CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: S_Anuar

Merged: Orchids VII

 Close [Copy link]
Post time 16-3-2009 02:19 PM | Show all posts

Balas #89 S_Anuar\ catat

thanx... dipodium tu.. dpt rege rm20 2 dah besar n 3 lg sedang2 gitu.. sumenya melekat kat sebatang pkk pinang.. hehe..skrg nie tanam dalam pasu besar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2009 03:04 PM | Show all posts
Masih mekar setelah 3 minggu.

Epidendrum NoID close-up (Tolong IDkan buat yg tahu, Thanks)

Inflorescence/sejambak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 03:13 PM | Show all posts

Reply #83 cikna99's post

cikna... skali kuar dari pertapaan...
banyak betul bunga dia kembang....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 04:08 PM | Show all posts
Originally posted by S_Anuar at 16-3-2009 14:25


Dipodium ni senang nak bela tapi tak tau la pulak dgn saya dia merajuk...
susah tul nak pujuk..


Dato K,
Bini mana satu yg nko kata dah ada tuh?



Ish..nko ada bini lebih dr satu ker...tak tau plak aku..kui kui kui....tapi apapun masa show orkid minggu lepas adek awek cari nko...sampai2 je siap tanya aku...abang anwar mana? he he he he

P/S : Gosip dunia orkid ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 06:00 PM | Show all posts

Balas #92 S_Anuar\ catat

dipodium kat rmh aritu keluar 2 spike lagi... jgn jelessss... tp tak leh tenung lama2... ble naik pening kepala
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 06:03 PM | Show all posts

Balas #94 nazurah\ catat

belum tunjuk semua tuuu naz...
upload gambo pun pening gak nie.. haiiii baby nie..udah2 le kalu menyampah tgk bunga, ibu suka pkk bunga nie... saje  pujuk2 manja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2009 08:39 PM | Show all posts

Reply #63 khairimhd's post

khairi,

kalau tak ade aral melintang akak akan pegi amik kat awak pada hari tersebut. kalau tak akak pegi itm jek, amik kat sana yea.

btw, akak ada beli okid nih, menurut kata google (naz tolong check kan) ia dibawah cattleya. adakah ia mudah berbunga dan di jaga?


bunganya

pokoknya.

dan yang kat bawah ni, oncidium josephine ke?


bunganya besar dan colournya obvius sangat.
berkenan la pulak rasanya.

[ Last edited by  sarahaisyah at 16-3-2009 20:45 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 09:39 PM | Show all posts
Originally posted by khairimhd at 16-3-2009 10:50
Dato Harris

Hang bagitao le bila dah ada kat rumah...buleh anto pokok...2 pokok hang ada kat TBV...yang lelain ada kat klang..


dato' K, 20/3 saya sampai rumah so boleh la hantar bila2 hang free. la ni dok memendam rasa tengok gambo pokok korang hehehe...
nanti sampai rumah, giliran saya meracun semula ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2009 09:50 PM | Show all posts


lawa yg ni kak, kaler dia tu chantekkkkk... kaki pun dah rasa gatal2 nak melawat nurseri orkid dah ni. nanti tunggu pdate saya ye...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 09:54 PM | Show all posts
Originally posted by S_Anuar at 16-3-2009 14:25
Dipodium ni senang nak bela tapi tak tau la pulak dgn saya dia merajuk...
susah tul nak pujuk..


saya punya dipodium pun mogok tak berbunga, ni yg buat jeles kat cikna ni. cikna, hang jampi lagu mana buat dia berbunga???
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 09:58 PM | Show all posts


teja, yg patah ni jangan buang. boleh cuba potong dan baringkan. time siram pokok2 lain, siram dia sekali. kalau ada rezeki, nanti keluar keiki baru dari ruas dia. saya punya pokok kalau patah selalu buat camni dan rasanya 70% possibility untuk dapat keiki baru...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:00 PM | Show all posts


kak chantekk sungguh yang ni...kaler dia  sungguh menarik..boleh simpan dan jaga untuk show ni kak...kat mana nurseri ni kak? berapa rege dia?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:02 PM | Show all posts


Mini Dendro


Kualiti bunga yangcantik...kaler yang atas tu nampak harmoni je...shape yang kat bawah sungguh elok... errrr nak jual ke? he he he he...jaga elok elok..nanti FASA 16 boleh le anto ye...1st prize rm100 tu...biasa depa ni akan masuk kelas dalam Mini dendrobium le..

[ Last edited by  khairimhd at 16-3-2009 23:05 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:07 PM | Show all posts


Suku sakat cattelya gak ni kak...jaga mcm jaga cattleya je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:10 PM | Show all posts
Originally posted by harris at 16-3-2009 21:39


dato' K, 20/3 saya sampai rumah so boleh la hantar bila2 hang free. la ni dok memendam rasa tengok gambo pokok korang hehehe...
nanti sampai rumah, giliran saya meracun semula ye ...



kalau minggu hujung bulan hang ada kat rumah ka? ..aku kena balik kampung dulu ambil 2 gramma hang tu...baru pos sekali...nak simpan kat klang ni takut tak sihat sebab aeration kat sini tak bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 12:07 AM | Show all posts
Originally posted by khairimhd at 16-3-2009 23:10



kalau minggu hujung bulan hang ada kat rumah ka? ..aku kena balik kampung dulu ambil 2 gramma hang tu...baru pos sekali...nak simpan kat klang ni takut tak sihat sebab aeration kat sini tak ...


no problem dato. wa ada kat rumah sampai 21 april so banyak masa dan tak payah rushing la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2009 08:18 AM | Show all posts

Taman Orkid Antarabangsa Serendah

Peminat orkid kecewaOleh SITI AIRUNNISA ALAUI
[email protected]

GERBANG yang dulunyamenjadi mercu tanda untuk menyambut setiap pengunjung ke Taman OrkidAntarabangsa Serendah kini telah ditutup tanpa diketahui sebabnya.

SERENDAH 16 Mac - Bagi peminat orkid, nama-nama seperti cattleya, dendrobium, butterfly, aranthera dan micropera pastinya tidak asing bagi golongan tersebut.

Bagi golongan ini, mereka sanggup ke mana sahaja untuk mendapatkanspesies bunga tersebut yang juga dikenali sebagai bunga anggerik,apatah lagi jika ada spesies baru dibiakkan.

Salah satu lokasi yang pasti menjadi sebutan bagi penggemar bungaorkid ialah Taman Orkid Antarabangsa Serendah yang terletak hanyakira-kira 30 kilometer dari Kuala Lumpur.

Lebih 500,000 pokok anggerik terdiri daripada 100 spesies dan hibridatau kacukan ditanam di taman tersebut yang mempunyai pelbagai warna,bentuk dan bau.

Itulah yang tertulis dalam sebuah laman web yang menyebabkan penulisturut berminat untuk mengunjungi taman tersebut, apatah lagi lokasinyatidak jauh dari ibu negara.

Namun apa yang menyedihkan ialah taman tersebut telah ditutup.Perjalanan kami untuk ke taman itu baru-baru ini telah dihalang olehpenghadang besi di pintu masuknya.

Apa yang menghairankan, laman web tentang taman orkid tersebut masihlagi aktif, malah papan tanda ke taman tersebut masih berkeadaan baik.

Tidak ada pemberitahuan tentang penutupan taman itu kami temui sepanjang perjalanan menuju ke situ .

Bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang taman berkenaan, wartawan dan jurugambar Utusan Malaysiaterpaksa berjalan kaki sejauh hampir satu kilometer untuk sampai kepuncak sebuah bukit setinggi 300 meter dari aras laut yang menjadilokasi taman orkid tersebut.

Perjalanan hampir sejam ketika cuaca panas terik hampir membuatkankami berputus asa untuk sampai ke puncak, namun atas alasan tidak mahupulang tanpa mendapat gambaran sebenar tentang keindahan bunga orkidseperti yang diuar-uarkan, kami gagahkan kaki menuju ke puncak bukittersebut.

Setelah hampir separuh perjalanan kami redah, pemandangan di sekitarkawasan tersebut membuatkan kami sedikit teruja memandangkan iadikelilingi hutan serta terdengar juga deruan air terjun.

Terdetik di hati kami mengapa taman ini tidak dibuka lagi sedangkan ia mempunyai potensi untuk tarikan pelancongan yang baik.

Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, setibanya di puncak, pemandanganindah tersebut hilang serta-merta, sebaliknya digantikan denganpemandangan longgokan ratusan pasu yang bunga ditinggalkan di kawasanpenanaman bunga tersebut.
Kawasan seluas 40 hektar itu kelihatan sepi dan tiada seorang pun yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Hasrat kami untuk melihat keindahan pelbagai jenis bunga orkidmeleset apabila kawasan tersebut seumpama taman 'berhantu' keranaterbiar tanpa diurus.

Jaring-jaring yang menjadi bumbung kepada kawasan penanaman bungaorkid pula terjuntai-juntai pada rangka besi yang hanya menunggu masauntuk runtuh.

Taman yang dipercayai mula beroperasi sejak Mei 2001 itu mempunyaikemudahan seperti kafe, makmal, menara tinjau, air terjun serta kolamikan, namun semua kemudahan tersebut kini ditinggal sepi.

Menurut maklumat yang boleh diperoleh dari laman web, taman itusebelum ini dijaga sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan PertanianSelangor dan Baytown Sdn. Bhd. yang mempunyai pengalaman penuh dalambidang botanikal dan juga ekologikal.

Antara spesies yang ditanam ialah mokara char kuan super pink,mokara char kuan strawberry, mokara Bangkok gold, aranthera ann black,cymbidium golden elf, gramatophylumscriceum, oncidium gower ramsycream, oncidium dancing lady dan oncidium golden shower.

Terdapat juga hibrid tempatan terbaru kacukan dendrobium mesina dan dendrobium cemerlang yang dinamakan atas nama bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Oleh kerana tidak mahu dituduh menceroboh kawasan tersebut, kamihanya melihat sekitar kawasan tersebut dari pintu masuk taman berkenaansahaja walaupun masih banyak kawasan tanaman yang dilihat terbiarterutamanya di puncak tertinggi bukit itu.
Menurut maklumat, pembinaan taman itu melibatkan kos hampir RM1.3juta tetapi akhirnya ia menjadi satu projek yang tidak membawa sebaranghasil.

Tidak diketahui apakah punca projek itu tidak boleh diteruskansedangkan beberapa kawasan kebun orkid di sekitar Serendah dan Rawangmasih boleh terus beroperasi sejak bertahun-tahun yang lalu.

Sekiranya tapak tersebut dibiarkan tanpa pembaikan dalam tempoh yangterlalu lama, pastinya lebih banyak peralatan dan kemudahan di tamanitu akan rosak.

Justeru, kerajaan negeri Selangor wajar melihat semula projek ituagak ia tidak terus terbiar, sebaliknya menjadikannya sebagai satulokasi pelancongan yang menarik.

Jika sekiranya tiada jalan penyelesaian ditemui, adalah elok lamanwebnya, papan tanda serta informasi tentang lokasi tersebutditanggalkan bagi mengelakkan pengunjung tertipu dan mengunjungi tamanberkenaan sedangkan ia telah ditutup.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 08:19 AM | Show all posts
Penggemar mahu taman dibuka semula

SERENDAH 16 Mac - Bagi peminat bunga orkid, penutupan Taman Orkid Antarabangsa Serendah merupakan satu kehilangan besar buat mereka memandangkan taman berkenaan adalah satu-satunya taman yang mempamerkan pelbagai jenis tumbuhan itu dari dalam mahupun antarabangsa.

Rata-rata peminat yang ditemui berharap kerajaan negeri dan Kementerian Pelancongan bekerjasama antara satu sama lain untuk membangunkan semula kawasan itu.

Seorang peminat orkid yang ditemui, Ramlah Mohd. Noor, 52, berkata dia terkejut apabila mengetahui taman tersebut telah ditutup apabila mengunjunginya baru-baru ini.

Lebih mengecewakan Ramlah apabila tiada sebarang notis pemberitahuan penutupan taman berkenaan.

"Sebelum ini saya pernah mengunjungi taman berkenaan sewaktu mula dibuka dahulu namun saya terkejut apabila mendapati taman itu ditutup dan keadaannya tidak terurus.

"Saya hairan mengapa papan tanda menuju ke kawasan berkenaan masih tidak dicabut walaupun telah sekian lama tempat itu ditutup sehingga mengelirukan orang ramai," katanya.

Seorang lagi peminat yang ditemui, Siti Hani A. Rahim, 45, memberitahu bahawa taman orkid berkenaan seharusnya dibuka kembali memandangkan banyak kos telah diperuntukkan untuk pembinaan taman itu.

"Pembinaan taman tersebut pastinya melibatkan kos yang tinggi dan sekiranya ia dibiarkan tanpa diurus dengan baik ia adalah satu pembaziran.

"Sebaiknya taman tersebut dibuka semula dan menjadi salah satu tarikan pelancong yang terkemuka memandangkan kemudahan pengangkutan awam telah disediakan ke sana," ujarnya.

Bagi Mat Jaya Yasid, 41, dia percaya bahawa taman tersebut ditutup disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu sehingga menyebabkan pertumbuhan bunga tidak baik.

Jelasnya, sekiranya faktor cuaca yang menjadi alasan, pemilik taman berkenaan perlu mencari alternatif lain bagi menanam dan menjaga bunga tersebut agar ia dalam keadaan baik.

"Walaupun saya tidak pernah mengunjungi taman berkenaan namun saya berpendapat taman tersebut perlu dibaik pulih bagi menarik kembali kunjungan pelawat.

"Faktor cuaca bukan alasan sekiranya pemilik berkenaan dapat mencari kaedah yang sesuai dengan kerjasama kerajaan negeri serta pakar-pakar penanaman bunga ini," ujarnya.

M. Muthu Alagi, 34, turut mahukan taman bunga tersebut dibaik pulih dengan segera kerana lokasinya itu boleh menjadi tempat melakukan aktiviti yang tidak sihat jika dibiarkan terlalu lama.

"Memandangkan kawasan taman berkenaan agak tersorok dan jauh daripada pandangan ramai, sudah pasti tempat tersebut merupakan lokasi sesuai oleh individu yang ingin melakukan aktiviti tidak sihat.

"Selain itu, pintu masuk kawasan berkenaan juga tidak diletakkan pengawal. Walaupun ia berpagar besi, namun boleh diceroboh pada bila-bila masa sahaja.

"Saya berharap pemiliknya memaklumkan kepada orang ramai di laman web atau di akhbar bagi mengelakkan mereka datang melawat," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 08:58 AM | Show all posts
Rhy retusa alba saya dah dah kembang sepenuhnya,





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 09:05 AM | Show all posts

Reply #108 alifinara's post

cantiknya.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.075755 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list