|
tak baik fitnah...
marumaru Post at 29-4-2011 17:20 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Ya Allah....
dik mintak maaf banyak2....
akak ingatkan adik ni bukan islam....
dr cara bertanya tu mcm bukan islam....
mintak maaf skali lg.....![](static/image/smiley/default/sad.gif)
sedih sbb dah buat salah.... |
|
|
|
|
|
|
|
setau sy iblis ni adalah golongan jin. taktau plak ader lagi specis selain jin dan malaikat.
ader byk versi pasal iblis ni. salah satu mengatakn nama asalnyeazazil (ketika ia taat pada Allah dan wajahnya cantik berseri / tidakhodoh) apabila azazil dilaknat Allah kerana enggan sujud(hormat / bukansembah) pada Adam. maka dia dilaknat lalu digelar iblis. dengan ituwajahnye bertukar menjadi hodoh lantaran laknat Allah. samada laknattersebut menjadikan ia berekor atau bertanduk, ader jugak kitab berkatamcm tu.
mengenai wali jumper iblis dlm bentuk manusia bersih dan berseri, itusudah tentu bkn wajah iblis yg sebenar. Itu adalah jelmaan bertukarbentuk ajer. wajah asal iblis semestinyer hodoh dan buruk sesuai nganlaknat Allah.
hearts Post at 29-4-2011 01:18 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Mula2 sekali saya nak tanya, awak dah pernah lihat iblis ke?? Kalau sudah beruntunglah awak tapi kalau belum macamana awak tahu rupa sebenar iblis??
Saya tak kata wajah iblis ni cantik, bersih & berseri. Saya cuma cakap wajah & watak dia seperti ulama (tak semestinya wajah ulama tu bersih & berseri). Maknanya iblis ni berlagak seperti alim ulama berdasarkan pada penampilan dia berjubah, berjanggut, berserban dengan kitab dan tasbih di tangan.....itulah maksud saya watak dia seperti ulama.....
Saya tahu banyak pendapat yang kata iblis ni dari golongan jin tapi saya punya versi pulak kata malaikat & jin jadi dari iblis. Malaikat jadi dari cahayanya & jin pulak jadi dari bahangnya.
Wali & Nabi yang jumpa iblis nih dalam rupa asalnya sebab dah memang kelebihan mereka boleh melihat iblis….bukan menyamar sebab iblis tak boleh menipu & menyorok dari mereka nih. Walau macamana pun iblis menyamar dan sembunyi mereka tetap boleh kenal dan nampak iblis nih......disebabkan tulah iblis tak dapat nak menipu para Nabi2, Rasul2 & Wali2 Allah ni.
Selain dari golongan nih, tak boleh terlepas dari tipudaya iblis..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 69# hantukiller
Saya taknak bertekak dengan awak pasal iblis nih walaupun pendapat kita berbeza berdasarkan ilmu & pengajian masing2. Saya cuma nak utarakan pendapat saya sajer….
Bab setan tu saya setuju cuma nak tambah setan ni sejenis elemen/unsur (api) dalam diri manusia yang sentiasa menghasut & mengajar manusia untuk membuat kejahatan. Manusia yang dirasuk setan / syaitan sedar akan perbuatan dia tapi dia tetap hendak mengikut hasutan setan berbeza dengan manusia yang dirasuk oleh jin yang selalunya tak sedar dia dikuasai oleh jin.....
Iblis takkan sewenang2nya menunjukkan diri dan dia tak buat kerja menghasut dan merasuk nih. Peranan utama iblis ialah menyesatkan anak cucu Adam disaat akhir.
Kelemahan iblis yang paling besar ialah apabila dia sudah dikenali…..habislah dia kalau kita sudah kenal dia dan tak dapatlah dia nak menipu & menyesatkan kita lagi……itulah perkara yang paling ditakuti oleh iblis.
Masa disuruh sujud kepada Adam, iblis engkar dan dia berdiri tegak di depan Adam tidak seperti para malaikat yang menundukkan wajah mereka ketika sujud….akibatnya Adam kenal wajah iblis dan sejak itu kemana saja iblis menyorok atau menyamar berbagai rupa tetap juga Adam kenal dia....maka sebab itu tak dapatlah iblis hendak menipu Adam.
Itulah kesilapan iblis….sejak itu dia sangat beringat dan berhati2 supaya tidak sama sekali menunjukkan dirinya kepada manusia….dia biarkan jin menyamar dan mengaku jadi iblis supaya manusia terpedaya bagi memudahkan urusan dia…..
Walaubagaimanapun kita akan dapat peluang bersemuka dengan iblis sekurang2nya sekali dalam seumur hidup kita iaitu masa kita berada di alam nazak…..masa nilah iblis akan 'all out' untuk menyesatkan manusia disaat2 akhir hidup mereka…..masa nilah dia akan menunjukkan dirinya yang sebenar.
Disaat kita sakit sakratulmaut, iblis akan datang memujuk dengan suara lemah lembut dengan gaya orang alim datang beri pertolongan….bila kita sakit, dia hulurkan ubat….bila kita dahaga, dia bawakan air…..bila kita mintak nyawa, dia janjikan nyawa dengan syarat kita ikut dia......itulah penangan iblis....
Jadi, kalau semasa kita hidup ni, kita dapat berjumpa iblis…..maka sangat beruntunglah kita sebab sudah kenal iblis dan sekali kita kenal iblis sampai bila2 kita akan kenal iblis…..tak kiralah dia menyamar dengan apa rupa sekalipun kita tetap boleh kenal dia.....dan kalau dia datang kali ke-2 dalam nazak kita, tak mungkin kita akan tertipu..... |
|
|
|
|
|
|
|
quote]Mula2 sekali saya nak tanya, awak dah pernah lihat iblis ke?? Kalau sudah beruntunglah awak tapi kalau belum macamana awak tahu rupa sebenar iblis??
Jawapan : sama macam awak, dari pembacaan. nanti saya jelaskan dibawah.
Saya tak kata wajah iblis ni cantik, bersih & berseri. Saya cuma cakap wajah & watak dia seperti ulama (tak semestinya wajah ulama tu bersih & berseri). Maknanya iblis ni berlagak seperti alim ulama berdasarkan pada penampilan dia berjubah, berjanggut, berserban dengan kitab dan tasbih di tangan.....itulah maksud saya watak dia seperti ulama.....
jawapan : rasanya pendapat kita sama ajer..cuma ayat yg berbeza. Iblis yg menjelma sebagai ulama hanyalah penyamaran sahaja. ia bukan wajahnya yg sebenar.
Saya tahu banyak pendapat yang kata iblis ni dari golongan jin tapi saya punya versi pulak kata malaikat & jin jadi dari iblis. Malaikat jadi dari cahayanya & jin pulak jadi dari bahangnya.
jawapan : saya hormat kepercayaan awak iblis asal dari malaikat. namun pendapat sy ia adalah dari Jin atas alasan berikut :
1. malaikat diciptakan tanpa nafsu. mereka hanya taat dan sentiasa berzikir dan bertasbih pada Allah, mereka patuh mengikut perintah Allah. tu adalah sifat malaikat yang Allah ciptakan. maka mana mungkin malaikat ada nafsu hasad dengki pada adam??
2. malaikat tidak ada nafsu makan. mereka tidak makan. jika iblis adalah malaikat, mana mungkin dia bertanya kepada Allah apakah makanannya, dimana Allah menjawap tulang tulang, asap dan makanan yg tidak dibaca dengan bismillah.
ini pendapat saya saja...saya taknak argue. sy hormati pendirian dan pengajian awak mengatakan iblis adalah malaikat.
Wali & Nabi yang jumpa iblis nih dalam rupa asalnya sebab dah memang kelebihan mereka boleh melihat iblis….bukan menyamar sebab iblis tak boleh menipu & menyorok dari mereka nih. Walau macamana pun iblis menyamar dan sembunyi mereka tetap boleh kenal dan nampak iblis nih......disebabkan tulah iblis tak dapat nak menipu para Nabi2, Rasul2 & Wali2 Allah ni.
Selain dari golongan nih, tak boleh terlepas dari tipudaya iblis.....
jawapan : saya setuju.
Fieza-mira Post at 29-4-2011 22:19 ![](http://images/common/back.gif)
ok soalan awak pernahkah saya lihat jin diatas. saya pun mcm awak ada baca sebuah kisah dimana seorang alim ulamak berdoa kepada Allah agar diperlihatkan wajah iblis. selama beberapa tahun doanya tidak dimakbulkan sehingga pada satu hari Allah memberikan izinnya. dimana ulamak tersebut melihat iblis. maka dari situlah ulamak tersebut mengatakan iblis bertanduk dan wajahnya amat hodoh.
jadi kesimpulannya pendapat saya iblis dan jin berwajah hodoh dan buruk sesuai dengan kekafiran dan kejahatan mereka. dan malaikat berwajah bersih dan berseri sesuai dgn ketaatan mereka. ni sy pun taknak argue dgn awak dan sy bukan suruh awak terima pendapat saya. kita disini hanya sharing pandangan masing masing.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply hantukiller
Saya taknak bertekak dengan awak pasal iblis nih walaupun pendapat kita berbe ...
Fieza-mira Post at 29-4-2011 22:31 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
ooo...sebab tu fieza kate beruntung kalu dah jumpa iblis kan...ok2 paham..![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ok soalan awak pernahkah saya lihat jin diatas. saya pun mcm awak ada baca sebuah kisah dimana s ...
hearts Post at 30-4-2011 05:44 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
tak jadi trauma ke kalu dah tengok rupa jin camtu? |
|
|
|
|
|
|
|
ha,,,ha,,,,ha..si maru nie..banyak tol soklan dia ..nasib baiklah ilah nie tengah mood baik..ha..h ...
ilahkhatibrani Post at 25-4-2011 13:54 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
daripada nama dorg kita bleh tahu level n tahap dorg dan jin type apa dorg ni sebnarnya so sng lah kita mencari kelemahan jin2 ni tadi... ctnnya waktu rasullullah dalam perjalanan israk mikraj , rasulullah di ganggu oleh jin ifrit - ifrit ni merupakan antara jin2 yg hebat / ada kekuatan yg lebih dari jin lain. so nk lawan dia kena lah padan dgn kekuatan musuh kan... satu lagi panggilan dia ni merupakan panggilan yg akan di panggil di akhirat kelak...
sbb tu dlm islam digalakan meberi nama anak yg baik2 dan panggil dgn nama penuh...
cth klo nama - shahila panggillah shahila jgnlah panggil ila - sbb makna nama tu dah jadi lain.. dan jgn bg nama pelik2 cth - Sherrina - apa makna nama sherrina?
dan nama ni lah yg akan dipanggil di akhirat sewaktu dipadang masyar.. nt... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ilahkhatibrani
hehe sorrii...perasaan ingin tahu ni susah nak kontrol kadang2... ...
marumaru Post at 25-4-2011 13:57 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
sy nasihatkan untuk maru lebih memahami eloklah gi dgr ceramah or merujuk pada ustaz kerana takut tersalah info...
klo segan gi je donwlod ceramah mp3 n dgr pakai earphone hehe
klo nak tahu apa2 kenalah belajar, bukan tanya hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
kepada maru sy tgk awk banyak sgt merujuk pada kisah2 barat ttg jin or hantu or setan, better gi lah baca buku2 dari agama islam sendiri kerana merujuk pada kisah barat sumernya tak betul dan salah sgt2... so jgnlah tersilap ok...
pada pendapat jin ni, sy ingin berkongsi pengetahuan sy kerana kita membincang soal hakikat. iaitu hakikat kejadian jin dan iblis... ianya tidak boleh di rasa2 or mengikut fahaman dan pengajian, apa yg disampaikan oleh al quran itu benar dan tidak boleh diubah2...
klo lah maru ni bukan muslim, dia pun bleh nampak betapa tiada ketetapan yg Haq tentang jin ni daripada perbincangan yg lepas...
begini,
malaikat di jadikan dar cahaya dari arasy...mereka juga tiada rupa2 tertentu melainkan bercahaya cuma daripada mereka Allah pilih untuk menjalankan tugas2 tertentu dan yg wajib kita tahu...dan yg lain hanyalah beribadat pada Allah.
Sewaktu Allah ingin menciptakan Adam, untuk dijadikan khalifah dibumi, malaikat gusar kerana manusia mempunyai nafsu dan keinginan, dimana dari situ akan timbulnya salah laku dan berbuat kerosakan di bumi Allah (perhatikan dari cerita ini telah menjelaskan, sememangnya Allah menciptakan manusia untuk dilantik menjadi khalifah di dunia - (beerti dunia yg kita tinggal sekarang ni, so hanyalah kita sahaja hidupan or kejadian Allah di dunia so tiada UFO or mahkluk asing tu sumer merepek..sbb kisah ni dah menjelaskan)
malaikat berasa gusar kerana bimbang bahawa manusia akan berbuat kerosakan jadi mengapa mahu dilantik menjadi khalifah (maknanya what is so special about human?) di sinilah Allah menjelaskan bahawa tiada yg lebih berkuasa melainkan Allah dan Allah sahaja lah yg mengetahui apa-apa yg ada di depan kita, di belakang kita mahupu di tgh2 kita. Jadi malaikat lantas sedar bahawa mereka telah mepersoalkan kekuasan Allah sedangkan Allah maha Mengetahui, jadi dari sebab inilah malaikat akur dan sujud pada Adam sewaktu di perintah oleh Allah.
Malaikat mmg diciptakan dari cahaya / nur yg suci jadi mereka tidak bernafsu kerana mereka suci, dan ditugaskan membawa wahyu2 Allah.
manakala Iblis / Azazil adalah satu makhluk yang diciptakan daripada api, manakala manusia dari tanah yg hitam. Oleh kerana mengetahui manusia ini dari tanah dan manusia ini juga akan berbuat kerosakan di muka bumi jadi dia berasa sombong dan megah kerana padanya dialah yg plg kuat bukan nabi Adam dan dialah yg layak untuk jadi khalifah dibumi. ibarat cam dia dah lama beribadat jadi ketua malaikat pulak pastu tiba2 lantik org lain jadi ketua so dia hangin lah haha
dulunya dia digelar azazil sewaktu menjadi ketua malaikat dan setelah dilaknat dia digelar iblis (iblis ni ada maknanya tp sy tak berapa pasti so blehlah google k)
setelah dilaknat, iblis di usir daripada syurga. dan kerana sakitnya hati dia pun menghasut hawa dgn menjadi org tua dan memujuk hawa supaya makan buah terlarang...
setelah itu Adam dan Hawa pula terusir ke bumi dalam keadaaan terpisah, Adam di bhgn seblah sini dan hawa di bhgn seblah sini...
oleh kerana iblis telah dilaknat sehingga ke hari kiamat, dan dijadikan api neraka, iblis meminta supaya Allah menangguhkan kematiannya sehingga ke hari pembalasan. Allah makbulkan dan iblis berjanji yg dia akan menyesatkan seluruh cucu-cucu dan keturunan Adam dan manusia sehingga ke hari akhirat. Allah izinkan, lepas tu iblis mohon lagi diberi kebenaran untuk memasuki bumi/ dunia, Allah izinkan. dan seterusnya dia minta beberapa perkara antaranya makanan dari tulang/asap dan usia cucu cicitnya panjang dan menjadi muda ketika tua, dan meminata supaya dia dpat melihat sedangkan dirinya tidak dapat dilihat...
dari keturunan iblis ni lahirnya golongan jin yg juga diciptakan dari api - jadi golongan diciptakan dari apai ialah jin dan iblis. iblis ni ada dua golongan yg islam dan yg kafir terpulang pada mereka.. sifat jin ni jahat... jadi ayat dlm citer damping malam - sebaik-baik manusia adalah sejahat2 jin tu salah... klo dah nama jin mmg sumer nya jahat takde yg baik...n manaleh samakan jin dgn manusia...jin ni adalah satu golongan lain dari iblis kerana pada zaman nabi sulaiman, golongan ini diperintah oleh baginda sehinggakan mereka berkata, jika tidak kerana kebodohan mereka dan jika mereka tahu yg nabi sulaiman dah wafat, dah tentu dorg takkan stay buat kerja untuk nabi sulaiman, ini membuktikan mereka tidak hebat dan mereka juga tidak mengetahui benda2 ghaib.
sewaktu nabi sulaiman meminta pada bala tenteranya sapa y boleh bawa istana balqis dtg ke sini, jin ifrit bgn dan kata saya boleh bawa sebelum sempat baginda bgn dari tmpt duduk.. nabi kata mmg hebat tp tiba2 pulak bangun seoragn hamba Allah ni berkata saya boleh bawakan sebelum sempat mata baginda berkelip, nabi kata lagi hebat.... so ini bukti yg manusia lebih kuat dr jin,
Rasulullah sewaktu berhadapan dengan jin, baginda pernah kata, hendak sahaja diikatkan jin ifrit ini ditiang mekah supaya org2 boleh melihatnya.. akan tetapi bila baginda teringat doa nabi sulaiman - "tiadalah org2 selepas aku mempunyai kelebihan seperti aku" barulah baginda tak buat, maksudnya setiap nabi dan rasul tu mmg diberi kelebihan untuk bersemuka dgn jin dan iblis, iblis tidak boleh menipu dan menyamar di depan Rasulullah itu adalah salah satu dr kelebihan baginda. Iblis juga tidak boleh menyerupai rasulullah, jadi klo ada sesapa yg yg bermimpi rasulullah , itu mmg baginda.. dan mimpi itu benar |
|
|
|
|
|
|
|
jadi iblis adalah nama bukan golongan... jin adalah golongan dan mempunyai nama masing2
syaitan adalah keturunan dari iblis yg mmg untuk menyesatkan manusia... syaitan sentiasa mengikut kita dan berada di pasar2 dan di rumah2 yg tidak dibaca alquran di dalamnya.
di berhala2 dan di hati2 manusia yang tak kuat imannya, n pada perempuan, syaitan juga suka duduk pada bhgn2 tertentu kat wanita ni..
pasal yg satu lagi golongan itu adalah dipanggil qarin...
ada satu ayat yg mengesahkan wujudnya qarin ini, qarin ini ibarat kitanya copy or backup hard disk kita... yg mana qarin ni dapat cerita segala2 yg kita buat sepanjang hidup kita.
setiap manusia dilahirkan bersama seekor syaitan dan qarin.. rasulullah pun begitu tetapi telah dibantu oleh Allah mengislamkan nya..
n sori klo ada yg terasa dan sori byk typo hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Haiwan2 pun banyak yang ada ekor dan tanduk ni....adakah mereka ni kena laknat dan lepas t ...
Fieza-mira Post at 28-4-2011 21:44 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
jin di jadikan daripada api, bagaimana sifat api tu sendiri yg tidak mempunyai sifat tetap..
ada yg marak, ada yg kecik, ada yg lonjong, panjang, pendek bulat
so dorg takde bentuk tetap..
pasal bertanduk tu tu pun dorg menyerupai mengikut kepercayaan...
cth bertaring.. sbb taring mmbawa makna bahaya... |
|
|
|
|
|
|
|
daripada nama dorg kita bleh tahu level n tahap dorg dan jin type apa dorg ni sebnarnya so ...
surfinv Post at 30-4-2011 19:47 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
jin ifrit ni same ke jin ifrit yang nak tolong nabi sulaiman tu? |
|
|
|
|
|
|
|
sy nasihatkan untuk maru lebih memahami eloklah gi dgr ceramah or merujuk pada ustaz keran ...
surfinv Post at 30-4-2011 19:49 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
sy tak bijak sikit...suka bertanya, sebab tak paham sngt bila baca sendiri...
maafkanlah my weakness ni okay...
tapi kat sini ramai yang sudi menjawab gak...I thank all of you for that...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
jadi iblis adalah nama bukan golongan... jin adalah golongan dan mempunyai nama masing2
syaitan ada ...
surfinv Post at 30-4-2011 20:29 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
qarin tu duk kat mane?jadi backup file untuk ape?kalu kita mati dia gi mane? |
|
|
|
|
|
|
| |
|