|
Cikgu Tadika Dari Neraka, Tergamak Tampar Dan Dera Anak Jagaan
[Copy link]
|
|
okay kes ni betul betul triggered aku. ingat nak meroyan dekat twitter tapi takut viral pulok. ni kisah yang jadi dekat aku selama bekerja few months sebagai part time teacher dekat kindergarden islamik yang agak mahal ye. very well known kindergarden.
aku kerja part time lepas habis degree sementara tunggu konvo. so lepas interview je terus dapat kerja part time teacher tu. dengan takde training and sebagainya, aku terus jadi teacher dan kena ajar english untuk budak umur 5 dan 6 tahun.
diulangi, ni tadika ISLAMIK ye. bayar mahal juga!
kes cikgu lah yang mengajar, cikgu lah yang memasak untuk lunch, cikgu juga lah pembasuh berak!
tiap hari ada rotation cikgu mana yg akan bertugas untuk masak lunch budak budak tu. so awal pagi masak pastu terus bekejar masuk kelas ajar budak budak. Ada je menu yg ditampal dekat dapur. tapi ikut suka cikgu tu lah nak masak apa yang senang. sepanjang aku kerja situ, cikgu masak ayam sup kicap. cair gilaaa ye kuahnya. lepas tu ayam bercatu...bawang nak tumis pun bercatu. boleh pakai bawang sebelah sahaja sekali masak. lagi jimat lagi bagus kata cikgu yg dah lama mengajar situ. pening kepala aku nak masak.
telur dadar dipotong kecik kecik je okay. aku cam sedih tengok budak budak ni makan. menu teatime lagi sedihhhh. hanya biskut marie dibelah 2. dilambak dalam satu pinggan dan diletak ditengah tengah meja budak budak tu. berebut lah mereka makan cicah air teh kosong.
pernah sekali biskut diorang makan tu habis dalam pinggan and diorang mintak nak tambah. teacher senior tu tak bagi hokayyyy. bapak la kedekut. mak bapak budak budak tu orang kaya kaya kot! kalau diorang tahu anak diorang makan bercatu mesti sedih
pernah sekali ada budak ni buat hal. terkencing dalam seluar. habis basah lantai hhaha. teacher senior ni punya hangin, dia suruh budak tu cuci sendiri lantai. teresak esak lah budak tu cuci.
masa ni aku baru lagi, so aku diam jelah
cikgu tiada kelayakan
diorang selalu main ambil je part timer rupanya. so sesiapa pun boleh jadi teacher gitu. so gasak kau la nak ajar camane. gila lah aku. mana pandai nak ajar budak budak. takde siapa pun cikgu kat situ tunjuk aku camne cara nak ajar.
sampai la satu hari aku perasan, ada sorang budak darjah 3 kot datang tadika waktu petang untuk kelas agama. aku pelik la mana ustazah nya?. rupanya TAKDE ustazah pun. cikgu cikgu tadika ni lah yang mengajarnya. hahahahahhhaa apooo. so ingatkan akak(teacher senior) tu tahu lah ajar. rupanya diorang gelak gelak and cakap mana reti nak ajar. so end up diorang suruh budak tu duduk dalam kelas tu sesorang and buat latihan sendiri dekat buku. ya Allah masa ni aku rasa macam nak je aku report kat mak bapak budak tu. membazir nyaa mak bapak hantar anak situ tapi takde belajar apa apa.
aku nekad berhenti kerja sebab tak tahan
ada dua benda yang aku nekad berhenti kerja lepas few months kerja adalah bila aku nampak cikgu cikgu(ada 2 orang cikgu lain masatu termasuk aku ada 3) semua perangai tak semenggah.
sorang cikgu ni agak okay. cuma dia pasif. bila cikgu yang bermasalah sorang ni buat hal, sorang lagi tu cuma gelak gelak je.
cikgu yang bermasalah tu pernah one day masa breakfast pagi budak budak, ada a few budak budak bawak bekal kan. so masa diorang baca doa makan dalam bulatan, cikgu tu dia pergi kutip makanan budak budak tu letak dalam pinggan dia. contohnya budak tu bawak sosej 4, cikgu tu curik satu. budak tu bawak nugget, cikgu tu curi satu, lagi haru budak tu bawak mee goreng kot, pun dia cukai sikit. end up pinggan dia penuhhhh. masa tu aku pandang je muka dia. pastu dia rasa bersalah kot, dia cakap "nak ke? kita ni kena makan dulu makanan diorang baru diorang makan. baru diorang dengar cakap kita" wtf masa tu aku macam nak maki je kakak ni. bodoh gila! bayangkan mak bapak budak tu penat penat masak untuk anak dia makan, kau pulak sibuk curi makanan budak budak. kau tu cikgu kot!
kes terakhir sebelum aku berhenti 24jam,
sorang budak ni, umur 5tahun kot. mak dia tengah pregnant. so emosi dia terganggu sikit lah. cikgu bermasalah tu, bukan nya nak tolong tapi lagi dengki budak tu sampai nangis nangis. dia pergi cakap ejek ejek "habis laaa, nanti mummy ada adik baru, mummy tak sayang xxxx lagi" dok ulang ulang. nangis teruk budak tu.
masa tu aku angin aku tegur la cakap "jangan la cakap camtu, nanti dia jadi kecik hati and tak sayang baby dalam perut mummy dia." ye lah kan, selalunya mak yg pregnant ni keep berusaha bagi anak pertama dia sayang anak second dia since dalam perut. ni alih alih cikgu buat perangai gini.
banyak lagi benda happened tapi penat nak taip dah. tapi kesimpulannya, tadika mahal pun tak guna kalau cikgu diorang takde pemantauan. oh ye, cctv tadika sengaja di off ye sepanjang masa
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni ler perangai some parents .. dah mati anak tu nanti meraung mcm aci mati laki. Nak salahkan pengasuh lagi ke kalau mak sendiri buat tak kisah mcm ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Baca kt fb smlm
Dr 2013 dh buat hal tp terlepas
Yg kes baru pun dh kna tgkap tp skrg terlepas dgn ikat jamin pulak
Mcm celaka je
Klu buat anak i cmni taula i nk balas balik cmna
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya baca. I suggest you teruskan niat you untuk meroyan di Twitter. Buat la tweethandle baru kalau nak kekalkan anonymity.
Semoga one day cikgu2 tadika yang zalim ni dapat balasan yang sama, masa theyols tua.
|
|
|
|
|
|
|
|
"launch report" tu. tetiba teringat TMJ. hiks.
utk tak ot .. mmg menyirap la darah ahkaq ni tengok acik2 gemuk tu buat budak2 kat taska tu cam tu. kesian la bdk2 tu. kalau ahkaq jadi mak budak2 tu mmg aku gi tunjal2 kepala acik2 gemuk tu. (akak tak anti org gemuk. dlm hal ni je akak marah acik gemuk tu)
|
|
|
|
|
|
|
|
komen sis tak pernah mengecewakan .....
ntahlaaaa...satu jaa perasan taska/tadika melayu/islam ni...gelap 24jam.... mmg cat kene gelap2 ek...pastu jimat benar xmo pasang lampuuu....
ohh..lupa....akhirat nanti akan bercahayaaaaa....
|
|
|
|
|
|
|
|
yg org besar kt situ xreti nk buat apa ke? ke sama je buli budak2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mudah2 an acik kepam bangsat dua ekor ni dibelasah cukup2 dalam lokap sampai lunyai |
|
|
|
|
|
|
|
knp buat kat budak2 tak berdosa mcm tu hanat...
tak nampak pun budak2 tu hyper ke ..masing2 ketakutan.. sakitnya hati tengok..dah la kemurungan baca kes bapak taik dadah tetak anak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sama la kes dengan anak masa duduk tadika dulu...ada pernah sekali pergi jenguk anak masa time lunch. Budak2 punya la ramai. Tapi masak nasi satu pot kecik. Nasi sikit je letak, kuah sup penuh pinggan..ayam kecik2 ada la seketul dua...lps tu iols tekadkan hati. Tukar nursery lain. Patut la setiap kali ambik anak balik nursery, pakat dok bising lapar2..balik kerja mesti sediakan makanan kat diorang, alas perut sementara nak makan malam.
Tapi kebanyakan nursery pun macam tu. Pagi2 tengok bagi makan ciput je. Untung lagi budak2 yang belajar kat tadika kerajaan. Sebab tu iols sampai sekarang, sebelum hantar anak pg nursery, mesti akan pastikan anak2 makan dulu. Kesian, dah la sehraian kat sana...
Dah la tak cukup makan, kalau la kena dera macam tu...i just can't... |
|
|
|
|
|
|
|
Gingerly replied at 13-8-2018 11:32 AM
Agak2 ni set2 yang jenis protes pondan masuk toilet oku atau perempuan..
Perangai sebijik macam i ...
alkisah sejenis amboi kalau ye pun pakai la tudung, tutup dada tu.. bila ditegur pula, eh aku dah jalankan tanggungjawab aku, aku tak nak kena soal nanti.. hah cenggituh alkisahnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
emptybotol replied at 13-8-2018 11:02 PM
Genius aulad ke? Hmmm dah rasa serba salah dah nak hantar anak gi tadika next year bila tau genius ...
kalau tadika tu sendiri boleh report polis meaning OK la mgmt tadika tu. banyak tadika yg lagi suka peram isu pasal takut next yr org x register dah tadika ada pengasuh camtu. |
|
|
|
|
|
|
|
Polis menahan dua orang guru tadika bagi membantu siasatan berhubung kes video yang menyaksikan kanak-kanak di pusat asuhan didera dan dipukul.
Kejadian yang berlaku di Cheng, Melaka itu melibatkan penahanan dua wanita berusia 21 dan 40 tahun selepas polis menerima laporan oleh pengurus pusat asuhan kanak-kanak tersebut.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Afzanizar Ahmad berkata,
“Kejadian yang dipercayai melibatkan empat orang pelajar itu berlaku pada 30 Julai lalu dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001."
Video pertama berdurasi 2 minit 10 saat menunjukkan seorang guru mengangkat kanak-kanak perempuan sebelum meletakkannya di atas badan seorang kanak-kanak lelaki yang terbaring.
Manakala video kedua berdurasi 36 saat menyaksikan seorang guru menampar seorang budak lelaki sehingga terjatuh dari atas kerusi. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib bukan anak aku..kalo anaak aku aku gulai ticer babi tu bg makan anjing.. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan terkejut pasal pompuan yg korang kenal keliling korang pun ramai camni. diorang ni pun membawang sama je mcm org lain bila kes baby kena seksa.
makcik2 bawang tudung bawah kopek tapi perangai mcm setan betina histeria.
nak jaga budak2 ni kena ada sabar n belas kasihan yg penting. mmg makin ramai pompuan skg ni rata2 takda hati perut. takda langsung sifat2 pompuan berakhlak.
ok kut as long as tak perlu risau time betulkan kopek dlm jamban sajat ada kat blkg.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya taska ni memang byk amik mudah yer.
Semoga kejadian macam ni akan sedarkan taska yang ambil kesempatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah sedehnye part makan tu
xley bayang cemana kalo anak iols yg kuat makan tu dok tadika tu
|
|
|
|
|
|
|
|
pure_lady replied at 14-8-2018 09:30 AM
okay kes ni betul betul triggered aku. ingat nak meroyan dekat twitter tapi takut viral pulok. ni ki ...
Hmm.. Kesimpulannya ada segelintir guru2 tadika yg mmg tak layak utk mengajar bdk2, takde skill mengajar bdk2 kecik, bad attitude,benda2 simple pun takde common sense dan yg plg penting takde rasa sayang n simpati pd bdk2..
Dulu I p tadika KEMAS je, yuran murah je.. Tp cikgu2 baik sgt.. Makan pun best.. Sambal nasi lemak kat tadika tu plg sdp, sampai skg tak lupa.. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
aku perati ja komen masing2... ni ada pulak geng2 liberal dan penyembah duboq lgbt sebab dalam idop depa dok kawan baik ngn bang sa tu la tu.....dok kaitkan isu duboq lgbt dan tutup aurat dalam isu dear budak kat taska ini...nampak sangat hangpa dua kali lima bowdow dan histeria tak faham isu sebenaq...kerja hangpa membawang ja...aku agak ghupa hangpa masing2 mesti seburghuk ghupa ayat2 hangpa..bowdow...pelabel dan penghukum tak habih2....kampung sunggoh...bowdow...wakakakakakakakakaa |
|
|
|
|
|
|
|
isssh...ibubapa kepada kanak2 berkenaan sila tonjol balik si gemok ni geramnya nasib baik budak2 tu tak didudukkan..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|