CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

Braders/sisters meh sini klik kat poll sat - Jalur Gemilang

[Copy link]
Post time 24-8-2006 09:45 PM | Show all posts
Kibar kat rumah, kereta, dan office sekali. Memang beli sendiri. Ada ke orang dapat free?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2006 09:52 PM | Show all posts
Setiap tahun aku mesti beli Jalur Gemilang khas utk lekatkan kat keta... tak kisah walopun kena beli sbb kalo tak kibarkan bendera dlm bulan merdeka ni, rasa cam kureng sesuatu jer...

Ayah aku pulak mesti busy cari bendera tahun lepas & kibar kat umah kami.

Tak tau la...maybe sbb aku ni ada semangat patriotik yg kuat.... setiap kali melihat Jalur Gemilang berkibar tak kira di mana, hati ni rasa bangga bercampur terharu... sampai rasa nak menitis air mata... tak tau la kenapa... apa yg nyata, aku terlalu sayang kat negara tanah tumpahnya darahku ini!!

Selamat Hari Merdeka, warga Malaysia!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 09:55 PM | Show all posts
kibar kat kereta.... sebab masa kat rumah kat ofc byk benda lain nak kena pandang (dan uruskan)...


'SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE49 BUAT WARGANEGARA MALAYSIA DI MANA JUA BERADA'

SYUKUR PADA ALLAH SWT MALAYSIA KEKAL AMAN SEJAHTERA
MARILAH BERHEMAT KETIKA BERBELANJA
BEKERJA KERASLAH KITA MEMBANGUNKAN ANAK BANGSA
MALAYSIA BOLEH!!!
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
Post time 24-8-2006 10:03 PM | Show all posts
dah vote... kibar bendera kt rumah dn kereta.... rasa sungguh gah bila bawak kereta btemankn jalur gemilang...!
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 10:04 PM | Show all posts
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA BUAT WARGA NEGARA MALAYSIA!
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 10:07 PM | Show all posts
BERBANGGA LAH MENJADI RAKYAT MALAYSIA.......NEGARA KITA YG SENTIASA AMAN.........MOHON KEPADA ALLAH SWT SUPAYA NEGARA KITA DI JAUHKAN DARI BENCANA ALAM ....PORAK PERANDA.....RAKYAT SENTIASA HIDUP DLM KEDAMAIAN........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2006 10:53 PM | Show all posts
first of all, i sound clever if i speak in malay..so, i'll give my opinon in malay..( x reti omputih sebenarnye nih..huhu..dak ler..)

dl2 kibar kat kete..tp kete akak la..huhu..
dah pakai kete nih, ingat nak letak bendera besar kat dpn  kete tuh..

marilah sama2 kita menyambut kemerdekaan ni ngan penuh rasa bangga..
merdeka..merdeka..merdeka..

tp...
masih ramai yang belum merdeka rupenye...
dari segi pakaian..akhlak..tah la..


apa2 pon..
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN..
31 OGOS 2006..

ff: 31 OGOS lebih bermakna dan penting dari 28 OGOS....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 11:23 PM | Show all posts
ayah kita pasang tiang bendera kt umah. so...start ogos dah start kibar dah. kt ofis pun kibar juga.  Selamat Hari Merdeka to all Malaysian!!!:love::love::love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2006 11:29 PM | Show all posts
kalau di USA ....setiap rumah akan kibar bendera menjelang 4th July and Memorial day.....siap ada bendera kecik kecik letak di lawn.....ape kata kita semua buat macam tu sayang kan negara , bangsa dan agama serta perpaduan  berbagai kaum yang sudah lama ujud di bumi Malaysia.....

Ya ampunnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 11:34 PM | Show all posts
kekekkee... kibar kat tingkap umah, kat berenda umah.... n ampaian umah.....!!!!!! yahoooo
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 11:42 PM | Show all posts
tak kibar kat memana.  tp mmg ada bendera dalam rumah ni.  kecik je.  

kira aku kibar dalam hati je.  bangga jadi rakyat Malaysia.  semoga Malaysia kekal aman, makmur dan bahagia hingga tamatnya riwayat bumi Allah ni. semoga negara kita dijauhkan dari segala malapetaka dan bencana yang tak diingini.  Amiin... :pray:

peace no war!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 11:45 PM | Show all posts
beli kat kedai yg dlm ade gula2 tu pastu selit kat beg hehehehe =)
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 11:56 PM | Show all posts
Originally posted by yipun78 at 24-8-2006 18:30



Ko tunjukkan kat mat salleh tu cara kita Org Malaysia k Cave ko jgn carik pasal lak ngan mamat2 pucat kat sana, ko tu jauh dari kg... take care ah :ah:

yezza......orait Yip....memang nak tunjuk kat depa nieh saper lebeh patriotik n saper tang lahirkan manusier2 lembap....mamat2 pucat yg carik pasal ngan cave...cave orait jek..no hal....tapi skali skaler ader gaks bukak kuda2 n munger silat...silat ayat pong ader pakai gaks...silat ayat blajor dari porem:lol

[ Last edited by  cave_in at 24-8-2006 11:57 PM ]
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 25-8-2006 12:03 AM | Show all posts
dah vote dahh....
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 25-8-2006 12:14 AM | Show all posts
Mentaliti ramai belia masih dijajah
16-08-2006 09:44:59 PM  



Saya tertarik pada mesej yang disampaikan rencana pilihan ?ersama mengekalkan kemerdekaan negara? (mStar, Ogos 10). Hati saya berbisik: "Adakah negara kita benar-benar telah ?erdeka??"

Harapan saya, jangan sesekali kita menang sorak, tetapi kampung tergadai. Walhal, muda-mudi kita masih dicengkam kehancuran akhlak.

Buktinya, kajian Institut Integriti Malaysia mendapati hampir 30 peratus generasi muda sanggup makan suap jika berkuasa dan bertanggungjawab terhadap sesebuah organisasi atau institusi (mStar, Ogos 8).

Tambahan pula, laporan "Ramai homoseksual ditemani dadah" (mStar, Ogos 10) turut mencelikkan mata kita. Seks rambang, rasuah, dan dadah bersilih-ganti membejatkan masyarakat.

Maka, tidak keterlaluan saya simpulkan sesetengah barisan pelapis negara kita masih ?ijajah? meskipun negara kita telah mencapai kemerdekaan hampir setengah abad.

Sanggupkah kita menyerahkan harapan kepada mereka yang telah terpesong daripada ajaran agama, integriti, dan hala tuju kehidupan murni? Renungkan.

Pada pendapat saya, perjuangan kemerdekaan kita belum selesai. Ancaman-ancaman kepada negara wujud pula dalam bentuk dan rupa yang lain,  seperti yang telah dikupaskan.

Pembangunan kawasan, dan kemajuan ekonomi negara perlulah selaras dengan pemupukan kerohanian terbilang anak-anak watan kita. Itulah cabaran kita pada masa ini.

Berikan didikan agama kepada anak-anak kita sejak kecil lagi, bak kata pepatah, melentur aur biarlah dari rebungnya. Minda yang sarat dengan nilai-nilai murni nescaya menyisihkan mereka daripada amalan-amalan haram di sisi agama.

Sementelahan itu, kita perlu menyokong Pelan Integriti Nasional dan berganding bahu dengan Polis DiRaja Malaysia bagi membanteras anasir-anasir jahat.

Berbekalkan azam dan semangat patriotik, kita berupaya memerdekakan sebilangan muda-mudi kita daripada terjerumus di kancah yang tidak diingini.



saja nk kongsi kat sini....
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 25-8-2006 12:22 AM | Show all posts
selalu kibar jalur gemilang d hati, dan minda....

kalu nk kibar biarlah ikhlas jgn lak kibar yg dh koyak n lusuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


BeruangKutub This user has been deleted
Post time 25-8-2006 12:27 AM | Show all posts
rase cam best giler biler ader bendera kt keta.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 12:41 AM | Show all posts
mewakili mak saya..kibar atas kete...

tahun ni nak merdeka sibuk cite benda lain jer..(paham2 jer la psl ape)...sedih gak tgk

saya pun tak beberapa senang cara sambutan ari merdeka kat negara kite..tak patriotik langsung...

saya harap malaysia kekal aman..............

[ Last edited by  alpine84 at 25-8-2006 12:44 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 12:45 AM | Show all posts
kibarkan bendara =>OK

kalau nak lebih OK =>
tunaikan pembayaran cukai
jangan buang sampah merata-rata
patuhi undang-undang jalan raya
tanam bunga Kebangsaan and last but not least (take note...)
hormati bahasa Kebangsaan <-- hehehehehee

saya doakan Malaysia akan mencapai kemerdekaan sepenuhnya! ;-)
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 12:57 AM | Show all posts
AKu nyanyi lagu ni...

Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.982575 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list