|
[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari
[Copy link]
|
|
Pernah tgk movie ni... sungguh pressure menontonnya. sbb keadaan ibu bapa, polis dan semua org yg sangat stress.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya tgk gmbr2 lama ni. scary pn ade |
|
|
|
|
|
|
|
uishhh....dah ulang alik tempat yg sama tapi masih tak jumpa..
macam kes bunian kat sini pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya baca...
paling respek betapa ramai resources yg dikerahkan untuk mencari budak2 malang ni..
300 ribu..bagusnya..
kejam sungguh cara mereka di bunuh..
tiba2 teringat drama korea Achiara's secret..
kisah pembunuhan misteri..
|
|
|
|
|
|
|
|
mygahd... sedih giler lagu nih. tambah lg dgn kisah frog boys tuh, jd meremang pulak bulu roma.
|
|
|
|
|
|
|
|
@cikalang
@paz
rasanya Astro pernah tayangkan 2-3thn yg lalu... ai tengok sikit2 jah, pastuh terlupa terus. yg ai ingat memang depressed sgt kaum keluarga dan pihak2 yg terlibat dlm pencarian bebudak tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
ai pon fikir mcm tu gak. kalo kat Msia, mesti org cakap kena sembunyik bunian la hantu la.
Mungkin mayat2 dia org disimpan di tempat lain. Kemudian dipindahkan oleh pembunuh selepas org ramai dah tak heboh lg pasal bebudak tuh... Agaknya dia nak org jumpa mayat2 tu, sbb tu la jarak dia org dijumpai tak jauh dr rumah masing2. Siapa tau kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
memang operasi pencarian besar2an katanya, MissMama... 30k tenaga utk mencari bebudak tu di kawasan gunung, sungai, hutan simpan, stesen bas dan keretapi dsb. Duit ganjaran tu pulak hasil derma oleh syarikat perniagaan, persatuan2 dan individu. Pastuh seluruh kanak2 sekolah rendah terlibat dlm kempen 'Find the Frog Boys'. Gambar2 mangsa diletakkan pd kotak susu utk diedarkan kpd seluruh penduduk Korea Selatan, in case kalo ada saksi yg pernah terjumpa dgn dia org. |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 20-9-2016 02:27 AM
Mentang2 badan sado kan, mesti zak expect hantu pun patut takut dgn dia
Kannn...brani sungguh zack tu...tp sedih nick x join skali tuk musim tbaru nie kan...suka gandingan diaorg bertiga,zack,nick&aaron...dengo yer sbb dia ada anak kecil,takut benda halus kacau kan... |
|
|
|
|
|
|
|
awanearisu replied at 20-9-2016 08:53 AM
Kebetulan.. tengah baca kisah ni sambil dengar lagu Ruth B.. tragisnya
Sedih...memang penah tbaca kisah kes frog boys nie...kcian pd famili mangsa...stres mencari |
|
|
|
|
|
|
|
sedih kisah the frog boys tu..
Kisah2 yg melibatkan kanak ni sgt meruntun emosi.
TT nak lagi!! |
|
|
|
|
|
|
|
betul jugak kan....
Pembunuh tu simpan dulu mayat budak2 tu, bila kes dah reda skit, dia keluarkan...
alahai...kesiannya..
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 20-9-2016 10:24 PM
@cikalang
@paz
Ai pon ingat2 lupa..tapi ingat cite ni berkisar pada sorang detektif yang habis habisan siasat pasal kehilangan frog boys ni..last2 kena kecam sebab suspect mak bapak tu sendiri yang bunuh budak2 tu..kesian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh jd jugak kan lepas reda baru tanam.. sbb kalo dh bunuh n trus tanam.. msti ade rescuer akan jumpe. at least nampak la tanah baru kne gembur bagai kan. tp apepun hal yg melibatkan kanak-kanak boleh buat kite ade ganguan emosi.. isk iskh ..
|
|
|
|
|
|
|
|
peliknya kes frog boys tu, kiranya kematian tu betul pada tahun 1991 atau selepas tu? 1991 jugak la kan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by paz at 22-9-2016 08:41 AM
Iya betul tengok di Astro, cerita tu buat kita rasa tergantung... sbb pembunuhan tak diketahui.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa la yg dilalui oleh kelima lima tu sebelum maut.. Lima org beb. Gigihnya menyiksa. Tah brape ramai dalang nye.. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat kes Junko Furuta... |
|
|
|
|
|
|
|
best la thread ni.. baru masuk sini.. keep it up tt |
|
|
|
|
|
|
|
Kes Pembunuhan Empat Sekeluarga di Setagaya, Jepun
Pada pagi 31 Disember 2000, salah seorang saudara kepada keluarga Miyazawa menemui mayat si ayah Mikio, 44, isteri Yasuko, 41, anak perempuan mereka Niina, 8, anak lelaki Rei, 6, di rumah mereka di Setagaya, Tokyo. Rei dipercayai mati akibat dicekik di bilik tidurnya manakala tiga orang ahli keluarganya ditikam. Mayat Mikio, Yasuko dan Niina ditemui bergelimpangan di dua bahagian rumah tersebut.
Pihak berkuasa membuat andaian bahawa pembunuh tersebut masuk melalui tingkap bilik air di tingkat dua rumah Miyazawa dalam pukul 11.30 malam. Dia mula-mula menuju ke bilik Rei yang sedang tidur waktu itu dan terus mencekiknya. Mikio ditemui di tingkat bawah berdekatan dengan tangga, berkemungkinan cuba naik ke atas apabila mendengar bunyi bising tersebut. Mangsa seterusnya adalah isteri dan anak perempuannya pula.
Pembunuh kemudiannya menggeledah seluruh rumah keluarga malang itu, dan dikatakan menghabiskan masanya di situ selama 10 jam. Apabila selesai melakukan perbuatan kejamnya ke atas Mikio, isteri dan anak-anaknya, dia pergi ke dapur dan memakan ais krim, serta menggunakan komputer keluarga Miyazawa. Polis juga mengesahkan pembunuh itu turut mencuri wang dan sehelai baju sejuk. Selain itu, sebilah pisau yang digunakan untuk menikam mangsa telah ditinggalkan, bersama baju t-shirt dan beg. Terdapat kesan darah individu asing di tempat kejadian.
Kes ini dianggap di antara yang terbesar di Jepun dengan melibatkan lebih kurang 200,000 orang penyiasat, yang mengumpul 12 ribu bahan bukti dan maklumat orang awam. Setiap sudut diambil kira dan dikaji hinggalah ke najis pembunuh yang ditinggalkan di rumah Miyazawa.
Hasil analisis DNA pada darah asing pula mendedahkan bahawa si pembunuh bukan berketurunan Jepun. Pakar mengatakan kemungkinan besar sebelah ayahnya adalah berasal dari Korea, manakala ibunya berdarah Eropah.
Walau bagaimanapun, 16 tahun kemudian kes menyayat hati itu masih belum dapat diselesaikan. Setakat ini ganjaran sebanyak 20 juta Yen ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya memberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh kejam itu.
Fakta menarik:
- Kawasan rumah keluarga Miyazawa dikatakan makin kurang penduduknya, taman skate park yang diperluaskan di kawasan itu telah menyebabkan ramai penduduk memilih untuk berpindah. Bising dan ketidakselesaan adalah antara faktor penyebab. Pada masa kejadian, cuma empat buah keluarga sahaja lagi yang masih berada di kejiranan Setagaya tersebut.
- Saksi pernah melihat Mikio berselisih faham dengan salah seorang ‘skateboarder’, malah ada yang percaya beliau sebenarnya bergaduh dengan ahli gang bermotosikal, Bōsōzoku.
- Keluarga itu dan beberapa orang saksi lain pernah memberitahu sesama sendiri, melihat kelibat beberapa orang lelaki yang tidak dikenali lalu lalang di depan rumah Miyazawa dalam tempoh tiga malam sebelum pembunuhan.
Source wiki, blog & reddit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|