Fathia dipanggil SKMM salah guna media sosial[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 24 April 2018 4:07 PM
[size=0.75em]Fathia diminta beri keterangan.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA: Pelakon Fathia Latiff diminta tampil memberi keterangan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu siasatan berkaitan salah guna akaun media sosial. [size=0.98em]Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, disyaki telah menyalahi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. [size=0.98em]Pelakon Ariana Rose itu mendedahkan notis yang dihantar kepadanya di akaun Instagram miliknya, pada Selasa.
[size=0.98em]Fathia mendedahkan perkara itu di media sosial. [size=0.98em]“Saya mahu semua orang tahu apa yang telah mereka lakukan kepada saya. Saya sudah padam Twitter yang lama tidak kemas kini,” tulisnya. [size=0.98em]Fathia sebelum ini lantang memberi pandangan peribadinya di media sosial yang menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen. [size=0.98em]Pelakon ini juga sering mencetuskan kontroversi melalui posting yang dimuat naiknya di laman sosial yang menjadi perhatian masyarakat.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... pjJFj68Q5mJGO6ph.99
|