CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gabanzack

Merged: All about BALI (gabanzack/shahgti/ranggii)

 Close [Copy link]
Post time 17-9-2005 01:25 AM | Show all posts
Leh tukar RM kat sana ke? kan RM tak laku kat oversea? tak tau lak kalu laku kat Bali..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2005 01:35 AM | Show all posts
Aku jadi member vacation club overseanya... Aku leh dapat apt 3 bilik fully furnished agak murah, tengok season especially low season. So lehlah masak cam umah sendiri. Kalau betul2 interested, pm aku. Tak kesahlah nak kat bali ke or kat mana2 pun... Kat msia pun boleh. Dulu aku dapat Tioman Beach n Spa RM 300 jek utk 1 week, 2 bedroom chalet..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2005 12:12 AM | Show all posts
confirm aku pi bali awal bulan dec nie... tadi dah sambar 2 package kat matta fair selepas survey 2 hari... rata2 harga actually lebih kurang sama jer among the travel agents... yg bezakan dok hotel mana & travel time biler... macam aku amik full package 4D3N awal bulan dec kena rm1200/person
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2005 12:55 AM | Show all posts
Originally posted by Coolguy_KL at 18-9-2005 12:12 AM
confirm aku pi bali awal bulan dec nie... tadi dah sambar 2 package kat matta fair selepas survey 2 hari... rata2 harga actually lebih kurang sama jer among the travel agents... yg bezakan dok hote ...



yeah, aku plak gi early january. sebab u pi dulu, tolong ler survey tempat yg best2 okay..
Reply

Use magic Report

gabanzack This user has been deleted
 Author| Post time 18-9-2005 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by Coolguy_KL at 18-9-2005 12:12 AM
confirm aku pi bali awal bulan dec nie... tadi dah sambar 2 package kat matta fair selepas survey 2 hari... rata2 harga actually lebih kurang sama jer among the travel agents... yg bezakan dok hote ...



uihhh... RM1200 per person just for 4D3N?

mahal gak tu... or maybe dia bagi duduk hotel 4,5 bintang kot....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2005 10:36 PM | Show all posts
Originally posted by gabanzack at 18-9-2005 10:43 AM



uihhh... RM1200 per person just for 4D3N?

mahal gak tu... or maybe dia bagi duduk hotel 4,5 bintang kot....


yeap.. hotel 5 star & full boarding... tak perlu risau nak carik makan kat mana.. aku compare harga dengan hotel 3 star beza rm150 and compare dengan hotel 4 star beza rm50... so aku pikir nanti menyesal lak amik hotel tak best tak travel jauh2... so amik jer la 5 star tu...
time dec mmg hotel mahal & flight pun mahal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2005 11:06 AM | Show all posts
Kalu ader anak kecik cam aku ni korang rase sesuai ke nak pegi ke Bali ni???
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2005 04:22 PM | Show all posts
wah.. wah.. wah.. bukan main lagi yek korang ker sana.. tak per nanti next year kena pegi sana ngan geng Les Kicap.. yer catwoman247 yer.. semalam geng Leas Kicap yg seberang apartman ko datang umah div disebabkan tahap keboringan sudah mencapai tahap cipan. so aku jamu ler dia air suling ngan spageti.. hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


gabanzack This user has been deleted
 Author| Post time 21-9-2005 10:46 PM | Show all posts
apa kabar semua?

Ni aku taip dari internet kafe kat Bali... Sejam 8000 rupiah....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 06:41 AM | Show all posts
Originally posted by gabanzack at 21-9-2005 10:46 PM
apa kabar semua?

Ni aku taip dari internet kafe kat Bali... Sejam 8000 rupiah....


sampai jugak kau yer....dok kat kuta ker?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 06:56 AM | Show all posts
gab.. have a safe journey k.. citerlah apa yg patut k...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 08:54 AM | Show all posts
Memanglah harga package,hotel dan penerbangan memang mahal pada disember cuba elakkan waktu peak season disana dan kalau tak silap peak season in december ada surcharge US$20 per night untuk hotel.Di Bali takde kegiatan untuk anak anak,yang ade untuk keluarga adalah waterbom park di depan Discovery Mall.Bagi saya Bali ialah tempat untuk rehat ataupun honeymoon.Pelancong Malaysia juga terkenal sebagai pelancong bakhail,suka bertanya tapi tak mau beli.:cak:
Reply

Use magic Report

gabanzack This user has been deleted
 Author| Post time 26-9-2005 11:10 AM | Show all posts
Sorry guys.... last posting aku tak dapat taip panjang sebab tu last 30 seconds yg aku ada kat cyber cafe kat Bali tu....

So skang ni aku dah sampai di Malaysia... dah 2 hari actually...

Macam2 aku nak citer kat korang pasal pengalaman 5 hari 4 malam di Bali... antaranya pengalaman kami kena 'tipu' masa first time membeli belah, pengalaman 3 hari naik sepeda motor (motosikal le), pengalaman redah kampung2 org Bali, observation kami tentang tempat2 beli belah yg best  dan banyak lagi yg mungkin kami tak dapat rasa kalau ikut travel pakej yg akan bawa pelancong ke tempat2 yg mahal dan membosakan... sebagaimana yg dah banyak diperkatakan oleh forumner lain.

Masa di Bali aku ada tulis jurnal tentang pelbagai perkara dgn niat untuk menjadi rujukan tambahan kpd kawan2 yg bercadang nak pegi ke Bali...  Cuma balik ke ofis ni macam2 pulak kerja urgent yg menanti. So aku akan taip sikit2, dan paling bagus kalau ada yg boleh bertanyakan soalan sebab aku pun tak tau camne nak cover semua cerita aku ni.

Sekadar mukaddimah, aku pegi Bali dgn wife on 19 to 23 September. Berdasarkan tempahan hotel secara online, tempoh ni adalah low season di Bali jadi harganya dikatakan sangat murah. Harga murah ini pulak hanya boleh diperolehi melalui online reservation. Kami menginap di Balisani Padma di Jalan Padma Utara, Legian. Kawasan ni bersebelahan dengan Kuta. Satu malam USD19. Kalau beli direct ngan hotel harga ini lebih drpd double :. Kawan2 boleh visit http://www.asiarooms.com/indonesia/bali.html kalau nak survey hotel2 di Bali dan dapatkan harga yg murah. Tapi sememangnya banyak lagi hotel2 yg tak tersenarai dalam internet, jadi kebarangkalian untuk dapat hotel/motel/hostel pada harga yg jauh lebih murah adalah sangat tinggi. Sebab di Bali ni masyaAllah punya la bersepah dengan hotel2.... dari yg besar sehinggalah yg kecik2.

Pengalaman hari 1:

Flight AirAsia AK904  berlepas jam 5. 00 petang, perjalanan kira2 3 jam yg tidak berapa membosankan sebab ketua pramugaranya pandai buat lawak. Siap ada kuiz soal jawab dgn guest dan dpt hadiah. Sampai sekitar jam 8.10 malam di Ngurah Rai International Airport. Alhamdulillah proses imigresen semua berjalan lancar. Habis semua pamplet2 pelancongan kat airport tu kami ambik utk buat rujukan.

Di airport kami cuba buat muka confident sebab tak nak 'ulat-ulat' ambik kesempatan. Tapi sangkaan kami meleset. Memang tak nampak pun sape2 yg cuba nak panggil2 kami utk offer perkhidmatan taxi atau hotel. Lepas ke "kamar kecil" aku terus pegi ke salah satu kantor taxi kat situ. Terpampang harga ke Jalan Legian 35,000 rupiah. Kira2 RM14. Terfikir jugak mungkin harganya mahal, tapi apa nak buat sebab  tak nampak pulak taxi or prebet sapu di samping kami pun tak nak tunjuk macam desperate sgt. So kami pun setuju pakai service syarikat taxi tersebut dgn harga 35,000 rupiah.

Bersambung..... penipuan pertama oleh driver taxi.

(kalau ada soalan, silalah tanya)
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2005 11:28 AM | Show all posts
Originally posted by gabanzack at 26-9-2005 11:10 AM
Sorry guys.... last posting aku tak dapat taip panjang sebab tu last 30 seconds yg aku ada kat cyber cafe kat Bali tu....

So skang ni aku dah sampai di Malaysia... dah 2 hari actually...

Mac ...


aku cukup suka baca catatan perjalanan yg details mcm ni. keep going gabanzack, tak sabor nak dengar adegan yg seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2005 05:07 PM | Show all posts
Yupp... aku pun suka baca gak.. lagi pun leh kenang balik pengalaman perjalanan ke bali dulu...
Reply

Use magic Report

babymama This user has been deleted
Post time 26-9-2005 05:32 PM | Show all posts
mana lagi sambungan ni
best la baca pasal ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2005 10:24 AM | Show all posts
sambung la cepat...bestnyer...mukadimah dah best..hehe
Reply

Use magic Report

gabanzack This user has been deleted
 Author| Post time 27-9-2005 01:43 PM | Show all posts
hehe... sori.... punya la banyak keje kat opis ni sampai tak sempat nak jengok internet....

Ok sambung lagi... Driver taxi yg membawa kami ke hotel bernama Wayan. Mula2 tu macam kerek sikit. Bahkan beg kami pun dia tak tolong carry ke taxinya, yg mana pada aku sepatutnya dia kena buat untuk tunjukkan hospitality pada org luar. Barangkali sebab kami ni bukan mat salleh kot. Ah lantaklah.... aku pun jenis yg humble, takdelah nak demand ke hapa.

Di dalam taxi dia tanya sudah ada "tur" ke belum? Aik, amenda tur tu? "Apa bapak enggak tau apa itu tur?" So kami ngaku le tak faham apa maksud tur... Then selepas diterangkan sedikit, dapatlah kami tangkap tur yg dimaksudkannya itu adalah "TOUR". Cess... sudah dibetulkan sebutannya pun dia masih nak sebut "tur". Lantak ko lah. Tapi di situ dia dah dapat hidu yg kami ni belum ada perancangan sebab datang tanpa menggunakan pakej. So dia pun mula cucuk jarum mengatakan dia boleh sediakan tur pada harga yg berpatutan. Katanya... kasihan ramai "tamu" (gelaran untuk pelancong) yg dikenakan harga terlalu mahal sehingga 750,000 rupiah untuk tur ke Kintamani. Sedangkan dia boleh bagi tur pada harga 400,000 rp sahaja. Yg akan handle tur tu adalah adik dia bernama Leso, katanya dah banyak pengalaman jadi pemandu wisata (wisata = pelancongan). Katanya lagi, kalau mintak hotel yg carikan tur, harganya adalah sangat mahal sebab hotel mesti nak ambik untung jugak.

Well, untuk memudahkan kawan2 membayangkan harga dalam Rupiah , maka formula mudahnya adalah setiap 10,000 rupiah adalah bersamaan dengan RM4. Atau sebaliknya, RM1 bersamaan dengan 2,500 rupiah. Ini adalah anggaran sahaja kerana nilai tepatnya bergantung kepada exchange rate semasa kawan2 convert duit RM to Rupiah.

Balik kepada cerita tur tadi, di sini aku telah melakukan 2 kesilapan. Pertama, tersalah congak. Bila si Wayan tu sebut 400,000 rupiah, kepala otak aku terus kata murahnya... tu baru RM100. Masa tu teringat ada forumner Cari kata pernah pergi ke Kintamani pada harga yg mahal iaitu RM160. Padahal sebenarnya 400,000 rp tu adalah RM160, bukan RM100. Almaklum baru first time nak convert mengonvert.... terus tercompius.

Kesilapan kedua adalah cepat sangat close deal dengan mamat Wayan tu sedangkan sepatutnya aku tunggu sampai hotel dulu dan survey2 harga dahulu. Dah la gitu, bila si Wayan ni kata nak mintak deposit 50,000 rp, aku pun setuju walaupun sedikit ragu2 sebab tak logik untuk kita percaya org asing yg baru dijumpai kali pertama. Org Indon pulak tuh. Tapi dalam hati aku macam ada perasaan nak tengok sejauh mana betulnya kata bapak aku bahawa masyarakat Bali adalah antara masyarakat terbaik di Indonesia sepanjang pengalaman beliau berulang alik ke serata tempat di Indon.

Elok aje sampai ke lobi hotel, kami disambut mesra. Terus tunjukkan print-out hotel reservation kami. Kat situ aku tanya... kalau tur ke kintamani (masa ni dan sepanjang masa di Bali aku pun apply aje sebutan2 lazim org Bali) berapa harganya? Staff kat situ kata 350,000 rupiah. Adusss.... kalau hotel sendiri dah bagi murah.... pastinya boleh dapat lebih murah daripada independent service provider2 yg kelihatannya bersepah2 di Bali ini.....

terkilan aje rasanya.. Tapi apa nak buat. Deposit 50,000 rp sudah dibayar. Itu pun bimbang jugak kalau deposit tu pun lesap. Hmmm... Pengajaran pertama kepada kami. Dont rush to make decision. Staff hotel tu jugak kata tak sepatutnya   mana2 taxi ambik deposit dari pelancong. Adeehhh... bertambahlah rasa terkilan kami.

Seterusnya kami dibawa ke bilik. Room 122. Rupa hotel, persekitaran dan bilik kami betul2 serupa yg macam kami lihat di dalam internet semasa tempahan. Overall puas hati. Bilik, bilik air, balkoni.... semuanya bersih. Senibinanya pun cantik walaupun simple aje. Tetap terserlah ciri2 Balinya. Tanda arah kiblat pun siap dipasang di siling. Cuma satu aje yg tak pueh hati. Takde cerek untuk masak air panas. Akibatnya, 2 pek Maggie dari Malaysia berjaya menikmati percutian percuma ke Bali dan kembali semula untuk ditamatkan riwayatnya di Malaysia. Nak mintak air panas dari hotel, malas. Pendek kata, bilik kami yg berharga USD19 (RM70++) ni kalau di Malaysia mungkin lebih RM150. Kira murah la tu.

Lepas letak-letak barang, kami suami isteri pun terfikir nak cari makan. Perut pun dah lapar. Dlm kapal terbang cuma makan turkey sandwich yg keras kedenkong. Hampeh tul AirAsia jual harga RM7 utk benda camtuh! So terus terlintas  nak makan Nasi Padang.

Turun ke entrance hotel, kelihatan banyak taxi2 warna biru beratur menunggu pelanggan. Kami minta dibawa ke mana2 restoran Nasi Padang yg halal (padahal kalau di Bali ni, asalkan Nasi Padang memang masakannya diusahakan org Muslim). Maka dibawakan kami ke satu restoran yg agak besar di pinggir Kuta.

Lauk yg disusun depan kami ada 13 jenis. Kami makan paru goreng, ayam dan sotong dan sedikit nasi tambah. Kena 63,000 rupiah bersamaan RM25.20. Huh!!... makan macam tu pun dah RM25? Tidak la sedap mana pun. Ingatkan kat Indon ni makan minum murah2 belaka.

Sempat kami berbual2 dgn driver taxi tadi. Katanya nama dia Made. Dia juga offer pada kami tur ke Kintamani pada harga 350,000 rp. Segan2 aje kami nak sebut dah ada tur yg berharga 400,000 rp. Hehehe... Seterusnya kami mintak dia berhenti jauh sikit dari hotel sebab kami nak jalan kaki ke hotel sambil tengok2 suasana malam di kaki lima. Bila nak bayar tambang, dia kata berapa berapa ajelah Pak. Aiii, baiknya org ni? Boleh pulak berapa2 aje. Kang aku bagi 5000 rp (RM2) ko pulak yang menangis. So aku kata sebutlah berapa harga yg biasa. Terus aje dia kata 50,000. Perghh... pantang org bukak line, terus aje mintak mahal2. 50,000 rp tu RM20. Tapi entah apsal... mungkin tu hari bodoh aku kot... terus aje aku hulur note 50,000 kat mamat Made tu. Padahal taxi tu pakai meter yg entah2 lagi murah kalau kira ikut meter.

Kami berjalan2 dalam 30 minit. Kedai2 pun dah mula tutup. So kami kembali ke hotel. Aku belek2 semua brochure2 yg aku ambik kat airport. Dan memang betul tur ke Kintamani banyak yg offer pada harga 350,000 (RM140). Pakej mengandungi bayaran tiket ke pusat2 pelancongan yg mengenakan bayaran masuk, air mineral, makan tengahari, driver kereta dan sorang pemandu pelancong. Sedangkan kami punya tur berharga 400,000 rp (RM160) tak meliputi tiket2 masuk ke tempat2 pelancong, pemandu pelancong, air mineral (dorang sana sebut AQUA, satu brand keluaran Danone).

Aduhh... baru beberapa jam aje di Bali kami dah kena overcharged  beberapa kali. So malam tu kami tidur dgn debaran menantikan hari esoknya........

Bersambung..... hari ke-2, penipuan paling hebat oleh Makcik Tampak Siring..... sampai hari ni aku masih menyumpahkan kau, makcik!
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2005 01:49 PM | Show all posts
bestnya cerita, sambunglah cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2005 01:59 PM | Show all posts
kelakar lak baca posting gabanzack ni, tapi rasa gerun gak nak gie bali ni - baru bercadang nak gie, tapi kalau semadang kena tipu, mau laki aku ban langsung negara indonesia ni.  aku baru je dapat green light nak melawat negara jiran ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.379728 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list