-10-2010 12:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-10-2010 15:01

Nabi tak sebut pun haiwan halimunan atau daging halimunan, sundrik pi tambah kaa ? Dan para sahabat pun tak pernah bangkitkan persoalan haiwan halimunan atau daging halimunan jin pada Nabi kerana perkara tu tak wujud lah so para sahabat nak tanya lebih lanjut pada nabi untuk apa kan ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2010 01:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-10-2010 15:00

Hadis sahih bawah ni cukup menarik untuk di fikirkan , Nabi masuk tandas dia baca doa agar Allah melindunginya dari syaitan jantan dan betina yang ada dalam tandas .... kita tentunya pernah dengar terutama kat tandas asrama budak-budak sekolah , mereka terlihat jin menyerupa itu ini kat tandas di waktu malam lah kan kebiasaannya .  

Riwayat daripada Anas Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika hendak masuk TANDAS, Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa:Maksudnya: “Dengan nama Allah, Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari syaitan khubtsi (lelaki) dan syaitan khaba’its (perempuan)” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).   

So Nabi tunjukkan solution nya yakni cuma doa saja untuk memohon perlindungan Allah dari jin-jin syaitan yang menganggu manusia dalam tandas !  

Kenapa pi tokok tambah pakai garam lada itu ini sedangkan dalam semua hadis -hadis sahih dan ayat-ayat Quran hanya di tunjukkan cara doa/mohon terus pada Allah bila mai bab melindungi diri dari gangguan jinsyaitan ?   

Perangai suka tokok tambah serta bubuh makna tersirat ni lah yang akan menjerumuskan diri dalam kekafiran ! Apa yang jelas terang tak mahu ikut, tapi dok pi ikut apa yang tak di nyatakan langsung dalam Quran Sunnah !

So tabur garam lada keliling bangunan akan menyebabkan jinsyaitan dalam tandas - tandas bangunan tu jadi apa ? Jadi gelak laa kan tengok kebodohan manusia yang dok pi tabur garam lada keliling bangunan sedangkan syaitan jantan betina dah siap-siap ada dalam tandas kat dalam bangunan tu !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 02:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-10-2010 14:58

Dua maksud ayat Quran bawah ni jelas dah bahwa kena berdoa direct pada Allah untuk berlindung dengan Allah terus dari bisikan jin syaitan dan dari kedatangan  jinsyaitan pada kita .  

23:97  "Dan katakanlah: ""Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan setan."  23:98  "Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku."""  

So apa maksud "dari kedatangan mereka kepadaku " ?   

Tentulah dari jinsyaitan yang datang pada kita dalam keadaan menyerupa something , yang boleh menyebabkan kita jadi terkejut lalu badan boleh demam atau dapat sakit jantung akibat terkejut melihat rupa jin yang menakutkan , atau dia datang untuk masuk ke dalam badan kita lalu memporak perandakan diri kita dengan rasukan dan histeria itu ini sampai sewel  .  

Jadi samada bisikan , menyerupa atau masuk ke dalam badan , semua pun kena mohon direct pada Allah agar Allah melindungi kita secara langsung dari jinsyaitan !

So guna garam lada adalah bertentangan dengan maksud 2 ayat Quran atas ni , kerana menokok tambah benda yang memberi makna Allah tak berkuasa memakbulkan terus doa manusia tapi Allah memerlukan benda macam garam dan lada pulak sebagai perantaraan , so itu jelas syirik kerana meletakkan benda seperti perbuatan orang kafir yang pakai perantaraan salib, patung buddha , patung dewa dewi etc ketika nak berdoa !

Apabila datang perintah Allah agar berdoa terus padaNya untuk hindari gangguan jinsyaitan , maka orang2 islam tak boleh letak benda ketika nak berdoa tu ,  sebaliknya mereka kena direct terus pada Allah tanpa pakai apa-apa benda sebagai perantaraan ketika berdoa , sebab tu Nabi masuk tandas dia cuma berdoa pada Allah tanpa guna benda itu ini pulak disamping doanya tu  !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 03:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-10-2010 15:16

kalau tokok tambah sesuka hati dan bubuh makna tersirat sana sini menurut minda sendiri di benarkan dalam Islam, maka tiada lagi kesucian agama Islam kerana makna pada ayat Quran dan hadis sahih boleh di ubah sesuka hati sebagai tersirat .

Maka semua agama boleh cari dalil Quran Sunnahlah jawabnya kerana sesiapa pun boleh guna ayat-ayat Quran dan Hadis-hadis sahih dengan di letakkan makna sendiri sesuka hati saja sebagai tersirat, ayah pin tentunya tak sukar nak dapat dalil Quran Sunnah kalau lagu tu kekdahnya , itu tersirat ini tersirat  !   

Sebab tu pemahaman kena menurut apa yang jelas tersurat , melainkan ada nas Quran Sunnah jelas yang menceritakan ia tersirat baru boleh di anggap tersirat !

So tersirat atau tidak bukan minda sendiri yang tentukan,  tapi kena bersandarkan pada Quran Sunnah jugak untuk mengenali samada sesuatu ayat atau hadis tu tersirat atau tidak !
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 03:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 22-10-2010 15:30
daging halimunan seperti haiwan halimunan peliharaan jin ka ? Nabi tak reti sebut halimunan kah yang menyebabkan kau kena tafsir halimunan secara tersirat pulak ? Kalau halimunan maka Nabi akan sebut halimunan lah ! Ini tidak !
blastoff Post at 22-10-2010 12:21


Jin tu makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Binatang Jin pun makhluk yang tak dapat dilihat oleh manusia. Apa nak dihairankan dengan isi pada tulang yang tidak dapat dilihat oleh manusia atau Jin!

Ayat tu dah tersurat jelas maksudnya, tapi kau pi tafsir:
Tapi yang di sebut dalam hadis sahih muslim yang saya merahkan tu adalah tulang bersalut isi dan najis yang datangnya hasil dari makanan haiwan peliharaan , so jelas sekali ayat ini dalam hadis tu " The time it will fall in your hand it would be covered with flesh, and the dung of (the camels) is fodder for your animals.  " di tujukan pada para sahabatnyayang sedang mendengar ketika tu , yakni tulang yang jatuh ke tangan para sahabat sudah tentulah masih bersalut isi  , dan najis haiwan pulak adalah datangnya dari haiwan ternakan para sahabat yang di beri makan dengan rumput kering !


Cuba lihat balik:
He (the narrator) reported. We said: Messenger of Allah, we missed you and searched for you, but we could not find you and we spent the worst night which people could ever spend. He (the Holy Prophet) said: There came to me an inviter on behalf of the Jinn and I went along with him and recited to them the Qur'an. He (the narrator) said: He then went along with us and showed us their traces and traces of their embers. They (the Jinn) asked him (the Holy Prophet) about their provision and he said: Every bone on which the name of Allah is recited is your provision. The time it will fall in your hand it would be covered with flesh, and the dung of (the camels) is fodder for your animals. The Messenger of Allah (may peace be upon him) said: Don't perform istinja with these (things) for these are the food of your brothers (Jinn).

قَالَ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَدْنَاكَ فَطَلَبْنَاكَ فَلَمْ نَجِدْكَ فَبِتْنَا بِشَرِّ لَيْلَةٍ بَاتَ بِهَا قَوْمٌ فَقَالَ أَتَانِي دَاعِي الْجِنِّ فَذَهَبْتُ مَعَهُ فَقَرَأْتُ عَلَيْهِمْ الْقُرْآنَ
قَالَ فَانْطَلَقَ بِنَا فَأَرَانَا آثَارَهُمْ وَآثَارَ نِيرَانِهِمْ وَسَأَلُوهُ الزَّادَ فَقَالَ لَكُمْ كُلُّ عَظْمٍ ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ يَقَعُ فِي أَيْدِيكُمْ أَوْفَرَ مَا يَكُونُ لَحْمًا وَكُلُّ بَعْرَةٍ عَلَفٌ لِدَوَابِّكُمْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَا تَسْتَنْجُوا بِهِمَا فَإِنَّهُمَا طَعَامُ إِخْوَانِكُمْ

Yang digariskan tu berkaitani Jin (Da'i) yang bertemu Rasulullah SAW. Hanya ayat terakhir dari hadith tu (yang tidak digariskan sahaja) ditujukan pada para sahabat, di mana kalimah ikhwanikum ( إِخْوَانِكُمْ : saudara mu) tu merujuk kepada Jin Islam.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 03:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-10-2010 15:34

Ketika berdoa apabila guna lada garam maka samalah macam guna patung buddha atau patung dewa dewi hindu ketika berdoa !

So mnm 77 , kau nak percaya haiwan halimunan ka daging halimunan ka itu lantak kau lah, tapi kenapa menghalalkan untuk guna perantaraan pada perkara yang Allah suruh direct bermohon padaNya secara berdoa terus ?  

Apabila kau halalkan perbuatan mengguna garam lada untuk hindari gangguan jinsyaitan maka kau dah jelas menolak hadis sahih dan ayat-ayat Quran bawah ni ! So kau nak pusing kok mana lagi ?  

23:97  "Dan katakanlah: ""Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan setan."  23:98  "Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku."""  

Riwayat daripada Anas Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika hendak masuk TANDAS, Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa:Maksudnya: “Dengan nama Allah, Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari syaitan khubtsi (lelaki) dan syaitan khaba’its (perempuan)” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2010 03:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 22-10-2010 15:38
Apabila kau halalkan perbuatan mengguna garam lada untuk hindari gangguan jinsyaitan maka kau dah jelas menolak hadis sahih dan ayat-ayat Quran bawah ni ! So kau nak pusing kok mana lagi ?
blastoff Post at 22-10-2010 15:29


Ayat dan hadith itu UMUM berkaitan perlindungan dari Syaitan, tak sebut pun HARAM guna garam untuk ikhtiar perubatan bagi yang ditimpa musibah gangguan FIZIKAL dari Jin.

Saya nak tanya kau, adakah memukul orang yang dirasuk Jin sebagai rawatan dikira MENYALAHI ayat dan hadith yang kau bawa tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 03:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-10-2010 15:45
Ayat itu UMUM, tak sebut pun HARAM guna garam.

Saya nak tanya kau, adakah memukul orang yang ...
mnm77 Post at 22-10-2010 15:34


Kenapa nak kena sebut secara spesifik "garam" pulak ? Kau ingat Tuhan bodoh kah ? Manusia boleh guna apa saja bukan setakat garam , so adakah Allah kena sebut semua benda kat dunia ni satu satu secara spesifik  ???

Semua benda satu persatu perlu di sebut ?? Apa akan jadi pada kitab Allah kalau Allah kena sebut semua benda secara satu - satu gitu ?   kitab Allah akan jadi dictionary lah jawabnya ! Lihatlah cara mnm 77 berfikir .... betapa songsangnya cara dia berfikir !  

Nabi berdoa nak masuk tandas pun umum jugak kaa ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2010 03:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-10-2010 15:53
Ayat dan hadith itu UMUM berkaitan perlindungan dari Syaitan, tak sebut pun HARAM guna garam unt ...
mnm77 Post at 22-10-2010 15:34


yang di bubuh keliling bangunan tu bukan kerana di rasuk, baca lah di website harun din tu haa, ia kerana ada kontraktor dan pekerja yang NAMPAK bayangan aje, so bukan isu rasuk tapi isu nampak aje !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 03:49 PM | Show all posts
lagi-lagi di bangkitkan bab perubatan, padahal di bincangkan bab bangunan ada jinsyaitan, tup tup dok ulang hujah basi pulak !Takdak hujah lain lagi dah ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 03:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-10-2010 15:53

so apa kena mengena rasukan dan lempar garam lada keliling bangunan pejabat ? Rasukan berlaku dalam diri manusia tapi kenapa keliling bangunan pulak jadi sasaran ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 03:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 22-10-2010 15:59
lagi-lagi di bangkitkan bab perubatan, padahal di bincangkan bab bangunan ada jinsyaitan, tup tup dok ulang hujah basi pulak !Takdak hujah lain lagi dah ka?
blastoff Post at 22-10-2010 15:49


Bukankah kalau Jin masuk ke dalam badan manasia itu, badan manusia dah jadi 'tempat' bagi Jin itu? Selagi tiada gangguan fizikal, selagi itu manusia tidak diganggu secara fizikal. Bila ada gangguan fizikal, seperti 'sentuhan' Syaitan, maka itulah yang terjadi histeria atau kerasukan....

Dan kalau Jin ada buat gangguan fizikal kepada manusia pada tempat-tempat tertentu tu, bukankah tempat tersebut dah jadi 'tempat' bagi Jin?

Kalau tiada gangguan fizikal, tak perlulah ikhtiar perubatan! Tak kiralah samada pada badan manusia mahupun tempat!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 04:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 25-10-2010 15:45
Kenapa nak kena sebut secara spesifik "garam" pulak ? Kau ingat Tuhan bodoh kah ? Manusia boleh guna apa saja bukan setakat garam , so adakah Allah kena sebut semua benda kat dunia ni satu satu secara spesifik  ???
blastoff Post at 22-10-2010 15:42


Kenapa sampai keluar perkataan sangkaan TUHAN BODOH???????? Kau ingat kau tu pandai sangat?

Tiada siapa paksa kau guna garam, KAU TU YANG KALUT NAK SESATKAN ORANG LAIN YANG GUNA GARAM! Bila diminta kesaksian Ulama, sampai sekarang tak mahu jawab!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 04:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-10-2010 16:27
Kenapa sampai keluar perkataan BODOH???????? Kau ingat kau tu pandai sangat?

Tiada siapa paks ...
mnm77 Post at 22-10-2010 16:03


orang yang nak menyesatkan manusia lain sudah tentulah tak akan paksa orang untuk sesat , sebaliknya dia akan guna perkataan yang indah-indah belaka untuk menipu manusia , dalam ertikata lain mengajak kepada kesesatan secara lembut dan indirect  !   

Kalau paksa maka dah sah tak sesat , kerana kesesatan yang di kira Allah adalah kesesatan yang di pilih untuk di buat secara sukarela dan bukan secara di paksa !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 04:31 PM | Show all posts
Bukankah kalau Jin masuk ke dalam badan manasia itu, badan manusia dah jadi 'tempat' bagi Jin it ...
mnm77 Post at 22-10-2010 15:56


tempat jin ? Sa kata orang claim nampak saja maka teruih jadi tempat jin ? Phuyoo punya percaya cakap manusia biasa noooo .

Tu haa dalam hadis Nabi sebut jelas dalam toilet ada jinsyaitan jantan dan betina so toiletlah tempat jin, kau nak tolak kah hadis Nabi tersebut dan kau percaya cakap manusia biasa pulak ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 04:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-10-2010 16:38

Cakap nabi dia pandang sepi sebaliknya cakap manusia biasa dia percaya tak mau-mau pulak ...

kau percaya ulama face to face kan, so itu jelas bukan ulamak muktabar tapi "ulama" yang bernama harun din , nazim haqqani dan seangkatan dengannya , kerana ulamak muktabar seperti imam shafie, ghazali, al maududi semua dah meninggal dah dan tak boleh face to face dengan mereka lagi dah . Sori laaa saya tak pakai laa cakap "ulama" sesat face to face gitu !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2010 04:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-10-2010 17:28

"Sanad" dan "face to face" merupakan ajaran tariqat naqshabandi , di pelopori oleh syeikh nazim haqqani yang percaya semua pengikutnya kena membayangkan dia di hadapan mereka ketika berzikir agar boleh face to face , sampaikan apabila mulut berzikir " Allah" pun minda kena membayangkan wajah syeikh di depan.   

Dan nazim haqqani juga percaya ajaran yang dia bawa bersanadkan secara direct dari Rasulullah jadi pengikut tariqat ni memanjang akan utamakan sanad ke hulu ke hilir dalam membicarakan hadis-hadis sahih ! Nanti saya bawakan website pengikut tariqat ni yang mengajar bab sanad di tempat ceramah la !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 05:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-10-2010 17:21

ok, ini blog sorang ustaz yang dok ceramah ke hulu ke hilir bab hadis bersanad , tapi ustaz ni pengikut taksub syaikh Hisham Kabbani yang merupakan ketua tarikat naqshabandi di Amerika dan deputy pada syaikh Nazim Haqqani pengasas tarikat naqshabandi !

     http://www.ustazamin.com/2010/05/universiti-kehidupan-150-majlis-bersama.html  


Ni link untuk info mengenai syaikh Hisham Kabbani  
http://www.sunnah.org/about/shaykh_muhammad_hisham_kabbani.htm

So berapa banyak ustaz-ustaz yang dok ceramah di masjid dan di tempat-tempat ceramah yang mengamalkan ajaran tariqat naqshabandi ? Ntah, so kena hati-hati ilmu yang di terima di tempat-tempat ceramah, kena selidik betul-betul untuk memastikan ilmu itu menepati Quran Sunnah ! Jangan di selitkan kepercayaan karut naqshabandi dah laa !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 05:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-10-2010 17:36

Pengikut tariqat naqshabandi akan suruh orang awam rely kat ulama face to face dan hadis bersanad mereka aje, dan mereka anti kalau orang awam buka terjemahan Quran dan terjemahan hadis-hadis sahih untuk menyelidik sendiri , kerana selagi orang awam bergantung sepenuhnya kat depa untuk belajar "Quran Sunnah" maka selagi tu depa boleh tipu orang awam dengan selit sana sini ajaran tariqat naqshabandi dalam ceramah depa , dan orang awam tentunya takkan sedar penipuan yang di selitkan kalau orang awam dok rely fully kat depa aje kan untuk belajar agama .
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 10:17 PM | Show all posts
Bagus ni......Tabur garam halau hantu ni cara kristian. Allah dah terangkan cara2 jauhi hantu/setan kenapa nak tambah2? Tapi mcm biasa la orang Melayu, bila ada persoal tokoh ugama mcm Harun Din nanti depa cakap..."Ko sapa nak pertikai Harun Din?"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.176783 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list