CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nonis

JANGAN MATIKAN LAMPU TIDUR

[Copy link]
Post time 25-8-2016 01:14 PM | Show all posts
Bagus jugak citer pengalaman ko ni tt...pengetahuan baru utk aku & semua. Thanks & keep it up!

Errr...jgn malu2 sambung citer ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2016 02:55 PM | Show all posts
dasatnya cerita TT ni.suspen jugak ustaz tu nak merawat,ingtkn TT yg jadi saka harimau tu.

saya kerap mmpi megandung n mnyusu kan anak.tapi benda tu jadi bila saya bnyk tinggalkan solat.bila saya teguhkan balik benda tu tak jadi,tpi bla saya leka saya mesti mmpi benda tu.

sambung cept TT
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 04:49 PM | Show all posts
#sayasuka... saya pon nak lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2016 04:56 PM | Show all posts
terima kasih pada semua yang sudi singgah.. kalau diikutkan pengalaman aku tak adalah se seram dan se ekstrem benang-benang lain..  tapi rasa seronok share cerita, kita sama2 share cerita satu sama lain mungkin ada sesuatu perkara baru boleh belajar kan kan kan..

nanti aku sambung ye next part.. da tak lama dah nak tamat.. hehe... aku rasa kalau aku share pengalaman S lagi syok kot tu pun kalau dia izinkan.. hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
tak sabar menunggu update tt...  asyik jenguk benang ni jaa... nanti dah abih cerita tt sambu g cerita S pun ok jugak... mesti macam2 entiti yg S pernah nampak&jumpa.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2016 04:57 PM | Show all posts
Edited by nonis at 27-8-2016 05:05 PM

Sorry semua lambat update, malam sikit jika ada kelapangan aku sambung ye. Terima kasih sudi baca

PART 11: DIA IKUT KAMU BALIK

Cuti semester sudah tiba. Aku dan keluargaku akan berangkat ke kampung di utara semenanjung. Seperti selalunya, kami akan terus menuju ke kampung sebelah mak dahulu kemudian baru beransur ke kampung sebelah ayah memandangkan jarak antara dua tempat lebih kurang 45 minit. Mak sudah awal-awal lagi memberitahu kali ini kita akan pergi berubat akan gangguan yang aku alami . Khabarnya, jiran nenekku boleh mengubati orang. Ramai yang datang dari dekat mahupun jauh mahu berubat dengannnya yang aku gelarkan macik F.

Aku mengiyakan sahaja apa yang mak kehendaki. Setiba di kampung, ‘port’ biasa bagi keluargaku untuk membentang tilam untuk tidur di hadapan ruang tamu jika tiada saudara mara lain pulang. Aku seperti biasa, paling sukar melelapkan mata jika berada di tempat lain dari kebiasaan. Malam itu, sewaktu semua sudah melelapkan mata kerana kepenatan seharian perjalanan dari selatan ke utara, mata aku masih belum mahu pejam. Sesekali terdengar bunyi di atas bumbung ke hulu ke hilir berlari. ‘Tupai atau lotong mungkin,’ Bisik aku yang mahu menyedapkan hati. Akhirnya aku terlena juga.
Keesokannya, aku didapur bercerita dengan atuk (nenek) dan mak mengenai Macik F. Macik F yang aku kenal, tidak pernah aku tahu akan kelebihannya mengubati orang. Selama aku pulang ke kampung dan bertegur sapa dengan Macik F, tidak pernah aku mendengar akan kelebihannya. Atukku mula membuka cerita. Makcik F baru sahaja mengubati orang baru beberapa bulan. Katanya, macik F mendapat alamat di dalam mimpi yang menjadikan nya dapat mengetahui akan gangguan berlaku kepada orang yang mengalami  gangguan. Selebihnya, aku antara percaya atau tidak apa yang disampaikan atukku. Aku sekadar mengiyakan sahaja.
Petang itu selepas asar, aku, atuk dan mak berjalan kaki ke rumah makcik F. Berdebar-debar hanya tuhan sahaja yang tahu. Iyalah, mungkin macik F dpat membaca orang, habislah kantoi segala cerita-cerita aku yang bukanlah baik sangat ini pada mak. Habislah aku habislah. Bisik aku dalam hati. Perjalanan tidak jauh, hingga peluh juga belum sempat mahu menitik, kami sudah tiba di rumah macik F.

Comel sungguh rumahnya yang baru sahaja dicat dengan wana pink. Warna raya mungkin. Salam diberi tanda kami sudah sampai.Macik F menyambut salam kami sambil menjengukkan kepala di pintu.

“jemputlah masuk”. Sambung macik F.
Wah, luas sungguh halaman ruang tamu macik F. lantai yang beralaskn tikar getah cokelat itu, kelihatan bersih dan lapang itu amatlah seronok  jika dpat bergolek dari hujung ke hujung. Kami di jemput untuk masuk ke dalam bilik yang pertama di sebelah kiri. Aku duduk berhadapan dengan macik F, mak di sebelah kanan dan atuk di sebelah kiri. Di sebelah kiri atuk ada sebuah katil quen dan almari pakain di sebelah kanan. Katil itu tidaklah rapat ke dinding, ada sedikit ruang di sisi katil. Memandangkan sudah lama tidak bertemu, bukan main panjang mukadimah dan kata aluan dari mak dan macik F. Berbagai topic yang diceritakan hingga aku di tengah-tengah hampir2 mereput dan menunggu cendawan tumbuh untuk dipetik. Tak mengapa, aku diamkan sahaja. Sekali sekala macik F memandang aku dengan kerling mata. Apa yang macik F ni dapat baca dari air muka aku? Aku tertanya-tanya juga bagaimana kaedah rawatan macik F.

Kemudian barulah macik F mula bertanya apa yang aku alami. Aku hanya berdiam, mak yang ceritakan pada nya. Sesekali aku menyampuk jika ada beberapa fakta dari mak yang agak kurang tepat. Macik F seakan berkerut dan mengangguk angguk mendengar cerita kami. Makcik F duduk di atas sejadah. Aku perhatikan di tangan kananya memegang tsbih putih bertulisan hijau, cantik dan tidak pernah aku temui.Biji2 tasbihnya tidak lah besar, saiz seperti biasa yang kita gunakan, tetapi butir2 bijinya bertulisan warna hijau dan amat putih bersih, menarik hati aku yang melihat.
“ saya ni bukanlah pandai sangat, tapi saya tolong mna yang mampu,kita ikhtiar, terpulang nak percaya atau tak insyaallah saya cuba tolong.” Jelas macik F.

Macik F meminta aku duduk betul2 berhadap dengannya. Macik F betul2 menghadap aku sambil tangannya memegang tasbih seakan akan meratib (betul ke ayat yg aku gunakan?), berzikir mungkin. Oh ya, aku hanya cerita tentang masalah aku yang sukar tidur, diganggu waktu tidur dan mimpi yang pelik2, tetapi aku tidak bercerita akan perkhemahanku dan apa yang aku lihat sewaktu dalam hutan, kerana aku belum yakin gangguan yang aku alami berkaitan dengan perkhemahan ku.

Kemudian macik F mula bertanya dengaknku beberapa soalan sambil memejam mata rapat, hanya tangan masih memegang tasbih , meratib.

Macik F : “kamu ada masuk hutan tak?”
Aku : “ Ada.”
Macik F : “bila last kamu masuk hutan?”
AKu : “ erm, haritu saya masuk hutan saya pergi mandi2 dengan kawan2 saya dekat air terjun”.
Ya aku ada pergi ke air terjun bersama-sama rakan2 mandi manda, part ini rasanya mak tak tahu jadi disini kantoi akan perkara ini adoii
Macik F : “ Bukan, bukan mandi air terjun. Bukan basah. Ni masuk hutan, kamu ada pergi berkhemah ke?”
Aku : “ ada. Tapi da lama tahun lepas.”
Macik F membuka mata.
Macik F : “ ha betul la tu, kamu masuk hutan waktu berkhemah ni. Ada yang ikut kamu balik sebab kamu Nampak dia. Tapi dia tak kuat nak masuk , dia kacau je. Dia ada dekat sini , dekat belakang tu , hishhh meremang pulak saya”
Jelas macik F sambil menunjuk ke arah penjuru katil. Macik F tidak berpaling, tetapi hanya menunjuk menggunakan isyarat tangan.  Aku tergamam. Bagaimana macik F tahu akan perkhemahan aku, dan betul ke apa yang macik F katakana ada yang mengikut aku?
Aku : “ hah yeke? Benda tu macam mana cik?”
Bersambung…(huhu bagi suspen sikit biar korang tertanya2 hehe jangan marah )
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-8-2016 05:24 PM | Show all posts
aku da tanya S, dia tak berapa gemar kisah2 dia dicerita pada orang ramai jadi kita hormat ye permintaan dia . Apa yang boleh aku share aku dengan S masih sama2 lagi sampai sekarang, dia takde nampak2 lagi sekerap macam dulu,  tapi biasalah makhluk2 ini ada dekat mana2 cuma tak tunjukkan diri. Tapi S selalu cakap dengan aku, ada jin betina suka dekat dia and nak pisahkan kami, sebab dia pernah warning akan buat kami porak peranda dan tak akan dapat bersama dengan aku. huhu, wallahualam.
Btw, kitorang belum kahwin lagi dalam perancangan. Insyaallah doa2 kan kami ye..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 11:19 PM | Show all posts
nonis replied at 27-8-2016 03:57 PM
Sorry semua lambat update, malam sikit jika ada kelapangan aku sambung ye. Terima kasih sudi baca :l ...

Bersambung pulak...Penulisan nonis mcm ala novel, menarik

Selama ni ingatkan si S tu perempuan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2016 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
ala ..cepatla sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2016 12:26 PM | Show all posts
PART 12 : KAMU ADA PENJAGA

Aku : “ hah yeke? Benda tu macam mana cik?”
Macik F : “Tinggi, pakai baju warna putih, rambut panjang sampai kaki tak Nampak muka”.
Gulpppp.

Macik F: “ Dia nak masuk tak boleh, jadi dia kacau2 aje. “
Macik F kemudian membaca2 ayat yang aku tidak pasti tentang apa, sambil tangannya masih memegang tasbih meratib. Matanya kembali dipejam sambil mulut terkumat kami mebaca ayat2 suci Al-Quran. Suasana sepi, senyap. Semua memerhatikan sahaja gerak laku macik F. Lebih kurang 10 minit suasana sepi, tiba-tiba macik F bersuara.

Macik F : “ Insyaallah dia tak kacau lagi. Cuma, kalau boleh nanti kamu datang lagi sekali untuk putus ubat. Bawak satu botol air putih untuk buat air penawar, lepastu cari 7 kolah air masjid buat mandi setiap kali sebelum maghrib. Selawat, baca ayat kursi, 3 qul dgn al fatihah sebelum mandi ye. “

Jelas macik F, tanda mengakhiri sesi merawat. Mudah, senang, telus. Alha
mdulillah. Mudah sekali sesi rawatan bersama macik F. Macik F juga menyambung, dia akan buat solat hajat pada sebelah malam nanti memohon pada Allah supaya dipermudahkan urusan. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak lega juga rasa hati. Macik F Nampak seperti ada sesuatu yang ingin dikatakan.
Macik F: “ Saya nak cakap sikit ye harap jangan ambil hati. Yang saya nampak ni, sebelah udin (ayah aku bukan nama sebenar) , dulu arwah bapak dia boleh berubat orang kan, kalau betul dia ni keturunan siam pattani. Sebelah mak dia pulak jawa tengah. Ada penjaga ni yang menjaga dia (aku), tapi dia tak kacau dia Cuma jaga. Mungkin jugak sebab tu benda2 macam tadi tak dapat masuk.”

Jelas macik F, ringkas padat, tepat. Mak, atuk dan aku terdiam. Macam mana se ‘detail’ itu macik F dapat meneka dengan betul salasilah keluarga sebelah ayah aku, sedangkan ayah aku tiada disitu bersama, dan mak sikit pun tidak pernah bercerita. Allahuakbar, hebat betul pemberian tuhan padanya. Mak mengiyakan da mula bercerita sedikit sebanyak perkara yang dia ketahui tentang keluarga ayah dahulu.

Sebelum kami beredar, ada juga aku bertanya macik F, bagaimana dia mula mendapat tahu yang dia diberi kelebihan untuk merawat orang. Macik F membuka cerita, terpulang kepada pembaca untuk percaya atau tidak, aku hanya berkongsi apa yang macik F ceritakan.
Macik F mendapat satu mimpi yang sampai bila2 tak akan dilupakan. Katanya, hingga ke saat dia bercerita pada kami itu, hatinya masih sebak.

Dalam mimpi tersebut, dia didatangi seorang lelaki berbaju putih berserban. Riak mukanya amat bersih, bajunya bersih, pendek kata, peribadi lelaki itu bersih dan air mukanya amat jernih dan bersih, bercahaya. Lelaki itu membawa macik F naik ke langit, satu tingkat ke tingkat yang lain. Macik F kata di tingkat sebelum dia berhenti, dia lihat di situ amat cantik warna alam kehijauan, air jernih dan pokok-pokok hijau merimbun, Tidak pernah dia lihat suasana secantik itu. Kemudian, macik F di beritahu, cukup sampai di sini perjalanan kita, kerana hanya di sini sahaja yang dapat kamu pergi, hingga di sini dahulu. Insyaallah, kamu akan dapat membantu orang yang memerlukan satu hari nanti.

Kemudaian, selepas seketika bermimpi sebegitu, macik F mula dapat membaca orang dan mula dapat merawat orang-orang yang memerlukan bantuan. Begitulah sedikit sebanyak perkongsian dari macik F. Aku cuba bertanyakan bagaimana wajah lelaki itu, tetapi wajahnya tak dapat macik F gambarkan kerana terlalu bersih dan bercahaya sukar untuk digambarkan. Di dalam hati aku tak habis2 berkata, adakah macik F bermmpi berjumpa Rasulullah? Jika betul, beruntungnya macik F bertuah di antara yang terpilih.

Memandangkan waktu hampir senja, kami meminta diri untuk pulang ke rumah. Keesokan harinya, aku dan keluargaku mencari 7 kolah air masjid dan diisi didalam botol untuk dibuat mandi dan sebotol air minuman untuk putus berubat. Selepas 2 hari, mak dan atok ke rumah macik F membawa air mnuman untuk sesi putus ubat. Aku tidak turut serta, mungkin ada beberapa perkara yang mak tidak mahu aku turut serta dan ketahui. Alhamdulillah, selepas dari itu aku tidak lagi diganggu teruk seperti sebelumnya dan tidak lagi mengalami mimpi2 buruk seperti sebelumnya. Tidur aku juga agak lena berbanding sebelumnya. Tentang penjaga/saka yang dikatakan macik F itu, aku tidak lagi ambil kisah asalkan aku tidak lagi melihat perkara2 yang aku tak ingini. Selepas dari sesi rawatan itu, aku sudah boleh tidur dalam keadaan gelap , Alhamdulillah.
-        TAMAT –

** Terima kasih sudi luang masa untuk baca. Terpulang pada semua jika ada part yang mungkin tak boleh diterima akal. Tidur dalam gelap ini tak lama, kemudian tahun 2012 aku diganggu lagi sewaktu menyewa rumah semasa praktikal, hingga sekarang aku belum dapat semangat tinggi untuk tidur gelap. Gangguan kali ini tak tunjuk diri/muka, tetapi main-main suis lampu, bunyi tapak kaki berjalan, bunyi almari, bunyi pintu buka tutup, dibaling batu dari belakang rumah, sudahlah dapur dan tandas di bahagian luar belakang rumah, belakang rumah itu pula seluas-luasnya padang bola yang tidak berlampu pada waktu malam.kau rasa? Aku nak membayangkan rumah itu pun seram, Sebulan je menyewa lepastu pindah. Hehe. Taubat dah nak sewa rumah sorang2 duduk.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lagiiiiiii..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 04:37 PM | Show all posts
Makcik F tu handal jugak naa...
ada jugak mokcun dengaq yg orang dapat ilmu melalui mimpi
lepaih tu, boleh jadi perawat
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran my mom kat kg tetiba jd perawat... dah beberapa bulan...byk kereta keluar masuk malam2 datang berubat katanya... erm. my mom kata,  bila berubat makcik tu(perawat) cakap dialek indon... walhal dia tak pernah ada slanga indon bila bercakap hari2...dan dia pakai jubah hitam bila merawat..  mostly org luar yg datang.. org kampung sendiri x ramai pun yg pergi berubat dgn dia... ada menantu jiran perawat yg mungkin hijab terbuka bg tau ibu mertuanya(jiran perawat)  kata dia ternampak pendamping perawat tu pakai serba kuning.. wallahualam la betul ke tak... eh. sory tt,  tumpang story pasal jiran my mom pulak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2016 08:06 AM | Show all posts
NeBuLa replied at 28-8-2016 11:23 PM
Jiran my mom kat kg tetiba jd perawat... dah beberapa bulan...byk kereta keluar masuk malam2 datang  ...

yeke.. huhu.. takutnya bila mata takde 'blaze' ni macam2 boleh nampak kan.. kadang2 orang2 macam ni dapat bantu kita jugak yang mata tak berapa halus ni hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 11:37 AM | Show all posts
nonis replied at 29-8-2016 08:06 AM
yeke.. huhu.. takutnya bila mata takde 'blaze' ni macam2 boleh nampak kan.. kadang2 orang2 macam n ...

Salam TT,
Dah habis ke crita...ala...crita la lagi....
apa2 cerita je la...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 03:27 PM | Show all posts
TT ooooo TT @nonis...umah dah mula bersawang ni...meh lah kemas2 sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2016 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 7-9-2016 03:27 PM
TT ooooo TT @nonis...umah dah mula bersawang ni...meh lah kemas2 sikit

Achummmm achummm betul2 banyak habuk ni hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
TT takde cite baru ke? Kalau ada side story pun bole
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 02:14 PM | Show all posts
......Berbagai topic yang diceritakan hingga aku di tengah-tengah hampir2 mereput dan menunggu cendawan tumbuh untuk dipetik.....


akak suka ayat ni...nak tergelak pun ada...
gaya penulisan tt mmg terbaik.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2016 05:51 PM | Show all posts
huhu.. banyaknya debu2 berserakan..

aku nak story sikit ni, kisah yang baru beberapa bulan terjadi.. lepastu, sabtu minggu lepas terjadi lagi. hoho

Cerita beberapa bulan lepas ------

Pada satu malam aku sedang tidur. Katil aku adalah katil double decker yang sudah dibuka dan diletak sebelah menyebelah, di bawah katil penuh dengan bungkusan baju2 lama dan beg2 lama yang tak digunakan. Lampu ditutup dan pintu dibuka sedikit, memberi cahaya masuk juga cahaya dari tingkap dapur yang bersebelahan dengan bilik aku. Malam itu aku tidur seperti biasa, berseorangan di bilik.

Sedang aku lena tidur, tiba-tiba aku terjaga dari tidur, tetapi tiada daya untuk bangun kerana teramat mengantuk. Katil aku digoncang kuat seperti ade tangan yang menggoncang, tapi aku masih separa sedar dan tak dapat menggerakkan badan. Takut sungguh aku waktu aku. Kemudian, serasa ada yang menendang2 katil dan tilamku dari bawah katil, bertubi tubi.Kuat. Hingga terhincut2 tubuhku bergegar. Allahhuakbar. Aku sedaya upaya cuba gerakkan badan dan bangun dari katil, sambil aku baca ayat2 kursi dalam hati aku cuba gerakkan ibu jari aku, Alhamdulillah dpat juga aku bangun. Apa lagi, aku terus angkut segala bantal dan selimut tidur di ruang tamu hingga pagi. Dan sejak dari haritu aku tak gemar tidur di bilik dan tak akan tidur di atas katil, aku rela tidur ber alas toto di bawah walaupun toto aku senipis lapisan ozon kini.

Cerita sabtu lepas ----
Kali ini , katil aku sudah diubah ke bentuk asalnya sebagai katil double decker. Di bahagian atas penuh dengan bantal2 yang tak digunakan. Kebiasaannya aku akan tidur di bawah, tetapi malam itu aku tidur di atas katil kerana keadaan lantai yang bersepah dan adik lelakiku yang baru pulang dari berjumpa kawan mahu menggunakan laptop.Jam lebih kurang 12.30 malam. Aku sudah mahu melelapkan mata. Akhirnya, aku hanyut dalam hiruk pikuk suasana bilik yang bising oleh adik lelaki yang sibuk di depan laptop dan adik perempuanku yang juga mahu tidur.

Tidur aku tiba-tiba terganggu dengan sesuatu bunyi. Aku capai hp yang diletakkan di sebelah kiri di kepalaku. Jam baru pukul 4.30. aishhh, bunyi apa ni. Kedengaran bunyi sesuatu sedang mencakar2 tilam ku. Bunyi nya seakan kuku yang tajam, sedang mencakar dan menguis2 perlahan tilamku dari bawah katil. Kali ini di bawah katil tiada lagi barang2 , hanya tinggal sebuah beg bagasi yang tidak digunakan. Aduhai, kucing aku ke ? selalunya kucing aku waktu begini nyenyak tidur. AKu segera menarik cadar tilamku dan aku betulkan bantal, hp, selimut. Mungkin bunyi nya datang dr hp ku. Ngomel aku untuk menyedapkan hati. Tetapi, bunyi cakaran itu masih ada.
Aku pun memalingkan badan ku mengiring ke kanan. Mata aku dipejam sekuatnya, tak mahu melihat apa2. Moga2 bunyi itu hilang. Tiba-tiba, tilamku serasa di tekan oleh sesuatu, seperti ada yang naik ke atas tilam dekat dangan tanganku . Bunyi cakaran dan kuisan masih belum berhenti. Aduhssss, au sudah tidak dapat lelapkan mata. Aku pun berpusing, dan segera duduk. Aku lihat keadaan sekeliling , sunyi, tiada kucing2 aku yang kelihatan. Adik aku nyenyak di bawah. Aku mengejutkan dia. Senyap, tiada respon.

Lantas aku segera turun dan tidur di sebelah adik aku walaupun sempit, lantaklah. Tetapi, aku tak dapat melelapkan mata hinggalah subuh tiba. Berpeluh2 jangan kira lah walapun kipas menghala tepat kepada aku. Huhu…

Aku pun tak tahu siapa atau apa yang mencakar, siapa atau apa yang menggegarkan katil aku. Semoga kita semua dijauhkan lah dari gangguan jin dan syaitan yang menyesatkan ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.134289 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list