Post Last Edit by lavender_aqua at 27-3-2012 11:36
Selingan 2: Dengarlah cakap orang tua.
Memandangkan aku agak sibuk dengan beberapa hal dan masih belum ada mood nak sambung cerita di U aku, aku nak kongsikan 1 kisah yang ‘independent’. Tak ada hubung kait dengan mana2 kisah2 sebelum ni. Kisah ni terjadi masa Zain baru lahir. Masa ni aku masih sekolah, dan kebetulan kak Ann berpantang di rumah mak aku sebab mak dia ada masalah tangan kebas jadi tak boleh nak pegang baby lama2 dan buat kerja2 nak menjaga ibu dalam pantang.
Masa tu,aku sekolah sesi pagi, tengah hari balik rumah baru nak rehat, siapkan kerja rumah dan sambil2 tu main dengan Zain. Malamnya pula aku pergi tusyen. Sebelum sampai rumah (lepas habis tusyen), mak aku pesan jangan masuk rumah terus. Pusing2 kat kawasan porch kereta dan lepas tu masuk ikut pintu dapur. Rumah aku corner lot,nasib baik boleh masuk ikut pintu lain, kalau rumah tengah macam mana nak masuk ikut pintu belakang?
Aku tak puas hati dengan pesanan mak aku tu, bila tanya aku hanya disuruh ikut saja. Tapi sebab aku malas nak bising2, aku ikut juga walaupun aku rasa macam teruk disuruh buat begitu. Tau tak, sampai satu tahap aku rasa malas nak pergi tusyen sebab aku tak suka dilakukan sedemikian rupa bila balik rumah.
Sampailah suatu petang hujung minggu, mak dan keluarga kakak kak Ann datang nak tengok Zain. Masa makcik sampai, dia terus menghala ke tempat buaian Zain. Budak kecik ni yang tengah tidur terus diambilnya dan diriba. Aku agak tak suka sebab budak tengah tidur, janganlah kacau tapi aku tenangkan hati sebab Zain pun cucu makcik juga. Apabila malam menjelma, baru terjadi sesuatu yang tak disangka. Zain menangis sekuat2nya, sampai bapa aku marah2 jugalah. Kenapa tiba2 menangis macam nampak hantu?
Lepas setengah jam atau kurang sikit, bapa aku dah hilang sabar. Dia pergi ke dapur, ambil garam kasar segenggam, baca surah apa ntah, lalukan genggaman garam tu sekeliling Zain dan baling garam ni sejauh mungkin masa kat luar rumah. Lepas tu terus tutup pintu cepat2. Esoknya bila dah reda aku tanya mak aku, kenapa abah buat macam tu dan kenapa Zain menangis macam budak nak kena sawan je?
Mak aku kata benda halus tak suka dengan garam kasar dan sebab kenapa Zain menangis, mak aku tak mau main tuduh2. Tapi mak aku kata mungkin sebab makcik masuk rumah terus dan ambil Zain, benda yang ada kat makcik ikut sama. Wallahualam. Untuk pengetahuan korang, makcik memang ‘sakit’, jadi sebab tu mak aku syak yang kejadian malam tadi ada kaitan dengan dia.
Aku rasa kisah ni mungkin agak tipikal bagi sebahagian daripada pembaca di sini, tapi ini merupakan 1 benda baru bagi aku yang baru meningkat remaja masa tu. |