|
kedah banyak pengaruh siam tp kenapa rumah tradisi kedah tidak beratap singgora seperti rumah tradisi kelantan dan terengganu?
sekngucing Post at 27-10-2009 21:15
Kami banyak buat umah pakai buluh anyam ja dlu2 macam umah orang asli, tu kalu kat Perlis sini la masa zaman Gajah... Xpakai atap2 berhias sebab banyak berpindah randah...
Kat bandar2 lain plak n ada banyak jenis pengaruh walupon pengaroh Siam kuat... Pengaroh Siam banyak kat bahasa n sebelah utara ja, tapi kat bahagian2 len macam tepi laut, ada pengaruh dari India, Burma, Parsi, Arab, n Acheh. Parsi n Arab tu jugak boleh jadi masuk melalui Acheh.
Orang kami pon banyak mengaku gak yang orang Kelantan pandai seni bertukang emas n kayu... Aku tengok senibina kayu kat KB memang Tip Top, berseni, orang negeri selatan jangan jeles ya... Kami sini banyak menjurus sebelah padi n pertanian... Kalu bab montra2 nak panggil antu padi mai, pandai la... hehehe....
Antara jenis2 umah tradisi kat Kedah macam:
Rumah Panjang
Dinding dia ada kelarai anyam pokok bertam. Lokasi dia kat Kodiang lama.
Ni sejenis lagi kat Merbok...
Kat Langgar, Alor Setar
Lagi satu, kami mesti ada satu bangsal tempat kepuk padi... Benda tu la yang kami panggil jelapang n bentuk dia macam umah kecik. Dlu2, orang tua2 kata, antu padi (bentuk pompuan) duduk dalam tu. Lagi satu, semua orang Kedah, aku xtahu la yang dok kat Kedah lanie camna. Tapi kami yang merantau kat luaq ni, mesti simpan beras xboleh habes. Kalu habes nanti bawak maksud kata miskin n papa... Ni smua khurafat zaman dlu, tapi kami yang dok merantau masih praktik sebab cuma nak jaga tradisi. Orang kedah yang dok kat Kedah tu, aku nasihatkan la, jaga tradisi hangpa, hargai negeri kita. Sedangkan kami dah berpuloh2 taon dok luar pon sayang kat negeri Kedah n xpenah lupa tradisi...
memori-kedah.net |
|
|
|
|
|
|
|
rumah org2 kedah ni kecik2 ye, banyak nampak kat sawah rumah mcm tu, kecik, tinggi. pastu ada sambung kat bawah yg batu plak |
|
|
|
|
|
|
|
kalau genot nak tau, kelantan adalah negeri kedua yg banyak padi selepas kedah, dataran banjir kat delta kb tu bukti dia, tp sekarang sekeliling kb org buat bangunan, jadi padi banyak tanam kat pasir puteh dan tumpat jaaa
-sebab genot org kedah dan selalu dok padi, pernah jumpa tak hantu yg bawak lampu kat tgah2 padi time malam? bapak selalu cerita, saya ingat tu org sebab kalau tgok lampu dia malap je, kalau kita pergi kat dia, dia akan2 slow2 emnajuhkan diri |
|
|
|
|
|
|
|
Yang sambung batu tu mungkin dapur n tandas. Biasanya bahagian batu dok kat belakang. Bahagian anjung mesti tinggi. Slalu jadi air bah ujong2 tahon n awal tahon, lbih kurang 15 taon yang dulu, lani jarang dah... Bahagian dapor tu untuk dapor basah ja. Aku takot kat bahagian dapor basah, kengkadang ada ular. Dalam jamban pon ada ular kapak spring wat sarang. Kalu nak melabur kena cek dlu tengok kalu dak abes la jubor...
Umah wan aku bentuk lebih kurang camni la... Tapi ni rekaan yang dah moden skit.
Yang kuno skit laguni
|
|
|
|
|
|
|
|
Acheh sebelah Merbok tak silap... Tu kawasan tepi laut... Jawa xpenah pon dengar... Basa Siam yang paling meluas skali kalu naik ke Utara sebelah Perlis n daerah2 cam Baling, Sik, Pendang, n Kubang Pa ...
genot Post at 24-10-2009 22:44
bukan setakat merbok tp sampai ke Singkir, Yan & Tg Dawai |
|
|
|
|
|
|
|
tp rumah org keda sekarang napa tak ikut tradisi, banyak rumah batu sekarang rendah sangat, kdg2 saya tgok smpai selevel dgn tanah, dah la duduk kat lembah, kalau banjir susah |
|
|
|
|
|
|
|
tp rumah org keda sekarang napa tak ikut tradisi, banyak rumah batu sekarang rendah sangat, kdg2 saya tgok smpai selevel dgn tanah, dah la duduk kat lembah, kalau banjir susah
sekngucing Post at 27-10-2009 22:37
Kat kawasan mana tu? Pelik gak... Kalu air bah selalu kawasan macam Kota Setar n Pendang. Kat Perlis slalu gak jadi air bah dlu2, tapi lani depa dah wat parit aliran camna tah, aku pon xprasan yang dah tarak bah dah kalu musim ujan . |
|
|
|
|
|
|
|
kaw gurun ni la, tempat aku duduk sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
kaw gurun ni la, tempat aku duduk sekarang
sekngucing Post at 27-10-2009 22:46
Oww, patot la... ahaha... aku jarang masuk kat Gurun... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 28-10-2009 13:49
Aku Tak Sempat nak snap gambar Rumah macam ini...
kalau masuk rumah tuh tinggi dalam 7 Kaki jer... orang tinggi sangat susah nak masuk....
memang klasik rumah tuh..... |
|
|
|
|
|
|
|
kedah banyak pengaruh siam tp kenapa rumah tradisi kedah tidak beratap singgora seperti rumah tradisi kelantan dan terengganu?
sekngucing Post at 27-10-2009 21:15
Ini kerana Kedah satu masa dulu mempunyai atap Kedah iaitu atap susunan kepingan papan kecil.Namun rumah saya menggunakan atap Singgora.Terdapat beberapa lagi rumah yg menggunakan atap singgora.Kebanyakkannya rumah lama.Rumah beratap Kedah sukar dilihat sekarang ini kerana tiada lagi perusahaan atap tersebut dilakukan sekarang ini. |
|
|
|
|
|
|
|
otai2 sekalian ...kenapa kah begitu taboo sekali kalau topik2 yang berkaitan dengan kedah, siam degan hanya mengambil fakta2 dari pihak british dan pihak berhaluan kanan ( atau kiri pasca merdeka) dal ...
nagasuria Post at 27-10-2009 20:04
   Ini kerana terdapat percanggahan fakta yg nyata didalam blog tersebut dari segi masa,zaman dan Individu yg boleh menyebabkan apa yg ada didalamnya boleh dipertikaikan.Contohnya peranan Sultan Abdul Hamid yg sebenarnya belum lahir lagi ketika baginda dikatakan mengetuai puak penderhaka.Begitu juga dengan watak Hang Tuah yg dikatakan sama dengan Tun Saban dan Iskandar Mahkota itu.Sedangkan sejarah Tun Saban dan Hang Tuah adalah orang yg berlainan dan bukan sezaman dan juga bukan ditulis oleh pihak barat.Tun Saban adalah Kekanda Tok Temong yg pernah menguasai Negeri Perak satu ketika dulu.Jadi adalah sukar untuk membenarkan apa yg terdapat didalam blog tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber Penceritaan secara tulisan dan bergambar Tentang '' Perang Kemerdekaan Kedah '' amat kurang dan susah nak dicari...... |
|
|
|
|
|
|
|
94# HangPC2
Gambar rasanya agak sukar kerana penggunaan fotografi ketika(1800an)tak meluas dan teknologi camera pada ketika itu hanya digunakan oleh orang barat.Tapi cerita tulisannya ada dalam beberapa buah buku.Rujukan dengan pihak Muzium Negeri juga boleh dilakukan.Satu buku tulisan seorang ahli sejarah Kedah(Pak Wan)pernah menyentuh bab perang ini yg dipimpin oleh Tunku Mat Saad.Kalau tak silap buku Dari Adang Ke Pulau Tiga pun ada cerita bab tu.Jangan cari tajuk Perang Kemerdekaan Kedah pula sebab dalam sejarah ditulis Perang Kedah-Siam.Yang bagi nama perang kemerdekaan Kedah tu seorang pengkaji sejarah yg menghantar artikel tentang Tokoh pahlawan Kedah kat satu majalah.Tak ingat nama apa tapi ada gelaran Al Qadahi.Mungkin nak bagi sedap lagi sebab Kedah pada masa tu memang dijajah secara total dan pertempuran yg utama dipimpin oleh Tunku Saad dan Tunku Anom.Selain itu terdapat peperangan yg lain seperti yg dipimpin oleh Tengku Kudin(bukan Tunku Kudin perang Klang),Pendekar Tok Moris(Bomoh Idris) ,Datuk Muhammad Ali(Anak Datuk Kermajaya Langkawi) dan ramai lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
tp rumah org keda sekarang napa tak ikut tradisi, banyak rumah batu sekarang rendah sangat, kdg2 saya tgok smpai selevel dgn tanah, dah la duduk kat lembah, kalau banjir susah
sekngucing Post at 27-10-2009 22:37
Kayu sekarang mahal maaa.Mungkin sebab tu semua buat rumah batu.Sebatang tiang dari cengal Mas seperti tiang rumah saya sekarang berharga hampir 1000 ringgit.Kalau buat dari kayu tak bermutu nanti tak tahan pula.Tapi ada juga cita-cita nak buat rumah batu tapi bentuk ala-ala rumah tradisional. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by genot at 28-10-2009 16:39
Blog nagara Kedah tu tak dapat disahkan kesahihan dia... Cerita dia, orang2 tu nak menuntut hak depa saja sebagai kerabat diraja kapur Kedah... Depa bukan cucu kerabat diraja kapur Kedah, tetapi anak cucu kerabat diraja kapur Ligor...
Stengah benda yang depa cerita itu ada benarnya, tapi dah bercampur aduk dengan khayalan sendiri macam dinasti T'ang segala mak nenek serta Sultan Aurangzab... Orang yang menulis blog pula reti ka bercakap bahasa Siam, bukan bahasa Thai? Macam mana xamik sumber dari British? Depa yang curi smua manuskrip kita, pasipa plak xboleh guna?... Ada lagi manuskrip2 Melayu lama di Burma Selatan, tapi xdapat nak diakses sebab Burma mengamalkan dasar tutup pintu.
Siam tu dinasti Ayutthaya memang betol. Kalu hangpa tanya kat orang Thailand yang xgila pon, depa tahu tu. Thai tu memang Sukhothai, tapi dinasti Sukhothai yang mula dlu. Baru Sri Ayutthaya n kemudian Sri Ayutthaya serap Sukhothai masuk dalam monthon (mandala) dia. Ada pon Ligor tu, depa tu Melayu yang di-Thaikan lepas kena jajah dengan Sukhothai pada abad ke-12 M... N dah diserap sebelom tu lagi oleh Sukhothai selepas orang Thai kat Lembah Deng (Merah) memberontak.
Mana fakta pasal Srivijaiya plak kat Kedah n negeri2 lain di Selatan Thai? Begitu jugak dengan fakta pasal Keling Cholan masuk sekitar abad ke-10 M? Penulis blog tu kata Undang2 Kedah sebagai buktinya, OK... Tapi Undang2 Kedah tu sapa yang tulis? Marhum Kayang yang tulis... P la melawat ke Muzium Perlis sana... Ada cerita juga...
Tak paham aku Thai Buddha dan Siam Islam... Agama Buddha Theravada yang Sukhothai menganut tu datang dari Ligor lah tradisi dia, bukan dari Phitsanulok (kawasan Sukhothai dibangunkan)... Orang Thai memang masuk dari Selatan China... Depa pon tahu n orang Tai lain2 suku ada jah di Yunnan n Guangxi kat China selatan sana... ahahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
henat genot ni, seorang pakar sejarah dan bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
sejarah utara malaysia dengan sejarah selatan malaysia mana lagi lama? |
|
|
|
|
|
|
|
tentu sekali utara msia, kedah, kelantan , ganu ada di sini sejak sebelum masihi lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|