|
☼ MASJID-MASJID DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ☼
[Copy link]
|
|
MASJID KAMPONG PENAPAR
Masjid Kampong Penapar terletak kira-kira 10km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada awal tahun 1990 di atas tapak tanah seluas 3 ekar dan siap pada tahun yang sama dengan perbelanjaan sebanyak $400,000.00.
Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam , pada hari Jumaat, 14hb. Muharram, 1412 bersamaan dengan 26hb. Julai, 1991.
Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 200 orang jemaah. |
|
|
|
|
|
|
|
MASJID KAMPONG LAYONG
Masjid Kampong Layong terletak kira-kira 16km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 14hb. April, 1988 di atas tapak tanah seluas 5 ekar dan siap pada 9hb. Jun, 1989 dengan perbelanjaan sebanyak $500,000.00.
Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Ratna diraja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, pada hari Jumaat 27hb. Zulhijjah, 1410 bersamaan dengan 20hb. Julai, 1990 bersempena dengan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-44 tahun.
Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 300 orang jemaah. |
|
|
|
|
|
|
|
MASJID KAMPONG MENENGAH
Masjid Kampong Menengah terletak kira-kira 24km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 25hb. September, 1988 di atas tapak tanah seluas 4 ekar dan siap pembinaannya sebanyak $500,000.00.
Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Dimuliakan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, pada hari Jumaat, 5hb. Muharram, 1411 bersamaan dengan 27hb. Julai, 1990. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 230 orang jemaah. |
|
|
|
|
|
|
|
MASJID KAMPONG LAMUNIN
Masjid Kampong Lamunin terletak kira-kira 23km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada tahun 1977 di atas tapak tanah seluas 0.25 ekar wakaf daripada Awang Haji Sulaiman bin Haji Abd. Rahman dan siap pada 8hb. Ogos, 1978.
Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Mohd. Daud pada hari Jumaat, 10hb Muharram, 1400 bersamaan dengan 30hb. November, 1979 bersempena dengan kedatangan awal kurun ke-15 Hijrah.
Bangunan masjid ini telah diperbesarkan dan diubahsuai pada bulan Oktober 1991 sehingga boleh menampung 250 orang jemaah. |
|
|
|
|
|
|
|
MASJID KAMPONG BENUTAN
Masjid Kampong Binutan terletak kira-kira 39km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 4hb. Jun, 1996 di atas tapak tanah seluas 0.62 ekar dan siap pada 31hb. Oktober, 1996 dengan perbelanjaan sebanyak $375,000.00.
Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 200 oranag jemaah. |
|
|
|
|
|
|
|
MASJID KAMPONG BUKIT
Masjid Kampong Bukit terletak kira-kira 30km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 31hb. Mei, 1997 dan siap pada bulan Oktober 1997 dengan perbelanjaan sebanyak $300,000.00.
Masjid ini mula digunakan pada 29hb. Disember, 1997. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 200 orang jemaah. |
|
|
|
|
|
|
|
MASJID KAMPONG BANG DALAM
Masjid kampong Bang Dalam terletak kira-kira 30km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada tahun 1988 di atas tapak tanah seluas 0.734 ekar dan siap pada hujung tahun 1989. Masjid ini dibina hasil kutipan derma orang ramai.
Masjid ini mula digunakan pada bulan Mac 1990. Kapasiti masjid ini boleh menampung 80 orang jemaah.
Pada tahun 1998, sebuah masjid telah dibina berdekatan dengan balai ibadat tersebut. Masjid ini dibina pada bulan Januari 1998. Masjid ini mula digunakan pada hari Rabu, 28hb. Ramadhan, 1420 bersamaan dengan 5hb. Januari, 2000. Perbelanjaan pembinaan masjid ini sebanyak $456,000.00 dan adalah wakaf daripada seorang hamba Allah.
Pembinaan masjid baru ini adalah untuk mengganti Balai Ibadat Bang Dalam. |
|
|
|
|
|
|
|
sowie ekk all the photos posted tu are from tenet.... the quality tak brpa bagus lak tu
tak pe kalo hom amek sendirik nanti tepek kat sini...to be continued... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by holmes at 20-3-2008 11:09 PM
http://i23.photobucket.com/albums/b351/holmes15/BN/masjid/MasjidKampongPudak.jpg
MASJID KAMPONG PUDAK
Masjid Kampong Pudak terletak kira-kira 6km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibin ...
Masjid Kampung Pudak and Masjid Kampung Sungai Bunga
apsal atas air eh?
Holmes ke sapa2 rumah dekat ngan mesjid2 atas air ni ambik ah gambo baru2 tampal sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
latest pic...
Masjid Perumahan Lambak Kanan diwaktu malam...
|
|
|
|
|
|
|
|
Masjid Lambak di waktu malam...
|
|
|
|
|
|
|
Holmes,
InsyaAllah akan ku cuba jejaki mesjid2 yang chantek di Brunei ning... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #93 maxxsa's post
Alhamdulillah... tengkiu maxx... para pengunjung sentiasa alu-alukan...
prioriti - Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin ngan masjid Jame Asr tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by holmes at 20-3-2008 10:02 PM
MASJID AL-MUHTADEE BILLAH
Masjid Al-Muhtadee Billah terletak di Kampong Sungai Kebun di pinggir Sungai Brunei ...
Masjid Kampong Tamoi , terletak di pinggir sg. Brunei,di kg Tamoi.. Kg Air
updated: Masjid Kampong Tamoi kini dikenali dgn nama Masjid PG Muda Mahkota Pg Muda Al-Muhtadee Billah.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
opss sori ...
nak buat penjelasan sikit..
Masjid yg atas tu, dinamakan sempena Crown Prince sebelum menjadi Crown Prince
masjid kat bawah, setelah menjadi crown prince... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by reddots at 11-11-2008 02:43 PM
opss sori ...
nak buat penjelasan sikit..
Masjid yg atas tu, dinamakan sempena Crown Prince sebelum menjadi Crown Prince
masjid kat bawah, setelah menjadi crown prince...
tengkiu for the information update cubby...:handshake: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #98 DugongKota's post
Dk...
very nicely taken.... hom ada bbrpa gambar Jame ni gak... senang2 hom letak sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah...cantek2 seni binaan masjid kat brunei...
bila ntah nak sampai brunie ni...... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|