|
PENJAGAAN SEHARIAN..
PAGI:bekalkan makanan yang baru dan segar serta isi bekas minumam dengan air minuman yang segar.Bersihkan segala najis serta kotoran,periksa jika makanan telah dimakan dan najis adalah normal.Periksa juga jika botol minumam berfungsi dengan baik
PETANG:Tambah makanan(pellet)dan bekalkan rumput 'hay''
MALAM: Tambah makanan yang baru dan segar serta isi bekas minumam dengan air yang segar.Bersihkan segala najis serta kotoran.periksa semuanya dalam keadaan baik dan untuk pengetahuaan arnab makan lebih banyak pada waktu malam..hampir 75% |
|
|
|
|
|
|
|
PENJAGAAN MINGGUAN..
Bersihkan tempat arnab anda,sikat bulu arnab anda (jika arnab anda baka berbulu tebal dan panjang seperti anggora ataupun jersey wolly). |
|
|
|
|
|
|
|
PENJAGAAN BULANAN
Bersihkan dan gosok tempat arnab anda dengan menggunakan ubat pembasmi kuman seperti dettol ataupun clorox untuk membasmi bekteria.jangan simpan arnab anda kedalam tempat mereka sehingga tempat itu kering sepenuhnya.Anda juga perlu memeriksa kuku arnab anda,jika panjang potonglah kuku supaya anda tidak dicakar. |
|
|
|
|
|
|
|
APA YANG BERLAKU PADA RABBIT SAYA....
KEMBUNG PERUT.
selalunya berlaaku pada arnab yang memakan daun hijau yang berlebihan setelah tidak diberi dedaun hijau untuk suatu tempoh yang panjang.
CIRIT
Cirit selalunya disebabkan oleh pemakanan yang tidak teratur.ia juga boleh berlaku jika arnab diberi dedaun atau pellet yang berlebihan.terdapat juga masalah cirit yang berpunca dari peningkatan kandungan bekteria bermasalah spt SACCHAROMYCOPSIS SPP, CLOSTRIDIUM SPP,atau yis.cirit yang disebabkan jangkitan kuman selalunya mengakibatkan radang pada lapisan usus dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera.Kebanyakkan vet akan merawat cirit yang teruk sebagai Coccidia(coccidiosis).Antibiotik yang berasaskan sulfat akan diberi,apabila antibiotik digunakan dalam rawatan,pastikan arnab diberi larutan probiotik untuk menambah semula mikroflora baik dalam usus.
Selain itu,pemilik aranab disarankan memberi cecair ORS(Oral Rehydrated Salt)yang boleh di beli di 7eleven,watson.dan sbgainya..dan diberikan kepada arnab bagi mengelakan kekering atau dehidrasi pada badan arnab.
APAKAH ITU COCCIDIOSIS
Coccidiosis adalah sejenis penyakit usus yang menjangkiti beberapa spesies haiwan mamalia spt kucing, arnab termasuk manusia.Agen penybabnya adalah PROTOZOAyang berkemampuan untuk berganda dengan cepat. Cara protuzoa ini menyebabkan kerosakan kepada perumah ialah melalui pembiakan yang tidak terkawal pada dinding usus sehingga menyebabkan penipisan lapisan dalaman usus.Pembiakan ini berlaku dalaam beberapa peringkat sebelum OOsis dihasilkan dan dikeluarkan dari badan perumah melalui najis
SELSEMA
Antara jangkitan yang sering berlaku pada arnab dan manusia,simptom pada arnab adalah sama dengan simptom yang terdapat pada manusia-mata dan hidung berair,bersin dan batuk.akan tetapi pada arnaab,selesama adalah disebabkan oleh bekteria dari genus Pastulla.jangkitan boleh merebak hingga ke peparu dan mengakibatkan radang peparu.ia juga boleh merebak hingga ke bahagian tengah telinga dan mengakibatkan hlang keseimbangan badan serta masalah di sekitar tengkuk.Rawatan awalk dengan memberi antibiotik dapat mengawal simptom ini..
sekian terima kasih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fakta Daging Arnab
Sebahagian masyarakat menganggap bahawa daging arnab adalah seperti kucing dan juga berkeberatan untuk memakannya. Bagi yang beragama Islam daging arnab adalah halal dimakan tanpa perlu berprasangka terhadap kesahihannya. Tahukah anda daging arnab adalah daging yang sgt baik jika dibandingkan dengan daging haiwan lain. Bukan setakat itu sahaja, daging arnab juga mempunyai byk manfaat dan juga boleh mengubati pelbagai penyakit kronik. Baik mari kita berkongsi ilmu tentang kebaikkan daging arnab.
Selain mempunyai rasa yang lebih enak berbanding dengan rasa daging haiwan lain seperti ayam dan itik, ia juga dikatakan mempunyai khasiat tersendiri untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan terutamanya bagi golongan lelaki. Ada pihak berpendapat bahawa dgn memakan daging arnab mampu meningkatkan tenaga batin orang lelaki. Pendapat ini telah pun dibuktikan secara ilmiah. Bardasarkan kajian yg dilakukan, daging arnab mengandungi asid lemak tak tepu dan kadar protein yang amat tinggi sehingga dapat memberikan kesan yg baik terhadap kesihatan manusia.
Mengkut kajian yang telah dijalankan,membuktikan daging arnab mengandungi kadar protein yang tinggi dan boleh diserap oleh tubuh secara langsung sehingga menghasilkan tenaga. Disebabkan oleh itu ramai masyarakat yang memakan daging arnab mempercayai daging arnab dapat meningkatkan tenaga batin.
Rendaah lemak
Berdasarkan khasiatnya yang dapat meningkatkan kemampuan golongan lelaki, daging arnab memiliki banyak persamaan dengan daging kambing. Kelebihannya adalah terdiri daripada kandungan protein yang lebih tinggi dan kadar lemak yang sgt sedikit.
Ia bukan saja dapat meningkatkan tenaga, malah dapat memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel-sel baru dan meningkatkan kecerdasan otak. Oleh itu, ibu bapa disarankan utk menyediakan menu yg terdiri daripada daging arnab untuk keperluan tumbesaran anak-anak yg baik.
Daging arnab dapat mengempiskan perut dan melawaskan air kencing jika dimakan dlm kuantit yg mencukupi. Daging arnab yg terdapat pada bahagian kepala jika dimasak dan dimakan dapat mengubati penyakit demam malaria.
Rendah Kolestrol
Selain mempunyai kadar protein yg tinggi, daging arnab juga mempunyai kandungan serat halus yg tinggi. Kandungan airnya juga lebih tinggi(67.9%) berbanding dengan ternakan lain seperti ayam pedaging, lembu atau biri-biri. Kadar lemak yg terkandung di dalam daging arnab adalah 75g/kg di mana sebahagian besar lemak tersebut adalah dalam bentuk tak tepu. Selain itu, paras kolestrol di dalam daging arnab rendah iaitu 1.39mg/kg manakal kandungan natrium hanya 399mg/kg.
Baiklah setelah anda membaca fakta-fakta berkenaan daging arnab ini apa pendapat anda? Masih ragu-ragu untuk memakan daging arnab?Cuba dahulu dan anda akan merasai kelebihan yang terdapat di dalamnya. Ubah persepsi dan minda anda tentang daging arnab dan cuba dapatkan kelebihannya sekarang nescaya anda akan dapat merasainya insyaAllah..Belum cuba, belum tahu..Dah cuba baru tahu..majulah arnab untuk negara.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Miss me?
http://thefluffies.wordpress.com |
|
|
|
|
|
|
|
Miss Shiro?
http://thefluffies.wordpress.com |
|
|
|
|
|
|
|
ala comeynyer shiro nie..gmbar ciko pon lama xtempek kat sini xpa la ptg nie nk bawa dpa sume p men bleh la dd snap gmbar depa...lama dh depa nie xkuar p jln2 n main2 .. |
|
|
|
|
|
|
|
meo kmbali skit perut..huaaaa..
tghari td lps dd blk dri bawa baby potong gg dia dd tgk meo muddy sgt xmaw mn lgsg pastu dd tgk cm ada smthing yg xkena trus la angkat dia tgk2 abis dh taik dia menempek kat bawah tue hmm...nie sume sbb dd bawa dpa p men kat padang smlm la..lama sgt tak makn mknan ijaw fresh nie jd cam tue la...tp dd dh bg mkn ubat dh..
doakan meo cpt shat yer semua... |
|
|
|
|
|
|
|
d nii.. org dh kata dah jgn bg mkn rumput fresh..rumput kering kan ada? hinsshhhinsshh ne nak mrh ne. budak tu mana fully recover lagik. tgu my blk kg, bokmai suma anak2 kt my
bleh? bleh? |
|
|
|
|
|
|
|
baiklah jga la dpa plak..hehehe..
ha dd nk bli cage bru kat depa tp yg bsaq pnya kli nie..scondhand ja la..
xp tgk lg cena kdaan cage tue.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua!
Aku baru je tiba2 teringin nak beli rabbit.. tapi tak reti sgt la..
ada sesiapa boleh tolong bagitahu kat mana ada klinik haiwan yg bagus tak? |
|
|
|
|
|
|
|
vet kt pj. blakang stesen lrt asia jaya, depan hotel singgahsana |
|
|
|
|
|
|
|
slm butter.. slmt join~~ |
|
|
|
|
|
|
|
btter dkt mna?
slmt join.. |
|
|
|
|
|
|
|
geng.. please help.. kat mana nak neuter/spay kan renab nih?
any recomendation dari kawan2 yg dah pernah buat? |
|
|
|
|
|
|
|
p kat jabatan haiwan la dorng bleh neuter...
kalu p dkat vet swasta pon bleh gk tp mahal la kot...
better butter pegi ja dkat jabatan haiwan murah skit..
mana2 jabatan haiwan pon rasa boleh kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah try call jabatan haiwan tadi... yg kat shah alam.. tak buat. Tapi they asked me to call again esok untuk bincang dgn dokte Deeba, tengok kalau2 dia setuju nak buat.
then call jabatan haiwan cheras- pun tak buat gak.
Pastu call UPM.. pun tak buat gak..
tensen la lagu nih... |
|
|
|
|
|
|
|
luv.. ape nama klinik tu & how much is the cost untuk menyunatkan renab-renab tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|