CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: M5

Aurat Wanita

[Copy link]
Post time 19-7-2006 03:13 PM | Show all posts
Originally posted by back_hand at 19-7-2006 09:38 AM

Nak dakwah lembut2 dgn org kafir pun ada hadnya.Apa lagik dgn org munafik.Makin korang lembut makin kena pijak le jwpnya.Nak pertahankan Islam ada cara dan kesesuaiannya.Kalu nak keras..lantak pi lah. Kalu nak tahu aku la backhand jenis keras ckp lepas kat org2 munafik.nape tak caya? Kalau ko nak berdakwah dgn kafir yg 'zero' ok la kut lembut2. Tapi nak pertahankan Islam dgn org yg pernah Islam,yg  kaji islam dan kemudian jadi kapiq..jgn kasi can.Hentam.dulik per aku.

Paham tak apa yang diriku nasihatkan untuk dirimu ni wahai saipul?Sblm menulis harap dirimu baca dulu dari awal sampai abis setiap thread dan posting.Kelak dirimu umpama tepung cekodok.

akhir sekali sambutlah  gurauan dari diriku ini wahai cepul.ingat..cuma gurauan dari diri  ku ini.

-Diriku-



heh!heh!heh! Paham.. paham -backhand-.... Aku paham bebenor lenggok gaya bahasamu itu.... heh!heh!heh!


dan jangan bimbang, aku tak marah kat engkau ni, jika aku marah maka aku ni umpama 'cakap tarak serupa bikin' kan gitu? dan aku tahu engkau ni dari dulu -memula masuk kat sini- sampailah hari ni tak pernah berubah.. Andai katalah takde orang yang pantau tulisanmu ini, maksud aku moderator kat sini, tentulah tulisanmu ini penuh dengan caci maki, carut marut yang entah hape hape tah, kan gitu sdr backhand? Oh! aku paham itu semua hanyalah senda gurau belaka kan? kan?




-anak jin mata tige-


Sekian.

[ Last edited by  antiQue at 19-7-2006 06:09 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 04:57 PM | Show all posts
Iklan kjap.

Originally posted by saifulms at 19-7-2006 03:13 PM

heh!heh!heh! Paham.. paham -backhand-.... Aku paham bebenor lenggok gaya bahasamu itu.... heh!heh!heh!
...


ikut gelak juga.hehehehuhuhu..!
bagus engkau sudah memahami diriku ini.
sudah lah..epui.Jgn dirimu bersedih lagi.(..sambil usap ubun2 epul).Nampaknya sudah cekap otak mu memahami diriku ini.Bagus epui.Org mcm ni aku sukerr sangat nak kawan.Enggak  mudah marah mare serta memahami semua ini hanyalah gurauan..ishk..ishk (sambil usap ubun dia lagik).

Oklah.Harap dirimu balik.Gosoklah gigi tu yer.
kebersihan harus dijaga.Barulah maju sukan untuk negara.

-JinsSamsudin-

[ Last edited by  back_hand at 20-7-2006 09:34 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 04:01 PM | Show all posts

salam

Tentang aurat seseorang perempuan di hadapan lelaki, para ulama' telah membahagikan jenis lelaki yang berada di hadapan seseorang petempuan itu kepada yang menjadi muhrimnya dan lelaki ajnabi (iaitu yang bukan muhrimnya).

Jika seseorang perempuan itu berhadapan dengan lelaki muhrimnya maka auratnya yang wajib ditutup ialah anggota yang terletak di antara pusat dan lututnya sahaja, dengan erti adalah harus baginya mendedahkan bahagian anggotanya yang lain di hadapan orang-orang yang dihukum sebagai muhrimnya.

Tetapi pendapat ini bukanlah satu pendapat yang disetujui oleh kesemua ulama Islam, malah ulama Mazhab Maliki mengatakan aurat seseorang perempuan di hadapan lelaki muhrimnya ialah seluruh badannya kecuali muka dan atrafllya, iaitu kepala, tengkok, dua tangan dan dua kakinya, begitu juga pendapat ulama Mazhab Hanbali, mereka mengatakan bahawa auratnya apabila bersama-sama lelaki muhrimnya ialah seluruh badannya kecuali muka, tengkuk, kepala, dua tangan, kaki dan betisnya.

Jika lelaki yang berada di hadapan seseorang perempuan itu merupakan lelaki yang ajnabi maka terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama tentang menentukan kadar auratnya, apakah auratnya yang wajib ditutup seluruh tubuhnya hinggakan termasuk muka dan dua tangannya ataupun ada bahagian-bahagian anggota yang di kecualikan dari hukum wajib ditutup kerana tidak sengaja ataupun kerana keperluan yang tidak dapat dielakkan.

Perselisihan pendapat mereka ini adalah berdasarkan kepada berbagai tafsiran tentang maksud ungkapan   "dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;" dlm surah An Nuur: 31

Firman Allah swt

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(surah An Nuur: 31)

Ada tafsiran yang mengatakan bahawa  "dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;"  itu bermaksud dikecualikan apa saja anggota yang terdedah tanpa disengajakan seperti terdedah kerana ditiup angin ataupun sebagainya, dan ada juga tafsiran yang mengatakan bahawa ayat itu bermaksud dikecualikan apa-apa bahagian anggota yang didedahkan kerana keperluan dan tuntutan hidup yang memaksa, dan ada lagi tafsiran yang lain mengatakan bahawa anggota yang dikecualikan dari larangan mendedahkannya itu ialah muka dan dua tapak tangan sahaja yang termasuk belakang kedua-duanya.

Jika berdasarkan kepada tafsiran pertama maka seluruh jasad seseorang perempuan itu adalah aurat yang mesti ditutup, bermula dari hujung rambutnya sehinggalah ke hujung kakinya, kecuali bahagian tertentu yang terdedah tanpa disengajakan seperti ditiup angin ataupun tersangkut duri, tetapi ia dikehendaki segera menutupnya tanpa sengaja melambat-Iambatkannya. Inilah pendapat fuqaha' Mazhab Hanbali dan salah satu pendapat yang terkenal di kalangan fuqaha' Mazhab Shafi'i dan juga satu pendapat yang masyhur di kalangan fuqaha' Mazhab Maliki. Imam Ahmad bin Hanbal per¬nah menegaskan: "Tiap suatu dari tubuh badan seseorang perempuan adalah aurat hinggakan termasuk juga kukunya". Terdapat beberapa dalil yang menjadi hujah bagi pendapat ini, di antaranya:

Firman Allah swt,

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An Nuur: 31)

Mereka mengatakan bahawa ayat ini jelas menunjukkan seseorang perempuan dilarang secara mutlak mendedahkan apa sahaja anggota badannya di hadapan lelaki ajnabi, dan mereka mengatakan bahawa maksud pengecualian yang terdapat di dalam firmanNya: " dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;", itu ialah apa yang terdedah tanpa disengajakan seperti akibat ditiup angin kencang yang mendedahkan tengkoknya, ataupun betisnya, ataupun mana-mana bahagian badannya.

Manakala, firman Allah swt,

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga dia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah dia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.
(al Ahzab: 53)

Ayat ini menunjukkan kaum muslimin lelaki dilarang melihat isteri-isteri Nabi. Walaupun ayat ini diturunkan khusus bagi isteri-isteri Nabi saw, tetapi menurut pendapat mereka hukumnya adalah meliputi para muslimat lainnya menerusi qias, kerana pada mereka seluruh jasad seseorang perempuan itu adalah aurat. Jadi ayat ini secara tidak langsungnya mengukuhkan maksud ayat yang pertama yang melarang orang-orang perempuan mendedahkan aurat mereka kepada pandangan orang-orang lelaki.

Penat la pula... nanti sambung lagi...

sumber: Prof Madya Dr Mat Saad Abd Rahman

wallahua'lam

[ Last edited by  fleurzsa at 23-7-2006 04:04 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 01:32 PM | Show all posts
pelikk...kenapa tidak dibincang maksud aurat terlebih dahulu..apa itu aurat?dan kenapa aurat itu perlu ditutup..kupas makna aurat terlebih dulu,baru jumpa yg mana satu aurat..baru tahu rambut tu aurat ke tidak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 01:39 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 23-7-2006 04:01 PM
salam


Firman Allah swt

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(surah An Nuur: 31)


"dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;"
kenapa yg ini saje yg diboldkan
tidak yg ini..
"dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) "
adakah ianya tidak memberi apa2 makna dalam menerangkan perihal aurat?

[ Last edited by  kuba4 at 24-7-2006 01:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 08:32 PM | Show all posts

Aurat

SALAM......................

"dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;"
kenapa yg ini saje yg diboldkan
tidak yg ini..
"dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) "
adakah ianya tidak memberi apa2 makna dalam menerangkan perihal aurat?


Saya setuju pendapat kuba4, sebagai tambahan adalah lebih baik kita memperturunkan semua ayat-ayat mengenai aurat wanita yang ada dalam Al-Quraan kedalam topik ini dan kemudian baru kita berbincang.  Dan kalau perlu ayat-ayat lain yang ada kaitan mengenai aurat wanita.
Salam..............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2006 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 24-7-2006 08:32 PM
SALAM......................

"dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;"
kenapa yg ini saje yg diboldkan
tidak yg ini..
"dan kat ...


ye.juga turunkan juga hadis2 mengenai isu ini.apa pun, keraguan dan pertikaian dan jugak attitude  yg dicetuskan oleh penulis dlm thread ni pun dah pun abis.settle.dah ilang dah pun.terkedu.

-backstage-
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 06:51 PM | Show all posts
Originally posted by kuba4 at 24-7-2006 01:39 PM
"dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;"
kenapa yg ini saje yg diboldkan
tidak yg ini..
"dan katakanlah kepada perempuan-per ...


Di-bold-kan krn ayat tersebut telah menjadi perselisihan pendapat ulama.... ini adalah berdasarkan kepada berbagai tafsiran tentang maksud ungkapan dlm bahasa arab.  Spt bahasa Melayu juga terdpt berbagai maksud yg boleh digunakan bg sesuatu ayat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2006 06:32 PM | Show all posts
AURAT DALAM ISLAM


PENGERTIAN AURAT


Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang tertentu.


PERINTAH MENUTUP AURAT

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab ayat 33;



"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu-wahai "ahlul bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 06:33 PM | Show all posts
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang, berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.

Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.

Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali. Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang, dengan itu juga akan timbulah berbagai-bagai firnah dari masyarakat tentang diri mereka.

Dalam hal ini Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:



"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 06:34 PM | Show all posts
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya:

1. Aurat Ketika Sembahyang

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian

Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antaran pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut. Walau pun bagitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yan boleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku.

Oleh itum, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu:
Suami
Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa.
Ayah mertua
Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau perempuan
Anak-anak suami.
Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
Anak saudara dari saudara perempuan.
Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama.
Hambanya Sahaya.
Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 06:35 PM | Show all posts
Al-Quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31;  




"Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tiadk berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."


Iman Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:
Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka , pipi mulut, mata bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Oleh itu,uamat Islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasab-batasan yang telah digariskan oelh Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.


4. Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram

Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.

Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.

Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbaza-beza.


5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir

Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul edngan wanita bukan Islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Rasulullah S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang maksudnya: "Tidak halal kauum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".


6. Aurat ketika Bersama Suami

Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka Isla m telah memberi kelongaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.

Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannnya bila berhadapan dengan suaminya.

Mu'awiyah bin Haidah mengatakan: "Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab: "Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?" Baginda menjawab: "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: "Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab: "Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain".

(Hadis riwayat Iman Ahmad dan Abu Dawud)
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 06:36 PM | Show all posts
PAKAIAN DALAM ISLAM

Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:  
Pakaian itu hendaklah menutup aurat.


Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al Albi dan Rasulullah S.A.W. pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid), untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.

Suatu hari Rasulullah S.A.W. bertanyakan Usamah: "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab: "Saya telah berikan kepada isteri saya." Lalu Rasullullah S.A.W bersabda kepada Usamah: "Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak di galas , maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".


Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.

Selain dari itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan mambayangkan kulit pemakainya.

Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.


Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.


Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan: maksudnya: Rasulullah S.A.W. telah melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan yang berpakaian


Pakaian itu bukan melambangkan kemegahan dan bukan untuk berhias-hias atau ditambah dengan haruman yang semerbak.

Abu Musa Al-Asy'ari telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina."


Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.



Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus mengindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.

Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang amat tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2006 12:26 AM | Show all posts
Originally posted by rempo at 18-7-2006 08:28 PM
M5,

Ok,disebabkan thread ini berkenaan aurat wanita,maka eloklah kita fokuskan pada aurat wanita shj.Satu soalan aku ingin kemukakan kpd kamu,sila beri jawapan dgn bahasa yg mudah dan straight to the point.
Soalan:
Apakah had minimum aurat wanita ketika bersolat mengikut pegangan kamu?

Contoh jawapan:Seluruh tubuh kecuali dua tapak tangan/pergelangan tangan.


Salam Sejahtera rempo.

Saya setuju dgn saranan anda agar difokuskan perbincangan ini kepada isu aurat sahaja.  Atas cadagan yg sama, saya syorkan agar isu2 yg berkaitan dgn solat dibincangkan di thread yg lain.  Saya cadangkan di thread Isra' Mikraj jika tak keberatan.

Jika anda perhatikan, thread Isra Mikraj masih diperingkat awal.  Ada beberapa isu yg masih belum dikupas sebelum kita sampai ke topik yg menyentuh tentang aurat ketika bersolat.  Jadi saya harap rempo dapat bersabar buat masa ini.  (teringat saya pada Ibnur dgn seluar dalamnya)

Thread ini dibuka pada asalnya bagi melihat justifikasi amalan/arahan pemakaian tudung bagi menutup rambut yg dikatakan salah satu aurat yg perlu ditutup bagi wanita.  Rujukan yg saya bentangkan di awal thread ini menunjukkan fahaman ini tidak ada sandarannya didlm al Qur'an.  Jika ada, saya minta saudara rempo, ibnur dan yg lain2 dapat menolong saya dgn membawa ayat2 tersebut untuk kita lihat bersama.

Mungkin tidak keberatan untuk rempo meneliti sekali lagi hujah2 yg saya bawa diawal thread ini bagi memudahkan anda memahami isu yg dibincangkan disini.

Salam Sejahtera
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2006 12:52 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 23-7-2006 04:01 PM
<snip>
Firman Allah swt,

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka



Salam Sejahtera fleurzsa.

Saya rujuk dan gariskan ayat yg saudari bawakan diatas.

Jika diteliti penggunaan nya ia adalah merujuk kepada perhiasan tubuh/zeenatahunna.  Allah tidak membiarkan manusia terteka2 bila menggunakan perintah "kecuali yang zahir..."  Disini kita dapat lihat konteks penerangan ayat tersebut bila dibaca "kecuali yang zahir daripadanya" adalah merujuk kepada subjek sebelumnya iaitu perhiasan tubuh.

Definasi "perhiasan tubuh/zeenatahunna" diperjelaskan sendiri didlm al Qur'an melalui penghayatan ayat yg sama:
(xix)wala yadribna bi-arjulihinna liyuAAlama ma yukhfeena min zeenatihinna
and they (F) do not set apart with their (F) legs to be known what they (F) hide from their decoration/beauty


Apabila kita menafsirkan "yadribna" sebagai "menghentak/memukul kaki" dan tidak sebagai "menjarakkan peha", kita tidak akan nampak signifikanya/kaitan ayat dibahagian (xix) diatas bagi menjawab persoalan "apa itu perhiasan tubuh/zeenatahunna?"  Malah dijustifikasi amalan memukul isteri didlm rumahtangga hasil dari tafsiran Q4:34.  Atau anda percaya Tuhan suruh suami pukul isteri?

Jika anda melihat tafsiran "yadribna" sebagai "menjarakkan peha", ini jelas menjawab persoalan "apa itu perhiasan tubuh/zeenatahunna?".  Anggota kemaluan yg dikatakan aurat adalah terletak diantara celah paha anda dan disebut sebagai furoojahum/furoojahunna.

Saya syorkan fleurzsa teliti hujah saya diawal thread untuk melihat sandaran saya.

Salam Sejahtera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2006 02:24 AM | Show all posts
Originally posted by apai99 at 3-8-2006 06:32 PM
AURAT DALAM ISLAM


PENGERTIAN AURAT


Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseora ...


Salam Sejahtera apai99.

Ayat 33:33 tidak menyentuh tentang cara berpakaian.

33:33
Transliteration
Waqarna fee buyootikunna wala tabarrajna tabarruja aljahiliyyati al-oola waaqimna alssalata waateena alzzakata waatiAAna Allaha warasoolahu innama yureedu Allahu liyuthhiba AAankumu alrrijsa ahla albayti wayutahhirakum tatheeran

tabarrajna tabarruja adalah merujuk sikap ignorance manusia jika tidak mengambil panduan (deen) dari Tuhan.

buyootikunna dari kata akar "bayta" membawa erti rumah dari sudut bahasa Arab.  Dari konteks al Qur'an, ianya adalah merujuk kepada sistem/deen/way of life.  Saya ringkaskan:  sebagai contohnya saya ambil satu akta yg dikeluarkan oleh parlimen.  Kita tidak mengikut akta yg dihasilkan oleh banggunan fizikal tersebut, tetapi kita merujuk kepada arahan ygdikeluarkan oleh manusia yg mengeluarkan akta tersebut.  Banggunan yg berbentuk fizikal hanyalah representation kepada sistem berparlimen yg diamalkan oleh manusia disitu.

Diizinkan Tuhan saya akan panjangkan lagi perbincangan tentang "bayta" dan interpretasi terhadap deen/way of life/system dan bandingan dengan fahaman lazim yg menakrifkan bayta sebagai rumah secara literal.  Ini akan saya bawa berbincang didlm thread yg baru supaya memudahkan perjalanan perbincangan di thread ini.

Saya bawa tafsiran buyootikunna dan tabarrajna tabarruja didlm 33:33.

You shall settle down in your systems, and do not be about like the olden days of ignorance. You shall hold the solat, and you should keep it pure, and obey God and His messenger. God wishes to remove any affliction from you, O people of the system, and to purify you completely.


Tentang solat, dan keep it pure, ini saya akan panjangkan didlm thread yg lain.  Insyaalllah.

Berbalik kepada isu aurat, saudara juga merujuk kepada 33:59 yg menyeru agar isteri2 Nabi mengenakan pakaian agar dikenali sebagai orang yg baik2.  Sila lihat post saya diawal thread ini yg menolak sandaran anda.  Al Qur'an telah menggariskan bahawa pakaian adalah bukan pra-syarat untuk menunjukkan seseorang itu baik atau sebaliknya.  Lihat dan hayati Q7:26
Q7:26
O children of Adam, we have provided you with garments to cover your bodies, as well as for luxury. But the best garment is the garment of righteousness. These are some of GOD's signs, that they may take heed.


Al Qur'an menolak fahaman yg meletakkan sesuatu bentuk pakaian untuk menunjukkan keimanan seseorang.  Sebaliknya apa yg penting adalah tingkah laku anda.  Ciri2 righteousness ada banyak kali diterangkan didlm al Qur'an, sila rujuk 2:177 sebagai contoh.

Salam Sejahtera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 03:30 PM | Show all posts
Originally posted by M5 at 6-7-2006 12:04 AM


Persoalan yg sama diajukan oleh forumer lain yg menyoal kenapa tidak saya rujuk juga kepada koleksi hadis nabi selain dari hadis Qur'an dalam membicarakan tentang isu agama.

Maaf, Tuhan yang saya percayai melarang saya dari merujuk penerangan selain dari apa yg diterangkan didlm KitabNya.
  



berpuluh2 ayat la kau tafsirkan dan hujahkan kat sini...tapi hadis sbg satu sumber hukum pun kau tak caya.
semua yg kau hujahkan ni..kosong.ilek..zero..hehehe!

-Sallos-
Reply

Use magic Report

Karisma This user has been deleted
Post time 30-9-2006 06:30 AM | Show all posts
Originally posted by back_hand at 18-8-2006 03:30 PM



berpuluh2 ayat la kau tafsirkan dan hujahkan kat sini...tapi hadis sbg satu sumber hukum pun kau tak caya.
semua yg kau hujahkan ni..kosong.ilek..zero..hehehe!

-Sallos-


betul kata-kata kamu tu back_hand
Reply

Use magic Report

hafis This user has been deleted
Post time 30-9-2006 07:44 AM | Show all posts
Aku tak boleh nak baca dan fahamkan betul-betul apa yang sampaikan sebab macam semuanya ayat copy paste website-website.Dari ayat al-Quran sampailah tafsiran.Pemahamam tu tak ada.. :hmm:
Tak ada penjelasan yang tepat.Harap pakar tafsir dapat meraikan topik ni bersama-sama
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 07:07 PM | Show all posts
Salamun Alaikum..........

Sekadar berintelektualisasi(pinjam ayat mizan)........

Mengenai ayat An-Nuur

[31] Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

       


Saya berpendapat begini:  Bila perempuan memakai baju, selonggar manapun ia tetapi kekadang bahagian tertentu tubuhnya tetap akan terlihat bentuknya walaupun disebalik pakainnya dan dilindungi dengan kerudung contohnya apabila ditiup angin seperti dada, paras pinggang hingga paha dan betis, jadi bagi saya inilah maksud kecuali apa yang zahir padanya.......kerana ia adalah diluar kawalan kita, begitu juga bila perempuan mendukung anak yagn kadang-kadang agak nakal sehingga terselak kerudung dan terlihat perhiasan dada walau dilitupi pakaian.  Allahu a'lam.

Tetapi adakah anda nampak ayat ini ditujukan kepada perempuan yang sudah berkahwin?(betulkan saya)
Bagaimanapula untuk anak-anak kecil,anak dara sunti atau perempuan yang belum berkahwin?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.056643 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list