|
Remis/Lala/Kepah/Kerang/Kupang/Siput/Etok etc
[Copy link]
|
|
Syd posted on 25-1-2013 12:57 PM
Kerang bulu?
aku selalu belo kat NSK ni.. tapi skang lama dh xjupe diorg jual.. aku rebus camtu jer.. nikmattttt
|
|
|
|
|
|
|
|
skeezotone posted on 25-1-2013 02:59 PM
aku selalu belo kat NSK ni.. tapi skang lama dh xjupe diorg jual.. aku rebus camtu jer.. nikmatttt ...
kalau dari gambar diatas tuh..
kemain besar lagi kerang tuhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 25-1-2013 06:21 PM
kalau dari gambar diatas tuh..
kemain besar lagi kerang tuhh
mmg besar la bro.. puas hati.. sgt terasa akn kekerangannya.. hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
skeezotone posted on 25-1-2013 09:46 PM
mmg besar la bro.. puas hati.. sgt terasa akn kekerangannya.. hahaha
kekdahnya ai ngan benda2 yang besar2 gitu..
ada skit seriau katanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 25-1-2013 09:50 PM
kekdahnya ai ngan benda2 yang besar2 gitu..
ada skit seriau katanya...
blom try blom tau.. aku po seriau gak mula2 nk try.. skali try trus ngam.. puas sket rs makan kerang saiz tu.. hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak banyak siput sudah lapar |
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 25-1-2013 12:55 PM
ini ke kekdahnya;
Siput anak dara tuhh?
Haah itulah yang diorang bagitau aritu.
Terima kasih letakkan gambar
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 25-1-2013 12:57 PM
Kerang bulu?
Haah itulah dia ...
Saya tak pergi pun ...konon nak try buat sendiri ..last order kat orang buatkan rendang hehehe.
Tq for the picture.
|
|
|
|
|
|
|
|
putra_bengal posted on 31-3-2009 10:13 PM
siput baji
nie aku pgl siput kemudi..haha
|
|
|
|
|
|
|
|
teringin nk mkn etok-etok
mne boleh dapat eyh area penang or lumut? |
|
|
|
|
|
|
|
donut_1752 posted on 26-9-2013 02:40 AM
teringin nk mkn etok-etok
mne boleh dapat eyh area penang or lumut?
etok hanya di kelantan shj.. tempat lain spt tak tau nak pelbagaikan etok dlm masakan
|
|
|
|
|
|
|
|
leotazz818 posted on 26-9-2013 11:02 AM
etok hanya di kelantan shj.. tempat lain spt tak tau nak pelbagaikan etok dlm masakan
patot la cari tak jumpa.mekaseh momod sbb bgtahu
|
|
|
|
|
|
|
|
geli aku siput yg bukan2 tu, asal siput je org bedal buat makan, lu org makan ke siput bukan2 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
turboturtle posted on 11-11-2013 11:58 PM
geli aku siput yg bukan2 tu, asal siput je org bedal buat makan, lu org makan ke siput bukan2 t ...
heheheheh
try tengok yang kat bawah neh laks..
nampak sedap tak?
RENCANA UTAMAEksotika siput babi Perancis
Oleh NOR IDAYU BOSRO
SAJIAN klasik Perancis ini dimasak dengan mentega dan bawang putih.
|
TENGAH hari itu, di dapur Restoran Graze di Hotel Hilton Kuala Lumpur, cef selebriti, Michael Elfwing sibuk menyediakan beberapa jenis hidangan istimewa.
Rutinnya pada hari Sabtu itu sedikit berbeza daripada hari-hari biasa sementelah dia harus menyediakan juadah khas bagi memenuhi permintaan kru Jurnal.
Namun, Elfwing bernasib baik kerana dia turut dibantu oleh lima pekerja lain yang menolongnya menyediakan bahan-bahan masakan.
Suasana di dapur itu tenang dengan masing-masing tekun melakukan tugas dengan cermat. Hanya sekali-sekala terdengar bunyi periuk dan pinggan mangkuk berlaga.
Apa yang pasti, keadaan tegang dengan suara jeritan serta herdikan seperti yang sering ditonton dalam rancangan Hell’s Kitchen atau Masterchef di saluran masakan popular, Asian Food Channel tidak kedengaran di sini.
Mungkin pendekatan Elfwing sebagai Pembantu Eksekutif Ketua Cef di restoran itu berbeza berbanding cef selebriti Britain, Gordon Ramsay yang terkenal menerusi kedua-dua program televisyen tersebut.
Usai sahaja memasak, Elfwing yang wajahnya sering dilihat di kaca televisyen menerusi iklan peralatan memasak sebuah jenama terkenal, menyajikan kelima-lima hidangan istimewa tadi di atas pinggan buat santapan pelanggan.
Antara menu yang disediakan cef yang berasal dari Sweden itu termasuklah pembuka selera klasik Perancis yang dinamakan Escargots ala Bourguignonne.
ELFWING bangga kerana sajian escargot mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat tempatan.
|
Geli
Sajian ringkas itu sebenarnya ialah siput escargot (disebut es-kar-go) yang dimasak dengan mentega dan bawang putih.
“Mengapa escargot, kamu tidak geli ke?” tanya cef yang boleh berbahasa Melayu dengan baik itu.
Sekali pandang, escargot tidak ubah seperti siput babi yang gemar merayap di celah-celah daun sayur-sayuran, cuma saiznya tidak sampai separuh daripada cangkerang siput babi.
Membayangkan rupanya yang berlendir, lembik dan bercangkerang mungkin sudah cukup untuk membantutkan selera.
Namun, keunikan cita rasa hidangan eksotik Perancis itu dikatakan tiada tandingan.
Sup krim pekat yang dihidangkan di atas meja restoran itu nampak biasa-biasa sahaja. Malah, pelanggan mungkin beranggapan ia satu-satunya juadah yang tidak mengandungi escargot.
Begitupun, sangkaan tersebut jauh meleset kerana cebisan yang disangkakan cendawan itu rupa-rupanya escargot yang telah dicincang kecil.
Elfwing berkata, kebanyakan pengunjung mudah berasa geli apabila membayangkan rupa siput bersama cangkerang dalam makanan mereka.
“Escargot bukanlah hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Jadi, kalau kita cincang atau hiris halus-halus, mungkin cara ini dapat menggalakkan mereka untuk mencubanya,” katanya.
Elfwing mengakui selama 10 tahun menetap di Malaysia, escargot cuma dipesan oleh pelanggan tertentu.
Menurutnya, hanya sebahagian kecil restoran dan hotel di negara ini yang berani menjadikan haiwan moluska itu sebagai sajian eksotik dalam menu mereka.
“Sudah tentu pelanggan akan memilih juadah yang mereka biasa dan rasa selesa untuk makan,” katanya.
Bagaimanapun, Elfwing berkata, usaha mempertaruhkan beberapa jenis hidangan escargot ciptaannya seperti escargot tortelini dalam menu di restoran tersebut mendapat pujian.
SIPUT darat dengan nama saintifik Cepaea Hortensis dijual secara meluas di sebuah pasar di Marrakesh, Maghribi.
|
Beracun
“Pada mulanya ia salah satu strategi untuk memperkenalkan escargot kepada orang ramai khususnya pengunjung tempatan.
“Saya tidak sangka maklum balas yang diterima daripada pelanggan amat memberangsangkan,” katanya yang bercadang untuk menambah beberapa lagi hidangan siput darat itu ke dalam menu restoran tersebut dalam masa terdekat.
Berpengalaman selama lebih 16 tahun dalam bidang seni kulinari, Elfwing memberitahu, escargot atau roman snail amat mudah untuk disediakan.
Malah, jika dimasak dengan baik, haiwan itu tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
“Escargot mempunyai tekstur yang agak kenyal tetapi tidak liat sama seperti kerang dan siput-siput laut lain.
“Cuma dagingnya lebih tebal dan padat serta tidak berbau hanyir kerana cangkerangnya tidak disaluti dengan lumpur atau selut,” katanya.
Mana tidaknya, escargot atau nama saintifiknya, Helix Pomatia tidak hidup di laut atau sungai seperti kebanyakan siput lain sebaliknya menjadikan kawasan kebun, padang rumput serta ladang anggur sebagai habitat semula jadi.
Jelas Elfwing, berlainan dengan siput yang diternak, siput yang hidup liar di habitatnya mungkin beracun dan dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan manusia.
Oleh itu, ia perlu diasingkan terlebih dulu dan diberi makan sayur-sayuran selama kira-kira 20 hari bagi menyingkirkan kandungan toksin yang mungkin ada pada siput tersebut.
“Siput liar akan makan apa sahaja tumbuh-tumbuhan termasuk daun-daun beracun seperti foxglove dan mungkin berbahaya kepada kita.
“Jadi, sayur seperti salad dan air mampu mengeluarkan bahan yang tidak diingini daripada badan siput itu,” jelasnya.
CITA RASA Itali sebenar dalam escargot risotto.
Berkhasiat
Tambahnya, siput yang sedia untuk dimasak akan direndam terlebih dulu di dalam air yang telah dicampurkan dengan garam dan cuka bagi membuang lendir.
“Selepas itu, ia perlu dibilas dengan air atau jus lemon bagi menyingkirkan lebihan lendir sebelum direbus,” katanya.
Graf populariti siput yang mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun ini semakin meningkat berikutan kepercayaan masyarakat terhadap kandungan khasiatnya yang tinggi.
Menurut Ketua Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Muhammad Shahrim Ab. Karim, escargot mempunyai kandungan mineral seperti zat besi, kalsium, magnesium dan selenium yang tinggi.
“Siput ini juga merupakan sumber protein yang rendah lemak selain diperkaya dengan khasiat omega-3 serta vitamin E dan C,” katanya.
Menurut portal berita Daily Mail, Perancis merupakan antara negara tertinggi yang menjadikan escargot sebagai makanan dengan purata pengambilan sebanyak 25 juta kilogram setahun.
“Selain Perancis, escargot atau siput burgundi boleh didapati secara meluas di kebanyakan negara Eropah lain termasuk Greek dan Itali.
“Ia juga kini diternak secara komersial di beberapa negara seperti England, Amerika Syarikat, Australia dan Bulgaria,” kata Daily Mail.
Di Tokyo, Jepun, lendir daripada siput escargot digunakan secara meluas di kebanyakan salun kecantikan Negara Matahari Terbit itu.
Menurut seorang jurucakap sebuah salun kecantikan Ci:z Labo di Tokyo, Manami Takamura, nutrien daripada lendir siput dapat membantu menanggalkan sel-sel kulit mati, menyembuhkan kulit selepas terkena sinaran matahari dan membersihkan pori-pori muka.
“Lendir dan sisa kumuhan yang dikeluarkan siput tersebut mengandungi asid gloikolik dan elastin yang kaya dengan antioksida sekali gus berfungsi mengatasi masalah penuaan ke atas kulit manusia,” ujar Takamura.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 13-11-2013 07:32 AM
heheheheh
try tengok yang kat bawah neh laks..
tak selera lsg..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jijik lh TT ni......
bkn ke dlm siput tu ada cacing parasit |
|
|
|
|
|
|
|
mana gmbo etok nyer...yg de gergasi jer...hu5 |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya etok, iols suka etok. nyam3. |
|
|
|
|
|
|
|
KuewTeuwKungFu posted on 13-12-2013 08:36 AM
mana gmbo etok nyer...yg de gergasi jer...hu5
Kudapan orang Kelantan
Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
BERSIAP SEDIA dengan kertas yang digulung berbentuk kon di tangannya, kanak-kanak dari Tumpat, Kelantan itu kelihatan tidak sabar-sabar menanti etok yang telah dimasak untuk dimasukkan ke dalam kon itu.
“Saya buka kulit etok dengan gigi. Dua atau tiga kali seminggu saya mesti makan etok. Etok yang manis lebih sedap daripada yang masin, kak,” ujar Nakib Asri, 12, bersungguh-sungguh dengan wajah kegirangan kepada penulis.
Dia bersama abangnya terus menikmati etok penuh berselera.
Sememangnya menjamah etok sebagai makanan ringan cukup sebati bagi penduduk negeri Cik Siti Wan Kembang tanpa mengira peringkat usia.
Sama ada sambil menonton televisyen, berkelah mahupun bersantai bersama rakan dan keluarga, kudapan itu umpama kuaci masyarakat tempatan.
Etok merupakan sejenis hidupan bercangkerang yang bersaiz wang syiling lima sen hingga 50 sen hidup dalam sungai. Isinya berwarna putih jernih enak dimakan apabila disalai dengan rempah. Ramuan istimewa itu biasanya menjadi rahsia pengusaha etok.
| ETOK disental dengan tangan bagi memastikan selut tanah dan pasir hilang.
|
Meskipun cara membuka kulit etok bagi meratah isinya boleh membawa risiko gigi menjadi sumbing jika tidak dilakukan secara berhati-hati, ia bukan penghalang kepada peminat kudapan itu untuk menikmatinya.
Seorang suri rumah dari Kuala Krai, Kelantan, Sakila Mohd. Yusof, 29, mengakui membuka cengkerang etok agak mencabar bagi mereka yang belum biasa.
Harga mahal
“Bagi yang tidak biasa, membuka cangkerangnya memang sedikit mencabar tetapi hasilnya berbaloi. Saya makan etok sebab rasanya sangat sedap dan ia berkhasiat,” ujarnya.
Tanpa disedari, timbunan etok di hadapan mata boleh dihabiskan dalam masa sekelip mata lebih-lebih lagi jika isinya pejal dan manis dengan aroma serai serta halia yang menusuk ke hidung.
Harganya juga agak mahal iaitu RM12 bagi secupak etok salai dan RM6 bagi satu leng atau setengah cupak. Namun, soal harga tidak menjadi rungutan kepada yang menggemarinya.
Zaman dahulu, etok dijaja dalam bakul yang dibawa oleh peraih wanita di atas kepala sambil mengelilingi kampung. Hari ini, penggemar etok boleh memperoleh kudapan tersebut di gerai-gerai tepi jalan sama ada di gerai-gerai yang menjual goreng pisang atau kuih-muih tempatan yang lain.
Orang lama dalam perusahaan etok salai, Awang Sayed Abdul Rahman, 63, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Su Daud dari Kampung Semat Jal, Tumpat, Kelantan berpengalaman menyalai dan menjual etok di sekitar bandar Kota Bharu.
Pak Su Daud yang mengusahakan perniagaan itu bersama isterinya, Maimunah Deraman, 52, pernah mempunyai sehingga 14 buah gerai menjual etok di tepi jalan kerana sambutan yang menggalakkan sekitar tahun 1970-an.
Rempah istimewa
| BAHAN perap dan garam dimasukkan sebelum etok disalai.
|
Pak Su Daud yang juga seorang pengamal perubatan tradisional berkata, berbanding hidupan air lain seperti kerang, etok adalah haiwan yang bersih kerana ia hanya makan lumut hijau. Etok juga hidup dalam sungai yang tidak tercemar dan mengalir sederhana.
“Etok adalah haiwan yang bersih dan jika kita amalkan makan isinya boleh merangsang dan menambah darah dalam badan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Pak Su Daud berkata, rempah dan ramuan yang digunakan semasa memerap etok juga baik untuk kesihatan kerana ia merupakan bahan asli dalam masakan Melayu.
Sebelum diperap antara sejam sehingga enam jam bergantung kepada cita rasa penyalai etok, etok yang bersalut tanah sungai akan dibasuh dan dibilas berkali-kali sehingga air bilasan etok jernih.
“Secara umum, bahan perapan utama adalah serai, bawang putih, halia, ketumbar dan halba yang dikisar halus sebagai bahan untuk memerap etok mentah yang sudah dibasuh bersih.
“Selain itu ada juga bahan-bahan rahsia lain yang kami gunakan sebagai rencah istimewa, saya sendiri memasukkan enam lagi herba tradisional lain yang saya ilhamkan sendiri sejak dahulu,” katanya yang mengunci mulut menyimpan rahsia ramuan istimewanya.
ETOK yang siap disalai dimasukkan ke dalam bakul.
Seorang pengusaha etok di Kampung Tasek Pauh, Pasir Puteh, Samsiah @ Minah Daud, 51, berkata, sungai sekitar kampungnya di Sungai Tasek, Pengkalan Pauh dan Tok Aje mempunyai etok bersaiz besar dan berwarna kuning. Ia merupakan etok berkualiti tinggi.
Samsiah berkata, pengutip etok yang terdiri daripada belia kampung akan turun ke sungai pada waktu pagi dan petang dan membawanya terus ke pintu rumah pelanggan tetap masing-masing.
Katanya, terdapat lebih 30 pengusaha etok yang majoriti terdiri daripada kaum wanita di kampungnya yang menyalai etok di rumah. Mereka menjual etok sama ada secara tetap atau sambilan di pasar tani dan pasar malam serta di merata-rata tempat.
Seorang lagi pengusaha etok, Suriani Zakaria, 29, pula berkata, kegiatan menyalai etok adalah pekerjaan turun temurun di kampung itu. Secara purata dia memperoleh antara RM200 sehingga RM400 setiap kali keluar berniaga di pasar.
PAK SU DAUD membalik-balikkan etok yang disalai supaya ia masak sama rata.
Ibu kepada lima orang anak itu bukan sahaja menyalai etok bahkan kadangkala turun sendiri mengharung sungai mengutip etok bersama kaum Adam.
Suriani berkata, masyarakat tempatan hari ini tanpa mengira peringkat umur cukup menggemari etok. Ini terbukti apabila jualan etok yang dibawanya antara lima hingga enam gantang setiap kali berniaga di pasar akan habis dalam masa kurang daripada tiga jam.
“Berniaga etok meskipun nampak meletihkan tapi hasilnya amat memuaskan, purata modal etok mentah adalah antara RM15 hingga RM20, tetapi kita boleh mendapat pulangan sehingga RM50.
Selain di Kampung Semat Jal dan Kampung Tasek Pauh, perusahaan etok di Kelantan juga boleh didapati di Kampung Laut, Tumpat dan kawasan Pasir Mas-Salor.
Walaupun etok kekal menjadi minat masyarakat Kelantan, namun Pak Su Daud sempat menyuarakan kebimbangannya.
“Saya mengharapkan bekalan etok mentah dari luar Kelantan terutama negeri Terengganu kerana hidupan itu sudah tidak banyak di sungai negeri ini akibat aktiviti mengorek pasir yang memusnahkan habitat dan pembiakan etok.
“Jika kegiatan mengorek pasir yang dijalankan di Sungai Kelantan dapat dihentikan buat seketika, hidupan ini akan dapat membiak semula dengan baik. Berilah peluang agar tradisi ini diteruskan,” katanya penuh harapan.
Last edited by Syd on 14-1-2014 02:59 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 14-1-2014 02:58 PM
Kudapan orang Kelantan
Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
best nyer....tliur jer.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|