CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

Sistem Perbankan Islam Msia: Membantu Atau Menindas?

   Close [Copy link]
Post time 22-2-2012 03:39 PM | Show all posts
Reply 80# gabanzack

utk 25 thn.. BLR -1.9

ni bkn bank islam.. tp cimb-i (islamik)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2012 03:44 PM | Show all posts
Reply  gabanzack

utk 25 thn.. BLR -1.9

ni bkn bank islam.. tp cimb-i (islamik)
naj13 Post at 22-2-2012 15:39



    awat saya kira  total RM442K saja?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 03:49 PM | Show all posts
Reply 82# gabanzack

lupa nk mention.. ceiling rate around 10.9 klu x silap.. lps tu baru flat rate

442k tu klu BLR flat rate -1.9 drp nilai skrg
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 03:56 PM | Show all posts
Reply  gabanzack

lupa nk mention.. ceiling rate around 10.9 klu x silap.. lps tu baru flat rate
...
naj13 Post at 22-2-2012 15:49



10.9 tu saya kira total = 758, 856. Dia ada tambah apa-apa lagi ke lepas tu?

Bukan apa....just nak faham calculation dorang


Betul tak kefahaman saya yg berikut ttg loan dgn PI:

1. Dorang set kontrak pembiayaan pada fix rate 10.9% (maximum rate yg dijamin).

2. Tapi in actual, dorang beri balik diskaun dengan mengambil BLR value sebagai rujukan/benchmark supaya kelihatan berdaya saing dgn rate bank2 konvensional.


Jadi bermaksud, kalau tak berlaku perkara luar biasa dan PI terus memberi diskaun seperti no.2 di atas, kita akan dapati jumlah sebenar yg perlu dibayar dalam loan PI ni sama saja dengan jumlah loan konvensional.


Betul tak camtu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 04:15 PM | Show all posts
Reply 12# jazaa


aku pun terbabit jugak.. beli 2 rumah harga yang sama, yang loan islamic punya jadi triple..memang macam haram!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 04:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by naj13 at 22-2-2012 09:22

Reply 84# gabanzack

betul.. begitu juga yg sya & suami faham.. kiranya x der beza pun dgn loan konvensional lah kan?

yg lebih tu ada tambah MRTA 6k each, sya & suami (so total = 12k).. ada lg legal fees etc yg sya pun x berapa faham

ini pun mujur kami bertegas nk ambil 25 thn saja.. asalnya kami ditawarkan tempoh pinjaman 40 thn..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2012 04:35 PM | Show all posts
Reply  gabanzack

betul.. begitu juga yg sya & suami faham.. kiranya x der beza pun dgn loan konv ...
naj13 Post at 22-2-2012 16:21


kalau begitu, secara efektifnya, tidaklah lebih mahal daripada bank konvensional seperti yg didakwa oleh ramai orang. Cuma on paper saja lebih mahal tapi secara amalannya, bank Islam guna kadar "faedah" yg lebih kurang sama saja dgn bank biasa. Yg ni kot orang risau sebab bank ada hak utk enforce maximum rate sebab kita pun dah bersetuju masa sign contract.

Satu lagi, org marah sebab dorang gelar diri as perbankan Islam. Bila Islam sepatutnya ada unsur belas ihsan dan timbangrasa yg tinggi.

Mungkin patut tukar je nama sistem ni kepada nama lain. Jadi org tidaklah meletakkan expectation yg tinggi. Bezanya cuma, nak dinamic rate (yg boleh naik turun) atau flat rate (yg tinggi tapi bank boleh pilih utk beri diskaun berterusan).


Time survey perbankan Islam, bank mana yg paling murah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 04:37 PM | Show all posts
menindas sama jer cam bank2 lain...takdenya nak bantu dan ikut cara islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2012 04:46 PM | Show all posts
laki ambik loan konvensional RM90K, selama 30 tahun jumlah nanti akan jadi RM180k
bini ambik loan islamic RM90k, selama 30 tahun jugak tapi jumlah akan jadi RM243k

islamik la sangat.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 04:48 PM | Show all posts
Rumah pertama dan kedua sepatutnya tidak dikenakan kadar bunga yang tinggi sebab atas dasar membantu sesama ummah untuk memiliki harta..lain la rumah ketiga dan seterusnya kerana golongan ini sudah kaya dan membuat pelaburan dalam bidang hartanah..ini lah yang dikatakan adil dan saksama..bank untung..pengguna pun untung... pandangan aku la...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 04:48 PM | Show all posts
tapi aku gi ambank... sekarang ni dia cakap islamic loan ikut BLR gak cuma bezanya ada akad..lepas tu dia cakap kalau personal loan pun ada akad dah siap atas kertas.. bukan jual beli mesin ATM lagi (aku citer dgn dia pasal kes mesin ATM..hehehehe)... macam serupa la gak cam convesional .. di arabkan je  
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 04:52 PM | Show all posts
Yg ni kot orang risau sebab bank ada hak utk enforce maximum rate sebab kita pun dah bersetuju masa sign contract.
gabanzack Post at 22-2-2012 16:35


masalah takde dalam perjanjian yang dibuat untuk kita menyatakan apa yang kita tak puas hati dengan perjanjian tersebut. kita kena terima segala perjanjian yang ditulis kalau tak memang tak dapat la loan tu... ingat customer setuju ke dengan semua syarat syarat yang dinyatakan..........

apa yang kita lihat sekarang ni mereka pusing sistem perbankan islam yang asal..lebih parah apabila bank konvesional juga mahu melibatkan diri dalam perbankan islam ni...

pusing pusing kita terkena juga dengan sistem yahudi tu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 04:54 PM | Show all posts
Reply 87# gabanzack

kebanyakan aduan yg diutarakan adalah pinjaman dgn Bank Islam kan? mungkin kadar faedah lbh kurang dgn konvensional saja, tp yg timbul masalah apabila peminjam x mampu nk bayar.. rasanya di sini yg berbeza dgn bank konvensional (cuba selak kes yg lepas2)..

masa buat loan dulu kami silap sbb terlalu bergantung pd SA pihak pemaju.. he was supposed to submit our application to at least 3 banks.. ended up dia hantar satu bank saja.. itu pun sbb kebetulan hari kami dtg pjbt tu ada ejen cimb kat sana (thus the cimb-i loan & cimb pun reply pantas, dlm masa 2 hari jer dh pre-approved..).. SA tu skrg pun dh kena terminate sbb kes pecah amanah

patutnya kena survey & bandingkan dulu pilihan yg ada .. tp tu lah, mmg silap kami..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 04:55 PM | Show all posts
laki ambik loan konvensional RM90K, selama 30 tahun jumlah nanti akan jadi RM180k
bini ambik loan i ...
Megahertz Post at 22-2-2012 16:46



Agak-agaknya, 90K yg dibayar balik dalam tempoh 30 tahun tu , berapa yg sepatutnya bank claim balik supaya dikatakan tak menindas?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 05:01 PM | Show all posts
Agak-agaknya, 90K yg dibayar balik dalam tempoh 30 tahun tu , berapa yg sepatutnya bank claim ...
gabanzack Post at 22-2-2012 16:55


kadar munasabah yg dipersetujui oleh kedua2 belah pihak yg terlibat bukan yg TERPAKSA DIPERSETUJUI oleh satu pihak yg di dalam keadaan terdesak dan memerlukan.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 05:02 PM | Show all posts
loan umah aku.. rm119k.. bayar rm408k..

-------------------------------------------------------------------------
isu Pembelian rumah
------------------------------
pihak bank kata dia akan jual balik rumah tu ikut harga semasa rumah pada tarikh pembayaran. so kalau pikir memang logik la.

tapi camana lak dengan pembelian kereta yang susut nilai..kenapa pihak bank masih mengenakan caj tinggi . sepatutnya kena ikut harga semasa tarikh tamat pembelian sewa beli tersebut.

kalau ikut logik hutang kereta makin murah la kan..tapi tak pulak jadi camtu.... memang terkena lagi kita....

memang mereka memang mempergunakan sistem islam untuk mengaburi mata kita.... sesungguh sistem islam tidak menindas yang menindas adalah orang yang menyalahgunakn sistem demi kepentingan syarikat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2012 05:11 PM | Show all posts
loan umah aku.. rm119k.. bayar rm408k..

islamik le sgt.. ( bank islam lagi.. )
beli harga teres. ...
Alt-F4 Post at 22-2-2012 12:04


errr....aku pung berbulu jugak nih....aku dulu keuntungan 7.75%...pinjam katakan RM100k...pehtu aku kene buat refinance sbb nak menuntut subsidi dr kampeni...pungpangpung....baki pinjaman rm100k jugok...fuh...dah ler kene byr fee sbb kurang 5 taunn....thn la jugak sbb yg baru ni interest almost separuh dr yg tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 05:21 PM | Show all posts
loan umah aku.. rm119k.. bayar rm408k..

--------------------------------------------------------- ...
tempur Post at 22-2-2012 17:02


tu yg aku pelik apsal kaedah utk urus niaga pembiayaan kenderaan dan hartanah berbeza???
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 05:27 PM | Show all posts
kadar munasabah yg dipersetujui oleh kedua2 belah pihak yg terlibat bukan yg TERPAKSA DIPERSETUJ ...
axl_bach Post at 22-2-2012 17:01



orang "bank islam" kata mereka tak paksa pun pelanggan sign kontrak... takde pun acu pistol kat kepala pelanggan

the thing is dua-dua pihak ada same interest but different direction. Bank nak untung besar dgn mengenakan rate tinggi. Pelanggan nak untung besar dengan mengharapkan rate rendah. Dalam hal ini, kedua-duanya pun mementingkan diri sendiri sebenarnya . Dan takde sape boleh salahkan sesape dalam hal ini sebab kedua-duanya entiti bebas.

Sebab tu aku kata, memasing sedang menggunakan bahasa masing2 yg masing2 je boleh paham.

Kalau tukar posisi pun, memasing akan buat benda yg sama jugak . Takde sape yg sanggup nak bagi pinjam duit kat stranger yg takde hubungan keluarga, bayar lak sampai 30 tahun, dengan risiko org tu lari tak bayar, dengan hanya mengenakan caj yg rendah, jauh sekali zero interest langsung.


Yg boleh buat bisness banking tanpa fikir keuntungan diri sendiri, secara logik dan realistiknya hanyalah KERAJAAN.


Ni aku sebut ni bukan sebab aku advocate bank Islam ye..... Aku cuma nak ulas realiti kehidupan je
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 05:33 PM | Show all posts
orang "bank islam" kata mereka tak paksa pun pelanggan sign kontrak... takde pun acu pistol ka ...
gabanzack Post at 22-2-2012 17:27


aku plak x anggap camtuh bro...pengguna bukan nak rate yg rendah melampau just cukuplah ala kadar dan x membebankan paling penting bukan lebih mahal berbanding dgn Riba' tuh yg paling penting......jika rate lebih tinggi berbanding sistem riba' mana yg dikatakan alternatif utk melepaskan muslimin dari bahaya riba' melainkan sekadar menggunakan label ISLAM utk keuntungan berganda....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.227074 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list