|
'Saya maaf Farid'
Teks dan foto Zubir Mohd Yunus
Irma terima semula buah hati selepas dengar penjelasan mengenai beberapa gosip yang gugat hubungan cinta
揚ERTAMA sekali apa yang Irma hendak terangkan di sini, hubungan Irma dengan Farid tidaklah putus seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Setakat ini perasaan sayang dan cinta itu masih ada, alhamdulillah. Ketika ini masing-masing cuba memperbaiki keadaan mana-mana yang tak betul tu.
Dalam perhubungan, setiap pasangan pastinya mengharapkan perhubungan yang baik, gembira dan tak ada siapa yang nak bergelora. Setakat perselisihan faham tu, memang tak dapat dinafikan, memang pernah berlaku antara kami, maklumlah perhubungan kami dah berusia lebih dua tahun. Perkara itu adatlah.
Mengenai artikel yang disiarkan menerusi ruangan Zubir Intip dalam Bintang Popular minggu lalu (29 Julai), gosip yang diceritakan itu, Irma tak nafikan, memang ada beberapa kebenarannya. Mungkin yang belum jelas ialah status perhubungan kami sama ada putus atau tidak. Yang pasti, hubungan kami masih okey.
Pun begitu, cerita yang kononnya Farid menonton filem bersama seorang gadis cantik, mungkin juga seorang model di TGV (Tanjung Golden Village), KLCC (Kuala Lumpur City Centre), itu memang betul.
Mengenai tarikh, tempat, filem Transformers semua tu betul. Tapi, Irma tak sangka, sebelum Irma dapat tahu, Abang (penulis) lebih dulu tahu cerita ni. Irma dapat tahu semua cerita ni pun selepas kawan Irma menceritakan segala-galanya.
Pada masa sama Farid dan model itu sedang menonton Transformers, kawan Irma turut berada di tempat mereka berada. Kawan Irma tu tidak menonton filem yang sama, tapi dia berada di TGV, KLCC secara kebetulan saja. Dia ke situ bukan niat untuk menonton, tapi ada urusan lain.
Apabila sudah berada di tempat dan masa yang sama, maka dia pun terserempak dengan Farid dan model berkenaan. Dia nampak Farid dan model itu sedang beratur membeli tiket, sama seperti yang diceritakan menerusi Zubir Intip.
Kawan Irma terkejut sebab dia tahu, Irma dengan Farid, alih-alih hari tu dia nampak Farid dengan orang lain. Masa tu juga kawan Irma terus telefon Irma sebab dia nak tahu Irma berada di mana dan kenapa Farid berada di situ (KLCC). Irma beritahu kawan Irma tu yang Irma tengah shooting di Sabak Bernam.
Selepas itu dia terus memulakan cerita, katanya dia nampak Farid di KLCC dengan seseorang. Katanya lagi, dia tunggu sehingga Farid dan model itu keluar panggung sebab takut menuduh perkara yang bukan-bukan.
Bagi Irma, siapa salah siapa betul, itu tak penting kerana apa yang Irma nak terangkan di sini ialah mengenai kesahihan gosip yang tersebar itu adalah satu kebenaran. Apabila berlakunya isu seperti ini, pastinya Irma akan bertanyakan perkara sebenar dengan Farid sendiri.
Irma pula jenis straight forward, Irma tak boleh tunggu lama-lama untuk selesaikan masalah. Irma tak serang Farid, marah-marah, tapi Irma tanya dia elok-elok. Farid mengakui, dia dan model berkenaan memang keluar pada hari itu, tapi dia memberitahu Irma, dia ada alasan sendiri kenapa dia berbuat begitu.
Farid terangkan baik-baik kepada Irma, dia keluar bukan dengan niat tak elok. Kata Farid, dia tak ada niat nak berlaku curang terhadap Irma. Dia ada alasan lain apabila perkara itu berlaku. Tambahnya lagi, dia keluar pun tak ada niat nak sorok-sorok daripada Irma, jadi kenapa harus Irma marah?
Katanya dia dah terangkan perkara sebenar, Irma dengar penjelasannya dengan hati terbuka. Irma hargai sikap keterbukaan Farid kerana dia mengakui, dia keluar dengan model itu. Apa saja alasan Farid, tak perlulah Irma dedahkan untuk pengetahuan semua, memadailah untuk diri Irma seorang saja.
Apabila Farid dah terangkan segala-galanya, Irma terima, takkan Irma nak paksa diri untuk tidak mempercayai pengakuannya? Irma ni seorang pemaaf, kalau orang tu belum minta maaf, Irma dah maafkan dirinya awal-awal lagi. Semua ni penting untuk kebaikan diri sendiri.
Sebelum Irma tidur setiap malam, sesiapa saja yang pernah menyakiti hati kita, Irma sedia memaafkannya. Apabila kita bangun tidur keesokan harinya, kita tenang, tak adalah kita 憁endung |
|