|
GLOBAL MINDA : Apabila Tuhan Dipisahkan Dari Zaman Kanak-Kanak
[Copy link]
|
|
sambungan ...
Seorang yang dhaif dalam mengambil 7 ayat ini maka akan dhaif dalam mengendalikan 7 tahap nafsu itu.
Allah menciptakan 7 ayat untuk menghadapi 7 kategori neraka. Kalau kita jahat, tolak terus falsafah ini, maka neraka paling bawahlah, yang paling dahsyatlah yang akan dihadapinya. Sayangnya universiti-universiti tidak menetapkan ini untuk dikuasai. Hari ini orang hanya belajar bagaimana untuk kuasai lombong bijih dan minyak.Mereka tidak fikir untuk menggali lombong Fatehah, satu kekuatan untuk mendapatkan syurga atau neraka. Manusia akan masuk neraka mengikut kadar dia melihat Al Fatehah itu. Seorang yang inginkan syurga Allah,maka kuasailah Fatehah itu.
Menyentuh tentang hari yang 7 pula,rupanya Allah jadikan hari-hari tidak sama. Seorang boleh menguasaiharinya dengan baik apabila dia menguasai kekuatan Fatehah.
Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Fatehah padahal baru memperkatakan kulit atau muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu Fatehah, belum masuk kedalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al Fatehah itu 'Surah Yang Dapat Kemenangan' daripada menamakan ia 'Surah Pembukaan'.
Kalau ulama masyurkan Al Fatehah itu sebagai surah Pembukaan kerana ia diletakkan di depan Al-Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia menrangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi'il - 'yang telah mendapat kemenangan'. Lebih baik makna ini kita masyurkan kerana Surah Fatehah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap semuanya kebetulan. ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.
sekian.
Cetusan Minda Ust. Ashaari bin Muhammad - Pengerusi Eksekutif Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd
[ Last edited by Abuyazid at 10-2-2007 11:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tq....mohon smbung ler lagi..jgn malu2.. |
|
|
|
|
|
|
|
selagi isi tak menyimpang aku terima sbg ilmu adanya. |
|
|
|
|
|
|
|
AKHIRAT ATAU DUNIA, MANA MUDAH ?
artikel ni ... hmmm, moga kita sama-sama mengambil manfaat nya ... pelan |
|
|
|
|
|
|
|
Sempadan di antara dunia dengan Akhirat ialah alam kubur atau alam barzakh. Di sana di tahan sementara waktu. Di sana juga ada kesusahan dan ada kesenangan macam di dunia juga. Bandingannya seperti border di antara negara dengan negara. Di border atau di sempadan di antara negara dengan negara adakalanya mendapat kesenangan dan adakalanya mendapat kesusahan.
Begitulah keadaan di sempadan di antara dunia dengan Akhirat, iaitu alam kubur atau alam barzakh. Walaupun umat Islam percaya negara Akhirat serta percaya alam barzakh sempadan di antara dunia dan Akhirat dan juga percaya bahawa nikmat dan azab di sana jauh bezanya dengan nikmat dan azab di dunia. Sekiranya Allah Taala rasakan sekarang ini perbandingan itu nescaya manusia ini akan menolak dunia ini secara total dan manusia akan menumpukan seratus peratus untuk tujuan Akhirat.
Namun demikian oleh kerana manusia itu hidup di dunia lebih dahulu iaitu hidup di negara yang dekat dan murah ini, mereka berhadapan dan merasa dengan nikmat dan azabnya lebih dahulu sebelum nikmat dan azab Akhirat, manusia terpesona hidup di sini. Mereka terlalai, mereka teralit, terlupa kehidupan di sana iaitu negara Akhirat. Oleh yang demikian mereka bersungguh-sungguhlah mengejar nikmat dunia dan mengelakkan azab di dunia ini. Diperahlah otaknya, tenaganya pagi dan petang, siang dan malam, dengan tidak jemu-jemu walau susah tapi boleh dihadapi kesusahan itu.
[ Last edited by Abuyazid at 15-2-2007 11:06 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan yg atas ni ...
Walau menderita dari berbagai-bagai cabaran yang dihadapi tapi manusia sanggup berhadapan dengannya. Adakalanya ingin mengejar keuntungan, rugi yang dapat, inginkan kesenangan, susah yang dapat. Kebahagiaan yang dikejar, penderitaan yang datang. Kebaikan yang diburu, kemalangan yang dijumpai. Namun manusia tidakjemu-jemu, tidak rasa kecewa dan tidak putus asa, gunakan tenaga yang ada itu buru lagi dunia.
Hingga ruangan untuk Akhirat tidak ada langsung atau tenaga yang sedikit-sedikit tinggal baki itulah untuk Akhirat, itu pun mudah jemu, terasa payah, rasa susah, rasa membeban,terasa terhina, terasa malu membuatnya. Padahal di dalam pengalaman kita, hendak mengejar Akhirat yang lebih penting dengan dunia yang tidak penting, Akhirat yang istimewa dengan dunia yang murah ini, jauh sangat beza amalan Akhirat.
Walau penting, Allah Taala mudahkan, itulah di antara rahmat-Nya agar manusia cenderung ke sana,tapi dunia yang murah, amalannya lebih susah dan payah supaya manusia mengambil enteng dan kecil saja dunia ini. Patutnya demikian.Tapi pada manusia rupanya tidak begitu, manusia lebih terasa susah membuat kerja-kerja Akhirat walaupun senang dibandingkan dengan kerja-kerja dunia yang susah itu. Tapi pada manusia dirasa ringan sahaja dan mudah.
....
[ Last edited by Abuyazid at 15-2-2007 11:04 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah membuktikan tarikan dunia lebih mempengaruhi umat Islam walaupun kerja-kerja susah dan berat berbanding dengan tarikan Akhirat yang istimewa dan agung itu walaupun kerja-kerjanya mudah dan ringan.Mari kita datangkan beberapa contoh-contoh menunjukkan kerja-kerja dunia itu susah dan payah, tapi ringan pada manusia kerana tarikannya kuat dan kerja-kerja Akhirat itu mudah dan ringan tapi umat Islam merasakan susah dan payah kerana tarikannya dingin.
Saya sebutkan beberapa perkara sebagai perbandingan seperti di bawah ini.
1.Mana lebih berat, sembahyang Subuh dua rakaat sekadar 20 minit membawa30 minit, dengan kerja 8 jam satu hari? Kerana mencari duit adakalanya kerja buruh, betapa susah, namun ada umat Islam tidak sanggup sembahyang Subuh sekadar 20-30 minit tapi tidak jemu-jemu bekerja satu hari 8 jam kerana mencari duit.
2. Mana lebih berat menolong kawan kerana Allah Taala mungkin sekadar satu dua jam dibandingkan walkaton berjam-jam, kadang-kadang terpaksa naik bukit, menyeberang sungai, menurun lurah kerana nama dan glamour. Susah lagi walkaton tapi mudah sahaja manusia boleh buat. Menolong kawan amat terasa berat.
3.Mana lebih berat di antara hendak memberi maaf kepada orang yang disuruh oleh Allah Taala dengan hendak naik gunung Kinabalu kerana nama dan glamour. Padahal tidak panjat gunung Kinabalu bukan satu kesalahan tapi orang lebih mampu memanjat gunung daripada memberi maaf yang diperintah.
[ Last edited by Abuyazid at 15-2-2007 11:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Teruskan sambung lagi....ramai forumners yang dahagakan ilmu-ilmu begini. |
|
|
|
|
|
|
|
4. Pergi sembahyang berjemaah tidaklah memakan masa yang panjang pun. Tidak pula terlalu jauh kerana perintah Allah Taala dan juga tidak meletihkan. Dibandingkan hendak berkelah-kelah dan membuang-buang masa bergaul bebas di tempat yang jauh mungkin di hutan, di tepi laut, di hulu sungai, yang banyak buang duit, masa dan akan berhadapan dengan keletihan. Namun orang tidak sanggup pergi sembahyang jemaah tapi sanggup pergi berkelah. Adakalanya sampai di rumah bergaduh pula dengan isteri kerana sakit hati dengan suami.
5. Pergi belajar di Amerika kerana hendakkan ijazah agar dapat makan gaji bertahun-tahun lamanya, tinggal ibu bapa, tinggal tanah air, korban wang ringgit, adakalanya mati di sana. Mana lebih susah dengan belajar agama di masjid sekadar satu jam untuk membaiki diri, tidak terkorban masa dan wang ringgit, tidak ada tinggal ibu bapa dan tanah air. Tentulah lebih berhadapan dengan kesusahan belajar di Amerika dibandingkan belajar di masjid sekadar satu jam. Namun ke Amerika boleh, pergi ke masjid tidak mampu pergi.
6. Mana lebih berat hendak berkhidmat dengan ibu ayah sekadar mungkin satu dua jam kemudian ibu bapa bagi makan, pakaian dan lain-lain, dibandingkan hendak melayan dan berkhidmat dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam lamanya, berhari-hari, habis duit diperahnya, orang nampak malu pula. Adakalanya dia tidak jujur pula, di belakang kita ada `pacaran`. Tentu lebih susah berkhidmat dan melayan pacaran daripada ibu dan ayah. Namun orang tidak sanggup berkhidmat dengan ibu ayah tapi lebih sanggup berkhidmat dengan pacaran walaupun susah dan payah.
7. Mana lebih berat hendak menderma kepada kelab-kelab hiburan dan mengarut, paling tidak seribu ringgit, kalau tidak jatuh status, dengan hendak menderma dengan fakir miskin setakat sepuluh dua puluh ringgit. Tentulah lebih berat menderma ke kelab-kelab hiburan dan mengarut itu daripada hendak bersedekah dengan fakir miskin sekadar sepuluh dua puluh ringgit. Namun berat hendak bersedekah, tapi menderma seribu kerana nama, sanggup. Adakalanya isteri tahu, kena maki pula oleh isteri, namun demikian sanggup berhadapan dengan risikonya.
....
[ Last edited by Abuyazid at 17-2-2007 11:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
8. Menonton filem yang merosakkan akhlak atau membaca buku novel yang mengarut boleh sampai memakan masa berjam-jam, kadang-kadang bergaduh dengan ibu bapa atau suami dan isteri. Mana lebih terkorban masa atau susah, daripada berzikir atau membaca Al Quran selama 30 minit. Tentulah terkorban masa menonton filem mengarut atau membaca novel mengarut hingga boleh bergaduh daripada berzikir atau membaca Al Quran sekadar 30 minit. Namun orang sanggup menonton filem atau membaca novel daripada berzikir atau membaca Al Quran.
9. Mana lebih susah pergi berjudi atau pergi disko sambil meminum arak, terkorban masa, wang ringgit, bergaduh selepas itu dengan isteri hingga kucar-kacir rumahtangga, daripada sanggup menolong jiran yang susah hanya sekali-sekala yang boleh menimbulkan kasih sayang. Tentulah menolong jiran lebih mudah tapi orang tidak sanggup berbuat, orang lebih sanggup berjudi, dan pergi disko dan minum arak hingga kucar-kacir rumahtangga, hingga bergaduh dan berhutang.
10. Orang-orang yang ramai masuk jel, kena bunuh, kena fitnah, kena tangkap, diberi malu, dihina dan dicaci-maki oleh orang, mana lebih banyak disebabkan mencuri, menipu, membunuh, merogol, berzina, merompak, rasuah, memperjuangkan ideologi, daripada orang-orang yang disebabkan mencari rezeki yang halal dan memperjuangkan Islam. Sudah tentu yang mencari rezeki yang halal dan kerana memperjuangkan Islam terlalu sedikit dibandingkan disebabkan melakukan kejahatan tapi kerana kejahatan atau dunia, sanggup menerima risiko yang berat. Tapi kalau kebaikan dan kebenaran tidak sanggup melakukannya.
Setelah kita menghurai dan membuat perbandingan di antara kerja-kerja Akhirat dengan kerja-kerja dunia, kerja-kerja dunia lebih-lebih lagi yang bersifat mungkar dan maksiat lebih susah dan lebih berat risiko yang diterima darpada kerja-kerja halal dan kerja-kerja Akhirat namun demikian orang tidak sanggup membuat kerja-kerja Akhirat walaupun mudah dibandingkan membuat kerja-kerja dunia walaupun susah dan payah.
........
[ Last edited by Abuyazid at 20-2-2007 10:08 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Abuyazid at 20-2-2007 05:07 PM
8. Menonton filem yang merosakkan akhlak atau membaca buku novel yang mengarut boleh sampai memakan masa berjam-jam, kadang-kadang bergaduh dengan ibu bapa atau suami dan isteri. Mana lebih terko ...
huhuhu....akhirat terasa susah kerana hati sudah cinta amat pada dunia.....kerana cinta dunia, maka manusia lupa akan akhirat.....benarlah kata2 bahwa cinta itu BUTA....buta akal dan buta hati...
cinta yg CELIK hanya cinta pada Tuhan dan siratulmustaqimNya.... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan ...
Di sinilah menunjukkan umat Islam hatinya lebih cenderung dengan dunia daripada Akhirat walaupun dunia itu murah dan sementara waktu dibandingkan dengan Akhirat yang istimewa dan kekal abadi. Tepat sekali kata pepatah Melayu, cinta itu buta. Cinta kepada apa pun jadi buta, yang lain tidak nampak lagi, yang lain walau cantik dan istimewa tidak ada perhatian lagi. Macam orang sudah jatuh cinta pada seorang perempuan atau seorang lelaki, lupa yang lain, lupa ibu bapa, lupa adik beradik, lupa makan minum, cuai bekerja, lupa bekerja dan lain-lain lagi.
Dan kerana cintanya itu sanggup bersusah payah dan sanggup menerima risiko yang berat. Begitulah orang yang sudah cinta dan jatuh hati dengan dunia, lupa Akhirat, sanggup susah payah dengan dunia, sanggup menerima risiko yang berat sekalipun mati kerananya. Untuk Akhirat walaupun istimewa, mudah pula, senang membuatnya, namun berat rasa hendak membuatnya kerana tidak cinta.
Setelah kita mengkaji bahawa kerja-kerja dunia lebih susah dan merbahaya, lebih teruk dan risikonya tinggi dari kerja Akhirat, apakah hujah dan alasan kita nanti di hadapan Tuhan di Akhirat kelak. Tidak ada hujah dan alasan yang sebenarnya. Maka ramailah manusia yang masuk Neraka dari masuk ke Syurga.
Cetusan Minda Ust. Ashaari bin Muhammad - Pengerusi Eksekutif Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd
[ Last edited by Abuyazid at 22-2-2007 09:34 PM ] |
|
|
|
|
|
|
syamiun This user has been deleted
|
Reply #102 Abuyazid's post
hmm...
bagus2... sebelum tu meh pulak kita nilai melalui kuliah ringkas nie..
LEKA BERBAHAS HINGGA LUPA BERAMAL.
Tidak rosak sesuatu kaum selepas memperolehi petunjuk melainkan selepas mereka suka bermujadalah.
Begitulah maksud Hadis riwayat At Tarmizi dan Ibnu Majah. Dan masalah inilah yang kita perlu atasi dalam keghairahan kita membangunkan Islam. Janganlah hendaknya leka berbahas, berseminar, berforum, berdialog hingga melahirkan resolusi-resolusi yang kosong amal.
Kalau kebenaran yang kita cari, tentulah mudah ditemui. Itu muzakarah namanya. Tetapi kalau sebaliknya, itu adalah mujadalah. Puas bertegang urat leher, merah tapak tangan menghentakmeja dan muka masam mencuka, tetapi apa yang diperbahaskan tidak ada kesudahan. Mana manfaatnya untuk umat? Masalah umat yang tidak solat, mendedah aurat, bergaul bebas dan melakukan pelbagai kemungkaran terus berlaku.
Dalam isu-isu agama, politik, atau ekonomi misalnya, kita masih sering bertikai. Sama ada yang pro atau kontra,masing-masing telah mengeluarkan hujah. Tetapi mana jalan penyelesaiannya? Sebenarnya masih banyak titik pertemuan antara kita dibandingkan dengan titik perbezaannya.
Persoalannya, apakah perkara-perkara yang ada titik pertemuan ini tela diamalkan? Kalau belum, mengapa kita tidak laksanakan dahulu?
Islam menggalakkan perlumbaan amal. Perlumbaan amal walau sesengit mana pun, tidak akan meretakkan hubungan. Bahkan itulah sebaik-baik hujah atau dalil di dalam setiap perkara yang diperbahaskan. Bukankah Tuhan telah berfirman dalam surah At Taubah ,ayat 105:
" Dan katakanlah (Wahai Muhamad): hendaklah kamu berbuat, nanti Allah, Rasul dan Orang Mukmin akan menilainya."
Kalau begitu, mengapa tidak diambil satu perkara yang sama-sama disepakati kebenarannya lalu diamalkan sungguh-sungguh daripada berbahas tentang satu perkara yang menimbulkan perbzan pendapat? Tentulah aneh kalau ada 2 orang pesakit yang masing-masing mempertahankan kemujaraban ubat mereka hingga lupa memakannya. Apa yang bijak ialah masing-masing makan ubat mereka, siapa yang sembuh, maka ubatnyalah yang mujarab!
Islam bukan untuk mental exercise atau polemik semata-mata. Tetapi yang penting untuk dihayati dan diamalkan. Dalam apa jua bidang yang menimbulkan mujadalah, jika dikaji sebab musababnya adalah berpunca dari kurang amal.
[ Last edited by syamiun at 22-2-2007 03:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Abuyazid at 22-2-2007 10:43 AM
sambungan ...
Di sinilah menunjukkan umat Islam hatinya lebih cenderung dengan dunia daripada Akhirat walaupun dunia itu murah dan sementara waktu dibandingkan dengan Akhirat yang istimew ...
Sambunglah lagi supaya ramai forumners boleh menafaatkannya dari bincang isu-isu lapok dan basi. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syamiun at 22-2-2007 03:37 PM
hmm...
bagus2... sebelum tu meh pulak kita nilai melalui kuliah ringkas nie..
LEKA BERBAHAS HINGGA LUPA BERAMAL.
Tidak rosak sesuatu kaum selepas memperolehi petunjuk melainkan selepas ...
nice one ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rainbows at 22-2-2007 11:24 PM
aku juga ingin sekali memaklumkan kepada pang5islam, bahwasanya sdra telah menyinggung byk perasaan forumners di sini, dan tidak salah jika pembuka thread merasa dia dianiayai...
sebg org ...
Tak kisah nak bukak beberapa MINDA. Janji ada pendirian. Dan jangan seperti LALANG ditiup angin atau ibarat SESUMPAH. Sering berubah mengikut peredaran masa.
Saya lebih hormat pada mereka yang mempunyai pendirian yang tetap meski pun nyawa ibarat berada di hujung tanduk. Tidak goyah di telan masa. tidak lekang dek panas dan tidak basah dek hujan. Siang dan malam silih berganti, pendirian tetap sama.
Pada Allah jua , ku mohonkan Petunjuk dari NYA.:pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pang5Islam at 22-2-2007 11:36 PM
Tak kisah nak bukak beberapa MINDA. Janji ada pendirian. Dan jangan seperti LALANG ditiup angin atau ibarat SESUMPAH. Sering berubah mengikut peredaran masa.
Saya lebih hormat pada mereka ...
semuga Tuhan menyelamatkan anda....
kepada pembuka thread, abuyazid....teruskan .....setiap perkara yg bermanafaat itu akan bertambah manafaatnya jika mendapat pahala mujahadah....
[ Last edited by rainbows at 23-2-2007 08:33 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI BERSABAR
camner ye yg dikatakan bersyukur tu lebih berat dari bersabar ... baru baca tajuk dah terdetik betul ker, apa |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by Abuyazid at 26-2-2007 05:41 PM
BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI BERSABAR
camner ye yg dikatakan bersyukur tu lebih berat dari bersabar ... baru baca tajuk dah terdetik betul ker, apa |
|
|
|
|
|
|
|
............ (^_^)
Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan 慉lhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
| |
|