|
tp cam ner laks dh siap pi wat check up bagai pas tu bby dlm kandungan ilang???
bumicompany Post at 16-4-2010 11:22 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Itu la pasal! Klu nk ikutkan mcm tk logik je kn...
Dlu Rose pn tk prcaya menda2 mcm ni tp pas ianya berlaku pd 'Mak Sedara' n ofismate Rose sendiri... now br Rose percaya! Mak Sedara Rose pregnant da besar masa tu... da dkt nk brsalin da pn.Tup2 satu ari masa dia bgn tido perut dia da kempis... tkde tanda2 langsung yg menunjukkan dia pnah pregnant! Dpendekkan citer dia kata mmg dia ada bermimpi sorg lelaki tua berjubah putih mlm tu...
Mmm... org2 tua kt kg tu kata baby dia diambil oleh org Bunian.Honestly mmg tapak kawasan umah dia kawasan perkampungan org Bunian.Arwah Tuk pnah cakap... dia pnah ternampak kawasan perkampungan n org2 Bunian tu!
Ntah la! Tk tau nk cakap apa! Cuma yg pasti kita kena percaya ada makhluk ciptaan Allah yg lain selain dr MANUSIA kt muka bumi ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi kenape dia ambik anak manusia...xkesian ke kt orang y mengadung tu...mesti sedih..penat2 mengandung..alih2 ada orang curi anaknye...mesti la sedih kan...ksian ada..pelik ada..geram pn ada...kesian kt orang y mengandung pastu anak kene curi..hmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 81# bumicompany
apa lagi...sambung lah cite.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
aku ada terbaca dlm paper pasal bayi hilang ni..aku share kat sini...
Misteri: Bayi dilarikan bunian
Oleh Hazirah Che Sab
[email protected]
'SEIRING dengan kejadian manusia, turut diciptakan Allah ialah akal bagi membezakan mereka dengan makhluk lain. Akal juga sepatutnya menjadi pendinding kepada tindak tanduk yang memudaratkan diri dalam menghadapi segala bentuk dugaan kerana janji Allah setiap ujian itu didatangkan untuk menguji keimanan.'
Mungkin kedengarannya pelik tetapi itulah peristiwa yang benar-benar berlaku kepada seorang wanita yang sehingga kini terus merindui anak yang dikandung selama sembilan bulan tetapi hilang sejurus dilahirkan.
Kisahnya memang tidak logik mengikut hukum alam tetapi apabila yang turut terbabit dalam mencorakkan cerita berkenaan ialah makhluk bunian yang memang wujud dalam dunia ini, kesahihannya tidak boleh dinafikan begitu saja.
Wanita digelar Mak Teh yang kini melewati usia senja masih ingat peristiwa itu dengan sejelas-jelasnya.
“Mak Teh bersyukur sangat selepas disahkan mengandung. Maklumlah sudah agak lama berkahwin. Kegembiraan Mak Teh dan suami usah dikira. Tidak sabar rasanya menantikan kelahiran anak sulung kami,” katanya ketika mengimbas kembali peristiwa berpuluh tahun lalu yang sehingga kini masih sukar difahami.
Tidak sukar menyelami kegembiraan yang dirasakan Mak Teh bakal menimang anak sendiri. Kandungannya dijaga dengan penuh hati-hati, malah temujanji dengan jururawat tidak pernah diabaikan.
“Apa saja petua demi memastikan kandungan sihat, asalkan tidak melanggar syarak, Mak Teh ikut. Semuanya bagi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sempurna,” katanya sambil mengelap air mata yang membasahi pipi tuanya.
Penantian Mak Teh tiba di penghujung pada satu petang Khamis. Sakit yang dialami di sekitar pinggang dan perut tidak pernah dialami sebelum ini. Namun kesakitan itu masih tidak dapat menandingi kebahagiaan yang menyelubungi Mak Teh dan suami. Mereka bakal menimang anak sendiri. Biar perit menahan sakit, Mak Teh tidak kisah kerana keinginan memeluk anak sendiri lebih mengujakan.
“Entah mengapa Mak Teh memilih untuk melahirkan anak di rumah. Jururawat tidak membantah kerana Mak Teh tidak mempunyai masalah sepanjang mengandung. Kesihatan juga baik. Jadi, tiada masalah untuk melahirkan anak di rumah. Persiapan sudah dilakukan.
“Dari petang membawa ke senja, sakit Mak Teh semakin berat. Mak Teh sudah pun berada dalam bilik yang sudah dikemas untuk tujuan itu. Jururawat turut menemani Mak Teh di dalam bilik itu. Ketika itulah terjadi satu kejadian yang tidak dapat Mak Teh lupakan sehingga kini.
“Kejadian yang meruntun emosi dan fikiran Mak Teh sehingga sekarang. Mak Teh tidak pernah letih memikirkan mengapa itu terjadi kepada Mak Teh,” katanya.
Mak Teh berkata, menjelang Maghrib malam Jumaat itu, Mak Teh tiba-tiba terbau haruman yang begitu menyegarkan. Haruman yang tidak pernah dihidu sebelum ini.
“Mak Teh bertanya kepada jururawat yang menemani sama ada dia tercium bauan itu. Soalan Mak Teh tidak berjawab kerana rupa-rupanya dia tertidur. Rasa marah terbit juga kerana dalam keadaan Mak Teh yang semakin sakit hendak melahirkan anak, jururawat tertidur.
“Dalam keadaan menahan sakit dan marah itulah Mak Teh seolah-olah berada di satu alam lain. Mak Teh dapat rasakan berada dalam keadaan antara sedar dan tidak. Mak Teh masih ingat dengan jelas beberapa wanita separuh umur berpakaian serba putih melangkah masuk ke dalam bilik.
“Mak Teh ingin bertanya siapa mereka kerana memang Mak Teh tidak mengenali mereka. Tetapi mulut Mak Teh bagaikan terkunci. Langsung tidak boleh bersuara. Percaya atau tidak, dalam keadaan itu Mak Teh selamat melahirkan bayi lelaki dengan kumpulan wanita asing itu menjadi bidan,” katanya.
Mak Teh terus bercerita bagaimana dia melihat sendiri mereka mengerat tali pusat, memandikan dan membalut tubuh bayinya. Kumpulan wanita asing itu turut menunjukkan bayi itu kepadanya. Malah Mak Teh sempat menyusukan bayi lelaki yang dilahirkan dalam keadaan serba tidak masuk akal itu.
Saat kumpulan berkenaan membawa bayinya keluar, Mak Teh cuba menghalang. Sayangnya Mak Teh terus kaku tidak dapat berbuat apa-apa. Cuma air mata yang mengalir mengiringi pemergian anak yang amat dirindui selama ini.
Sejurus kumpulan wanita berkenaan hilang jururawat tiba-tiba tersedar dan panik apabila melihat Mak Teh sudah selamat melahirkan anak tetapi bayinya tiada.
“Dia bertanya kepada Mak Teh apa yang berlaku kerana perlu membuat laporan kepada pihak hospital tetapi Mak Teh sendiri kebingungan. Mak Teh masih ingat bagaimana jururawat berkenaan seperti hilang punca. Beberapa kali dia berkata kepada diri sendiri: “Macam mana aku nak buat laporan kepada hospital? Pesakit sudah bersalin tetapi bayi tiada.”
“Dia juga hairan mengapa dia boleh tertidur. Jururawat berkenaan bertanya Mak Teh apa yang berlaku tetap Mak Teh cuma boleh menceritakan apa yang berlaku ketika dalam keadaan sedar dan tidak. Mak Teh jadi seperti orang hilang akal selepas peristiwa itu. Namun setiap malam Jumaat, anak Mak Teh akan dibawa berjumpa Mak Teh dan menyusukan bayi itu. Cuma pada waktu itulah Mak Teh berkesempatan menemui anak Mak Teh. Itu pun berlaku seolah-olah dalam mimpi tetapi dapat rasakan dia menyusu,” katanya.
Keadaan itu berlanjutan sehingga anak lelakinya itu berusia 12 tahun dan sehingga sekarang Mak Teh tidak pernah lagi bertemu dengan anaknya yang dibawa orang bunian memasuki alam mereka. Mak Teh juga tidak pernah mengandung lagi dan mengambil beberapa anak angkat sebagai penyeri rumah tangga.
Memang cerita Mak Teh sukar dipercayai logik akal. Mungkin ada yang mencebik bibir tetapi kuasa Allah sudah membuktikan tiada apa yang mustahil dalam dunia ini dengan kehendak-Nya. Bagi Mak Teh dan beberapa wanita lain yang berkongsi cerita dan kesedihan sama, cuma kesabaran dan keimanan yang menguatkan mereka untuk terus cekal berdepan ujian perit itu.
Sumber: http://klikkhas.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20100117095221/Article/ |
|
|
|
|
|
|
|
aku pn nk cite gak pgalaman aku...
camni...thn 2002 arwah nenek aku disahkn kene barah tulang..
so disamping prubatn moden..ada gak ikhtiar tradisional..
so mak sedara citerla..org yg ubatkn tu ckp arwah nenek ni ada pendamping...blk tyala arwah nenek n arwah citerla sbenarnya pendamping dia tu kembar dia...kembar dia hilang masa arwah dilahirkn..maknanya arwah kluar dlu n then tgu yg kedua plak pastu tiba2 bidan ckp xyah tgu dh sbb dh hilang..n akhirnya trjwpla knapa family kami byk sgt kembar..
lbh kurang 7@8 psg kembar dlm family kami.. |
|
|
|
|
|
|
|
dlu n then tgu yg kedua plak pastu tiba2 bidan ckp xyah tgu dh sbb dh hilang..n akhirnya trjwpla knapa family kami byk sgt kembar..
lbh kurang 7@8 psg kembar dlm family kami..
wah mesti meriah klu semua berhimpum ...
Baru2 ni sorang kenalan ..jumpa dia tiapa2 hari ..tetiba satu hari tu perasan dia mcm preknen ..besar perutnya... cakap laaa preknen ke ..tak sedar pon sebelum ni ...tetiba nmpk mcm dah 6-7 bulan preknen sedangakn dia cakap baru je nak masuk 3 bulan
Tak lama lepas dia cakap dah keguguran sbb fibroid sia membesar sampai ke size 2.5 kg ..batulah perut dia membesar cepat sangat ... janin tak ada ruang nak membesar agaknya tu yg jadi spontaneous abortion tu
opss sori ..OT pulaknya ... |
|
|
|
|
|
|
|
selain mimpi nampak orang tua, ada jugak yg cerita nampak benda hitam tinggi.
Masa pregnantkan Harith (anak sulung), aku nampak benda yg sama. Memula aku nampak ada orang berdiri kat luar pintu bilik, pintu tu terbukak sikt and dia dok tengok dalam bilik. aku nampak shape bahu, kepala, tapi gelap je.. tak nampak rupa.
disebabkan penat, aku buat bodo, sambung tido. Then terjaga lagi.
Nampak benda ni yg tinggi, hitam legam, berdiri kat hujung kaki aku, tengah tunduk and dua tangan dia nak pegang perut aku. aku meronta-ronta tapi rasa cam takleh gerak and sora tak kuar. Tapi last2 dapat jugak jerit istighfar dan benda tu hilang.
Hubby aku dok baca buku sebelah aku mcm takde apa2 jadi.
nasib baik kandungan selamat. Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
akak nk citer pgalaman akak.. 2x pregnant, 2xdan hilang..
x igt taun bile (mls nk igt sbnar nyer) akak disah kan positip pregnant. anak yg last tu pon dah besar dlm 7 taun. akak biar kan perut akak mmbesar smpai bulan ke 6. so nk masuk bulan ke 7 akak pon g la klinik nak wat monthly check up. smpai giliran.. akak pon baring, nurse pon tekan2 manja perut akak pastu dia pandang akak dan ckp "mana ade akak ngndung nie" erk terkezut akak..so akak ckp la "ni perut akak besar takan x ngandung kot" nurse tu leh ckp "dlm nie kan baby tp lemak" mak aiii bengang akak..:@
rase x puas ati, akak ajak somi g ospital. akak citer ngan doc yg akak mmg pregnant so doc masuk kan wayar (x tau la bende tu ape yg pasti ade kamera) n doc kata akak mmg pregnant tp sarung baby jer yg tinggal baby GONE...
sthun kemudian pregnant lagi..tp kali ni tiap2 bulan g check up. masuk bulan ke 5 doc rase x der denyutan baby, scan.. sarung baby ade tp baby GONE jugak...![](static/image/smiley/default/cry.gif)
mcm2 pandangan n pendapat dorg bagi kat akak yg pasti...
hingga ke arini mimpi2 mlm akak x penah ade yg ngaku ambik anak akak... |
|
|
|
|
|
|
|
uwaaa.. ciannya mangsa2 kehilangan baby kandungan ni...takut plak aku dibuatnya...
eee...berani nye jin bunian ni culik2 ank org..xde perikebunianan langsung![](static/image/smiley/default/3vmad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ni kisah benar yg dialami oleh mak aku sendiri...mase mak aku baru kawin ngn ayah aku..n lom ade anak lagi...then mak aku pregnant...kira anak sulung la...sebelom abg2 aku...dalam tahun 1978...mak aku dapt tau...mak aku akan dapat baby boy..mase tu mak aku dah pregnant 9 bulan..kira tinggal tunggu hari je la nak release...huhuhu!!
satu malam tu... maktok (nenek aku sekarang dah arwah), dia bermimpi...ade lelaki pakai jubah datang kat dia..mintak kat dia baby yg mak aku tgh kandungkan...dalam mimpi tu..maktok aku marah..dia tak bagi..tapi orang tu nak gak...pastu mak tok aku terjaga...tapi takde pape berlaku...esoknye..dia tanya mak aku..ade tanda ape2 tak..mak aku cakp la x...cuma mak aku rase ringan perut dia...tapi perut dia still besar...
maktok aku suruh ayah aku bawak mak aku g hospital...time tu maktok aku tak cite lagi ape yg jadik...bila dah check ngn doktor..doktor pelik...dia kata rahim mak aku kosong...mak aku tak cy..mak aku ckp..mak aku tgh tunggu hari...doktor pun pelik..yelah..sebb perut besar mcm tgh tunggu hari..bila scan..kosong...mmg takde paper...
pastu nenek aku citer lah ngn mak aku ape yg dia mimpi...mak aku mmg sedih...cite ni tak abis lagi...pas bb tu ilang..mak aku asik mimpi ade budak kecik lelaki dtg kat mak aku...merangkak g kat katil...mimpi tu mak aku alami sampai la mak aku lahirkan abg aku yg first.....tapi mase mak aku pregnant kan abg aku...ade mak aku terjaga...mak cakap ..bukan mimpi..memang real...ade budak kecik dtg kat mak aku...dekat 2 tahun la...dia ckp lapar..tapi pelat la...pastu dia merangkak g dapur...mak aku pun pelik la...mak aku tgk..pastu dia dtg balik kat mak aku...dia nangis..sebb dia makan sambal sardin yg mak aku masak(mmg malam tu mak aku masak sambal sardin).....dia ckp dalam bahase pelat...pedas..pedas...menangis mak aku...pastu tetiba dia ilang....tu lah last mak aku jumpa dia...
tahun ni mak n ayah aku nak g haji...mak aku ade ckp ngn kitorang...dia nak jumpa anak dia yg ilang...sayu hati aku ngn adik beradik aku dengar....aku doakan dia dapat jumpa abg kitorang yg ilang... |
|
|
|
|
|
|
|
nie kisah adik aku lak...die kawen dulu sblum aku kire langkah bendul la tp aku xkesah sbb dh jodoh die sampai dulu...due tahun kawen bru adik aku di sah kan mengandung...punyela excited adik aku.Siap janji ngan aku lg "nnt ko bg name bby aku tau". Aku ok jer,dah list kan name2 yg die suke..
FYI,adik aku nie agak berisi sikit,so mmg xnmpk die nie pregnant...Tiap2 bulan g check up cam biase.Masuk 8 bln adik aku gtau bby die dah xde,aku tnye "xkan gugur??die kate x..bby die ilang... Mase tu aku nie blurrr lg xpaham.. aku tnye la cam ne bleh ilang???
Die pun xtau,adik aku ckp die g klinik nak tgk jantina,tetibe dokter tnye adik aku,sure u pregnant??adik aku terpinga2 la,pesal dokter nie...sure la die ckp die pregnant,pas tu dokter ckp rahim u kosong,nothing...adik aku siap tunjuk lg buku merah kat dokter,tp dokter pun xbleh wat pape...adik aku xpuas ati die g la jumpe bidan kat kg aku.Bidan tu pun terkejut,mmg xde...mmg mase tu aku tgk adik aku frusst sgt.
xlame pas tu,aku de mimpi org tue pakai jubah putih siap serban ngan janggut putih bwk bby jumpe aku,die ckp kat aku ko bg la name yg dah ko pilih...mase tu aku tgk bby lelaki putih n comel sgt..aku xterpk anak sape plak sbb org tue tu xde ckp pape..die suh bg name jer,so aku bg la name n aku ingt lg name tu sampai skng Hazrith Afif.
selang bper ari aku cter la kat adik aku,rupe nyer die pun dpt mmpi yg same,org tue tu dtg bwk bby just tunjuk by tu kat die..aku tnye gmbrn org tue n bby tu cam ne,same cam yg aku mmpi...adik hanye dpt pegang sekejap jer,pas tu org tue tu amk blik bby tu trus ilang..mmg sedih sgt,aku still ingt lg bby tu ngah tdor dtg ngn org tue tu |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya bila ku baca kisah ibu yang hilang anak ni..tak kesian ka mereka2 yang amek baby tuh?memang la itu semua ketentuan, tapi aku rasa macam tak adil la..sedih sangat bila ibu2 ni mengandung susah payah 9 bulan..penat n macam2 lagi, last2 best ja diambil oleh orang lain..kalo aku ada power macam wak tom @ hantukiller kan best, kasi zaaast ja si pencurik2 tu..kan mecurik ni salah disisi agama kan?![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ya allah sedey sgt.. aku pon rasa risau jeww baca kisah2 ini![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ya allah sedey sgt.. aku pon rasa risau jeww baca kisah2 ini
jojie Post at 2-6-2011 03:14 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
jojie nape risau...ada sedara terdekat yg pregnant ker...ker jojie tgh pregnant (agak jer ni)...
istigfar banyak²...mintak² di jauhkan benda cam ni
kat family saya..kes ilang baby dlm kandungan ni, kena kat kakak ipar ngan arwah nenek... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 95# aku_tulip
alhamdullillah tiada kejadian aneh ini berlaku pada family saya.. cuma saya rasa sedey bila baca anak hilang begitu sahaja. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mesti sedih kan..nak2 plak yg dah bertahun2 tunggu zuriat tup2 hilang. Agaknyer mmg anak2 tuh dah dipilih kot utk tinggal kat dunia derang |
|
|
|
|
|
|
|
mmg sedey sangat bila baca baby yg ilang dlm perut nih
penat mengandung sampai perut besar.... tetiber sesenang makhluk lain amik |
|
|
|
|
|
|
|
tak dpt dibayangkan mcm mana sedih nyer...baca thread ni pon dh mengalir air mata aku....semoga ibu2 tabah menghadapi dugaan nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnye..... sampai nangis2 saya baca cerita2 kat sini. xde apa2 ke yg boleh kita buat untuk menghalang kejadian2 mcm ni? |
|
|
|
|
|
|
|
sedih kan....tiba2 je bayi yang dinantikan hilang macam tu je....tambah2 lagi yang dah lama kahwin tapi susah nak dapat anak...
macam yang berlaku kepada kawan ayah saya.....isterinya disahkan hamil selepas 2-3 tahun kahwin....anak sulung, mesti lah teruja kan....kalau tak silap saya, doc kata anak perempuan...dah siap scan sume la....
dah cukup 9 bulan....kira tunggu hari je la lagi, kawan ayah saya bawak isteri dia balik kampung.....nak lahirkan baby n berpantang kat sana la....satu malam tu wife dia mimpi....saya tak tau detail sangat la ape yang dia mimpi...tapi lebih kurang macam kawan2 kat sini cite gak...ada orang datang mintak/amik baby dia....
esoknya, dia bangun, tengok ada darah banyak sangat....perut pun dah kempis....kejutkan suami n bagitau mak dia.....pastu dorang bawak pegi klinik....dah check sume doc cakap memang darah orang bersalin....tapi baby nye takde.....
kesian sangat kat dorang suami isteri....lama gak la si isteri tu tertekan....kalau ada program macam family day ke ape ke, dia just stay kat dalam bilik.....tak keluar jumpa orang....takut orang cakap dia buat cite ke ape ke...teringat kat baby ke....tak tau la apa yang dia pikir kan....memang kesian....
tapi alhamdulillah.....lebih kurang 2 tahun lepas kejadian tu dia disahkan hamil lagi....n baby selamat dilahirkan.....rasanya skarang dah umur 2-3 tahun....akhir tahun lepas ada dengar cite nak dapat lagi sorang... |
|
|
|
|
|
|
| |
|