|
[Tempatan]
UPDATE. U-turn. Tukang masak tempatan hanya cadangan #115
[Copy link]
|
|
Harapnya menteri baru berentikn juga permit utk servis krew restoran warga asing ya. Byk dorg ckp bm/bi pn terabur pastu rude dgn customer. Pegang mknn pakai tgn. |
|
|
|
|
|
|
|
giyomi replied at 22-6-2018 05:53 PM
Klu bole disegerakan...mmg menyampah aku tgk warga asing sebagai pelayan dan tukang masak restoran. ...
Paling tak gemar yg kt food court. Dorang jenis suka simpan kuku panjang tu yg geli pastu kalo yg kulit putih iols lg geli tahla napa. Iols mmg kureng skit.
Sampai sanggup tak mkn tunggu je org lain mkn sampai abis. Pusing satu food court walopun ade kedai yg dpt A tp bila tgk staff terus tak lalu nk mkn.
Aritu g bazar ramadhan kt jln reko kajang ni ade gerai jual cendol guna gula kabung kot. Iols beli kt gerai tu sbb dua org lelaki n pompuan yg jual cendol tu nampak wangi dan bersih. Bygknlah dorang pkai shirt putih yg berbutang depan tu nmpk bersih dan nmpk mcm duk dlm opis plak.
Muka masing2 not bad peralatan dorang pun nmpk bersih mcm kt cafe hipster.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 22-6-2018 06:12 PM
Nana_Man replied at 22-6-2018 08:24 AM
Maybe tukang masak 50-50 local/asing? Jd ader yg check quality.
Few restaurant yang obvious sangat japanese dan italian restaurant .... boleh bezakan sushi authentic dari japanese chef ataupun sushi di fusion kan kepada chinese version..ini obvious diantara nobu dan franchise sushi restaurant .. dan italian even worst even pasta pun tidak tahu masak ! .....kalau i di italian restaurant i memang akan cari ravioli ....kalau tiada list means mereka bukan buat fresh pasta ...so u akan tahu chef mereka bukan italian ... atau cari menu yang require italian sausage ..... sebab itu fav i dan bukan semua restaurant ada .... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada gak budak2 F&B nk kerja nanti...so boleh berambus balik negara masing2 dah |
|
|
|
|
|
|
|
ramai je lulusan pmr, spm yg tak nak sambung belajar dah...diaorg ni boleh ditrain utk bidang2 hospitaliti mcm ni...buat otj training, bagi asrama, [email protected] je yg sanggup..but then of course kena sign agreement semua..
|
|
|
|
|
|
|
|
OrenTheReturn replied at 22-6-2018 05:56 PM
Klu yg tepi jakqn sambil hisap rokok goreng nasik pun ada, apa punya bangsatttlah
2hr lpas dah mengomel dgn husband nmpk dr dlm keta ada tukang bancuh air buat air smbil isap rokok, gila korang ni meniaga disiplin dan etika la ckit..
|
|
|
|
|
|
|
|
lazim replied at 23-6-2018 09:23 AM
aku taktau kenapa org masih terpikir pekerja asing tertindas. pekerja asing mmg suka keja ot sampa ...
Bangla ni asalnya di bawak masuk utk kerja sektor ladang je..jadahnya skrg fnb pon bersepah2 dorg nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bole la aku kembali mkn kt foodcourt aeon tu sume. Sbb skg mmg xmkn la sbb bangla yg serve masak semua. Kalau sedap xpe jgk |
|
|
|
|
|
|
|
sofiazara replied at 22-6-2018 03:51 PM
barulah rakyat tempatan ada kerja
ni balik2 nak import pendatang asing tak cucuk vaksin
Ala suhaimi Saad tu pun tak cucuk vaksin jugak. Siap ngutuk pasal vaksin ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum makan sila check dulu siapa towkey dia. Mostly kat foodcourt2 ni especially yg gah2 mcm midvalley tu pun monopoly by chinese yg owned gerai2 makan tu. what u expect.. u rasa dorang beli ke ayam sembelihan yg halal .. i kalau pergi foodcourt ni i cari tukang masak atau staff2 yg melayu i tanya mana satu gerai yg betul2 melayu punya.. rata2 hanya ada 1-2 je..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mzz rasa nnt ada lah tu guideline utk jenis2 premis makanan yang terlibat. Ni dia bagitau secara general dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg suka mkn mamak ni msti rasa tk best kan...msti roti canai rasa lain sbb tgn lain yg duk uli tepung....huhu |
|
|
|
|
|
|
|
dah x ble la maki2 mamak kalau order lamat smpi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org mcm ni bodoh sbb dia takde rasa malu dgn apa yg dia buat
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg pun kedai melayu yg hisap rokok sambil msk ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju sangat..jangan cakap je tapi xde pantau..
Geli seh..nak lepak dip n dip kt the curve pn da xlalu..sume pekerja bangla.. how la |
|
|
|
|
|
|
|
Berita
Peraturan larang tukang masak asing dikritik NGO
Dikemaskini 23 Jun 2018, 1:31 petang
Pengumuman peraturan baru melarang mengambil pekerja warga asing sebagai sebagai tukang masak yang dibuat oleh Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran semalam dikritik NGO hak pekerja.
Idea di sebalik dasar itu adalah sejenis diskriminasi terhadap pekerja asing, kata NGO North South Initiative (NSI).
"Biasanya pekerjaan diputuskan berdasarkan kemahiran dan bukan kewarganegaraan.
"Mengenai prinsip tidak melakukan diskriminasi, pekerjaan tidak seharusnya mempunyai ruang untuk sebarang bentuk diskriminasi berdasarkan kewarganegaraan, jantina, bangsa, agama atau sebagainya," tegas Pengarah Eksekutif NSI, Adrian Pereira.
'Kurang penyelidikan'
NSI ialah kumpulan yang berjuang untuk hak-hak golongan terpinggir, seperti pekerja asing, Orang Asli, golongan belia Papua Barat, pelarian dan petani.
Dalam wawancara bersama Malaysiakini, Adrian memaklumkan kekurangan penyelidikan dan langkah sokongan yang betul sebelum melaksanakan dasar sedemikian akhirnya akan memburukkan lagi masalah pekerja tidak berdokumen.
"Mereka tidak melakukan kajian terperinci tentang pasaran buruh formal dan tidak rasmi.
"Ini akan menjadi buruk bagi industri dan memaksa pendatang ke dalam keadaan tidak teratur," katanya.
Adrian menyifatkan pengumuman Kula sebagai keputusan "mendadak" dan "populis" tanpa sebarang rundingan dan penyelidikan yang sewajarnya di pasaran tenaga buruh serta tanpa perhatian mengenai hak pekerja asing.
"Saya harap kerajaan baru tidak membuat keputusan populis dengan secara tiba-tiba, yang tidak berasaskan hak. Kerajaan harus berbincang dengan pertubuhan masyarakat sivil, kesatuan sekerja dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) sebelum membuat keputusan berdasarkan kesemua bukti yang dikemukakan," katanya.
Sementara itu, penasihat Selangor Friends of Women Association, Irene Xavier (gambar), berkata kementerian itu mempunyai kuasa untuk membuka atau menyekat pengambilan pekerja asing dalam mana-mana sektor, tetapi ia perlu membentangkan suatu rancangan yang menyeluruh.
"Baiklah, kita tidak boleh mengatakan ia sejenis bentuk diskriminasi. Pekerja asing diambil bekerja khusus untuk beberapa sektor. Sekiranya kementerian tidak mahu mana-mana pekerja asing untuk direkrut dalam mana-mana sektor, ini adalah sesuatu yang boleh dibincangkan.
"Bagaimanapun, perkara yang lebih penting adalah dengan mengeluarkan rancangan yang betul dan menyeluruh bagi menangani semua isu, termasuk pekerja tanpa dokumen, kos penghijrahan yang tinggi dan sebagainya, bukan hanya mengatakan bahawa 'kita tidak mahu tukang masak warga asing lagi," katanya kepada Malaysiakini.
Irene mencadangkan kementerian perlu mengurangkan pergantungan pekerja asing dengan cara yang beransur-ansur untuk mengurangkan kesan negatif terhadap pekerja asing dan pemilik perniagaan.
"Saya fikir ia sepatutnya menjadi dasar yang lebih beransur-ansur. Menteri perlu membuat keputusan selepas kajian dan perundingan dengan mereka yang terlibat dengan pekerja asing," katanya.
Gaji rendah kerana pekerja asing
Menurut dasar sedia ada, terdapat enam sektor yang dibenarkan untuk mengambil pekerja asing, iaitu pembuatan, perladangan, pertanian, pembinaan, perlombongan, dan industri perkhidmatan.
"Tukang masak restoran" merupakan salah satu pekerjaan yang disenaraikan di bawah industri perkhidmatan, maka adalah sah untuk menggajikan chef warga asing jika kedua-dua majikan dan pekerja memenuhi syarat-syarat kelayakan.
Pakatan Harapan (HARAPAN) berjanji untuk menyelaraskan gaji minima secara nasional dan meningkatkan gaji minima dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya.
Dalam janji ke-34 manifesto PRU14, HARAPAN menyebut kerajaan baru akan mengurangkan jumlah pekerja asing daripada 6 juta ke 4 juta pada tempoh pertama penggal pentadbirannya kerana HARAPAN percaya pertambahan pekerja asing adalah salah satu faktor penyebab yang menjadikan gaji rendah di negara ini. |
|
|
|
|
|
|
|
sofiazara: barulah rakyat tempatan ada kerjani balik2 nak import pendatang asing tak cucuk vaksin
Sedangkan rakyat malaysia pun ada yang memasak menjual makanan tak cucuk vaksin |
|
|
|
|
|
|
|
"Mengapa pendatang tak boleh masak" - Chef Wan soal menteri
Diterbitkan: Sabtu, 23 Jun 2018 1:07 PM
CHEF terkenal Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berpendapat tindakan kerajaan mengarahkan semua pengusaha restoran di negara ini hanya mengambil tukang masak tempatan bermula 1 Julai ini sebagai tidak wajar.
Chef Wan menerusi Instagram menyifatkan keputusan itu seolah-olah meletakkan diskriminasi terhadap pendatang asing yang bekerja sebagai tukang masak di negara ini.
"Makanan seperti cinta yang tiada batasan. Ramai chef dari Malaysia yang bekerja di pelbagai bandar di dunia dan melakukan perkara sama.
"Soalan saya kepada menteri, mengapa pendatang ke negara ini tidak boleh memasak masakan Malaysia hanya kerana mereka bukan orang tempatan?
"Kenapa perlu kita mendiskriminasikan mereka? Negara lain tak pula layan bangsa lain seperti penduduk kelas kedua," tulisnya.
Chef Wan meluahkan pandangan di Instagram.
Pada Khamis, Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata semua pengusaha akan diberi masa sehingga hujung tahun ini untuk mematuhi syarat tersebut.
Menurut Kulasegaran, peraturan itu akan mengurangkan kebergantungan restoran tempatan kepada tenaga kerja asing dan bagi memastikan kualiti makanan terjamin.
Dalam pada itu, Chef Wan berkata, keputusan itu tidak akan menjadikan kualiti dan standard makanan akan menjadi lebih baik sebaliknya perlu melihat kelemahan diri sendiri terlebih dahulu.
"Sikap chef Malaysia sebenarnya yang perlukan perubahan besar daripada kita menunding jari pada orang-orang asing ini... Adalah lebih baik kita lihat kelemahan sendiri.
"Jika ada chef yang tidak bagus kita didik mereka, tingkatkan kemahiran mereka.
"Jika ada sifat pengotor ajar la mereka dan sentiasa awasi restoran untuk memenuhi tahap kebersihan dan sebagainya," ujarnya lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|