CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TimahMulia

Penang

  [Copy link]
Post time 19-6-2006 01:36 PM | Show all posts
Originally posted by mac_su at 19-6-2006 11:51 AM
Mac_su baru je balik dari Penang last weekend. Tinggal kat Evergreen Laurel Hotel kat Gurney Drive. Hubby bawak mac_su pi makan ayam ros dgn kari kaki kambing kat Queen Street. Mula-mula mac_su ingatkan ayam masak piru rupanya ayam piru tue ayam Turkey or ayam belanda ...


hahaha.. bhs penang ayam piru tu nama lain bagi ayam turki/belanda laaaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2006 04:32 PM | Show all posts
Originally posted by mac_su at 19-6-2006 11:51
Mac_su baru je balik dari Penang last weekend. Tinggal kat Evergreen Laurel Hotel kat Gurney Drive. Hubby bawak mac_su pi makan ayam ros dgn kari kaki kambing kat Queen Street. Nama kedai tu Restor ...


queen street kat mana? apa landmark dia? terliur aku dgr ko citer bab ayam piru ni.angsa pon ada? mcm mana rasa dagingnya? ada beza ke dgn itik? tetiba aku jd x keruan bila ckp bab makan.hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 05:08 PM | Show all posts
Originally posted by MillionIdeazKid at 19-6-2006 04:32 PM


queen street kat mana? apa landmark dia? terliur aku dgr ko citer bab ayam piru ni.angsa pon ada? mcm mana rasa dagingnya? ada beza ke dgn itik? tetiba aku jd x keruan bila ckp bab makan.hehe.



Aku tak rasa lak ayam piru dgn itik angsa tue. Aku cuma makan kaki kambing dengan ayam ros. Aku pi naik teksi so aku cakap je dengan driver taxi tue Queen Street . Restoran tue dekat dengan kuil Hindu. Restoran tue kalau jalan kaki lebih kurang 20 minit dari Komtar.

D
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 05:16 PM | Show all posts
Originally posted by MillionIdeazKid at 19-6-2006 04:32 PM


queen street kat mana? apa landmark dia? terliur aku dgr ko citer bab ayam piru ni.angsa pon ada? mcm mana rasa dagingnya? ada beza ke dgn itik? tetiba aku jd x keruan bila ckp bab makan.hehe.


queenstreet tu dekat dgn little india la ... let's say u dari weld quay, lalu balai bomba on your left, on your right tu ada Kassim Mustafa .. the next lorong on right tu la queen street.

Tajuddin Hussin memang femes pun
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 05:18 PM | Show all posts
Originally posted by skyline at 19-6-2006 01:34 PM


i'll try to make it..hehehe.

rasa2nya makcik minah tu ada lagi ker...


kalau tak salah, still ada tapi dia dah tak larat sgt dah

kalau nak pi, kena pi awal, by 12.30 dah penuh dah kedai ...

dulu kecik2, selalu la pi ... dah besar, kurang sket .. sebab kuah gulai dia ceroi je .....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 05:39 PM | Show all posts
hahahha.. semua yg pi penang semua dok cite pasai makanan.. mmg lah penang if food haven!
nanti parents aku nak settle down penang,.. lagi bulat laah bapak aku..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2006 09:49 PM | Show all posts
aduh..rindunya aku kat Penang...kampung halaman ku...uhuks uhuks....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 01:54 PM | Show all posts
Megamall Pinang


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2006 11:56 AM | Show all posts
kat tajudin hussin tu aku nampak ada jug ats meja yg dalamnya nak mcm gulai x gulai..nak mcm sup x sup..amende ha?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2006 05:01 PM | Show all posts
nama dia rasemmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...sebut betoi betoi RASEMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM...bila tuang dia makan ngan nasikk...perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......sodapppp!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2006 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by mummyirfan at 24-6-2006 05:01 PM
nama dia rasemmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...sebut betoi betoi RASEMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM...bila tuang dia makan ngan nasikk...perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ...


perrrgghhhh.. tgk ko tulih pun dah terbayang kesedapannya :love:
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2006 04:34 PM | Show all posts
rasem tu mcm namanya jugak...masemmmmm. selain tajudin husin..mana lagi nasi kandar yg best ? kat sup power hamid..nasi dia bes tak? sup apa yg power?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2006 06:03 PM | Show all posts
nasik kandaq kampung melayu penah pi makan dak ?
lauk tak berapa banyak tapi kuah dia yg sedap ...

Queen street tu rasanya dekat2 ngan tamil street kot ...
murtabak kat dawood restaurant pun sedap
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2006 03:38 PM | Show all posts
Pulau Jerejak Alcatraz Malaysia
Oleh Fazli Abdullah



Kaya dengan flora dan fauna serta bebas daripada kesibukan kota dan bersejarah

PERNAHKAH anda berkunjung ke 'Alcatraz Malaysia', nama jolokan bagi Pulau Jerejak yang suatu masa dalu menjadi tempat kuarantin pesakit tibi, kusta dan pusat tahanan penjenayah tegar.

Jika pernah sudah pasti anda tidak boleh melupakan keistimewaannya. Pulau itu kini berubah fungsi menjadi pulau peranginan walaupun tidak sehebat Pulau Alcatraz di Amerika Syarikat, yang menjadi destinasi pelancongan terkenal di dunia.

Sewajarnya, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi dan menikmati pulau pelancongan yang kaya dengan flora dan fauna serta bebas daripada kesibukan kota serta bersejarah.

Untuk mengunjungi pulau yang berkeluasan 362 hektar, pengunjung tidak perlu risau kerana sebuah resort yang tersergam indah sedia menanti kedatangan mereka.

Jerejak Resort & Spa, adalah satu-satunya resort yang menyediakan kemudahan penginapan serta menganjurkan aktiviti di pulau peranginan yang memulakan operasi pada 17 Januari 2004.



Syarikat usaha sama Uda Holdings Berhad dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), menyediakan kemudahan yang berkonsepkan pengembaraan dan alam semula jadi - yang pastinya memberi pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Terletak di kawasan seluas kira-kira lapan hektar dan dikelilingi hutan rimba, ia sesuai untuk pengunjung yang cintakan ketenangan dan kedamaian serta kicauan burung, berbulan madu atau percutian.

Dikhabarkan, pulau itu mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna termasuk pokok Tongkat Ali, meranti, mersawa, keruing dan bintangor serta helang laut perut putih, cicak kubing, kera serta pelbagai jenis reptilia.

Apa yang menarik, pengunjung disediakan perkhidmatan urut ala Bali di Spa Village. Terletak di pinggir bukit, sentuhan dan urutan oleh pakar urut dari Bali dengan tiupan angin sejuk dari celah-celah daun, sudah tentu memberi 1001 kenikmatan dan kesegaran kepada pelanggan.

Pengunjung tidak mungkin dapat menikmati dan merasai suasana sebenar serta pengalaman yang sedemikian rupa di tempat lain walaupun disediakan khidmat urut. Inilah yang dikatakan pengalaman tidak dapat dilupakan di pulau yang hampir dilupakan.

Jerejak Resort & Spa juga menyediakan kemudahan untuk aktiviti luar (outdoor) seperti kem bina semangat yang sesuai untuk semua peringkat, sama ada kakitangan kerajaan mahupun sektor swasta.



Daripada aktiviti pengembaraan berjalan kaki dan menaiki basikal hingga kepada aktiviti lasak seperti flying fox, abseilling dan paint ball. Gelanggang bola tampar dan memanah juga disediakan untuk pengunjung.

Bagi pengembaraan jalan kaki dan berbasikal, tiga laluan disediakan iaitu Dipterocarp Trail sepanjang 1.549 kilometer, Hill Trail (703 meter), Razak Ridge Trail (1.853km) dan Balqis Bike Trail (2.4km) - masing-masing mempunyai cabaran tersendiri.

Pengunjung juga berpeluang menikmati pengembaraan pada waktu malam - yang pastinya menyeronokkan - yang akan menguji ketahanan mental dan fizikal serta kesabaran masing-masing.

Dengan tunjuk ajar dan bimbingan daripada tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman, aktiviti yang dijalankan bagi pakej bina semangat akan memberi manfaat tidak terhingga kepada peserta.

Bagi pengunjung yang mahu meninjau ke penjara lama dan pusat kuarantin pesakit tibi serta kusta, mereka berpeluang melihatnya dan diberi penerangan oleh petugas.

Pengurus Jerejak Resort & Spa, Hamid Maulana, berkata Pulau Jerejak menawarkan pakej yang menarik dan mempunyai banyak kelebihan untuk dikunjungi, sama ada untuk percutian mahupun bina semangat.

Sambil menjelaskan pihaknya menganjurkan banyak program bina semangat kepada syarikat swasta terutama syarikat multinasional, kegiatan itu menjadi penyumbang utama kepada resort.



"Program bina semangat menjadi tarikan utama pengunjung ke resort ini," katanya sambil menambah pihaknya akan meneroka produk baru dalam bidang pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Jerejak.

Dibangunkan dengan kos RM42 juta, resort itu mempunyai dua jenis kemudahan penginapan iaitu Spa Village (Perkampungan Spa) dan Adventure Village (Perkampungan Penggembaraan).



Spa Village menyediakan enam unit chalet eksekutif dan 14 chalet superior. Chalet berkenaan bertemakan Mamak Penang, Peranakan Melaka, Melayu Kelantan dan Kaum Etnik Sarawak bagi menampakkan kelainan dan identiti tersendiri.

Adventure Village pula menawarkan penginapan ala asrama untuk pengunjung yang datang berkumpulan atau mereka yang ingin menjimatkan perbelanjaan.

Sekiranya pengunjung mahu bermalam di luar bangunan bagi menikmati suasana sebenar berada di hutan, mereka dibenarkan berbuat demikian dengan memasang khemah di tapak yang disediakan khas.

Resort turut dilengkapi dewan bankuet, dua bilik mesyuarat dan dewan makan. Setiap malam minggu, pengurusan resort mengadakan BBQ di tepi kolam bagi memberi peluang kepada pelanggan menikmati hidangan sambil menghirup udara segar, bermula jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Selepas lebih setahun beroperasi, pihak pengurusan kini sedang melakukan beberapa pengubahsuaian dan penambah baik secara berperingkat ke atas resort bagi memberi keselesaan yang lebih kepada pelanggan.

Antaranya, membina sebuah kolam renang di atas bukit di Spa Village bagi membolehkan penghuni di perkampungan itu bersantai di kolam tanpa perlu turun ke Adventure Village.

Pada masa sama, kolam renang di Adventure Village juga diubahsuai dengan menyediakan kemudahan permainan untuk kanak-kanak. Pengubahsuaian juga dilakukan ke atas penginapan di Adventure Village.

"Kami melakukan pengubahsuaian secara berperingkat supaya tidak menjejaskan operasi resort dan mengganggu pelanggan," kata Hamid yang menjangkakan Pulau Jerejak bakal muncul pusat peranginan terkenal, biarpun tidak sehebat Pulau Alcatraz.

FAKTA JEREJAK RESORT & SPA
* 15 MINIT MENAIKI BOT DARI JETI DI SUNGAI DUA.
* TERLETAK DI KAWASAN SELUAS LAPAN HEKTAR, DI BARAT DAYA PULAU PINANG
* BOT MEMPUNYAI KAPASITI 50 PENUMPANG
* DIGELAR ALCATRAZ MALAYSIA
* MEMPUNYAI HUTAN YANG DIANGGARKAN BERUSIA 4,000 TAHUN
* DITUMBUHI 210 SPESIES TUMBUHAN DAN 39 SPESIES HAIWAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2006 03:39 PM | Show all posts
lawa dah Pulau Jerjak

[ Last edited by  Syd at 29-6-2006 03:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2006 04:43 PM | Show all posts
Tapi kos kat sana mahal sgt ...
ada ke patut feri yg tak sampai 10 minit tu rega rm18.00 !! ...
makanan pun mahal ...
merepek tul ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2006 09:38 AM | Show all posts
oo ye ker?
share lah lagi
apa yang patut kami tahu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 09:55 AM | Show all posts
Kalau hanga nak rasa nasi kandaq yg sedap ( tak macam yg franchise nasi kandaq)...

Kat Gelugoq, depan kedai 24 jam (dekat2 pos opis)...ada satu gerai Sharif nasi kandaq...die gerai biasa saja....sedap oooooo..terangkat..& very reasonabke price..

Satu agi, kat Jeti, dekat pos opis besaq & maybank...kedai dia bawah hotel merlin (hotel murah)...ulallaaa....yumyum nasik kandaq die......
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 10:49 AM | Show all posts
semlm aku baca thread ni..terus blk keje g bli nasik kandar kt mamak tepi umah...mamak tu pun naik pelik naper aku bli nasik kandar malam hari...selalu yer mkn ala-carte jer!!!ff:

penang is really food heaven... mulut aku akan sentiasa jadik cam ni:kunyah: kalu aku g sana..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 12:08 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 30-6-2006 09:38 AM
oo ye ker?
share lah lagi
apa yang patut kami tahu


nak share ekkk ..
emmm.. apa lagi kat sana ..

kawan meena pernah pegi sana ckp ada perkuburan penjajah kat sana ..
tapi dah disalah guna .. diorang buat pemujaan cam kat pulau besar tu ...

Dulu bapak meena ckp ada langsuir kat rumah api kat jerejak ni ...
tapi tak tahulah sekarang ada ke tak ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak kena tunjuk kat orang
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 7739 Replies : 4
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 1416 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 310009 Replies : 8927
Rosmah lepas atau sangkut?
maklukpenggodaRosmah lepas atau sangkut?
Views : 48651 Replies : 35
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 12652 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 9286 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.066494 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list