CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sriwanis

mak sedara aku yang sengal..

[Copy link]
Post time 17-2-2011 04:49 PM | Show all posts
kita ni klau dh adik-beradik sndiri wt hal cmtu mmg payah la..nk tegur salah..x tegur pn salah. yg jadi mangsanya fmly sndri...so ade baiknye mak TT bincang ngn adik-beradik dia cmne nk slesai mslh korang ni..sbb yg jd puncanye bukannye sape..adik diorg jgk. so diorg kna la ade rasa tggungjawab skit n faham ngn situasi yg fmly ko rasa skrg ni.. tkpun TT suh pak2 sedara or mak2 sedara test bwk makcik sengal ko tuh dok ngn diorg dlm seminggu dua....mau 'mengaum' kekdahnye....hikhik...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2011 05:22 PM | Show all posts
salam TT....

hmmm. pernah cuba tegur & bincang secara baik, kan? tapi macam tak jalan jugak. so apa lagi cara yg tinggal? optionnya bukan hanya main perli2 atau memaki2. sampai putus saudara. tak elok seh macam tu. adoi. camana nak cakap ya.

aku pun pernah alami keadaan yg macam ni. ada mak saudara yg tumpang kat rumah. tapi bukan dia sorang. satu family dia tumpang kat rumah ni. 2 tahun lebih. & ada pak saudara aku yg pernah tumpang sini, bertahun jugak. tapi itu la... mungkin mak aku jenis yg terlalu baik hati, tak berkira ke apa. aku pun bising & memberontak la jugak (diam2 kat depan mak, bukan kat depan diorang). sbb rasa tak bebas dalam rumah sendiri. tak ada privacy kononnya. mak aku cuma pesan - "tak apa la. hari ni hari diorang. mana tau kot esok hari kita. Tuhan nak bagi kita pahala percuma. kita kena ikhlas".

aku rasa... mungkin ada jenis orang yg suka amik kesempatan. hati kering. tapi ada jugak yg buat macam tu sbb terpaksa. sbb aku fikir - kalau boleh, aku pun tak nak & tak selesa nak tumpang rumah orang. malu! & macam2 lagi rasa yg berbaur. tapi kalau aku terdesak & 'tak ada pilihan' - sudahnya terpaksa la jugak tebalkan muka. cuma itu la. bukannya semua orang sama. dalam fikiran & perasaan tu.

pasal hal2 buat kerja rumah tu. ada jenis yg tak perlu disuruh pun, akan ringan tulang nak tolong. ada jenis yg kita kena tegur. ada jenis yg kita kena bising2, baru la dia rajin nak buat. tapi kalau kita memaki hamun - adakah orang yg nak buat? cuba kalau kita kena tengking. kalau aku la, jangan harap la aku nak buat. haha. so cuba la cakap baik2. kalau dia jenis pemalas, cuba latih dia jadi rajin sikit. cakap elok2. mintak elok2. lgpun dia masih pangkat mak saudara kan. adik kepada mak. & dia masih 'tetamu' kat rumah tu. kalau rujuk pada hadith pun, 3 hari pertama, kita harus melayan & memuliakan tetamu. dan kalau lebih daripada itu, anggap saja sebagai sedekah. sedekah... pahala tu. tapi......

aku ni takde la baik sangat. kalau ada orang yg nak tumpang rumah, walaupun saudara, aku akan membebel la jugak (dalam hati). tapi bila aku fikir apa yg mak cakap, memang insaf la. hari ni hari dia. esok lusa mana tau kot hari kita. kita pulak yg susah. kot esok lusa tu orang yg selama ni kita buat baik, tapi sorang pun tak nak tolong - camana? lepas tu, ditakdirkan pulak dia yg tolong kita - camana? malu, kan? lgpun percaya la. tiap apa yg kita buat kat dunia ni, baik atau buruk, akan ada balasan. kalaupun bukan melalui dia, mungkin melalui orang lain. contohnya macam.... camana bila kita tua nanti, sorang pun anak2 tak nak jaga kita? semua lepas tangan, bising2 bila kita tumpang kat rumah diorang. sudahnya kita takde tempat nak pergi. atau dihantar ke rumah orang2 tua. padahal ada anak2. ada saudara. tak ke sedih? balasan Tuhan tu datang dalam banyak bentuk & cara. tak kira balasan yg baik ataupun yg buruk. jadi hidup kena ada belas kasihan. jangan angkuh. jangan terlalu berkira & asyik mengungkit.

untuk TT. cuba la berbincang cara baik. sbb aku rasa mak saudara tu pun mungkin ada masalah sendiri. dgn gaji yg mungkin la tak berapa banyak tu - camana dia nak hidup? mungkin dia bukan seorang yg baik. mungkin seorang yg boros/kedekut. mungkin sorang yg suka amik kesempatan. mungkin seorang yg kurang ajar. tapi apapun, dia tetap saudara. cuba berbincang baik2, ok? pasal kerja rumah, perbelanjaan rumah, pengangkutan tu. kalau tak boleh nak anggap sebagai sedekah, cuba bincang mintak dia pun hulur sama2. kalau dia masih tak mahu, nak paksa jugak? nak gunakan kekerasan? mungkin ko akan berjaya halau dia dari rumah tu. tapi adakah lepas tu ko akan gembira? adakah mak ayah ko akan gembira? akan berbahagiakah korang? mungkin. tapi mungkin juga tidak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2011 06:39 PM | Show all posts
Reply 82# NEMESIS

masa mula2 dulu pun mak ader gak cakap cam ni...skang die susah akan dtg mana tau kiter plak susah...masalahnyer bukan dari segi kewangan..duit simpanan dah berpuluh ribu dalam ASB...tp kenapa tak nak beli kenderaan..paling tidak moto ke...tp die sebolehnyer tak nak wat  kua duit die..dan yang paling aku bengang sangat ngan mangkuk ni...klu dah sengkek sgt..bleh plak die bg pinjam kawan die seribu baru2 ni nak wat lesen kete...semata2 nak ada kawan amek lesen kete..mana tak aku ngan mak aku tak makan hati..org len tak pk panjang nak bg pinjam duit..ngan kuarga aku mcm2 alasan..nak jimat konon..ni pun kawan mak aku yg cite sbb mak sedara aku ni cite kat kawan mak aku ni..

pape pun btul kata2 ko tue...mekaseh sbb igtkan aku...g2 gak yg len2...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 07:28 PM | Show all posts
Reply 83# sriwanis

ohhh ok. so memang jenis kedekut. & berkira dgn family ye. kalau macam tu susah la sikit kalau bab2 nak mintak dia 'berkongsi' bayar. sbb rasanya memang dia takkan bagi. kalau bagi pun, dia akan berkira. dia akan mengungkit. ala2 tak rela la gitu.

kalau ko, apa yg ko rasa? kalau aku la kan. baik lagi la makan hati kurang duit, daripada 'makan' duit orang kedekut ni. kalau mintak dia beli beras, entah2 sampai ke setiap butir kerak pun dia akan ungkit. pdhal kalau difikirkan logik, memang 'sepatutnya' dia pun menyumbang sama. sbb bukannya budak2 lagipun yg makan perlu tanggung, nak b*rak pun cuma mencangkung je pastu ada orang yg tolong jiruskan.

memang makan hati. tapi itu la. cuba bincang dgn baik2 dgn mak ayah. camana nak hadapi mak saudara tu. sbb kita yg lagi muda ni, pangkat anak saudara, wlpun dia buat perangai kurang senonoh, tetap berbatas. kita tetap dicop kurang ajar bila meninggi suara atau menghempas pintu. so bincang baik2 dgn mak ayah. camana cara ko & adik patut hadap mak saudara ni. lgpun fikir la... dia adik mak, kan? takkan tak terguris hati mak tengok anak sendiri memaki hamun adik sendiri. atau bila ko hempas pintu, sure mak terkejut, kan? badan & hati orang tua ni bukannya kuat macam kita. senang terganggu. lebih2 lagi bab emosi.

u know.... diam tak bererti kita kalah. tak bererti kita lemah. kadang2 itu yg lebih baik. lgpun fikir la.... berapa lama dia akan duduk kat rumah ko macam parasit/cendawan beracun? tak nak kawin kah? ataupun bila dah kawin nanti dia plan nak duduk rumah ko? hahaha. fikirkan yg baik2 la. mungkin dia jadi kedekut macam tu sbb simpan duit nak buat majlis kawin grand2 kalah angkasawan negara. kan? so, doa2kan la dia cepat ketemu jodoh. mesti nanti dia sayang kat ko sbb tolong doakan dia kawin cepat. hahaha. adeh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2011 10:00 PM | Show all posts
Reply 84# NEMESIS
sebut pasal kawen jenuh gak la sedara mara nak kenen kan die ngan org tue ngan org ney...tp payah org jiwa suci ni...pemalu katanyer....klu kawen tue jgn katakan bunga2..bau pun tarak..skang ni pe yg bleh cakap mak nak tgu sampai die abes amek lesen n den beli kete..klu stil nak dok nepek umah mmg mak nak sound la...org nasihat suh beli keta lu..pun tak nak dgr cakap org..susah btul...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 08:41 AM | Show all posts
bab baik dgn org luar dari keluarga sendiri ni mmg aku pun hangin.. sbb adik aku mcm tu... ntah hapa2 kadang tu... ada ke hari tu kutuk mak kata masak mee mcm mee kantin.. walhal dia masak mee pun pedas je lebih rasa ntah hapa2... peh tu tarik muncung bila aku lak masak benda yg sama and org puji...

kalau dah berkira ni.. rasanya patut sound jer.. ada sesetgh org ni kdg dia malas nak fikir tau... kena ckp hari2 jer... padahal masing dah besar .. dah beruban atas bawah ( sorry) pun nak jgk kena ckp what to do... masalah tak ckp tak buat..

i tgh mengalaminya skrg.... adik lelaki lak tu... sabar jo lah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2011 09:04 AM | Show all posts
aku mmg anti org menumpang tp wat2 bodoh je.
cmf_lie Post at 15-2-2011 03:14

aku pon anti makhluk camni....apa ingat org lain byr bil, beli barang dapur semua tu pakai air liur ke :@
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 11:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by go_kart at 18-2-2011 11:09

adik aku pon spesis camni...pompuan...

klu cuti budak sekolah (dia bakal cikgu) mmg slalu tepek umah aku...

siap mintak amik lagi klu dia nk datang umah.... kenkadang mmg tak malu  nk mintak aku antor dia balik maktab...amik masa sejam lebih gaklah nk sampai...kenkadang aku penat gak..tp aku takkan sekali tunjuk kat dia,selagi aku mampu buat,aku buat..tp klu tak larat aku hantar dia kat stesen teksi,siap bagi duit tambang utk teksi tu..
hubby aku jenis memahami dan tahu kami adik beradik mmg jenis saling mengasihi

bangun tido jgn harap nk awal....keje umah pon tarak..masak apetah lagi

klu musim nk gaji jerk,dia dah siap awal2 msg nk mintak duit ...(dah mmg terbiasa minta kat aku sejak aku bujang lagi....ayah agak tegas sikit dlm hal pemberian duit..dia tak suka anak2 membazir..tp adik aku dan aku mmg jenis boros gakla )

tp aku tak kisah...sbb ibu bapa kami mengajar kami saling menyayangi sesama beradik...

saling memberi dan memaafkan...

biarpun aku dah ada kuarga sendiri,dia ttp sebahagian daripada hidup aku..kasih aku kat dia dan siblings lain tetap sama...tidak berubah walau sedikit...

aku harap dia tak lupakan keluarga klu dah senang esok2 nanti...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2011 02:02 PM | Show all posts
hazabnye la perangai
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 02:12 PM | Show all posts
fening bl bab famili neh...tp nak kena tanya dia gak apa plan dia...brapa lama nak duk tumpang..wat la perbincangan kluaga...agihkan tangung jawab masing2..brapa sorang2 kena contribute perkara2 asas...mmg fening...
beli emas
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 02:14 PM | Show all posts
adessssss... aku neh...mak sendiri tulung basuh baju aku pun aku dah naik malu...apa lagi la kalau menumpang org n jadik  boss kat umah org... akai ada ka makcik ko tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 02:54 PM | Show all posts
nasihat kepada tt,cuba bincang secara baik...

agama sentiasa menggalakkan kita berbuat baik sesama manusia,walaupun kadangkala insan lain itu sendiri menyakiti kita...

rasanya tak perlu masam muka..cuba face to face,ceritakan apa yang tt dan keluarga tak puas hati pasal dia,rasanya mungkin dia akan tergerak hati untuk berubah..

klu berterusan mcm ni,gokat rasa sampai setahun pun tak byk yang berubah sbb ibu tt tu kakak dia,dan mungkin rasanya dia alasan knpa terlalu berkira dengan tt dan kuarga..

org mcm ni kne slow talk,bukan dgn kekerasan..

klu nk teruskan mcm ni,mungkin tt akan menang,tp apakah tt akan bahagia?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 04:19 PM | Show all posts
yang lain tu aku tak tau la..

tapi bab baju suh mak ko basuh tu aku cadangkan mak ko beli satu raga asing.. asingkan baju dia dengan baju2 family ko..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2011 08:17 PM | Show all posts
okey ni satu lagi masalah...die dah dekat 3 tahun tak cakap ngan mak sedara aku yang bongsu ni...puncanya mak su aku ni kawen ngan org yg die tak suke..masa mak su aku nak kawen beria2 menentang..sampai kenduri kawen pun balik kg menyorok konon benci sgt ngan adik ipar die...sbb kes ni la die tunjuk2...tuding jari ngan pak sedara aku td...hebat sgt la tu..time mak su aku balik die memerap dalam bilik..konon benci sgt..padahal mak su aku pas kawen tak de nyer dok nepek umah tok aku pun...tak nyusahkan die pun..korg tgk la cam ner hangen die..adik ipar die lak wpun dah tau adek beradek mak aku tak suke die tak der lak nak putus silaturahim mak su aku ngan sedara mara..klu ikutkan leh je die wat cam tue...time kenduri kuarga atau makan2 tetap dtg...tapi itu dulu masa2 mula kawen mmg susah adek beradek mak aku nak accept laki tue..skang dah ok...cuma mak sedara yg sorg ni je tak ok lagi...

bg aku klu cam ni la...mmg rasa aku patut terus2an  sakitkan hati die sampai berambus..dan aku sikit pun tak rugi...mgkn korg akan cakap aku bongkak angkuh...dari aku kecik lagi aku dah makan hati ngan die..time2 marah aku tak kira dah depan ayah aku..tenking2 nyer jugak aku..ni..

td dah kena dah sedas ngan aku!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 09:45 PM | Show all posts
kita jgn buat org udah ler...bnyk2 sabar,
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 11:18 AM | Show all posts
Reply 42# Sagoo


    Bkn maen bernas ko pya cdngn jah...... mak tkut maksedara dia tuh terkena serangn jntng...goal kat c2 gak nanti......

p/s lama x gurau2 gan hengko kan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2011 02:07 PM | Show all posts
Reply  Sagoo


    Bkn maen bernas ko pya cdngn jah......   mak tkut maksed ...
puteri_impian Post at 21-2-2011 11:18



    kalo trus goal..abih cite nyahhhh...tutup buku je trus..aman harmoni hidup keluargeee derangg

ps: lame gak x berceloteh ngn ko nyahhh...ko sehat ke nyahhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 02:21 PM | Show all posts
Reply 97# Sagoo


    jgn dia ikot cdngn bijak ko sudah jah.......   ngeri taw....:@  hehehe ai shat jer sagoo...mu jer yg lama x kelihatan kat porum neh.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 02:30 PM | Show all posts
Reply 98# puteri_impian


    biarkan je dia ikot nokk.....

ai ade je kt porem nih...nyorok2 blakang dinding kekdahnya
knape? rindu ai ke nyahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 02:31 PM | Show all posts
ampun TT ai terrogol plak thread kesucian murni yu nihhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.379370 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list