|
Bekas Mufti Selangor tidak boleh lupakan bagaimana beliau dipecat
[Copy link]
|
|
akulahini......isunya bukan mufti tue harus menangkap bebudak itu waktu sebelum mereka buka baju atau tidak kerana tidak ada bukti mufti itu terhendap2 dulu dibawah pentas,dibelakang pentas atau dibawah pentas.
ketika serbuan.......anak2 melayu itu sedang memperagakan susuk tubuhnya dan sewajarnya mereka ditangkap.jika akulahini percaya sudah ada undang2 yg mencegah anak gadis melayu dari memasuki pertandingan ini,harus dipersoalkan bagaimana pihak berkuasa memberi permit dan kelulusan pertandingan melibatkan org islam nie?.
isu yg utama disini ialah kerajaan melihat tindakan mufti itu salah dan menyalahi ketamdunan barat.kerajaan tak melihat dalam konsep tanggungjawab pemerintah atau ketamadunan islam.maka sebab itulah budak2 pompuan itu terlepas dan pegawai2 jais ditekan dan mufti ditamatkan perkhidmatannya.
berbalik pada soal cadangan akulahini agar ditutup saja tv yg menyiarkan siri2 pertandingan ratu cantik ini........ini nyata sekali satu cadangan terdesak.apabila bicara melibatkan pemerintah dan tanggungjawabnya,tidaklah semudah itu jalan penyelesaian yg boleh diberi.
apa jadinya bila ada saranan mahukan filem2 lucah ditv???dan jalan penyelesaiannya ialah "tutup tv".huh!!!! |
|
|
|
|
|
|
ANA_Pilot This user has been deleted
|
dato' ishak tuh sapo? den tak ponah dongar pon...
kalau dato' kudus tuh den konai laa.. belakang umah den nih jek haaa..
kuang3...
|
|
|
|
|
|
|
|
takpelaaaa sekurang2nya mufti dan pegawai jais dah sedaya upaya nak cegah maksiat tue walaupun tak direstui pemerintah. |
|
|
|
|
|
|
akulahini This user has been deleted
|
Originally posted by golok mail at 2004-10-30 11:27 AM:
akulahini......isunya bukan mufti tue harus menangkap bebudak itu waktu sebelum mereka buka baju atau tidak kerana tidak ada bukti mufti itu terhendap2 dulu dibawah pentas,dibelakang pentas atau di ...
Mufti dan juga pegawai pencegah maksiat apabila mengetahui bahawa adanya elemen maksiat hendaklah bersegera membanteranya, bukan dengan cara menangkap dan menggari secara membuta tuli. Atas dasar apa mufti Selangor tahu mengenai pertandingan itu? Adakah beliau diberitahu mengenai pertandingan tersebut hanya seminit sebelum pertandingan dimulakan? Saya rasa tidak. Saya rasa tindakan tersebut sudah ada pre-empt nya, yakni sudah dirancang. Saya rasa adanya pengetahuan sebegitu lama mengenai pertandingan tersebut yang membuatkan pasukan pencegahan maksiat tersebut menyerbu ke tempat tersebut.
Saya rasa pihak berkuasa tidak sebodoh mana membenarkan pertandingan ratu cantik yang mana ada anak melayu memasukinya kerana mereka sudah tahu bahawa itu adalah dilarang. Jadi, saya rasa permohonan pertandingan tersebut tidak menyatakan adanya anak melayu muslim yang akan memasukinya.
apa jadinya bila ada saranan mahukan filem2 lucah ditv???dan jalan penyelesaiannya ialah "tutup tv".huh!!!!
Saya bercakap mengenai tahap moral. Saya rasa bukan Islam di Malaysia boleh menerima beberapa rancangan tertentu yang tidak terlalu berbentuk obscene. Saya rasa kerajaan sebegitu bodoh membenarkan rancangan lucah seperti yang saudara katakan tadi, kerana ia tidak akan berlaku di Malaysiaan dan jauh menyimpang dari tahap moral rakyat Malaysia.
[ Last edited by akulahini on 2-11-2004 at 06:05 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by akulahini at 2-11-2004 06:02 PM:
Mufti dan juga pegawai pencegah maksiat apabila mengetahui bahawa adanya elemen maksiat hendaklah bersegera membanteranya, bukan dengan cara menangkap dan menggari secara membuta tuli. Atas das ...
akulahini...
golok mungkin tak tahu yang kita ni sebenarnya ada "pilihan" untuk membuat sesuatu... satu contoh macam gerudi inul... tak ditayangkan di tv malaysia(rasa aku lah).. kita ada pilihan untuk terus mencari vcd gerudi inul tu di chow kit @ buat tak reti dan menganggap itu sebagai dugaan apabila mendengar cerita2 orang tentang kehebatan gerudi inul tersebut.. amacam golok? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 8tuk's post
8tuk, siapa yg bekerja tak nak duit , takkan nak kerja free, nak makan apa??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|