|
[Tempatan]
Poyo gila, ada yang menyampah tengok papan iklan 'Di Sini Lahirnya Seorang Jutawan' di lebuh raya utama
[Copy link]
|
|
RichWorks ‘Skim Cepat Kaya’?, Jawapan Azizan Kepada YouTuber
“YA! RichWorks memang ‘skim cepat kaya’,” akui Pengasasnya, Datuk Wira Dr Azizan Osman menjawab persoalan ditimbulkan YouTuber bernama Jebat Derhaka pada Isnin lalu.
Beliau menjawab ‘kontroversi’ lancang YouTuber berkenaan petang tadi di Rumah Terbuka ahli keluarganya yang diadakan di kediaman ibu tersayang di Villa Mak Ayah, Taman Kenanga, Tengkera, di sini.
Beliau menegaskan, RichWorks sebenarnya sebagai sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di negara membantu bangsa usahawan membina bisnes sampai jadi kaya.
“Dia (Youtuber) sepatutnya ambil video billboard yang lain di sepanjang lebuh raya yang rata-rata merupakan anak didik kami. Bukan jenama syarikat saya sahaja.
“Jenama seperti Eskayvie, Nurraysa, Anggun Cotton, Chocodap’s, Sabella, Noir, Hasnuri dan banyak lagi pun ada di sepanjang lebuh raya,” katanya ketika ditanya mengenai video tular dibuat YouTuber berkenaan mempersoalkan kesahihan RichWorks ketika dalam perjalanan balik raya baru-baru ini.
Tambah Azizan, YouTuber itu boleh tengok sendiri anak-anak muridnya yang dibina dari kosong sampai jadi jutawan.
“Pergi dapatkan buku yang kita keluarkan tahun lalu. Bagi ‘adik’ (Jebat Derhaka) ini mungkin baru keluar gua gamaknya. Kita ada senarai 100 usahawan di Malaysia yang RichWorks bina. Bukti ini ada dalam buku 100 Usahawan Jutawan,” jelasnya.
Azizan memberitahu, jika YouTuber terbabit mahukan buku itu, pihaknya sanggup menghantarkan secara percuma.
“Malah menteri pun ‘endorse’ RichWorks dalam Parlimen. Nampak sangat dia duduk dalam gua, baru keluar balik raya, baru nampak billboard itu, kesian. Kemudian cakap itu ini, tanpa usul periksa. Sampai ada cakap semua ini gimik semata-mata,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Azizan sempat berseloroh dengan menyatakan dia adalah ‘Tuah’. “Saya Tuah, Tuah Azizan, siapa yang saya bimbing insyaAllah dia bertuah,” katanya.
Terdahulu, Youtuber itu mempersoalkan adakah RichWorks ini seperti skim cepat kaya atau pak man telo yang kemudian mendapat perhatian netizen. Dia bangkit mempersoalkan billboard RichWorks itu sebab mendakwa menjadi tempat lahirnya usahawan jutawan sedangkan nak jadi jutawan ini bukannya mudah.
Rumah Terbuka itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman. Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Isteri Datin Seri Utama Munira M Yusop. – SM |
|
|
|
|
|
|
|
aku anggap mereka menyumbang dr sudut ekonomi dgn membayar sewa tapak iklan, dgn itu maka mereka memerlukan graphic designer, sewa crane,
teringat kisah seorang fensui master, dia cakap dgn seseorang ni, lu punya lantai mau ong, kena pasang lantai marble, tokey tu pn pasang marble, secara tak langsung business marble pn untung, tp tokey tu mmg dah kaya la... mgkn tokey tu ckp kt fengsui master dia untung saham byk, jd mgkn ini lah cara dia bayar zakat kepada masyarakat setempat... |
|
|
|
|
|
|
|
haah..cerita anak didik janjan ni mmg sepesen.. ntah apa kena mandrem ngan janjan masa terlompat2 mcm kera dapat bunga tu tak tahu lah
janjan kasik nasik kelengkeng dia kut ke anak2 murid, tu yg sepesen...
|
|
|
|
|
|
|
|
ye chuols, director kena hangkut la.. kalu dia sorang je mmg masak la noksss, selain dari dpt perks, dia juga dapat bala if anything happens to the company
shareholders pun ada tanggungjawab dia jugak tu even dia letak capital jah and takde run day to day operation.
shareholders boleh jadi one of the directors tapi director tak semestinya one of the shareholders , shareholders yg lantik board of directors so it can be anyone, best to lantik someone yg ada vested interest in the company la.. kang amek sapa2 kang tak lama melingkop
shareholder - yg pump capital = dapat returns via dividend
director - yg run the operation = salary + bonus + fee
kalau dia shareholders dan dia director = salary+ bonus + fee + dividend
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yezzaa , itu la masalahnya berkecimpung benda viral yg takde quality ni
ulang2 kena buat benda baru, repeat sampai Abang Jamil mamposs
jutawang2 jijan janjan bukan meniaga barang, deme meniaga marketing viral je.. tak penat ke hari2 kena jadi badut sarkis?
|
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 4-5-2022 03:22 PM
Mostly kt highway to semua RW, or company yang anak2 didik die punye.
Yang tuisyen tu pun aku benci
Ye, aku pun. Nyampah iklan tuisyen tu, semedang muka jantan mana tah. Iklan tuisyen letak muka org tua |
|
|
|
|
|
|
|
semua billboard ni dia sewa bundle dari certain2 company untuk beberapa billboard... lepastu sewa balik pada anak2 didik dia yang nak menyewa billboard tu agittewww... untung kan... ala2 agen hartanah dah... |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 6-5-2022 12:00 PM
ye chuols, director kena hangkut la.. kalu dia sorang je mmg masak la noksss, selain dari dpt perk ...
Ok now baru paham.thanks for the explanation
Sgt clear gituh
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kitty_catz at 6-5-2022 06:38 PM
haluuu kaka dude.. matriye.. amboi baru raya ke 5 dah tersedak kui raya mamasabun
dah tinggal serdak letewww, tak sempat kambuih belakang rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
Elok haramkan je pasang papan tanda iklan disepanjang lebuhraya macam tu buat rosak pemandangan je. Orang lebih suka lihat kehijauan tumbuhan dari lihat muka yang terpapar pada papan iklan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 6-5-2022 07:44 AM
RW pakai Headhunter utk scout new staff? Ohmyyy
Headhunter tu cina ke smpi x tahu lgsg psl RW ni ...
Malay girl, cakap English berabuk jugak..I pun tak tau motif dia menanya why we are rejecting, or maybe dia nak confirm apa dia dengar from previous calls..lel.. |
|
|
|
|
|
|
|
ye ye.. ilmu free je, takyah bayo yuran mcm si-foot ailiobashi iteww
shareholders boleh jadi org individual/private investor or kampeni or wealth fund mcm kes khazanah pump duit ke pesen terbelit itew.. tak semestinya individual sajork.. shareholders adalah owner of the company, directors tu dikira kuli batak kepada shareholders, kalau orang yg berasingan
and directors pun ada perks lain yg kita panggil benefit in kind - mcm melanjan keta kampeni ke, duk rumah kampeni ke.. tp kena lapur la dlm personal income tax director itewww
dats y some companies tak gigih sangat nak receive capital injection from mana2 wealth fund or seed investor sbb in d end ko pulak jadi kuli ke deme2 itewwww
|
|
|
|
|
|
|
|
meols suke bilbod komik mcm kedai eco pacak tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah masuk kelas Titan ke sisthurr?
Kah kah kah
|
|
|
|
|
|
|
|
Iklan jijan ni boleh consider lagi sbb simple xde gamba stakat tulisan jah..yg plg annoying iklan mc+ tuh..stress wehh spnjang2 hiway dri jb smpai loq staq nk kena hadap iklan tutor yg yersengih mcm kerang busuk tuh. kalo ensem takpe jgk ni muka cam jamban. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas tu anak murid jijan seman ni semua kalau buat iklan produk masing-masing mesti letak muka diorang ni sekali besar-besar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|