CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matjan

AHLUL BAIT DAN IMAM SYIAH

[Copy link]
Post time 19-7-2006 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by yahya at 18-7-2006 11:03 PM
salam

ana baru nak mengarang sambungan cite 'mazhabnya ahlulbait' tapi tertengok plak dialog ni..

seorang guru mursyid di kampung ana pernah berkata '..jika mu nok belajo aqidah syiah, baca b ...



hehehe..memang cute iklan tu...AIMAN TAK KISAH....

cam ni ler yahya, apa yg awak cakap tu tatie faham pasal berbezanya sunni ahlulbait dengan sunni majoriti yg ada dalam dunia islam sekrg. Sunni ahlulbait itulah yg disebut RSAW sebagai di akhir zaman nanti, islam itu akan kembali dagang. Islam yg sebenar dan benar2 mengikut jalan yg sudah digarispandukan oleh RSAW akan menjadi satu yg pelik hatta di kalangan umat islam sendiripun.

Namun tugas utk memberi kefahaman kepada masyarakat islam umum mengenai hal ini, disebabkan DAGANG dan PELIKNYA itu selalunya akan membawa FITNAH kepada sunni ahlulbait itu sendiri. Itu memang fitrah perjuangan kebenaran itu sendiri...RSAW sendiri dihina, dikeji, disesatkan oleh kaumnya sendiri sewaktu mula2 berdakwah apatah lagi para2 mujaddid yg Allah SWT janji akan turunkan setiap 100 tahun utk menjadi pewaris dan penegak kepada ajaran sunni ahlulbait ini. Herannya sunni majoriti sekrg ramai sgt yg  tak tahu  INFO mengenai MUJADDID yg Allah dan RasulNya janjikan utk memastikan ajaran ISlam tetap pure spt yg dibawa oleh RSAW. Kerana pada MUJADID itulah kunci kebenaran yg dipindahkan dari satu kurun ke pada satu kurun.

sekian wallahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 08:44 PM | Show all posts
Originally posted by yahya at 18-7-2006 11:03 PM
tidak ada bukti sejarah yg utuh lagi kuat yg boleh menceritakan aqidah mereka ini. hanya andaian dan cerita riwayah yg boleh dijadikan sandaran..wallahuallam. baik sunni atau syiah masing2 mengklaim aqidah merekalah yg dibawa oleh para ulama salaf kepada kita. tetapi majoriti ulama salaf ahlulbait majoritinya bermazhab sunni dan alhamdulillah..ana berittiba pada mereka dan bertaqlid pada aqidah mereka iaitu aqidah sunni. tapi sunni pun bukan yg macam zaman skrg...sunni dulu ni 'pelik' skit aqidahnya. yg ni ana cite sambungan dari karangan ana tentang 'mazhabnya ahlulbait'.


tidak ada bukti sejarah yg utuh lagi kuat yg boleh menceritakan aqidah mereka ini. hanya andaian dan cerita riwayah yg boleh dijadikan sandaran..wallahuallam. baik sunni atau syiah masing2 mengklaim aqidah merekalah yg dibawa oleh para ulama salaf kepada kita.
Maksud akhi... ?


tetapi majoriti ulama salaf ahlulbait majoritinya bermazhab sunni
-> cuba2 akhi lihat2 di luar sana....... tak ramai ke Ahlulbait yg lain, menjadi ulama Syiah? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 09:40 PM | Show all posts
kepada pipi,

yg ana maksudkan ulama salaf di timur tgh..akhi meminta yahya cuba melihat 'diluar sana' maksud akhi dimana tu...iraq, iran, syria, india, pakistan, turki?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 11:01 PM | Show all posts
nampak macam ada persamaan thread ini dengan thread mazhabnya ahlulbait.

okay .....saya pun nak tambah soalan

pipi:
cuba2 akhi lihat2 di luar sana....... tak ramai ke Ahlulbait yg lain, menjadi ulama Syiah?


tuan syed pipi bertanya tidak ramaikah ahlul bait menjadi ulama syiah.
soalannya, adakah soalan dari pipi itu merujuk kepada selatan iraq, syria, lebanon dan iran sahaja?

yahya:
yg ana maksudkan ulama salaf di timur tgh..akhi meminta yahya cuba melihat 'diluar sana' maksud akhi dimana tu...iraq, iran, syria, india, pakistan, turki?


kalau dikira secara keseluruhan umat islam dari segala aliran, adakah lebih ramai ahlul bait menjadi ulama sunni atau menjadi ulama syiah?

ini bukan nak menunjukkan majoriti itu benar.  tapi sebab selama ini kita banyak mendengar dakwaan bahawa ramai keturunan ahlul bait bermazhab syiah dan menjadi ulamak.  tetapi di sebelah sunni, keturunan ahlul bait nampaknya lebih low profile.  tambahan pula ramai juga yang tidak menunjukkan tauladan ahlul baitnya.  berlainan dengan aliran syiah di mana keturunan ahlul bait ni lebih high profile.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 18-7-2006 07:29 PM
Baiklah saudara begini sajalah......jika tidak silap saya maskulin itu bermaksud kejantanan(ganti nama diri)....betul.....jadi bagaimana dengan hadis al-kisa yang telah mengatakan bahawa isteri nabi tidak termasuk...(dari hadis ini akan menjawab pertanyaan itu) jadi jika boleh saudara lihat dengan teliti akan hadis itu...


saya faham... hadis al kisa tu amat penting utk hal ini...
akan tetapi buat ketika ini biarlah kita cari persepakatan dulu sama ada
hujjah ayat muzakkar itu boleh digunakan untuk
mengatakan bahawa ia bermaksud ali, fatimah, hassan dan hussin
tanpa di pengaruhi faktor2 lain termasukk hadis al kisa.

bila selesai yang ini... maka bolehlah kita bincang pula hal hadis sahih tu
biarlah one by one... lebih teliti lagi bagus.

kembali kepada topik...

hujjah saudara ialah 'kum' yang digunakan menunjukkan ia muzakkar
sedang sebelum dan sesudah ayat itu 'kunna' digunakan

betul ... saya setuju, akan tetapi...

saudara tak boleh nak deny akan impact perkataan 'ahli' dlm ayat itu
dlm tatabahasa arab perkataan 'ahli' yg muzakkar itu
menyebabkan keseluruhan ayat menjadi muzakkar
tidak kira subjek yg dibincang kan itu perempuan atau sebaliknya

kalaulah digantikan 'kum' dgn 'kunna' dlm ayat tu maka ia akan salah grammar
quran takkanlah salah grammar

sekiranya dirujuk ayat yg lain dlm penggunaan 'ahli' dlm ayat yg lain:

"Isteri (Nabi Ibrahim) berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan. Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkat-Nya melimpah-limpah kepada kamu, wahai Ahl al-Bait. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya." [Hud 11:72-73]

perkataan ahli rumah di atas ditujukan kepada isteri nabi ibrahim.
minta tolong check adakah 'kum' atau 'kunna' digunakan?
adakah ayat menjadi muzakkar meskipun ia merujuk kepada isteri nabi ibrahim?

saya ni bukan tau bbahasa arab. jadi minta huraian kalau sudi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 12:01 PM | Show all posts
@yahya :
lihat sahaja di mana-mana asalkan di luar dari skop penglihatan sendiri sahaja.

ana petik kata-kata Mat Sabu (maaf jika agak keterlaluan)... : "Jika kita ingin melihat betapa busuknya ........, perlulah kita keluar daripada tong najis tersebut; jangan pula kita masih duduk di dalamnya sahaja, memang "kurang" terasa baunya".


@ibnur

tidak pula tertumpu di sekitar sana sahaja. Mungkin sahaja kerana Iran, Iraq, Lubnan dan Syiria seringkali masuk keluar TV, kerapkali kita melihat org2 berserban hitam yang kemas lilitannya.

Mungkin sahaja, di Thailand, Indonesia, malah Malaysia sendiri terdapat Ulama' walaupun tidak dikategorikan sebagai Marji'e ataupun Al-Uzma.

Di Afrika Selatan juga terdapat Ulama'2 berserban hitam yang kemas lilitannya.

--------------------------------

Bagi pandangan peribadi pipi, Ahlulbait dalam Syiah kerapkali menjadi figure utama oleh kerana mereka memiliki akhlak yang tinggi berbanding lain-lain Ulama'. Mereka juga "penyimpan" ilmu-ilmu Islami.

Mengapa ramai? Kerana setiap Ahlul bait yang menjadi bapa DAN menjadi Ulama', mereka AKAN memastikan anak-anak mereka lebih hebat daripada mereka. Mereka akan memastikan Umat Islam TIDAK terus melekat dengan BANI UMAYYAH dan sekutu rapatnya serta yang menjadi penyebab kepada wujudnya BANI UMAYYAH itu. Begitu juga seterusnya sehingga ke cucu, cicit, piut, miut dan sebagainya. Mereka sedar.... mereka adalah anak-anaknya FATHIMAH, bapa mereka ALI. datuk mereka MUHAMMAD s.a.a.w.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2006 12:12 PM | Show all posts
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Baiklah atas permintaan saudara kyas itu, saya akan membincangkan lebih terperinci....tetapi bukan sekarang insyallah dalam 4 hari lagi kerana saya perlu meghadiri satu kursus, insyallah kembali saya dari saya kita akan membincangkannya....harap saudara dapat bersabar...

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 07:02 AM | Show all posts
Originally posted by pipi at 17-7-2006 11:14 AM


Salam,

pipi ni pelupa. maklumlah, dah hampir terlalu tua, baru je dapat anak.

pipi mahu tahu, statement pipi tentang al-attas. boleh dapat di mana ya? di thread mana ye jika Jukebox ingat....

Jangan lupa, keturunan Syed dan Sharifah ada yang dari Iran!. Contohnya pipi. Bapa pipi dikejar oleh puak pelampau dari Madinah, ke Najaf, dan kini jasadnya ada di Iran. Ibu pula, berhijrah ke sini. Dan keturunannya berkembang di sini. Kami keturunan Al-Fatir ataupun Fathimi.

Al-Musawi pun ada di sini. Contohnya adik beradik pipi, ada yang berkahwin dengan mereka yang berkuturunan Imam Musa Al Kazhim.

Tetapi ingat..... kami... tidak berdaftar dengan ASYRAF ataupun BA-ALAWI.
Terlanjur cerita berkenaan ASYRAF nie..... pipi tertanya-tanya...  Asyraf ni hebat menentang WAHABI kan... penaungnya pula ialah DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Ibni Syed Sirajuddin Jamalullail. TAPI........... negerinya penuh dengan fahaman "Orang Muda".... Al maklumlah... Perlis DARUS SUNNAH... (dah tukar nama kan kan kan... 3 minggu lepas lihat Berita TV3)  


Thread ini juga page 1....

Sememangnya, di negara-negara yang ada komuniti SYIAH, mereka memiliki sebuah senarai keluarga-keluarga Rasulallah s.a.a.w (SYIAH). Contohnya di Malaysia, keluarga Al-Attas diberi penghormatan tertentu. Di Thailand pula, ada beberapa orang yang sebenarnya mereka ialah keturunan Rasulallah s.a.a.w, yang mereka sendiri tidak diberitahu oleh ibu bapa. Ilmu itu adalah LUAS. Terdapat beberapa orang Ulama' Syiah, yang memilki anugerah ALLAH; yg membolehkan mereka melihat keturunan dan sejarah seseorang. Namun begitu, Ilmu Basirah ataupun apa-apa ilmu bukan menjadi MILLAQ/kayu pengukur.


Kalau tak silap, Tuanku Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Ibni Syed Sirajuddin Jamalullail yang menjadi penaung ba-alawi ni....dapat tahu pun sebab pernah dapat jemputan dari Pak Tuan naib presiden mereka semasa saya di utara beberapa tahun dahulu.

Bertuahlah pipi dapat kesan jalur keturunan......arwah pak saya dulu memang ada simpan salasilah kami tapi ngikut mak saya ada dikalangan saudara kami dah ambil selepas arwah pak saya meninggal. Kami al-sagaf. Terlanjur teringat nak kesan semula masa balik kampung hari raya nanti, bukan apa.....mak saya berketurunan siti dan disebabkan itu saudara sebelah ayah saya tak berapa berkenan, so kami sekeluarga tak berapa rapat. Tapi sekarang ni dah ok banyak, mungkin pasal masing2 dah tua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2006 11:00 AM | Show all posts
@Jukebox
pipi pastekan :
Sememangnya, di negara-negara yang ada komuniti SYIAH, mereka memiliki sebuah senarai keluarga-keluarga Rasulallah s.a.a.w (SYIAH). Contohnya di Malaysia, keluarga Al-Attas diberi penghormatan tertentu. Di Thailand pula, ada beberapa orang yang sebenarnya mereka ialah keturunan Rasulallah s.a.a.w, yang mereka sendiri tidak diberitahu oleh ibu bapa. Ilmu itu adalah LUAS. Terdapat beberapa orang Ulama' Syiah, yang memilki anugerah ALLAH; yg membolehkan mereka melihat keturunan dan sejarah seseorang. Namun begitu, Ilmu Basirah ataupun apa-apa ilmu bukan menjadi MILLAQ/kayu pengukur.

-> pipi kata, keluarga Al-Attas diberikan penghormatan tertentu. ala... takkan tak kenal Pak Blalang.. :cak:
tapi pipi tak hairan jika ada orang yang menentang Al-Attas ni..... dalam keluarga2 Syed-Sharifah ni.. terdapat juga yang ANTI satu sama lain. kan kan kan kan........ :cak: Tambah pula ada yang daripada mereka ialah SYIAH. lagi haru biru dibuatnya............. :lol



Kalau tak silap, Tuanku Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Ibni Syed Sirajuddin Jamalullail yang menjadi penaung ba-alawi ni....dapat tahu pun sebab pernah dapat jemputan dari Pak Tuan naib presiden mereka semasa saya di utara beberapa tahun dahulu.

Tu lah pasalnya......mmg Pemangku Raja Perlis seorang penaung... dan Ba Alawi@ Asyraf ni bukan main hebat dalam penentangan mereka terhadap puak-puak wahabi ni.... tapi... negeri Perlis Darus Sunnah adalah pusat kegiatan setempat yang paling hebat. Macam mana tue..... :hmm:

Bertuahlah pipi dapat kesan jalur keturunan......arwah pak saya dulu memang ada simpan salasilah kami tapi ngikut mak saya ada dikalangan saudara kami dah ambil selepas arwah pak saya meninggal. Kami al-sagaf. Terlanjur teringat nak kesan semula masa balik kampung hari raya nanti, bukan apa.....mak saya berketurunan siti dan disebabkan itu saudara sebelah ayah saya tak berapa berkenan, so kami sekeluarga tak berapa rapat. Tapi sekarang ni dah ok banyak, mungkin pasal masing2 dah tua

Apabila Ibu Fathimah menyayangi anak-anaknya, dan anak-anaknya pula menyayangi Ibu Fathimah mereka, maka Allah pasti memberikan ganjaran setimpal.
Kenalilah Ibumu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2006 05:31 AM | Show all posts
Pipi...

Saya memang takda nak bermusuhan dengan sesiapa dan pada saya kalau pipi atau sesiapa sahaja nak berpandukan kepada syiah, itu hak masing2. Saya sentiasa cuba untuk mendidik diri ni bersabar walau diperlakukan dengan pelbagai cara sekalipun. Walau ada kalanya terkandas, tetapi Alhamdulillah boleh lagi bersikap tenang dan terima selepas beberapa ketika.

Keluarga sebelah ayah saya seperti ada saya nyatakan dalam thread yang lain. Di kampung kami semuanya tinggal sekelompok dan masing2 buat rumah masing2 didalam kelompok berkenaan. Didalam kelompok berkenaan ada yang syiah dan ada yang sunni tapi tak dijadikan alasan untuk bermusuhan dan kenduri kendara saling bantu membantu. Malah ada keluarga orang Iran (syiah) yang menyewa rumah didalam kelompok dikampung saya dan ini saya cukup suka lihat.Ada antara saudara yang kahwin sesama sendiri dan syarat ketat juga kalau takda salasilah keturunan secara keras jugalah tak dibenarkan nikah dengan bukan yang satu keturunan.

Perkara ini saya kurang setuju sebelum ini, iaitu berkenaan menjaga jalur keturunan dalam soal jodoh. Tapi saya faham sangat sekarang kenapa pentingnya dalam menjaga zuriat.

Sebabkan ini forum dan kalau saya menceritakan sedikit sebanyak pengalaman sendiri takpa kut. Kalau ada yang kata saya riak terpulanglah, bukan kenal saya pun dan takda apa yang saya gain kalau bercerita serba sedikit disini.

Beberapa tahun dahulu saya ada masuk tarekat dan ngikut guru saya dari pengamatannya peningkatan saya akan cepat dari orang lain. Saya tak ambil endah sangat kata2 dia tapi selepas beberapa hari beramal dan berzikir,  setiap kali hendak ambil air sembahyang dan mengerjakan solat....saya sering dengar bisikan2 yang mengganggu seperti "buat apa kau sembahyang" dan mcm2 lagi kata2 sesat. Gangguan2 ini kuat pada mulanya tetapi berkurangan dan boleh dikatakan hilang jugalah setelah saya mula menerima kunjungan2 (menurut guru saya) ahli keluarga keturunan2 saya dan juga beberapa tokoh lampau (menurut guru saya) yang sudah lama takda lagi didunia. Yang saya simpan hingga sekarang adalah hadiah tasbih yang saya dapat. Tasbih ini kalau saya pegang, secara automatik jari jemari saya akan bertasbih dan diri saya berzikir.....

Pernah sekali bertuahnya saya dapat melihat dengan mata kasar ini batu2 diatas dan ditepi jalan beralun2 serta seakan2 melonjak berzikir pada penciptanya. Betapa kita sebagai manusia didalam al-Qur'an disarankan dalam keadaan baring, duduk serta berdiri hendaklah berzikir mengingati pada Allah swt tetapi malas untuk melakukannya sedangkan batu2 berkenaan tanpa henti berzikir pada Allah swt sentiasa

Dalam pada saya ghairah ingin meningkatkan amalan saya disebabkan banyak perkara yang tak pernah saya terfikir dapat lakukan secara mendadak dapat saya kuasai, saya terjebak dengan penipuan serta penyamaran iblis. Zikir2 saya diisikan serta diselitkan dengan benda2 kotor dan disebabkan itu semua, gangguan2 bisikan bukan setakat masa solat seperti dahulu tetapi sepanjang masa. Nak jadi gila kalau saya tak tabah...sehingga nak makan pun susah sebab saya nampak (dengan mata hati) adakalanya makanan saya dimuntahi oleh syaitan, saya tak boleh bersendirian..saya akan dengar macam2 suara yang menakutkan dan rasa seperti berada dialam yang lain dan pelbagai lagi....

Untuk singkatkan cerita (banyak sangat kalau nak bercerita).....saya terpaksa tinggalkan segala2nya untuk seketika dan segala peningkatan yang saya dapat hilang serta pelbagai dugaan berat tanpa henti yang Allah swt turunkan pada saya. insya Allah sekarang baru ingin saya memulakan semula amalan serta zikir2 dengan lebih berhati2

Apa yang saya ingin sampaikan ialah.....bukan dari membaca atau cerita orang lain tetapi dari pengalaman yang merasai, dapat saya nyatakan bahawa seseorang ahlul bait (saya tak berani mengaku sebagai seorang sahlul bait sebab belum saya rasa layak lagi) patut tahu akan kelebihan yang ada pada dirinya tetapi haruslah sentiasa elakkan rasa bangga diri sebab darah yang mengalir tidak menjaminkan apa2 kalau amalan masih tak kesampaian lagi. Salah pembawaan besar akibatnya....merendah diri dan sentiasa besederhana adalah polisi yang terbaik.

[ Last edited by  Jukebox at 22-7-2006 05:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2006 07:25 PM | Show all posts
Salam Selawat Keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Jukebox anta menyatakan anta berketurunan AL-SAGOFF.....masyalllah samalah dengan ana anta Al-Sagoff apa....

kalau bercerita mengenai nisab kita yang bersambung kepada rasullah ini memang menggetarkan kerana jika kita lihat sebenarnya banyak tanggugjawab kita....kita sepatutnya harus yang paling taat akan ALLAH, RASULLAH DAN ITRAH Rasullah.....kerana kita adalah dari nasabnya.....ana ini kurang ilmu tentang nasab....

disini anahendaklah berkongsi satu hadis dari imam sadiq : "Jika disatu kampung itu terdapat seorang bukan syiahku yang lebih alim, baik ahlaknya lebih baik dari syiahku sendiri maka janganlah kau berkata kau antara syiaku...

jadi marilah kita renungkan hadis yang mempunyai maksud yang mendalam bagi kita mempertingkatkan diri kita dalam beramal sebaik mungkin...

Wassalam

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2006 11:52 PM | Show all posts
Salam Shaikh...

Maaf, keturunan saya al-sagaf bukan al-sagoff tapi tetap kita bersaudara....

Terima kasih diatas peringatan Shaikh dan juga petikan hadis diatas, ya benar besar tanggungjawab tapi besar juga dugaan dan ujiannya. Ikut pengalaman sendiri yang pernah suatu ketika yang hanya menunggu masa untuk berada dikedudukan yang tinggi dalam 'jalan' yang saya sertai, terbit sedikit rasa riak dengan segala kelebihan yang dapat....dengan sekelip mata semuanya hilang begitu shj
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 02:14 AM | Show all posts
Originally posted by Jukebox at 22-7-2006 11:52 PM
Salam Shaikh...

Maaf, keturunan saya al-sagaf bukan al-sagoff tapi tetap kita bersaudara....

Terima kasih diatas peringatan Shaikh dan juga petikan hadis diatas, ya benar besar tanggungjawab  ...

tak mengapa sdr juke.."jalan"itu tetap disitu tak kemana ia..panaskan enjin kenderaanmu dan  mulakanlah kembali "perjalananmu"...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 10:00 PM | Show all posts
okay ...  boleh kah sekiranya saya bawa balik kita ke perbincangan topik?  BOLEEEEHHHHHHHHH....


Pak shaikh telah pun menjawab soalan saya, sekarang rasanya nak tanya kepada yahya pulak.

1. Yahya kata versi syiah itu datang dari sumber sunni, tetapi kenapa pula ada versi lain dipihak sunni pada masa kini?

2. Soalan sama yg saya tanya shaikh, sekarang saya nak tanya kepada yahya, sekiranya seseorang memilih utk mengambil versi sunni (present time punya versi), apakah kesannya kepada aqidah seseorang itu?  Adakah aqidahnya akan rosak?

wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 12:08 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 19-7-2006 11:01 PM
kalau dikira secara keseluruhan umat islam dari segala aliran, adakah lebih ramai ahlul bait menjadi ulama sunni atau menjadi ulama syiah?


salam.

dulu, kira-kira 3-4 bulan lepas ana masuk forum ni nak berkongsi pendapat dgn antum semua, tapi something cameout terpaksa ana break sekejap dan hari ini ana sambung blk. tapi ketika ni ana terpaksa menguruskan satu projek yg memang akan mencuri masa ana siang dan mlm. dlm masa seminggu-2 ni ana rasa masa nak menjenguk kat forum ni ada lagi dan selepas itu masa ana agak suntuk utk terus berforum disini.

ana jawap yg ni dulu...memang sukar kita nak terima bahwa majoriti ahlulbait zaman ini bermazhab syiah. tetapi perkara ini tidak pernah dihebohkan dgn alasan kononnya utk menjaga kamaslahatan ummat supaya ummah muslim tidak panik dan resah. kalau dlm satu2 majlis jika ade 10 org ahlulbait mesti ada yg berfahaman syiah. ini pengalaman ana sendiri dan jika antum semua mahukan bukti...sampai kiamat pun tak dapat sebab tidak pernah diadakan bancian mazhab di m'sia mahupun secara global. lagipun kat m'sia ni mane boleh sebar fahaman ni secara terang-terangan, nanti kena ISA...sebab tu jumlah sebenar ramai yg tidak tahu melainkan antum buat kajian sendiri. memang nak kaji aqidah ahlulbait samaada yg salaf ataupun khalaf memerlukan kajian yg mantap, luas, dan dari pelbagai sumber samaada dzariyyah atau riwayyah...dan hasilnya amat mencemaskan.

di m'sia, majoriti keturunan ini bermazhab syiah tetapi dinafikan keturunan ahlulbait yg sunni. di indonesia keturunan alawiyyin byk syiah tetap dinafikan juga oleh alawiyyin sunni. jadi siapa yg betul? yg pastinya di iran majoritinya syiah dari keturunan ahlulbait itu sendiri. nabi berkata '...keturunanku(itrah) tidak akan berpisah dgn quran'. aqidah ahlulbait samaada dulu atau skrg amat membingungkan ana dan saudara2 juga. kita dipaksa oleh rasulullah supaya mengikut aqidah ahlulbaitnya, tapi yg mana satu..sunni atau syiah? insyaallah ana akan terus belajar dan kaji aqidah mereka ini dan membuat perbezaan fahaman syiah zaman imam ali dgn syiah skrg. nabi berkata'....hanya sedikit shj ummatku yg bersyukur'. skrg syiah dipihak yg sedikit iaitu minoriti. tetapi sunni menolak hadis ini ditujukan pada kaum syiah. wallahuallam.

kheir.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 01:17 AM | Show all posts
Originally posted by yahya at 26-7-2006 12:08 AM


salam.

dulu, kira-kira 3-4 bulan lepas ana masuk forum ni nak berkongsi pendapat dgn antum semua, tapi something cameout terpaksa ana break sekejap dan hari ini ana sambung blk. tapi ketika  ...


kalau begitu, dikampung ibu saya tu agaknya ada la yg syiah.  arwah nenek dari ibu saya dari keluarga jamalulail.  masa kecil-kecil dulu saya selalu pergi sana, tak ada pulak nampak macam bermazhab, atau mungkin masa tu saya tak tahu apa-apa.  sekarang ni boleh kata kesemua sepupu ibu saya telah melebihi usia subsidi dan ramai yg telah kembali.  jadi kami sangat jarang bertemu kecuali kalau ada kenduri atau kematian.  setakat ni, belum lagi saya dengar dari keluarga mereka itu bermazhab syiah.  (atau saya tak tahu apa-apa).

nampak makin banyak yg saya dapat belajar dari yahya ni.  kalau yahya nak jawab lambat-lambat pun tak apa.  kalau terlangkau pun saya boleh repeat semula soalan saya lain kali.  harap dapat berbincang lagi.  insyaAllah.

wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2006 09:48 AM | Show all posts
Saya ada kenalan dari keluarga al-Attas yang begitu giat didalam jemaah Tabligh, satu famili dia aktid dengan usaha tersebut, dan seingat saya, Allayarham Abu Hassan an-Nadwy, ulama dari benua india didalam jemaah tabligh, sendiri merupakan bersalsilah keturunan Hassan bin Abi Talib r.a. dan ternyata beliau amat menentang fahaman Syiah..

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 10:14 AM | Show all posts
kat kampung ana keluarga dari bangsa al-yahya, al-kaff, al-bin semith, al-attas, al-seggaf...semuanya berfahaman syiah. ade juga yg sunni tapi minoriti. Allayarham Abu Hassan an-Nadwy ni keturunan nabi ke dari al-hassani?. musykil, nanti ana check salasilahnya.. ramai ulama tersohor dulu dan skrg ni mengaku al-huseini atau al-hasani tapi nama moyang mereka tak pernah tercatat dlm buku nasab. Abuya pun mengaku ahlulbait nabi apa..tapi tak pernah ada salasilah..he..he.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 10:31 AM | Show all posts
abis tu kalau berdasarkan info saudara Yahya tentang permasalah itrah dan ilmu rahsia yang dimiliki oleh keturunan-keturunan Nabi s.a.w., bagaimana boleh berlaku perpecahan didalam keturunan-keturunan hassan r.a. & hussein r.a. sendiri, bilakah perpecahan itu terjadi dan macam mana terjadi? pertanyaan saya seterusnya, berkenaan masalah daulah khilafiah bani Abbas, bukankah mereka dari aliran ASWJ dan bukan Syiah, sedangkan hubungan kekerabatan mereka sgt dekat dengan Nabi s.a.w. mengapa ini berlaku?

harap tunjuk ajar dari yang lebih berilmu..

wassalam

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 26-7-2006 10:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 10:48 AM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 26-7-2006 10:31 AM
abistu kalau berdasarkan info saudara Yahya tentang permasalah itrah, bagaimana boleh berlaku perpecahan didalami keturunan-keturunan hassan r.a. & hussein r.a. sendiri, bilakah perpecahan itu  ...


keturunan bani abbas ni juga yg bunuh ahlulbait nabi sampailah generasi imam jafar shodiq. minta saudara rujuk sejarah bani abasiyyah dan bani umaiyyah. Mutawakkil, khalifah abasiyyah ke 10 begitu ekstrem memusuhi ahlulbait nabi. ramai keturunan rasul dibunuhnya. Anak2 imam jafar lari dari kampung sendiri dan hijrah ke yaman kerana kezaliman pemerintah abasiyyah juga. hubungan kekerabatan bukan pengukur kepada keimanan seseorang. Abu jahal pun kerabat rasul tapi dia pilih utk tidak beriman nak buat camane.

syiah memang dah wujud di zaman ali lagi. aswj ni timbul pada zaman jafar shodiq. ini data sejarah yg tidak dapat dimungkiri..tapi ade pulak ulama skrg ni yg mengaku bahwa aswj ni adalah mazhab ciptaan nabi sendiri, maknanya aswj adalah mazhab yg terawal sebelum syiah. macam2 lah ulama zaman skrg, asyik dok memeningkan kepala ummah muslim aje.

itrah tidak pernah berpecah cuma fahaman aje berbeza, kalau nak tahu sape betul kita rujuk pada doa nabi ni: semasa pernikahan ali dan fatimah rasulullah berdoa:"ya rabb..kurniakanlah keturunan yg baik dan byk dari kedua ini(ali dan fatimah)". kita tgk ajelah skrg ni..ahlulbait rasul dari fahaman mane yg terbyk..kita ikut tak kira sunni atau syiah pasal nabi dah kata...'keturunan yg baik dan byk...'. dan doa nabi mustajab.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.170212 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list