|
Originally posted by ^MsBlueberry^ at 20-4-2008 09:32 PM
kesah no 2...
NOV 2007
masa ni nak balik msia pulak..ujung taun last yr la. spt bese, aku balik sorg2. seat aku no 20 cmtu kot. n window seat la. so ms nak masuk flght tu, org kat gate tu p ...
so aku pun selak2 la magazine tu sampai la ke page yg de quiz2 tu. tb2 si pramugara ni muncul n tnjuk jari die kat magzine aku smbil ckp "soalan ni, mesti u jwb ni kan"...mcm tu la lebey kurg..dlm hati aku..haishh..baca mag pun nk ajak borak ke..so die pun terus la diri di ctu smbil berborak2. dan smpai la ke satu part yg akhirnye die ckp "u ada fon no x kat msia? can i have ur number?"..aku jwbla xde..die pun "ok..tp email mesti ade kan. ym ke"..n die mula tulis fon no, email, n ym die kat selai ketas n bg kat aku. n bg aku selai ketas n pen utk aku tulis email n ym aku.
aku pun akhirnye bg la email n ym aku. pas bg die, pen MAS tu die bg terus la kat aku...die ckp la kalau aku bosan bile2, ajak la die kua. g makan ke apa ke..bla bla..akhirnye bile dh nak smpai msia, dorg pun dh mula bz nk kemas tu kemas ni. die pun ckp la nk wat keje sume. n sampai la dh landing sume, aku dh x nmpak die lg sbb die bz layan penumpang lain angkat beg sume.
so tu jela kesah aku no 2..ni pun aku igt x igt je ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kisah flirt aku ni berlaku 7 tahun yg lalu... hmm... bila baca kisah korang ni tetiba semua kenanagn aku pada peristiwa tu datang semula.
kisahnya bermula masa cuti pertengahan semester, aku nak g umah auntie aku kat kuala terengganu. di sebabkan aku sorang jer nak g so aku naik jelah bas. mmg ni first experience aku naik bas ke pantai timur... disebabkan perjalanan yg panjang aku decide nak naik bas malam, bole la tido.
so masa aku dalam bas, aku duduk kat seat tepi tingkat... agak depan la. pastu tetiba ada mamat yg ddk sebelah aku. yg aku perasan mamat ni ngan dua lagi kawannya. kami ddk sebaris la. aku actually harapkan takde org sebelah aku so bole lah aku tidur dgn lenanya kat dua2 seat tu.
well... agak segan gak aku sbb lelaki sebelah aku, handsome lak tu. terpikir gak cam maner la aku nak tido ni... kang terlentok pulak kat mamat ni. masa awal perjalanan kami senyap jer. aku layan walkman aku dan dia borak2 ngan dua lagi kawan2nya. pastu tetiba pen aku jatuh... aku nak amik pen tu... kebetulan dia pun sama2 tunduk nak amik pen aku... dah terhantuk pulak. terus kami gelak sesama (dalam hati rasa cam dalam filem pulak). then dia bagi pen tu kat aku.
biasalah of coz aku say thanks suma kan... then kami start borak2. dia cakap slang terengganu sbb dia ingat aku org terengganu. tapi bila aku g tau yg aku nak g umah auntie aku baru la dia tukar slang. so kami pun berborak2... ironinya kami x de pun tanya nama masing2. just citer pasal study, campus dan macam2 cerita yg agak umum. aku ada gak tanya tempat2 menarik kat kuala terengganu dan soalan2 berkisarkan terengganu. sampai la aku mmg dah menguap berkali-kali (s a sign yg aku mengantuk sesangat dah) then kami sama2 tertidur.
sampai jer kat stesen bas kuala terengganu... kami just saling ucap good bye jer. masa tahun 2000, x ramai lagi yg pakai hp so aku terpikir gak mamat ni x nak ke amik email aku ker... tapi dia mmg x minta. lepas amik beg dia terus pergi ngan kawan2nya... aku jelah yg memandang sepi sambil mengharap dia pandang aku sekali lagi (sbb masa aku tgk citer hindustan kajol dan shah rukh khan, kata shah rukh khan kalau kajol pandang dia bermakna kajol suka kat dia) so aku apply la theory citer ni. dan akhirnya dia toleh gak sekali kat aku sambil angkat tangan. at least aku tau jauh di sudut ati dia... dia suka aku.
so sampai jer umah auntie aku, apa lagi aku syok la bercerita ttg mamat ni kat cousin aku. hahaha... jauh di sudut ati aku harap sgt kami berjumpa semula walaupun agak mustahil. pada hemat aku gitu jelah ending kisah kami...
dah seminggu aku kat umah auntie aku, aku pun nak balik dah kl... aku ambik bas malam ahad sbb ahadnya boleh aku rehat2 b4 balik campus. banyak la barang2 aku bawak balik... masa aku ddk dalam bas tu... tetiba aku ternampak wajah yg aku kenali (OMG that the guy) n dengan kuasa Tuhan dia ddk lagi kat sebelah aku. aku perasan kawan2 dia gelak2 sambil mengejek dia "mung jupe jodoh doh kot". aku pulak yg malu ngan kata2 kawan dia tu.
dia selamba jer ddk sebelah aku... well aku tetiba freeze kat situ (rasa segan pulak)... then setelah 1/2 jam membisu dia pun offer aku gula2. aku x nak sebenarnya tapi sbb nak memecahkan kebisuan kami tu aku pun ambik n macam yg aku jangka dia akan mula berbual ngan aku.
on the way balik kl kami berbual sampai pukul 3 pagi dan kami lebih banyak berkongsi cerita peribadi. dia cakap kat aku yg dia harap dalam tempoh belajar dia xkan bercinta sebaliknya concertrate study... hmm elok la cam tu. aku lak lain, aku x kisah nak bercinta as long as aku perform well dalam study aku.
masa dah sampai hentian putra barulah dia tanya nama aku n minta no pon atau email aku. aku ckp aku xde no pon pastu masa nak bagi email tu aku xder kertas so dia tulis email aku kat tangan dia. heheh... kembangnya hati aku masa tu. tapi selepas daripada tu kami x contact pun... dia ada email aku tapi aku x reply.
aku x reply sbb aku rasa bersalah kat bf aku. so sampai situ jelah kisah kami. yg nyatanya aku slalu citer kisah ni kat kawan2 sbb aku rasa manis sgt bila terkenang kembali. ajaib kan... pergi balik ttp ddk ngan org yg sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cyra at 23-4-2008 03:27 PM
wow.... sweet nya cerita nih... if i were you.. mesti selalu teringat and wonder about the 'if's kalau i reply the email....
dulu pernah gak dua kali naik bas dok seblah lelak ...
hehehe... macam sama pulak situasi kita ni, frankly i pun selalu gak flirt dulu masa still on going ngan my bf tapi end up kami break up gak.
lepas beberapa siri kisah cinta tak kesampaian barulah i jumpa my hb which is my dream man. mmg betul perasaan kita pada suami ni lain... tapi even i dah kawin ni still ada gak yg nak mengoda. slalu jer diaorg ingat i ni early 20s though i dah approach 30s... lucky for me nampak muda tapi godaan tu banyak.
cyra i mmg ada gak terpikir cam maner lah agaknya kalau i reply email dia tapi ntah kenapa firasat i kuat mengatakan yg hubungan kami ni x kemana pun. sbb secara kasarnya i rasa prisip kami berbeza cuma pada masa tu kami tertarik ngan faktor2 luaran semata-mata. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|