CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cak!

KISAH TENTERA MONGOL SERANG BAGHDAD

[Copy link]
Post time 5-5-2007 02:06 AM | Show all posts
Originally posted by hamizao at 4-5-2007 03:24 PM
Also an interesting thought...

Malang sekali buku2 sejarah Mongol dari kaca mata Mongol sendiri telah hilang. Ya...ada scribe2 yang disuruh tulis ...tetapi naskah2nya dah hilang. Jadi apa yang ...



Macam Tengah Berkhutbah..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2007 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 5-5-2007 02:06 AM

Macam Tengah Berkhutbah..??


Itu adalah ilustrasi dari sumber sejarah Persia mungkin dari tilisan jawi yang tertera di sebelah atasnya. Sebaliknya, ia dikatakan telah mendegar dgn tekun khutbah2 dari ulamak2 ttg sifat2 murni Islam. Kemudiannya barulah dia menyuarakan pendapatnya ttg kepercayaan/ritual mereka.

Yang Hami ingin tekankan di sini adalah 30 tahun terdahulu dari insiden Baghdad, pihak Islam telah membuat suatu percaturan yang silap lagi berkenaan Mongol. Mungkin ada yang kurang senang dgn pendedahan Hami tetapi pada Hami itulah hakikatnya............

Pada awalnya Empiar Islam Khwarazm -Shah telah mempunyai hubungan diplomatik dgn Mongol. Nak ikutkan ada orang2 Khwarazm-Shah bersama dgn Mongol semasa berperang di Cina ....besar kemungkinan sebagai "pemerhati" juga......spy kot(?) Berita ttg kebolehan Mongol yg dibawa balik oleh mereka agak membuat Khwarazm-Shah membuka mata sehingga tercetusnya insiden Utrar(1218) apabila seorang Gabenor Khwarazm telah "massacre" perwakilan Mongol dan khafilah perdaganggan Islam yg bersama mereka. Kononnya mereka takut kot2 ada "spy2" Mongol bersama mereka ini. Bak kata Hami dulu ....kemarahan Mongol tiada tandingnya.......Apa yang terjadi selepas itu Khwarazm -Shah Jalal-ad-Din dihambat sampai ke India....Mongol berhenti di Sg Indus apabila menerima berita ttg kematian Jalal-ad-Din ....atau at least dia bukan lagi suatu ancaman.

[ Last edited by  hamizao at 5-5-2007 11:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2007 03:38 PM | Show all posts
berpunca dari salam faham dan buruk sangka  terhadap orang mongol

[ Last edited by  HangPC2 at 5-5-2007 03:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2007 03:53 PM | Show all posts
Nak tanyalah...
saya i bukan arif sangat selok-belok sejarah...

Istilah;
A).Monggol
B). Moghul
C). Monggol-Tartar


Apakah ini represent maksud yg berbeda2...?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2007 12:10 AM | Show all posts

Reply #86 sya_sugar_sugar's post

Mongol adalah salah satu puak/tribe nomad Asia Tengah. Lain2 puak nomad & separa nomad dimasa itu termasuk Tartar, Merkids, Oirat, Naiman,Khitan, Kereyid,Ongut, Tagut, Turk, Uighur.........Kawasan asal Mongol adalah diantara Sg Onon & Sg Kerulen di sebelah utara Gurun Gobi.

Moghul adalah sebutan Persia terhadap Mongol. Khasnya Dinasti Moghul bertapak di Utara India oleh Babur yang berketurunan Mongol.

Mongol-Tartar pula pada Hami gabungan/keturunan puak2 Mongol dan Tartar seperti juga ada di sebut Turko-Mongol.

Harap2... line clear....

[ Last edited by  hamizao at 6-5-2007 12:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2007 12:26 AM | Show all posts
Originally posted by hamizao at 6-5-2007 12:10 AM
Mongol adalah salah satu puak/tribe nomad Asia Tengah. Lain2 puak nomad & separa nomad dimasa itu termasuk Tartar, Merkids, Oirat, Naiman,Khitan, Kereyid,Ongut, Tagut, Turk, Uighur.........Ka ...



TQ.TQ.TQ..




Faham dah nih...
Beras Moghul Faiza ... Haaa... beras yg org Moghul makan lah kot...

Sungguhkah kamu ini saorang Chekgu Sejarah?

... itu hari nampak kat Board Gossip... jgn marah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2007 12:58 AM | Show all posts

Reply #88 sya_sugar_sugar's post

TQ kembali................
Ya, kekadang Hami jengok2 sana sini tetapi board sejarah tetap favourite. Bab Mongolpun favorite...
Guru sejarah? Oh, tidak.........hanya berminat aje.

[ Last edited by  hamizao at 6-5-2007 01:01 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2007 01:28 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 5-5-2007 03:38 PM
berpunca dari salam faham dan buruk sangka  terhadap orang mongol


Juga layanan yang buruk terhadap perwakilan Mongol............

Memula surat yang mencadangkan perdagangan diantara rakyat2 mereka diragui/tidak disenangi oleh Khwarazm-Shah kerana ia dianggap sebagai "anak" oleh Genghis. Walaubagaimanapun masih juga diadakan perjanjian untuk memberi laluan kpd pedagang2.

Khafilah pedagang yang dibunuh di Utrar tu mengandungi 450 pedagang Islam dari kawasan Mongol pertama kali sampai kesitu selepas perjanjian dimenterai. Kemudian 3 perwakilan Mongol ....1 dibunuh dan 2 lagi dibakar janggut mereka. Kerana Mongol sentiasa memberi layanan yang baik terhadap mana2 duta, perbuatan Khwarazm-Shah terhadap duta mereka itu dianggap sebagai "act of war". Dalam sejarah dia juga dianggap sebagai sombong, bongkak, menipu diri sendiri dan berjaya membawa suatu keruntuhan yang dahsyat keatas dunia Islam di sebelah timur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2007 04:24 PM | Show all posts
Originally posted by remizati at 2-5-2007 18:19
sbb org islam tau memantau mana yg betul mana yg tak...
cthnyer awal penulisan al-quran,semua diselaraskan oleh saidina uthman..
tak mcm bibble..semua org bleh tulis,sumber pon tak tau dr mana. ...

Inilah sebenarnya punca mengapa Islam tidak berupaya untuk bangkit, kerana masing masing merasakan mempunyai hak untuk menentukan mana yang betul dan yang salah. Dimasa kita bertengkar siapa yang salah, siapa yang betul, musuh musuh kita pula sedang sibuk mengkaji dan terus mengkaji kebenaran ilmu yang dipelajari.

Jika tokoh tokoh agama Yahudi dan Christian, seperti Maimonides, Thomas Aquiana, meluangkan masa mereka untuk mengkaji karya karya hasil pemikir Islam, sebelum menghasilkan karya mereka, mengapa kita tidak sanggup berbuat begitu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2007 04:30 PM | Show all posts
Originally posted by hamizao at 4-5-2007 15:24
OK, berbalik kepada Baghdad..........banyak yang berkata Islam(diBaghdad/Persia) tidak dapat membangun semula seperti sediakala selepasitu setelah banyak/semua(?) bahan2 ilmiah telah dimusnahkan............:hmm:  Hami ingin mendapatkan komen dan pendapat ttg ini.

Mungkin kerana ilmu itu cuma dibukukan tetapi tidak disebarkan? Kerana amat mustahil ilmu itu akan hilang jika ianya dipratikan atau disebarkan kepada awam.

Memang benar, bukan setakat buku sahaja dibakar, malahan orang ramai juga dibunuh, namun harus di ingati juga, bahawa ada juga yang terselamat dari pembunuhan tersebut......
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 09:50 AM | Show all posts
sesiapa je boleh menulis buku..
yang penting org tu ada idea dan pemikiran..
tp adalah di luar bidang kuasa kita nak menentukan adakah pemikiran itu benar atau salah..
tp dlm bab agama islam..
ada guideline tertentu menentukan sesuatu fakta dan auta...
macam pihak inggeris kata francis light penemu pulau pinang..
padahal, yg menemukan pulau pinang ialah orang yang sememangnya dah duduk lama kat pulau pinang sebelum francis light datang..
begitu juga penulisan pasal monggol yang hamizoa byk menyebelahi penulis buku itu sendiri...
cth nya dr sumber china dan sumber arab sendiri...
kita yg kebelakang dari masa nie cuma mengkaji pada sumber yg sedia ada...
padahal kita tak tau sumber itu betul ke tak?..
kajian tentang ilmu nie semua nya dibuat berdasarkan ujikaji yg dibuat secara besar-besaran...
ilmu boleh berkembang selaras dengan falsafah yang dipegang oleh pengkaji itu sendiri...
orang barat mengembangkan ilmu sains dan teknologi berdasarkan falsafah diorg sendiri...
padahal ada falsafah itu yang sememangnya tak bleh diterima oleh org islam..
jd sebagai org islam patut ke ikut diorg?..
seni bagi diorg adalah infiniti...
tp dalam islam ada seni yg boleh dan tidak dibolehkan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 11:47 PM | Show all posts
Oleh St Yeepi:
Mungkin kerana ilmu itu cuma dibukukan tetapi tidak disebarkan? Kerana amat mustahil ilmu itu akan hilang jika ianya dipratikan atau disebarkan kepada awam.


Begitu juga pandangan Hami.............Apakah ini bayangan kpd pegangan Islam mereka pada masa itu?
Oleh St Yeepi:

Memang benar, bukan setakat buku sahaja dibakar, malahan orang ramai juga dibunuh, namun harus di ingati juga, bahawa ada juga yang terselamat dari pembunuhan tersebut......


Ya, salah seorang bapa saudara Khalifah terselamat bersama beberapa lagi ahli keluarganya. Ia di bawa ke Cairo oleh puak Mamluk dan dilantik menjadi Khalifah di situ. Dia juga tewas dalam satu percubaan mendapatkan kembali Baghdad.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 12:10 AM | Show all posts

Reply #93 remizati's post

Benar...dalam cerita2 sejarah kekadang juga ada beberapa versi.  Sebab itulah pengkaji akan membaca banyak sumber2. Hami hanya mampu baca apa yang sesetengah pengkaji tulis sahaja! Tang Mongol ni mungkin Hami ada soft spot skit kat diorang sebab they cannot defend themselves ...........sumber2 diorang sendiri dah tak ada....pinjam dari sejarah orang lain je. Itupun semasa Genghis dulu bahasa diorang hanyalah bahasa lisan sahaja.....belum ada tulisannya. Diorang memang buta huruf. Jadi apa salahnya dikemukakan pandangan dari sudut yang berlainan supaya kita mendapat perbincangan yang lebih imbangan?

Tang Francis Light tu Kalau dikatakan 'Founder of Penang'...baru betul. 'Founder 'atau yg remizati sebut 'penjumpa' jangan disalah tafsir sebagai yang jumpa pulau tu...............Hami rasa bukan itu maknanya.

[ Last edited by  hamizao at 8-5-2007 12:16 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 03:35 PM | Show all posts
monggol dah dtg ke asia tenggara tp dihalang kat vietnam oleh org2 funan ke khmer aku lupa
-mereka perang catra gerila, kalah monggol
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 06:58 PM | Show all posts
Mongol Berperang dengan Champa (Jaya Indravarman VI)  dan  Tran Dynasty (Annam), sebelum tuh Champa dan Tran Dynasty masing-masing berperang tetapi setelah mongol sampai bergabung menyerang Mongol balik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 01:02 AM | Show all posts
oh campa, aku silap, memang hebat mereka ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2010 03:42 AM | Show all posts
monggol xdapat mara ke asia tenggara mungkin disebabkan bentuk muka buma,kawasan hutan tebal.yg mana untuk tentera berkuda ni kurang sesuai..ni cuma pndapat aku jah.salah tolong betulkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 02:18 PM | Show all posts
sebab utama mongol tak mara ke asia tenggara ialah disekat oleh org2 campa di indo-china, mereka ni mcm penjaga pintu gates laaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 11:15 AM | Show all posts
[b]Runtuhnya Kerajaan Singasari dan Munnculnya Kerajaan Majapahit

Setelah meruntuhkan kerajaan Tang, orang-orang Mongol kemudian mendirikan sebuah pemerintahan baru yang diberi nama Sung (Song). Salah satu anak Jenghis Khan, sang penakluk kerajaan Cina, bernama Kublai Khan menjadi raja pertamanya. Keinginan untuk memperluas pengaruh bangsa Mongol setelah menjajah Cina adalah menundukkan kerajaan-kerajaan lain di wilayah Asia Tenggara dan Asia Timur dengan menggunakan kekuatan militer dan politik. Caranya dengan meminta para penguasa lokal untuk mengakui kaisar Mongol sebagai penguasa tunggal dan mengharuskan raja-raja lokal tersebut untuk mengirim upeti (tribute) kepada kaisar Cina. Salah satunya adalah ke Jawa yang kala itu diperintah oleh Raja Kartanagara dari kerajaan Singhasari.

Untuk maksud tersebut, Kublai Khan mengirim seorang utusan bernama Meng Chi ke Jawa meminta raja Kartanagara untuk tunduk di bawah kekuasaan Cina. Merasa tersinggung, utusan itu dicederai wajahnya oleh Kartanagara dan meingirimnya pulang ke Cina dengan pesan tegas bahwa ia tidak akan tunduk di bawah kekuasaan raja Mongol. Perlakuan Kartanegara terhadap Meng Chi dianggap sebagai penghinaan kepada Kublai Khan. Sebagai seorang kaisar yang sangat berkuasa di daratan Asia saat itu, ia merasa terhina dan berniat untuk menghancurkan Jawa yang menurutnya telah mempermalukan bangsa Mongol.

Peristiwa penyerbuan ke Jawa ini dituliskan dalam beberapa sumber di Cina dan merupakan sejarah yang sangat menarik tentang kehancuran kerajaan Singhasari dan munculnya kerajaan Majapahit, seperti yang dapat kita baca dalam buku nomor 162 dari masa pemerintahan Dinasti Yuan yang terjemahannya dapat dibaca dalam buku W.P. Groeneveldt berjudul Historical Notes on Indonesia and Malaya Compiled from Chinese Sources (1963: 20-31).

Disebutkan bahwa utusan yang dikirim ke Jawa terdiri dari tiga orang pejabat tinggi kerajaan, yaitu Shih Pi, Ike Mese, dan Kau Hsing. Hanya Kau Hsing yang berdarah Cina, sedangkan dua lainnya adalah orang Mongol. Mereka diberangkatkan dari Fukien membawa 20.000 pasukan dan seribu kapal. Kublai Khan membekali pasukan ini untuk pelayaran selama satu tahun serta biaya sebesar 40.000 batangan perak. Shih Pi dan Ike Mese mengumpulkan pasukan dari tiga provinsi: Fukien, Kiangsi, dan Hukuang. Sedangkan Kau Hsing bertanggung jawab untuk menyiapkan perbekalan dan kapal. Pasukan besar ini berangkat dari pelabuhan Chuan-chou dan tiba di Pulau Belitung sekitar bulan Januari tahun 1293. Di sini mereka mempersiapkan penyerangan ke Jawa selama lebih kurang satu bulan

Pada bulan kedua tahun itu Ike Mese bersama pejabat yang menangani wilayah Jawa dan 500 orang menggunakan 10 kapal berangkat menuju ke Jawa untuk membuka jalan bagi bala tentara Mongol yang dipimpin oleh Shih Pi. Ketika berada di Tuban mereka mendengar bahwa raja Kartanagara telah tewas dibunuh oleh Jayakatwang yang kemudian mengangkat dirinya sebagai raja Singhasari.

Oleh karena perintah Kublai Khan adalah menundukkan Jawa dan memaksa raja Singhasari, siapa pun orangnya, untuk mengakui kekuasaan bangsa Mongol, maka rencana menjatuhkan Jawa tetap dilaksanakan. Sebelum menyusul ke Tuban orang-orang Mongol kembali berhenti di Pulau Karimunjawa untuk bersiap-siap memasuki wilayah Singhasari. Setelah berkumpul kembali di Tuban dengan bala tentara Mongol.

Diputuskan bahwa Ike Mese akan membawa setengah dari pasukan kira-kira sebanyak 10.000 orang berjalan kaki menuju Singhasari, selebihnya tetap di kapal dan melakukan perjalanan menggunakan sungai sebagai jalan masuk ke tempat yang sama. Sebagai seorang pelaut yang berpengalaman, Ike Mese, yang sebenarnya adalah suku Uigur dari pedalaman Cina bukannya bangsa Mongol, mendahului untuk membina kerja sama dengan penguasa-penguasa lokal yang tidak setia kepada Jayakatwang.

Armada kapal kerajaan Mongol selebihnya dipimpin langsung oleh Shih Pi memasuki Jawa dari arah sungai Sedayu dan Kali Mas. Setelah mendarat di Jawa, ia menugaskan Ike Mese dan Kau Hsing untuk memimpin pasukan darat. Beberapa panglima “pasukan 10.000-an” turut mendampingi mereka. Sebelumnya, tiga orang pejabat tinggi diberangkatkan menggunakan ‘kapal cepat’ menuju ke Majapahit setelah mendengar bahwa pasukan Raden Wijaya ingin bergabung tetapi tidak bisa meninggalkan pasukannya. Melihat keuntungan memperoleh bantuan dari dalam, pasukan Majapahit ini kemudian dijadikan bagian dari bala tentara kerajaan bangsa Mongol.

Untuk mempermudah gerakan bala tentara asing ini, Raden Wijaya memberi kebebasan untuk menggunakan pelabuhan-pelabuhan yang ada di bawah kekuasaannya dan bahkan memberikan panduan untuk mencapai Daha, ibukota Singhasari. Ia juga memberikan peta wilayah Singhsari kepada Shih Pi yang sangat bermanfaat dalam menyusun strategi perang menghancurkan Jayakatwang.

Selain Majapahit, beberapa kerajaan kecil (mungkin setingkat provinsi di masa sekarang) turut bergabung dengan orang-orang Mongol sehingga menambah besar kekuatan militer sudah sangat kuat ketika berangkat dari Cina. Persengkongkolan ini terwujud sebagai ungkapan rasa tidak suka mereka terhadap raja Jayakatwang yang telah membunuh Kartanegara melalui sebuah kudeta yang keji.

Pada bulan ketiga tahun 1293, setelah seluruh pasukan berkumpul di mulut sungai Kali Mas, penyerbuan ke kerajaan Singhasari mulai dilancarkan. Kekuatan kerajaan Singhasari di sungai tersebut dapat dilumpuhkan, lebih dari 100 kapal berdekorasi kepala raksasa dapat disita karena seluruh prajurit dan pejabat yang mempertahankannya melarikan diri untuk bergabung dengan pasukan induknya.

Peperangan besar baru terjadi pada hari ke-15, di mana bala tentara gabungan Mongol dengan Raden wijaya berhasil mengalahkan pasukan Singhasari. Kekalahan ini menyebabkan sisa pasukan kembali melarikan diri untuk berkumpul di Daha, ibukota Singhasari. Pasukan Ike Mese, Kau Hsing, dan Raden wijaya melakukan pengejaran dan berhasil memasuki Daha beberapa hari kemudian. Pada hari ke-19 terjadi peperangan yang sangat menentukan bagi kerajaan Singhasari.

Dilindungi oleh lebih dari 10.000 pasukan raja Jayakatwang berusaha memenangkan pertempuran mulai dari pagi hingga siang hari. Dalam peperangan ini dikatakan bahwa pasukan Mongol menggunakan meriam yang pada zaman itu masih tergolong langka di dunia.

Terjadi tiga kali pertempuran besar antara kedua kekuatan yang berseteru ini di keempat arah kota dan dimenangkan oleh pihak para penyerbu. Pasukan Singhasri terpecah dua, sebagian menuju sungai dan tenggelam di sana karena dihadang oleh orang-orang Mongol, sedang sebagian lagi sebanyak lebih kurang 5.000 dalam keadaan panik akhirnya terbunuh (slain = bantai) setelah bertempur dengan tentara gabungan Mongol-Majapahit. Salah seorang anak Jayakatwang yang melarikan diri ke perbukitan di sekitar ibukota dapat ditangkap dan ditawan oleh pasukan Kau Hsing berkekuatan seribu orang.

Jayakatwang menyadari kekalahannya, ia mundur dan bertahan di dalam kota yang dikelilingi benteng. Pada sore harinya ia memutuskan keluar dan menyerah karena tidak melihat kemungkinan untuk mampu bertahan.

Kemenangan pasukan gabungan ini menyenangkan bangsa Mongol. Seluruh anggota keluarga raja dan pejabat tinggi Singhasari berikut anak-anak mereka ditahan oleh bangsa Mongol. Sejarah Cina mencatat bahwa sebulan kemudian setelah penaklukan itu, Raden Wijaya memberontak dan membunuh 200 orang prajurit Mongol yang mengawalnya ke Majapahit untuk menyiapkan persembahakn kepada raja Kublai Khan. Adalah Sora dan Ranggalawe, dua panglima perang Majapahit yang sempat membantu orang-orang Mongol menjatuhkan Jayakatwang, melakukan penumpasan itu (Pitono, 1965 46).

Setelah itu, dengan membawa pasukan yang lebih besar, Raden Wijaya menyerang balik orang-orang Mongol dan memaksa mereka keluar dari Pulau Jawa. Shih Pi dan Kau Hsing yang terpisah dari pasukannya itu harus melarikan diri sampai sejauh 300 li (± 130 kilometer), sebelum akhirnya dapat bergabung kembali dengan sisa pasukan yang menunggunya di pesisir utara. Dari sini ia berlayar selama 68 hari kembali ke Cina dan mendarat di Chuan-chou.

Kekekalahan bala tentara Mongol oleh orang-orang Jawa hingga kini tetap dikenang dalam sejarah Cina. Sebelumnya mereka nyaris tidak pernah kalah di dalam peperangan melawan bangsa mana pun di dunia. Selain di Jawa, pasukan Kublai Khan juga pernah hancur saat akan menyerbu daratan Jepang. Akan tetapi kehancuran ini bukan disebabkan oleh kekuatan militer bangsa Jepang melainkan oleh terpaan badai sangat kencang yang memporakporandakan armada kapal kerajaan dan membunuh hampir seluruh prajurit di atasnya.

Menjelang akhir bulan Maret, yaitu di hari ke-24, seluruh pasukan Mongol kembali ke negara asalnya dengan membawa tawanan para bangsawan Singhasari ke Cina beserta ribuan hadiah bagi kaisar. Sebelum berangkat mereka menghukum mati Jayakatwang dan anaknya sebagai ungkapan rasa kesal atas ‘pemberontakan’ Raden Wijaya. Kitab Pararaton memberikan keterangan yang kontradiktif, disebutkan bahwa Jayakatwang bukan mati dibunuh orang-orang Mongol melainkan oleh Raden Wijaya sendiri, tidak lama setelah ibukota kerajaan Singhasari berhasil dihancurkan.

Ternyata kegagalan Shih Pi menundukkan Jawa harus dibayar mahal olehnya. Ia menerima 17 kali cambukan atas perintah Kublai Khan, seluruh harta bendanya dirampas oleh kerajaan sebagai kompensasi atas peristiwa yang meredupkan kebesaran nama bangsa Mongol tersebut. Ia dipersalahkan atas tewasnya 3.000 lebih prajurit dalam ekspedisi menghukum Jawa tersebut.

Selain itu, peristiwa ini mencoreng wajah Kublai Khan karena untuk kedua kalinya dipermalukan orang-orang Jawa setelah raja Kartanegara melukai wajah Meng Chi. Namun sebagai raja yang tahu menghargai kesatriaan, tiga tahun kemudian nama baik Shih Pi direhabilitasi dan harta bendanya dikembalikan. Ia diberi hadiah jabatan tinggi dalam hirarkhi kerajaan Dinasti Yuan yang dinikmatinya sampai meninggal dalam usia 86 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 11:59 AM | Show all posts
mongol kalah dgn jawa je? bukan mereka pertama kalinya kalah dgn baibar di afrika ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.083447 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list