CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Tandas OKU: LGBT boleh guna jika ada kad JKM #95

[Copy link]
Post time 14-8-2018 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 13-8-2018 02:09 PM
U turn lagi ke?

Menteri PH tak firm. Menteri flip flop.

Kerap kali dinyatakan secara terbuka bahawa Mahathir cukup kental dan tidak ambil pusing sedikit pun malahan tidak sehelai bulu romanya gugur jika dirinya diserang bertali arus dan bertubi-tubi secara ganas dan garang oleh mana-mana pihak.

Tetapi beliau cukup sensitif dan mudah terusik jika mana-mana anaknya diusik dan dijentik.

Jika tidak percaya, kita cabar mana-mana menteri PH bukan kritik dan kutuk tetapi sekadar tegur membina sahaja mana-mana anak Mahathir. Kemudian kita akan lihat kesan dan impaknya dari teguran dan nasihat berikut.

Buat permulaan mohon mana-mana menteri PH memberikan teguran kepada Marina Mahathir isu LGBT. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Tengok apa nasib anda nanti.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 08:52 AM | Show all posts
Knpa yang LGBT ni lelaki jadi perempuan je minta hak
Perempuan yang jadi laki tak plak demand apa-apa..
Beside, lelaki bleh buat apa sangat kepada lelaki yang lain...?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 09:12 AM | Show all posts
Ni dh mcm nk menindas golongan OKU dh ni! Kita sepatutnya memelihara hak2 OKU bkn buat mcm ni! Otak2 mne2 otak? OKU dh la golongan kurang upaya, pastu kau nk pi suh pondon guna tandas dieorg pulak, kot apa2 jadi? Kau ingt  semua pondan ni MULIA ke ? Akhlak TERPUJI SGT ke?

PONDON pun pandai mencuri!!! Sekali dia tumbuk, tumbukan dia sekuat tenaga lelaki ok!!!

WHY YA, kerajaan mcm gila dlm membela hak2 yg merepek!

Malaysia mmg mengamalkan kebebasan dlm beragama, tp kene ingt Islam agama rasmi Malaysia! Jgn cuba mempersendakan agama dgn menaikan martabat gologan LGBT ni! Pls la.. kalau dh gologan ni dpt sokongan jabatan menteri, makin menjadi jadi la puak spesis pondan niiiii..

HAK PEREMPUAN ORIGINAL ni mana nak campak? HAK OKU takkan nk gadaikan demi jaga perasaan pondan yg kekeliruaan identiti ni????!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 09:15 AM | Show all posts
letak jer tandas bergerak utk unisex. Tak payah buat tandas baharu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 09:27 AM | Show all posts
setuju sangat...
kalo jantan tulen nyamar pondan nak masuk toilet pompuan kan ke bhy
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 09:41 AM | Show all posts
From last2 last year all bapoks at my work place da guna OKU punya tandas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2018 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Hak lgbt nak diperjuangkan kau nak tolak hak perempuan dan oku pulak. Bercakap tak pakai otak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 10:43 AM | Show all posts
ni satu lagi menteri....

tandas LGBT jugak yang ko sibukkan...tak boleh ke luar statement tegas sikit...??

lelaki is lelaki....perempuan is perempuan...semua ni nafsu....

syg sgt dgn LGBT ni dah kenapa..???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu transgender pun dh smpai menteri kena jawab. Toksah la nk bg komen fuziah sb nmpak sgt tak cerdik
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 10:53 AM | Show all posts
putericahaya999 replied at 13-8-2018 02:08 PM
bodoh la timb menteri ni
ni dah mendiskriminasikan oku
kata nak kembalikan mereka pada fitrah

toink..toink..toinnkk..
pusing-pusing..hok situ jugok..tak selesai masakloh...
Allahuakbar..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 10:58 AM | Show all posts
sedih dengan keadaan masyarakat yang semakin sesat lagi menyesatkan. yang penting tanya diri sendiri mengapa terjadi perkara seperti ini
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua komplen je pandai..tp xde pun idea yg boleh membantu..ni iols nk bagi idea sket ni..

1. Setiap tandas OKU selepas ni kena sediakan seorg petugas. Kelayakan berperwatakkan makcik bawang atau rajin memberi teguran dan nasihat..tugas mereka :
a - membersihkan tandas dgn pelbagai chemical pembersihan utk kebersihan dan anti penyakit
b - membantu golongan oku fizikal utk dpt keutamaan penggunaan tandas
c - menasihati, mengumpat, menghina mencerca golongan lgbt (jika mampu)

2. Meletakkan poster kesedaran tentang  keburukkan lgbt didalam tandas2 oku

3. Melarang secara total golongan lgbt berpakaian wanita gunakan tandas lelaki atau wanita. Boleh kenakan hukuman penjara atau masuk ke pusat pemulihan..

Gitu..bukan tau komplen2 je tapi akal kosong..harap menteri je nk pikir hal korang..kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 01:16 PM | Show all posts
armin replied at 14-8-2018 10:38 AM
Hak lgbt nak diperjuangkan kau nak tolak hak perempuan dan oku pulak. Bercakap tak pakai otak.

i tgh tunggu Ras Adiba bersuara..
die kan slalu defend for her people...

ni senyap je knp?...
kalau i die...smlm jgk i dah sentap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2018 10:00 PM | Show all posts
'Selama ni LGBT tak guna tandas ke?'
Diterbitkan 14 Ogs 2018, 5:43 petang
   

"Kenapa kalut ribut bincang pasal guna tandas perempuanlah, tandas lelakilah, terbaru ni tandas OKU pula. Selama ini mereka itu tidak guna tandas ke?"

Itu kenyataan dikeluarkan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan mengenai isu penggunakan tandas di kalangan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang hangat diperkatakan sekarang.

Kata Nasruddin adalah lebih baik semua pihak berbincang agar budaya LGBT tidak menular dalam negara ini dan mereka dirawat secara spiritual dan mental.

"Alangkah baik kalau bincang bagaimana mahu sekat menularnya budaya LGBT dalam negara ini serta memberi khidmat nasihat, merawat dan membaik pulih mental dan spiritual mereka agar kembali kepada fitrah," katanya dalam catatan di Facebook.

Isu LGBT mencuri tumpuan bermula dengan penurunan gambar beberapa aktivisnya daripada sebuah pameran di Pulau Pinang.

Ia kemudian menjadi semakin panas apabila aktivis sosial, Marina Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa golongan itu hanya mahukan hak yang sama seperti rakyat Malaysia lain.

Menteri agama, Mujahid Yusuf kemudian mengambil inisiatif mengadakan pertemuan dengan Nisha Ayub, salah seorang aktivis LGBT.


Bagaimanapun kenyataan Mujahid ketika sidang media itu menerima kecaman netizen apabila beliau dikatakan bersetuju jika golongan transgender berkongsi tandas dengan wanita.

Mujahid kemudian memohon maaf dan mengakui terkhilaf ketika mengeluarkan kenyataan tersebut.

Timbalan Mujahid, Fuziah Salleh pula selepas itu menyarankan golongan mak nyah menggunakan tandas orang kurang upaya (OKU) jika mereka tidak selesa menggunakan tandas lelaki.


Cadangan itu menyebabkan seorang aktivis OKU berang dan menyifatkan timbalan menteri berkenaan mengeluarkan kenyataan yang tidak sensitif serta tidak boleh diterima.

'Islam wajibkan hormati privasi'

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, peguam Lawyers For Liberty, Latheefa Koya mengingatkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai perbezaan kebebasan bersuara dan etika perubatan.

Beliau merujuk tindakan Syed Saddiq membela seorang doktor, Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi berhubung surat terbuka yang ditulis pengamal perubatan itu di media sosial mengenai isu LGBT.

"Ini tentunya bukan kebebasan bersuara! Ia mengenai kelakuan etika profesional sebagai seorang doktor - ia memberi kesan terhadap keyakinan terhadap perkhidmatan kesihatan. Tindakan mesti diambil terhadapnya," kata Latheefa di laman Twitter.


Latheefa berkata prinsip Islam mewajibkan seseorang muslim menghormati privasi dan menutup aib saudaranya yang lain.

"Seseorang doktor meluahkan prejudis dan menghukum secara terbuka ini melanggar asas etika bidang perubatan. Jangan drama lebih - buat kerja. Malah prinsip Islam mewajibkan menghormati privasi dan menutup aib seseorang.

"Sebab itu sesuatu perkara terkutuk seperti berzina tidak boleh diluahkan jika tidak cukup 4 saksi. Bukan kerja seseorang mencari aib. #bezadosa&jenayah," tulisnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2018 09:59 AM | Show all posts
Tandas OKU: LGBT boleh guna jika ada kad JKM
15 Ogos 2018


SHAH ALAM - Tandas orang kurang upaya (OKU) hanya layak digunakan oleh golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sekiranya mereka mempunyai kecacatan fizikal yang telah disahkan oleh doktor.

Perkara tersebut disuarakan oleh Prof Madya Dr Zaidi Embong yang merupakan kakitangan akademik bidang fizik berstatus OKU di selatan tanah air.

Menurutnya, komuniti LGBT juga perlu mempunyai perakuan kad OKU yang sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Zaidi yang telah lama mengidap penyakit Muscular Dystrophy sejak pulang dari pengajian doktor falasah (PhD) dari University of Bristol, England berpendapat, hak bagi golongan OKU tidak sepatutnya di pandang rendah dan menjadi mangsa kepada keputusan tidak wajar.

"Mereka yang nak menggunakan tandas OKU termasuk golongan LGBT ini  juga perlu individu yang menggunakan kerusi roda atau tongkat.

"Selain daripada kriteria yang dinyatakan, golongan LGBT tidak layak menggunakan kemudahan tandas OKU. Jika ia berlaku saya anggap ia sebagai satu pencerobohan hak," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Semalam, Fuziah menyarankan golongan transgender menggunakan tandas OKU bagi mengelakkan kebimbangan dan perasaan tidak selamat di kalangan orang awam.

Katanya, saranan itu adalah suatu langkah yang difikirkan sesuai ketika ini, kerana kerajaan turut mengambil kira keresahan dan pendapat yang telah diutarakan ramai pihak yang bimbang berkenaan isu terbabit.


Mengulas kenyataan Fuziah, beliau meminta agar sebarang kenyataan membabitkan golongan OKU dibuat dengan lebih berhemah dan tidak menyinggung perasaan.

"Sepatutnya cadangan tersebut juga perlu merujuk kepada JKM kerana tandas OKU ini digazetkan bagi golongan tertentu seperti kami.

"LGBT ada hak mereka dan OKU ada hak tersendiri. Jangan kerana kenyataan dibuat akan menimbulkan lebih banyak masalah seperti penderaan dan jenayah seksual kepada golongan OKU," katanya.

Katanya lagi, tidak ada sebuah negara mengambil pendekatan mewujudkan atau membina tandas khas kepada golongan LGBT.

"Saya bercakap ini atas dasar pengalaman saya berada di England dahulu dan tidak pernah pula ternampak atau jumpa tandas khas untuk LGBT ini," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
manjalara_01 replied at 14-8-2018 01:16 PM
i tgh tunggu Ras Adiba bersuara..
die kan slalu defend for her people...


Ras Adiba dah komenlah dek, marah sungguh dia tapi akak tak reti nak tepek kat sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2018 10:29 AM | Show all posts
raxief replied at 14-8-2018 01:32 AM
kesilapannya ialah mujahid ni layan nisha ayub

itulah pencetus sebenarnya...nanti kalau tanak jumpa kata mcm kerajaan dulu pulak...sombong.layan jumpa tak kisah kot tapi dok petik pasal toilet lepas tu yg jadi masalah besar
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 09:44 AM | Show all posts
alesandra replied at 15-8-2018 10:29 AM
itulah pencetus sebenarnya...nanti kalau tanak jumpa kata mcm kerajaan dulu pulak...sombong.layan  ...

mujahid ni pun bingai jugak.. arah turunkan gambar nisha kat pameran penang tu sbb lebih risau keselamatan bapok tu, bukan sbb LGBT tu amalan keji
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 10:28 AM | Show all posts
patut kalu dia minta tandas
jwbla ko nanti nk kebumikn sbg lelaki ke perempuan?

perlu buat tanah perkuburan LBGT ke ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.519150 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list