CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Boleh makan haiwan bunting yang disembelih - Harussani

[Copy link]
Post time 28-7-2011 03:51 PM | Show all posts
ada babi kat india tapi seme size kecut kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 04:34 PM | Show all posts
Saya rasa mufti tu hanya memberitahu dari segi hukumnya sahaja.  Soal kejam atau tidak kita sebagai manusia lah yg harus fikir. Tentulah xsampai hati nak sembelih binatang yg tengah sarat mengandung. Tapi kalau tersembelih juga boleh aje dimakan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:35 PM | Show all posts
Saya rasa mufti tu hanya memberitahu dari segi hukumnya sahaja.  Soal kejam atau tidak kita sebagai  ...
alovera Post at 28-7-2011 16:34

itu la sbenarnya.... tp ade yg tak nmpk isu sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:39 PM | Show all posts
dewa vishnu pernah menjelma jadi babi (vrahavatarang). ni salah satu jelmaan dia nak selamatkan dunia

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:40 PM | Show all posts
Kalau menala tawanan perang yang suaminya baru kita bunuh halal, apa lah sangat menyembelih binatang yang bunting ni.....

Cuma jangan lupa baca Bismillah hir Rahman nir Raheem dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:49 PM | Show all posts
member india aku ckp so and so.. member cina lak ckp so and so.. pastu terus dijadikan sbg fakta.. ngarut..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2011 04:51 PM | Show all posts
Reply  sygabg1


   kalau islamic ritual slaugthering ni bagus. takdele human right activist di  ...
muaythaiko Post at 28-7-2011 11:41



Itu dibuat atas dasar kebencian terhadap Islam tanpa kajian mendalam...

Islam adalah agama rahmat-kasih sayang untuk seluruh manusia bahkan kepada haiwan. Perhatikanlah bagaimana peraturan Islam dalam penyembelihan binatang ternakan. Cara penyembelihan Islam juga adalah sangat baik untuk kesihatan.

TUNTUTAN mendapatkan makanan halal menjadi perkara penting bagi setiap Muslim. Ini kerana ia adalah perintah daripada Allah melalui rasul-Nya. Pemakanan halal adalah di antara ciri utama dalam pembentukan fizikal sihat, khususnya bagi perkembangan minda serta hati manusia.

Pengetahuan tepat serta menyeluruh mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut lunas syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kesihatan.

Tambahan lagi, konsep sembelihan dalam Islam atau ‘zabiha’ juga perlu dihuraikan sebaik mungkin agar ibadat ini tidak dilihat sebagai satu perbuatan menyeksa haiwan secara kejam dan perlahan, berdasarkan pandangan masyarakat bukan Islam yang melihatnya hampir setiap tahun menjelang Aidiladha.

Islam meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan. Buku bertajuk Halal dan Haram dalam Islam Oleh Syeikh Muhammad Yusuf Qardhawi menghuraikan kaedah dan syarat penyembelihan berdasarkan al-Quran dan sunnah. Penyembelihan harus menggunakan objek tajam. Kaedah ini untuk meminimumkan kesakitan haiwan ketika disembelih.


Sabda Nabi saw bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta mudahkanlah penyembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim).

Penyembelihan harus dilakukan pada leher haiwan itu, iaitu pada bahagian urat nadi atau kerongkongnya. Setiap penyembelihan perlu dimulakan dengan Bismillah.

Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118).

Fakta saintifik membuktikan bagi setiap penyembelihan, darah haiwan itu perlu dialir keluar. Ini kerana darah adalah medium terbaik bagi mikro organisma membiak. Bahagian ‘spinal cord’ hendaklah dielakkan daripada terpotong ketika sembelihan dilakukan kerana ia akan menyekat aliran darah keluar akibat daripada saluran darah terganggu kesan daripada jantung haiwan terhenti secara tiba-tiba.

Dr Zakir Naik, seorang doktor dan pendakwah Islam antarabangsa menyenaraikan kepentingan serta kebaikan penyembelihan mengikut hukum syarak. Kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik dan bersih. Ini kerana darah yang menjadi punca pembiakan kuman, bakteria dan toksin yang akan menyebabkan beberapa penyakit dikeluarkan sejurus selepas proses penyembelihan. Selain itu, daging sembelihan kekal segar dalam satu tempoh yang lama.

Kaedah penyembelihan Islam juga tidak menyebabkan kesakitan kepada haiwan itu. Ini kerana saluran darah serta saraf yang menghubungkan ke otak yang boleh menyebabkan rasa sakit terputus. Maka keadaan di mana haiwan bertindak balas secara tiba-tiba dalam keadaan agresif bukan kerana kesakitan, tetapi kesan tindak balas otot yang berlaku apabila darah mengalir keluar.

Profesor Schultz dan rakannya Dr Hazim dari Universiti Hanover, Jerman, membuktikan melalui eksperimen dengan menggunakan alatan saintifik seperti Electroencephalograph (EEG) dan Electrocardiogram (ECG) menunjukkan kaedah sembelihan Islam adalah terbaik. Tiga saat pertama selepas kaedah sembelihan cara Islam dilakukan, EEG tidak menunjukkan sebarang perubahan graf. Ini menunjukkan haiwan itu tidak mengalami sebarang kesakitan secara tiba-tiba selepas penyembelihan. Kemudian, selepas tiga saat yang seterusnya, EEG merekodkan keadaan yang dinamakan sebagai ‘deep sleep’ di mana, haiwan mengalami keadaan tidak sedarkan diri kesan daripada darah yang mengalir keluar dari tubuh haiwan itu. Akhir sekali, EEG pada paras 0 menunjukkan tiada tanda-tanda kesakitan selepas enam saat eksperimen dilakukan. Kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik.

Seterusnya menunjukkan Islam amat mementingkan kebersihan serta kesihatan. Pemilihan pemakanan yang halal penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang memuaskan agar memperoleh tenaga yang secukupnya untuk beribadat. Oleh itu, Muslim perlu menilai dan meneliti sumber pemakanannya agar datang dari sumber yang halal bukan meragukan.

Oleh: Zamri Mohamad
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:59 PM | Show all posts
Kalau menala tawanan perang yang suaminya baru kita bunuh halal, apa lah sangat menyembelih binatang ...
Maideen. Post at 28-7-2011 16:40


kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata, Islam tidak melarang umatnya berbuat demikian, malah membenarkan memakan janin atau anak lembu dalam kandungan sekiranya didapati sudah tidak bernyawa selepas induknya disembelih.



tu la maideen. sampai mau makan janin atau anak lembu dalam kandungan pun pak mofti ada dapat hidayah dari Tuhan ar Rahman dan ar Raheem..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 05:03 PM | Show all posts
Reply 74# salimrock

salim, TT tepek artikel dari pak mopti ttg pasal hukum makan binatang ternakan yg bunting..
yg pasal binatang buruan seperti rusa, kijang, pelanduk, landak mahupun babi hutan dan spesis2 yg berkaitan kita kena tunggu TT tepek artikel yg baru..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 05:12 PM | Show all posts
Reply  salimrock

salim, TT tepek artikel dari pak mopti ttg pasal hukum makan binatang ternakan  ...
zippelius Post at 28-7-2011 17:03



    haiwan ternakan bunting , kena langgar kereta..pastu nazak, kalo tak sembelih mati jadi bangkai...jadi baik sembelih sebelum jadi bangkai...dan daging haiwan itu halal dimakan...

atau pun , mmg lembu tu baka gemuk, perut buncit, igt tak bunting, sekali sembelih ada janin, abis takkan nak tanam jer...dah halal dimakan, makan jer la....

jd motip nye, pakmufti ni bagi penrangan tentang hukum...jadi nak sembelih ke tak binatang bunting ni, terpulang la pada tuan punya haiwan tersebut....


kalo kata tindakan itu kejam. baik jd vegetarian je la, makan kacang buncis, bendi, lobak merah, petai.isap ganja..sepanjang hayat..

apa la susah sgt nak faham situasi ni, benda mudah nak dilece-lece kan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 05:28 PM | Show all posts
Reply 90# salimrock

there u r, kalu pakai akai rasional, kita sundri boleh ada pertimbangan mau makan atau tak binatang bunting yg nazak kena langgar.  pertimbangan ni takda kaitan dgn apa hujah pak mopti cuba kaitkan kununnya garis panduan ini Tuhan ada tetapkan dalam syariat islam.

but again, isu binatang ternakan kat perak ni bukan cerita pasal lembu bunting nazak kena langgar..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 05:30 PM | Show all posts
tu la maideen. sampai mau makan janin atau anak lembu dalam kandungan pun pak mofti ada  ...
zippelius Post at 28-7-2011 16:59
Allah menjadikan manusia sebaik baik kejadian dan memakai sifat sifatnya. (kata Isa A.S. God created man in his image ka apa ka).


Nampaknya tidak benar ajaran rasul rasul ini (bahawa Tuhan bersifat Pengasih dan Penyayang dan maha Mengasihani!)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2011 05:31 PM | Show all posts
macam tu bapak lembu pun tak boleh disembelih la..kesian anak lembu hilang bapak, bini lembu pun ...
cyclotron Post at 28-7-2011 14:07


kalau pk sampai ke situ...nenek atuk lembu pun tak boleh disembelihlah..kesian ayah, ibu, anak2, cucu2 lembu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 05:33 PM | Show all posts
Reply 87# sygabg1

Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118)
.

tolong bagitau en zamri mohamad yg Q6:118 tu takda ayat yg kata "ketika menyembelih".
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 05:41 PM | Show all posts
Allah menjadikan manusia sebaik baik kejadian dan memakai sifat sifatnya. (kata Isa A.S. God created ...
Maideen. Post at 28-7-2011 17:30


tak tau la deen, zip tgk dlm genesis "God created man in his own image".
tapi dalam isle ni ada segelintir pihak yg kehulu kehilir memegang konsep "man wanted to be God in his own image."  
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 05:55 PM | Show all posts
Reply  sygabg1

.

tolong bagitau en zamri mohamad yg Q6:118 tu takda ayat yg kata "ketika meny ...
zippelius Post at 28-7-2011 17:33



    apa kandungan ayat tersebut dengan jelas mengikut al-quran dan hadis sahih..?cuba zip perjelaskan di sini..kita semua nak tahu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 06:03 PM | Show all posts
dulu tgk TLC pasal masakan cina muslim...

mmg dorang purposely pilih n sembelih kambing yg tgh bunting...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 06:17 PM | Show all posts
Reply 96# sygabg1

sori...


rushing nonton harimau malaya, next time ye..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 06:50 PM | Show all posts
well...tak tergamak laaaa sayang oi ....awat laaaaa pi pilih yg ladies tu , pilihlah yg males laaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 07:09 PM | Show all posts
Saya biasa pergi memburu kijang ngan pelanduk..dalam gelap itu macam mana saya tahu kijang dan p ...
Anak_Nogori Post at 28-7-2011 10:15



    Kalu kijang or pelanduk bunting, mereka mengengkang ketika berlari bro..
Laen kali peratikan dulu tau..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.204138 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list