CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kupia

Dengar Kuat-kuat Jangan Sampai Dirasuk...

[Copy link]
Post time 11-5-2009 02:16 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 10-5-2009 20:50


Kalau dia mintak RM3500 tu bukan ustaz rawatan Islam sebenar tu jangan pegi jumpa dia...
Rawatan Quran sebenar dia tak boleh letak harga, bagi seberapa yang mampu dia boleh terima...

Kuat ...


aku pn x tau nak kata apa...
dia tu mmg nampak ustaz..pulak tu duduk kt kawasan pondok..
aku mmg rasa cam nak maki jer ustaz tu ..mahal sangat
dia kata benda yg kacau aku tu kuat sangat..so sebab tu yg mahal..
au pn mcm ko la...nak berubat guna ayat2 al-Quran.. tp letak harga x ingat...cehh
Aku dah merata pergi la kupia..harun din pun aku dh pergi
tp benda yg dok kacau aku ni mmg sial nak mampus :@:@:@
dia pandai main helah tul..time aku pergi jumpa harun din,benda tu keluar dari badan aku..
so harun din kata x da gangguan kt badan aku..bengang giler aku
lepas kuar dr umah harun dian jer terus benda tu masuk balik dlm badan aku.. :@:@
skrg ni lg terukkbila nak pergi berubat jer,aku terus demam,jadi malas dan mcm2 lagi

aku dok dekat penang..ko ada kenal mana2 ustaz yg boleh tolong aku x..
letih betul ngan benda yg dok kacau ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2009 07:02 AM | Show all posts

Reply #81 slier81's post

kesian aku dengar citer ko nie..
Tapi tu la x leh salah kan Haron din gak coz jin ni mmg x leh caya sangat..
kadang dia leh keluar masuk dan aku pernah jadi, masa kat rumah sakit gile tapi bila sampai kat tmpt berubat sihat lak, scan x de jumpa apa2 dalam badan...itu biasala mmg keje diaorang camtu..
itu yang kadang setengah perawat agak2 2-3 kali kes yang sama je kadang dia terus hukum pancung je jin tu.
no mercy punya tapi tu kadang kalau kes berulang dan melibatkan jin yang sama..
cuba la berubat jangan putus asa coz mmg itu la yang diaorang nak dari ko..."putus asa"

tapi tu la kalau dah minta rm3.5k bagi aku mmg ngarut giler..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 07:19 PM | Show all posts
Originally posted by limaukasturis at 11-5-2009 07:02
kesian aku dengar citer ko nie..
Tapi tu la x leh salah kan Haron din gak coz jin ni mmg x leh caya sangat..
kadang dia leh keluar masuk dan aku pernah jadi, masa kat rumah sakit gile tapi bil ...


ko mmg sama ngan aku
klu kt rumah sakit bukan main
tp klu pergi berubat jer,terus aku jadi sihat...
org yg kt tempat berubat pun heran bila diaorang tahu aku yg sakit
tu la...dh banyak tempat pergi berubat,,x jugak sembuh
nak sembahyang pun susah...bila nak baca ayat al-quran jer..aku jadi sesak nafas
lidah jadi keras dan mcm2 lagi...
hmm x tau la nak buat apa lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2009 09:55 PM | Show all posts
Originally posted by slier81 at 11-5-2009 19:19

ko mmg sama ngan aku
klu kt rumah sakit bukan main
tp klu pergi berubat jer,terus aku jadi sihat...
org yg kt tempat berubat pun heran bila diaorang tahu aku yg sakit
tu la...dh bany ...


Memang itulah kenyataannya dia akan usaha buat kita putus asa. Mesti datangkah kekuatan untuk melawan dia tak boleh tidak. Kalau kita jumpa dengan perawat pun dan perawat berjaya keluarkan dia pun kita masih kena praktik amalan yang sama dirumah untuk mengelak dia datang balik.  Kalau jumpa perawat yang memang dia betul2 takut dia memang tak datang balik.  

Memang berat kerjanya, bila kita nak solat nak baca quran memang kuat halangan dia.... ada yang jatuh atas sejadah terus tertidur pun ada, ada yang suara terus hilang rasa kena cekik pun ada, ada macam2 yang lebih teruk lagi, tapi sebenarnya kalau kita kuat dan teruskan juga dia akan mengalah....

macamana pun usahakan jugak amalan tu, peringkat awal kita lemahkan dia dulu dengan mendengar CD Quran, cuba lawan dia sekuat kita dengan tumpu penuh perhatian pada bacaan, selalunya lepas satu jam gitu kalau kita boleh lawan dia, cengkaman akan mulalemah sendiri, sakit akan mula kurang dan hilang.  Dengarkan bacaan Quran dulu sampai boleh baca sendiri sekurang-kurangnya 3 kali satu hari.  Kalau boleh habiskan surah al baqarah sekali dengar lagi bagus (dekat 2 jam tu) repeat kemudian dengan surah ali imran.  Kalau tak ada masa surah yasin, as sofatt, ad dukhan, al jin cukup satu sessi.

jangan tinggalkan solat sunat malam tu (yang ni dia paling tak tahan sekali ni).  Jangan risau mula2 awal ni memang dia buat kita jadi betul2 takut, nak pegi bilik air pun tak berani, itu perkara biasa yang dia akan buat.  

Kalau dah alquran tak boleh menewaskan dia tak ada apa lagi yang boleh mangalahkan dia, kita akan merana sepanjang masa.  Yakinlah dengan ayat2 Allah tu, telah dibuktikan zaman berzaman oleh ulamak2 besar.
.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2009 10:40 PM | Show all posts
Panduan berguna dari Sheikh Wahid Abdus Salam Bali seorang perawat Quran terkenal dari Mesir. Jadikan amalan harian tak perlu tauliah dari sesiapa, semua orang boleh amalkan.

Bacakan ayat-ayat berikut pada air minuman atau makanan setiap pagi dan petang, masa membaca kena nafas pada minuman atau makanan:

(BACA TEKS ARABNYA RUJUK DALAM QURAN)
1.  Surah Al A'raf ayat 117 hingga ayat 122 (ulang baca 7 kali).
2.  Surah Yunus ayat 81 dan ayat 82 (ulang baca 7 kali).
3.  Surah Toha ayat 69 (ulang baca 7 kali).

Jadikan amalan harian.  Adalah satu yang baik kalau muntah selepas makan atau minum yang dibacakan ayat2 di atas.

Al-A'raf 117 - 122:
"Dan Kami wahyukan kepada Musa: 'Lemparkanlah tongkatmu' maka secara tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka sulapkan.  Kerana itu nayatalah yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan.  Maka mereka kalah ditempat itu dan jadilah mereka orang-orang yang hina. Dan ahli-ahli sihir itu secara serta merta bersujud, Mereka berkata 'kami beriman kepada Tuhan semesta alam, iaitu Tuhan Musa dan Harun'."

Yunus 81 - 82:
"Musa berkata: 'apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya'.  Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsung pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakkan."

Toha 69:
"Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir belaka.  Dan tidak akan menang tukang sihir itu dari mana saja ia datang."

Semoga bermanafaat... wallahu'alam.

[ Last edited by  kupia at 11-5-2009 22:42 ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 11:01 PM | Show all posts

Balas #85 kupia\ catat

okes.. tqvm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2009 12:43 AM | Show all posts

Reply #85 kupia's post

waaaa.... bagus2x...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 09:27 AM | Show all posts
dua kali aku pasang rukyah pagi nie...
tp dengar tak konsentret la.....
yg 1st bila dah nak abes tu aku jd sedih sikit....
bila ku pasang kali kedua rasa mual².....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2009 10:33 AM | Show all posts
i8-7tgol67
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 10:36 AM | Show all posts
sorry yek... anak aku main tadi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 12:41 PM | Show all posts
alamak.. mcm takot je na try..
mne taw dlm bdn lee ni ade ganguan dri makhluk2 tu..
tpi kite tataw..
adoi..
hish...
takot r na try..
heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 01:55 PM | Show all posts
aku dgr bukak speker biasa jer... part 1 da abih dgr... aku dok lam opis yg ader ekon...

tapi masa dgr bacaan ayat rukyah ni... badan stat berpeluh walo lam ekon...

mata cam da stat ngantuk... itu je yg aku rasa stakat ni...

cuma 1 kemusykilan... tiap kali sembahyang tak kira apa waktu...
setiap kali bangun dari rukuk... otometik aku akan menguap...
da lama camni... ni ade tande pepe ke yg menyinggah kat aku ney?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 02:11 PM | Show all posts
kalo tyme peyet@period dga.
ade pape effect ta??
hikhikhik..
adui..
cm takot2 je lee na dga tyme2 ta hadas besar ni..
ayoiyai...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 08:14 PM | Show all posts

Reply #88 nagaijau's post

puan naga..

memang itu effect dia time dgr. mcm pid, dgr fatihah ok lagi, sampai kursi ok lagi, tapi stat ulang2 ayat terakhir ayat kursi tu dia dah tak tahan. pastu kalo ade ruqyah yg ade skali azan, meraung2 dia. memula rasa sedih, pas tu mual nak mntah kan, kalo elok biar muntahkan. kut2 dia nak kuar, tapi tadah ngan besen, buang kat lubang tandas atau kawasan air mengalir. itu pesan ustaz
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 08:16 PM | Show all posts

Reply #93 leeprada89's post

takpe je. aku slalu dgr time period. yg penting wirid jgn lepaskan walau period. ikut ruqyah dalam ati pun ok kan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 08:27 PM | Show all posts
kupia ko x da kenal ke mana2 perawat kt penang yg aku boleh dapatkan bantuan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2009 10:33 PM | Show all posts
Originally posted by slier81 at 12-5-2009 20:27
kupia ko x da kenal ke mana2 perawat kt penang yg aku boleh dapatkan bantuan ni


Belah Kedah ada banyak, kat Penang tunggu sat aku contact member dulu confirm...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 10:37 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 12-5-2009 22:33


Belah Kedah ada banyak, kat Penang tunggu sat aku contact member dulu confirm...


Thank bro..kalau kedah belah kulim pun ok gak
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 04:01 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 11-5-2009 01:36


Kalau bayang kelibat tu dia diluar tapi kalau dah bercakap sorang diri tu dia control dari dalam, tak kan keluar masuk je kerjanya... kalau jin asyik dia datang dalam sedar dalam nyata... mu ...


bandar baru bangi bro...boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 08:46 AM | Show all posts

Reply #94 cikpid's post

pid.... aku takut hok lama mai balik.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.784797 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list