CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Sebab-sebab kenapa Jac gagal menang Ikon Asean

[Copy link]
Post time 14-8-2007 10:31 PM | Show all posts

Reply #78 jac_diehard_fan's post

yg nih cek setujuuuuuuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2007 11:46 PM | Show all posts

Reply #80 harkktuih's post

haah.. teringat mase semi final juara lagu nyanyi lagu gemilang.. rasenye suara die lebey kurang camtu la
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 09:24 AM | Show all posts

Reply #80 harkktuih's post

nerbes kot... tp aku rase gemilang tu persembahan jac yg TERBAIK setakat ni!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 10:47 AM | Show all posts
u olls, aq tak tgk lg final mlm 2, tkt bacer komen
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 11:01 AM | Show all posts

Reply #84 supernaturalee's post

ustaz, ni ko ke

ayat lebey kurang jek
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 11:20 AM | Show all posts
aiseh men, kancil due seruper kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2007 12:38 PM | Show all posts

Reply #83 fairytale's post

x ler...aku rasa tu bukan yg terbaik dr jac...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2007 01:04 PM | Show all posts
Aditya: Keadilan, profesionalisme dan ketulusan
15-08-2007 08:29:25 AM
Oleh ADITYA PUTRA  


FILIPINA menyapu bersih! Itu antara yang tersurat untuk final Ikon Asean. Vina Morales dan Kjwan mengungguli acara tahun pertama yang dirancang secara tahunan itu. Biar ada rungutan, juri profesional muktamad dengan pilihan mereka, menyatakan dua nama dari negara kepulauan itu sebagai juara.

Asean tidak mengiktiraf mereka tetapi penganjur Ikon yang menganjur acara hiburan. Maaf, bunyinya 'sour grape' tetapi tidak sebenarnya. Kita kena terima hakikat yang Vina lebih bagus daripada wakil kita, Jaclyn Victor yang terkenal dengan kekentalan vokalnya.

Namun persembahan Jaclyn malam itu jauh ketinggalan berbanding Vina. Balada Pangako Saiyo terlalu bagus dengan kemantapan suara Vina. Orang media buat rumusan yang Jaclyn silap pilih lagu - persembahan medley Tunggu Sekejap, Kau Laksana Bulan dan Getaran Jiwa tidak mendaki ke penghujung, sebaliknya ketiga-tiga lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee itu seharusnya disusun mengikut melodi setiap lagu.

Itu kata juri profesional, Hetty Koes Endang. Entahlah, mereka yang arif lebih sesuai untuk berkata-kata dan menilai. Kita yang menonton - baik di rumah mahupun yang berada di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sekadar merungut melahirkan kekaguman atau ketidakpuasan hati di kalangan rakan-rakan.

Bagaimanapun jangan cepat melabelkan Jaclyn sebagai Jaguh Kampung! Mungkin belum rezeki penyanyi yang diangkat sebagai Malaysian Idol pertama itu.

Juri sepakat untuk memilih dua penyanyi - solo dan kumpulan dari Filipina.
Tanpa mengira dua negara yang sama untuk dua kategori itu, mereka profesional. Yang bagus tetap perlu diiktiraf bagus, dan itu yang kita perlukan dalam menilai apa juga bidang. Lebih-lebih lagi kalau bercakap tentang dunia hiburan yang penuh dengan subjektif dan abstrak ini.

Tiada jawapan objektif dalam penilaian yang subjektif. Justeru, Aditya gembira dengan keputusan itu. Bukan tidak menyokong anak seni tempatan tetapi hakikat tetap hakikat yang mereka lebih bagus. Yang lebih bagus kita lihat malam itu adalah profesionalisme dalam dunia.

Tidak seperti kebanyakan anugerah kita yang bersifat 'adil' demi menjaga hati pihak tertentu. Kalau adil kerana ia bagus seperti yang ditampilkan oleh Mac Chew, Hetty, Eugene Villaluz dan Iskandar Mirza. Mereka tidak melakukan keadilan kerana kasihan atau menjaga hati, biarpun Malaysia selaku tuan rumah.

Inilah keadilan yang kita cari dan perlukan untuk memartabatkan industri. Bukan keadilan kerana adanya pertalian persaudaraan, adanya jalinan persahabatan atau adanya hubungan perniagaan. Dalam erti kata lain, adanya kepentingan diri.

Bukan kita tidak pernah melihat situasi itu. Malah saban tahun kita menyaksikan adegan sama rata dan mengambil hati ini. Mereka lebih menjaga hati daripada menjaga industri sebenar. Itu antara sebab mengapa kita masih di sini dan macam ini.

Emosional lebih menguasai daripada profesional. Orang kata, manusia seni baik perfileman, drama atau muzik, jiwa mereka halus dan sensitif. Sensitif ini yang berkaitan dengan emosi sehingga ada antara mereka yang tidak tahu membezakan emosi itu dalam meletakkan emosional dalam profesionalisme.

Kadang-kadang terlintas di fikiran, penjurian oleh penonton melalui perjudian SMS lebih adil kalau begini jadinya. Emosional yang bukan profesional, mungkin kita boleh maafkan. Cuma marah berbangkit apabila ia melibatkan benda yang tidak sepatutnya dilibatkan.

Bagaimanapun jangan sesekali membenarkan sistem SMS dalam Festival Filem Malaysia. Cukuplah profesionalisme cara orang kita mengendalikan festival itu setiap tahun. Cuma mengharapkan ia lebih benar berjiwa profesionalisme dalam penganjuran akan datang.

Kita sekadar cakap, kita cuma tahu menulis meluahkan apa yang menyelirat di hati. Dalam masa yang sama, menanam harapan agar penganjuran kita lebih membanggakan, tidak malu untuk orang industri berbual mengenai dunia industri mereka.

Ketika FFM20 yang lepas, bukan orang tak kata, semua bercerita. Biasalah pahat masih berbunyi tatkala rumah sudah siap. Hingga hari ini pun, kata-kata itu masih berbunyi. Tambahan pula dengan catatan Aditya sebelum ini tentang FFM20, lagilah ramai yang cuba 'follow-up' untuk dijadikan topik bualan.

Penat untuk Aditya menulis tentang mereka yang hanya fikir mengenai periuk nasi sendiri. Banyak sebab kenapa mereka berbuat begitu yang hanya tahu diri sendiri, pedulikan yang lain kerana yang lain adalah pesaing yang telah menggugat mereka.

Tidak pasti bagaimana mereka boleh jadi begini - barangkali dek latar belakang tempat mereka membesar, barangkali juga kerana hasutan rakan sekeliling dan tidak kurang juga sebab diri sendiri yang sememangnya begitu.

Buat ketika ini, eloklah Aditya membiarkan mereka dengan cara mereka. Buat ketika ini juga, Aditya lebih selesa menyambung bicara tentang usaha pihak Ikon Media Group yang menganjur program Ikon itu.

Ramai juga tertanya-tanya, selepas Ikon negara masing-masing dan Ikon Asean, ke mana hendak dibawa Vina dan Kjwan? Ke pentas mana selepas ini? Asia Pasifik? Hollywood? Bollywood? Atau ke Royal Albert Hall, London seperti yang pernah dimenangi Allahyarham Sudirman Haji Arshad sebagai Penghibur Asia Terbaik?

Rupa-rupanya bukan itu tujuan mereka. Melalui satu perbualan dengan orang Ikon Media Group sambil menghirup kopi panas di Putrajaya baru-baru ini, mereka mempunyai objektif lain. Bukan sekadar mengketengahkan bakat Asean tetapi juga lagu-lagu ciptaan orang serantau ini.

Rancangan mereka, cuba untuk menaikkan serta memperkukuhkan nama Vina dan Kjwan di kalangan peminat muzik Asean terlebih dulu. Membuat album yang boleh diterima orang serantau. Industri album, semakin merudum. Biarpun ada cerdik pandai di dalam dunia muzik tempatan berkata yang jualan album tempatan tidak terjejas teruk ekoran kemasukan album luar dan saingan pasaran digital, hakikatnya angka itu semakin merosot.

Justeru itu, orang Ikon melihat daripada perspektif ini untuk menampilkan album yang boleh diterima ramai, diterima seperti dulu-dulu ketika zaman kegemilangan industri muzik. Malah mereka juga melihat persaingan yang wujud bukan saja di kalangan album tempatan malah dari luar negara terutama Amerika Syarikat.

Bagaimanapun bualan hari itu tidak menyentuh tentang harga album. Terlalu jauh untuk kami bualkan malam itu tetapi ia lebih memfokuskan perancangan pihak Ikon untuk mengembangkan bakat tempatan baik penyanyi mahupun pembuat lagu dan lirik.

Setakat ini, kita hanya boleh mendengar perancangan mereka. Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya dan bila ia akan bermula. Bukan skeptikal tetapi harapnya perancangan itu menjadi kenyataan. Ikon cuba membuktikan usaha murni mereka untuk menyelamat industri muzik Asean.

Tak sangka, begitu prihatin mereka. Dalam banyak tugas dan kerja lain, ada juga yang sanggup meluangkan masa memperjuangkan industri muzik. Ironinya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2007 01:32 PM | Show all posts

Reply #87 harkktuih's post

yg terbaik tetap grand finale MI ...sbb aura tenaga yg di keluarkan cukup meremangkan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 01:33 PM | Show all posts

Reply #86 supernaturalee's post

ke satu cc

p/s: ni yg buat rombongan skali tu ke..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 01:55 PM | Show all posts

Reply #89 jac_diehard_fan's post

no doubt...gemilang versi MI lebih bagusssss
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 06:35 PM | Show all posts
Bukan ramli MS tu ke yg memantau persediaan Jac & OAG? kenapa dia tak leh ckp lagu2 Jac tu tak sesuwey bwk pertandingan masa pemantauan tu? kenapa bila dah kalah baru nak ckp2 belakang?

Masa memanatau tu patut nya dia bg tau lagu2 medley tak sesuai etc...lain le kalau Jac yg jenis tak mo dengar apa pok cik tu ckp..kalau betul tak nak dengar..mmg HAMPEH le JAc
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 11:32 AM | Show all posts

Reply #91 ruffleen's post

nape sume kate MI lagik bagus? pelik la, lgpon mase tu kan jac sakit... sore pon mcm xbest sgt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2007 12:08 PM | Show all posts

Reply #92 Munc's post

heloo

dia pantau jerk

tapi kalau dah nasihat diberi, masuk telinga kanan keluar tinger kiri
apa dia boleh buat

ckp belakang?

orang lain tak berjaya dapatkan komen dia

aku just share apa yang patut.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 02:53 PM | Show all posts

Reply #94 Syd's post

tapaham
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2007 04:58 PM | Show all posts

Reply #95 jac_diehard_fan's post

takpelah.

tak mo tulis panjang2

dah janji.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2007 06:24 PM | Show all posts
Originally posted by Munc at 16-8-2007 06:35 PM
Bukan ramli MS tu ke yg memantau persediaan Jac & OAG? kenapa dia tak leh ckp lagu2 Jac tu tak sesuwey bwk pertandingan masa pemantauan tu? kenapa bila dah kalah baru nak ckp2 belakang?

Masa m ...


Ramli MS konfiden jac boleh menang mlm tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 10:46 PM | Show all posts

Reply #97 mamat_lazim's post

mmg... kalau die jd juri mlm tu, dah sah2 la jac menang...

ape2 pon wahai kawan2, aku dah tgk dah video2 vina tu...

MEMANG dah sah2 la JAC PATUT MENANG!

xdela sedap sgt vina tu, lagu omputih tu pon biase je...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2007 02:30 AM | Show all posts
sampai sekarang aku masih naik bulu #### tengok persembahan jac pada
finale ikon asean -
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2007 10:12 AM | Show all posts

Reply #99 adik_nazgul's post

setuju2... anak pon kalau tgk finale ikon asean tu, dgn bulu2 idong ngan bulu2 ketiak skali meremang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.070627 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list