|
[Tempatan]
6 Bomba Maut di Puchong sebab sorang remaja
[Copy link]
|
|
adoii sedihnya 6 sekali meninggal. Alfatiha.. |
|
|
|
|
|
|
|
eLiaD replied at 4-10-2018 12:28 AM
Takziah..Al-Fatihah..
[KEMASKINI] 6 Anggota Bomba Maut Dalam Operasi Menyelamat
Udah laa lelaki meleis yg berkualiti baik semakin sedikit.. matilaa pulak..
Yg mat rempit tak mo laakk mati.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. Sedih dodol dgar berita ni pagi2 buta. |
|
|
|
|
|
|
|
JohnnySins replied at 3-10-2018 11:37 PM
ini sains kata penduboq2 etis...sinoatrial node mereka berhenti mengecaj elektrostatik yang menyebab ...
Bodoh punya cacai. Moga tuhan melaknat kau dan balas kau di dunia ni. Amen |
|
|
|
|
|
|
|
JBPM: Tragedi sekumpulan penyelam penyelamat lemas pertama dalam sejarah
Bernama -
October 4, 2018 7:14 AM
SERDANG: Tragedi 6 penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) lemas ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) adalah yang pertama dalam sejarah jabatan itu melibatkan sekumpulan anggota terkorban pada satu masa.
Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid yang ditemui di Hospital Serdang di sini, berkata sebelum ini ada insiden operasi SAR yang mengorbankan anggota bomba namun jumlah terlibat adalah kecil.
“Ini kali pertama (6 anggota terkorban). Dulu pernah berlaku kes seumpama ini dan kami hilang 2 anggota.
“Kita telah melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) tetapi tidak berjaya menyelamatkan mereka dan ini satu kejadian amat menyedihkan kita. Satu kes yang begitu ramai kakitangan kita terlibat dalam kemalangan,” katanya.
Enam penyelam PPDA maut ketika menjalankan operasi SAR seorang remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong pada 9.15 malam Rabu.
Mohammad Hamdan berkata JBPM akan melihat setiap aspek kebajikan kepada keluarga dan waris mangsa termasuk dari segi pampasan dan insurans.
Beliau berkata Jabatan Forensik Hospital Serdang sedang melakukan bedah siasat ke atas kesemua mangsa.
Katanya selepas selesai urusan bedah siasat, kesemua jenazah akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam untuk upacara penghormatan terakhir sebelum dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing untuk pengebumian.
Keenam-enam yang terkorban terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.
Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.
Katanya mangsa berasal dari Sibu, Sarawak: Tawau, Sabah; Kelantan; Port Dickson, Negeri Sembilan; dan 2 dari Shah Alam, Selangor.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Balakong Wong Siew Ki turut berada di hospital itu menemui waris dan anggota keluarga mangsa.
Sementara itu, Shamiza Salleh, 32, isteri seorang daripada mangsa, Adnan, berkata beliau menerima panggilan mengenai kejadian menimpa suaminya pada 11 malam.
“Saya dimaklumkan mengenai kejadian ini oleh kawannya (Adnan). Ketika itu saya berada di rumah,” katanya.
Shamiza, bagaimanapun tidak dapat bercerita lanjut kerana terlalu sedih. |
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 4-10-2018 07:36 AM
Takziah. Sedih dodol dgar berita ni pagi2 buta.
Ntah ntah salah sorangnya jodoh dodol.. jumpa disyurga ajelaa dodol |
|
|
|
|
|
|
|
Buaya Puchong dulu lombong yg sama ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah pada keluarga 6 anggota bomba ni....sedih pepagi baca news camni |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah ..kesiannya
sampai 6 org tu..mcm mana boleh jd gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tengok rupa
Lombong tu menyeramkan dah mcm lombong terbiar tak paham kenapa budak2 tu nak mancing bagai.
Dahla musim hujan kelmarin je kat puchong tu banjir kilat bagai jln byk tutup org yg blk kije pun tersadai kat opis kul 11 mlm baru smpai umah.
Takleh duk dendiam kat umah ke? Ptg2
Hujan ribut petir kot kekdahnya dah form 5 kan nak peksa??ke dah tak sekolah dah.
Mohon la semua di kala cuaca tak menentu skrg mohon jauhkan diri daripda
Kawasan pantai, lombong, tasik, sungai ,air terjun dan yg sewaktu dgnnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah untuk keluarga mangsa .. |
|
|
|
|
|
|
|
Walau camna pun syahid kan meninggal dalam keadaan bertugaskan ? Takziah buat mangsa sekeluarga... sedihhh .. walaupun x kenal..tp.bila jadi cmnie..terasa pengorbanan mereka tiada nilai. Sanggup gadaikan nyawa sndiri. #wiratakdidendang |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat ahli keluarga bomba tu..yang arwah budak tu..haish..maleh la nak komen japg iols carut jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
diharap dengan kejadian ini kerajaan dapat memberi elaun krtikal
sbb katanya depa blum menerima lagi elaun ini..jgn hanya dok berjuang isu
beban tugas guru, doktor,tentera
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...salam takziah utk famili mangsa yg terlibat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnalillahirojiun.. moga roh diampunkan segala dosa2 arwah |
|
|
|
|
|
|
|
انّا للہ و انّا الیہ راجعون
salam takziah .. semoga dipermudah segala urusan family arwah..
sedih plk pagi2 dgr berita mcm ni
p/s dh tau hujan 2/3 hari ni.. takyah le pi memancing bagai.. hmmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah takziah buat keluarga mangsa mudah-mudahan keluarga mangsa tabah menghadapi musibah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada kesemua ahli keluarga mangsa yang terlibat. Sedihnya ramai yang maut dalam kejadian ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih tegok berita pagi ni...budak blom jumpa.pagi ni polis marin plak katanya take over...katanya dah ikot sop tapi air mengganas....tp bg aku ketua pon patot tengok jugak ops malam malam buta dlm air deras mebahayakan penyelamat yg meruakapakan aset negara.kehlangan yg tragis buat pasukan bomba..mesti satu team trauma. |
|
|
|
|
|
|
| |
|