Originally posted by fuel_i at 23-3-2009 08:49
btul la tu..Long @ Daeng Mustaffa @ Long Daeng
insyaAllah..gelaran Daeng akan wujud kembali dlm salasilah keluarga kita..
BADIK - merupakan senjata Melayu-Bugis yang terdapat dalam dua jenis iaitu mempunyai mata yang lurus dan yang berkeluk seperti keris. Bentuknya menyerupai Tumbuk Lada tetapi panjang matanya di antara 18 - 20 sm. dan lebar 2 sm. Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat.
Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak,hulunya membongkok ke bawah.
Badik misalnya, cukup popular selepas Kerajaan Inggeris / Belanda mengharamkan penggunaan keris. Matanya ditempa daripada besi terpilih manakala hulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk serta dihiasi dengan logam emas dan perak. Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadi pisau memotong daging dan menyembelih haiwan.
lau ni pun keluarga kami pun ada.badik ni ada keluarga kami simpan kat t4 yg rahsia..alat ni jg d gunakan oleh kwn2 ku yg berbangsa bugis untuk mempertahankan dir,jd lau dorang nak pegi mana2 msti bawa badik ni supaya berjaga2....badik ni ada nama pgln nya,aku x brp ingat apa kwn aku ku pgl..
Seni Gayong telah dibawa oleh tujuh hulubalang panglima anak Raja Bugis keturunan Daeng Sulawesi yang terdiri daripada Daeng Kuning, Daeng Jalak, Daeng Merewak, Daeng Mempawah, Daeng Celak, Daeng Pelangi dan Daeng Telani
Originally posted by me_ai at 11-4-2009 22:10
dato meor sdir menggunakan nama daeng...
seni silat...pun ada campurannya....dh lupa...tp sure ada campurannya...
tanah melayu ni merupakan...kawasan berkumpulnya keturunan di raja...kenapa y ...
Rasanya keturunan raja2 bugis bertebaran kerana diundang oleh raja2 tanah melayu sendiri yg perlukan khidmat mereka untu mnyelesaikan pertikaian sesama sendiri. Ada yg kata mereka datang menjadi tentera upahan.
yg ada dlm sejarah bugis,bugis 5 bersaudara..
Daeng Perani, Daeng Merewah, Daeng Chelak, Daeng Menambun dan Daeng Kemasi
7 daeng yg disebut dlm gayong tu merujuk kepada mereka ini rsanya