|
erkkk banyaknya abjad. |
|
|
|
|
|
|
|
Hi,
Sronok pulak baca entry y panjang2 kat sni..So rasa cam nak bkongsi la jugak pasal kes masa2 belajar kat sek menengah dlu.
saya dlu blajar kat sekolah kat area muadzam shah. Area org asli, penah la diowg kat sekolah cerita yang sekolah tu sbnrnye tapak orang asli and ada satu bilik yang kami duduk tu tapak org asli buang mnde2 yang xelok. Tapi xpasti kebenaran kisah tu. Tapi yang bab histeria mg banyak sgt2 berlaku kat sekolah and asrama. Tak kira aspura ataupn aspuri.
So saya cerita kisah yang kakak saya sendiri alami. Masa tu dia form 2..owh lupa nk cakap saya sama sekolah dengan kakak saya. Tapi masa tu saya xmasuk lagi la sekolah tu. Kakak saya form 5 baru saya masuk situ.
Mula2 kakak saya boleh kena histeria bila satu petang ni, diowg semua get ready nak g solat maghrib lepas mkn ptg. Kira time pkul 6 smpai pkul 7.15 mg time makan la. So akak saya ni dah siap makan nak balik la bilik dulu nak tukar baju and ambil wudhu siap2 so xperlu berebut time kat surau nanti. Tapi on the way dia balik dari dewan makan tu dia nmpak macam ada puting beliung kecil datang berputar2 depan dia. So dia menjerit-jerit la bagitau ada puting beliung and dah lari2 nak selamatkan dari. Tapi puting beliung tu makin dekat dengan dia and lepas tu dia xsdar lansung ape yang jadi.
Bila dia sedar dia ada kat hospital dah doc ikat tangan n kaki dia semua. Bila dia tanya warden yang ikut dia sekali, rupanya warden terpaksa bawak akak sy ni keluar dari kawasan sekolah sebab selagi dia ada kat kawasan sekolah akan ada 6 org yang lain akan histeria jugak. Kira aspuri ni ada dua bangunan stiap bangunan 3 level. So wakil setiap level akan kena histeria serentak dengan my sis ni.
So kakak saya ni mmg paling kerap kena histeria kat sekolah tu sampai ada seorang senior prnah cerita punya la takut bila kakak saya ni histeria diowg even dtg bulan pn akan baca or pegang yassin.
Pernah jugak sekali kakak saya ni study lewat malam, biasa lah student kan, mmg suke stay up. Disebabkan hostel ni pkul 11 dah wajib tutup lampu, so akak sy ni punya la nk study so dia buat kerja depan pintu bilk sebab ada lampu kat koridor. Tengah dia study tu dia nmpak ada makhluk besar kat depan mata dia tinggi sangat2 and pandang tajam kat dia dah la mata merah. So my sis ni terus menjerit ketakutan. My sis cakap dia sedar semua yang orang sekeliling dia buat, ada yang baca yassin, baca ayat kursi tapi mende tu tetap pandang kakak sy sambil gelak2 mengatakan xguna diowg baca kalau sebutan pn salah.(pss.bukan sekali kejadian mnde tu gelakkn bacaan kami ni. ada masa sy crite kisah lain plak).
Bila ustaz dtg ustaz tu pn pandang mende tu sdgkan student yang lain xnmpak pn. Ustaz baca something and hembus baru mende tu blah. Lembik jugk la my sis time tu. Tu xtermasuk dia histeria dalam dewan tengah perhimpunan. Bila suruh mengucap dia mintak microphone. Ada jugak my sis menyanyi bahasa asli, english and mcm2 bahasa lagi.
Panjang pulak rsanya, takpe saya habiskan pasal my sis yea. So sebab dah terlalu teruk so cikgu suruh family bawak akak balik berubat. Kami dlu naik van vannette je. Tak tau eja btl ke salah. So time ambil tu akak terus duk seat belakang sekali side kanan. Time ambil tu hanya arwah mak n abah je yang pergi. Lepas smpai area umah, arwah mak berhenti kat satu gerai ni untuk beli popia basah. Memang feberet dia tu, so mak cik gerai tu tegur, kak..bawak nenek tua mana tu? yang mak dah terkejut. Mak cakap tu anak saya tu amek dari sekolah. Mak cik tu terus mengucap panjang kata sumpah kak saya nampak org tua beserabut rambutnya. So mak pun senyum and terus bawak my sis balik umah.
Di sebabkan oleh saya xpunya kesedaran diri lagi masa tu, bila akak smpai umah je saya nak tegur tapi parents cakap akak sakit. Jangan kacau. Anak patuh dan taat, so saya biarkan jelah.
Malam tu parents bawak kakak pergi berubat. tapi orang yang berubt tu just scan je dlu and then soh parents balik and soh bawak 5 bijik limau purut. So esok tu parents bawak la 6 bijik. tapi ustaz tu cakap xboleh berubat kalau bawak lebih limau tu sedangkan limau yang extra sebijik tu ada dalam kereta. Xtau la macam mana ustaz tu tau. So malam tu pulang dengan kecewa tapi ustaz tu cakap kakak xkan kne histeria malam tu. parents pown percaya jela.
Esok malam tu baru bawak cukup2 je 5 bijik. So ustaz tu mulakan la proses dia, and malam tu baru la tau kisah akak saya ni sebenrnya.
Arwah mak saya ni dulu meniaga kedai makan kat daerah kuantan. Bukan kat bandar tapi area Kuantan lah. Rahsia lokasi sebab tempat tu dah xde dh. So kat area arwah mak meniaga dlu lokasi org buang mcm2. So ada la seekor dh terlepas masuk dalam badan kakak. Tapi dia xganggu lagi. Bila kakak ni balik hostel dia, mende kat ostel dia pulak terpikat dengan yang dalam badan ni. So lahir lah sebuah family. Sebab tu lah kenapa bila akak kena histeria, student lain pn berkait2 jugak. Berderet lah ustaz tu tarik keluar sekor2.
Lepas berubat tu baru lah akak okay. Tapi semangat dia tetap lemah and ustaz tu bekalkan dia seketul kemenyan besar. So kira kalau dia dh ase takut sangat pegang kemenyan tu. Katanya kemenyan dari tanah arab. Tak ingat plak yang tu. Tpi sampai sekarang akak xpenah putus berubat. Katanya kalau berubat nt bila dh okay kene putus berubat takut jadi ape2. Tapi Alhamdulillah xde yang pernah masuk badan dia dh.
Nanti saya ceritakan pasal kawan saya pulak yea. Lagi hard core kot..Bagi saya lah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yeahh akhirnya ada yang menyambung...
Nak lagi pls...
|
|
|
|
|
|
|
|
nur_ieyfa posted on 4-11-2013 05:22 PM
Hi,
Sronok pulak baca entry y panjang2 kat sni..So rasa cam nak bkongsi la jugak pasal kes masa2 ...
Best best...sila sambung lagi!
|
|
|
|
|
|
|
|
Orked_Vanda posted on 4-11-2013 10:46 PM
Best best...sila sambung lagi!
sabar jap yea..ieyfa baru masuk opis ni..lps buat kje sket nt, ieyfa sambung kisah mber ieyfa pulak..and mcm mana reaksi kakak time kwan ieyfa kne histeria selepas hmpir 3 tahun xde histeria kat sekolah tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hi,
Kje dah siap so saya menyambung la story mory yea..
Time ni saya baru form 1, baru2 masuk duduk sebilik dengan kakak. Biasa la adik senior kan so dapat kelebihan duk sebilik. Yang xbestnye bilik tu adalah bilik yang diowg cakap tapak org asli buang mende2 tu. Kalau xsilap saya ada seorang ustaz pernah datang sekolah tu sebab parents ajak datang tengok asrama tu. Ustaz yang sama buang jin berbas-bas kat kat UUM tu. Ustaz tu salah seorang kenalan parents la. Ustaz tu cakap masa jalan2 kat sekeliling asrama tu, ada satu port banyak sangat mende2 tu melepak.
Salah satu tempat nya kat belakang bilik kitorg. Bilik kitowg ni sebelah bilik basuh. So kira antara hujung blok la tu. Ustaz tu cakap time dia jalan mende2 ni duk mengikut je dia. Dh la time dia ronda tu time lepas maghrib. Kental betul jiwa ustaz ni.
Okay, so berbalik pada kisah kawan saya yang saya nk cerita ni. Kawan saya ni mg bestfriend saya lah sampai sekarang. Time tu sebelum rehat, kitowg dalam kelas dah mengantuk, ustazah mengajar mmg boring sangat2. Tibe2 kawan saya ni tanya kat mber kitowg yang lain, ko nampak ape kat buku aku ni. Yang mmber cakap mne nampak ape2.
Kawan saya ckp ada muka mende bertanduk lidah menjelir keluar mata merah la. Macam real. Sape lukis erk kat buku aku ni. Yang mber dah cuak cakap menggigil-gigil, xde pape la Ayu(bukan nama sebenar). Pastu bestfriend saya ni (Ayu) angguk je terus tunduk macam nk tido pastu tibe2 bahu dia bgerak2, macam org menangis tersengguk2 tu la.
Disebabkan posisi meja diowg ni kat belakang sekali so xde sape2 yang perasan mula2. Saya plak duk sebelah mber lain kat depan. Si mber yang duk sebelah Ayu tu dh ingatkan Ayu ni nangis. Sebab dengar bunyi teresak2. Lame2 makin kuat then tibe2 je Ayu ni bangun and menjerit sekuat2 nya. Padahal suara dia ni klau dalam kelas slow ya amat. Sampai cikgu stress kalau tanya dia.
Lepas dia jerit tu dia boleh tolak kerusi meja habis terbalik2. Padahal kurus melidi je. Yeala budak form 1 besar mne la sangat kn.
Ustazah terus terkejut, ingatkan si Ayu ni cari pasal dalam kelas dia. Saya plak terus pegang Ayu ni dari mengamuk. Dia pandang mata saya sambil gelak2. Cuak gak time 2 tapi dalam fikiran nk tolong member je. So pegang jela kan. Then budak2 perempuan yang lain keliling dia sambil baca ayat kursi. Dia boleh gelak2 je sambil baca sekali sambil menganjing budak2 baca. Pastu siap cakap, xpayah la baca kalau bacaan tunggang langgang. Aku pun boleh baca la bodoh.
Saya time tu dh bersirap la darah sebab mende ni kuat menganjing sangat. Di sebabkan time tu saya duk kat kepala Ayu sambil tutup mata dia sebab takut jugak dia masuk ikut pandangan mata kat org lain. Ustaz penah cakap mende2 ni masuk paling senang ikut mata. Lagipun mata si Ayu ni merah terbeliak time tu. So tutup untuk xmenakutkan org kat situ sekali.
Time saya tengah bengang tu teringat satu ayat seorg ustazah pernah ajar untuk elak gangguan jin dan syaitan. So saya baca banyak kali kat telinga dia. Mnjerit2 member saya cakap panas oii..bodoh panas la...Aku keluar nanti aku masuk badan ko bodoh!! Cuak gak saya time tu. Tapi sebab panas hati sangat kan so terus je baca. Time tu xfikir ape2 la pulak.
Ase cam lame je nak tunggu ustaz datang time 2. Ayu pn dah lembik time tu sebab saya baca xberhenti dalam masa yang sama kitowg panggil seorang lagi kawan kitowg nama dia Ika(bukan nama sebenar) datang. Si Ika ni hafizah so bacaan kira memang tiptop la and si Ika ni memang Qariah wakil daerah la. Bila dah form 3 dia jadi wakil negeri. So Ika ni baca la ayat qursi dengan tajwid semua yang betul la. Sampai la ayat terakhir Ayu menggigil panas. Rupanya ayat terakhir kat Ayat Kursi ni la penawarnya. Sebab tu la sebelum tidur kalau xnak baca ayat kursi tujuh kali just baca ayat kursi penuh sekali and ulang lagi 6 kali ayat terakhir ni sebagai pelindung diri.
Ok back to story, ustaz pn datang. Bermula la sessi soal menyoal. Ustaz baca surah An-Nas. Kalau xsilap la, dh ingat2 lupa la,(sorry ustaz j) Annas ni maksud dia manusia. So sampai satu ayat ni Minal Jinnatiwannas..Lebih kurang camtu lah ejaannye. Si Ayu ni menjerit memang aku jin!! So ustaz pn tanya la kalau kau ni jin, ko jin islam ke xsempat tanya habis Ayu dah jerit Kaffirrr!! Ustaz dh menggeleng kepala dah.
Ustaz suruh kami bukak kasut dan socks dia then sumbt socks dia tu kat celah2 antara ibu jari kaki dia, dua2 belah so that ustaz cakap senang dia nk keluar. Sebab selalu jin ni pandai masuk xpandai nak keluar. Yang saya ni buat nakal saya la time tu. Kan saya tengah tutup mata Ayu ni, so saje la time tu bukak sikit jari nak tengok dia ni, bila terasa saya bukak jari je laju Ayu ni bukak mata. Bila saya tutup dia pn tutup mata balik.
Pastu ustaz baca ayat something la. Termasuk sekali ayat yang saya baca mula2 tu. Ayu dah menggeliat panas pastu jerit aku keluar..Panas.. Pastu Ayu terus lembik. Terkulai. Saya time tu xbrani lagi nak angkat tangan saya. Tapi ustaz suruh time tu so bukak la. Time tu Ayu lembik sangat. Tapi, sebelum saya angkat tangan saya, saya nampak mulut Ayu tersenyum simpul. Dah pelik dh time tu.
Saya tengok je. At the same time Ayu pun pandang saya tajam sangat and saya perasan tu bukan pandangan mata Ayu. Nak cakap tapi Ayu terus cakap dahaga, nak air. Ustaz pown bagi air yang dia baca something kat Ayu, Ayu amek tapi mcm pura2 tumpahkan air tu. Dia cakap xlarat sangat. Ustaz soh dia mngucap time 2. Dia pn mengucap la, tapi saya perasan sgt2 bila dia sebut ila haillallah la rasulullah. Lebih kurang cm tu lah. Sebabkan suara si Ayu ni slow sgt2 and saya betul2 kat sebelah dia so saya mg dengar jelas dia sebut mcm 2.
Semua org time tu dh lega. Saya ni plak xpuas hati, cakap kat dia Ayu ko ngucap elok2 sket. Aku dngar ape ko sebut. Sambil terus pegang tangan dia sebab mmg xpuas hati gile la. Xtau la time tu keberanian datang dari mana. Tibe2 je Ayu jerit bodoh!!manusia mmg bodoh!! Macam mana kau boleh tau??Terus pusing pandang saya. Cuak takut tkejut semua ada. Ustaz pn tersentak. Ingat dah settle. Tapi panjang lagi rupanya..
Bersambung petang nanti la yea. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nur_ieyfa posted on 6-11-2013 11:49 AM
Hi,
Kje dah siap so saya menyambung la story mory yea..
Yeay! Ada update! Sambung lagi please...
|
|
|
|
|
|
|
|
nur_ieyfa posted on 6-11-2013 11:49 AM
Hi,
Kje dah siap so saya menyambung la story mory yea..
Wah.. Best-2!! Cepat sambung..hee
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorry yea..Hari ni ieyfa E.L ada appointment doc, so xdpt nak sambung..So skrg ieyfa sambung sikit lg sambungan nya yea..
So lepas si Ayu sambung balik menjerit dia, tiba-tiba je ada seorang senior form 3 menjerit jugak kat kelas dia. Block dia depan block kitorg je. Budak form 1 mmg kena duk bgunan belakang sekali masa tu. Time kakak tu menjerit si Ayu ni gelak2 je siap cakap, ni angkara budak ni la jadi macam ni. Kitowg dah pelik la ape salah yang si Ayu ni buat.
Sebabkan Ayu xteruk sangat menjerit2 just gelak2 je, ustaz pn pergi la dekat kakak yang terjerit2 td. Rupanya yang masuk dalam badan kakak tu mende yang sama dalam badan Ayu. Mende tu main pindah2 untuk sushkan kerja sang ustaz.
Bila ustaz ajak borak dgn mende tu, baru la mende tu cerita kenapa dia masuk badan dua org ni..Rupa-rupanya, si Ayu ni datang bulan entah macam mana darah dia tu kakak senior ni terpijak. So dia dah bawak darah tu merata-rata kat sekolah ni sampai mengundang mende tu datang and mende tu macam mencari sape punya darah sebab tu la si Ayu ni terkena histeria tiba-tiba.
Mula-mula ustaz xpercaya cerita mende tu, yeala bukan boleh percaya sangat cerita puak2 ni kan tapi mende tu soh ustaz check tapak kasut kakak tu. So ustaz check memang betul ada darah kat tapak kasut tu. Saya time tu xpergi la kat kelas kakak tu tapi kawan saya pergi dia yang menyebok and bercerita kat kitowg. Saya tak leh pergi sebab kena pegang si Ayu ni.
Entah macam mana mende tu masuk balik dalam badan Ayu and Ayu meronta-ronta mintak lepas ntah cmne boleh terlepas so laju je Ayu ni lari. Dia lari pusing2 satu sekolah, semua org kejar xdapat tangkap plus si Ayu ni mmg sprinter sekolah. Sekejap2 kat tingkat 1 pastu kat tingkat 3. Yang paling xleh lupa dia lari depan kelas kakak saya time tu masuk kelas jumpa kakak saya and pastu cakap, aku tau kisah kau..Pastu blah.
Yang kakak saya dah takut menggigil2 siap menangis ketakutan. Kakak saya memang paling lemah semangat dalam family. Last2 si Ayu ni dapat la di tangkap oleh sprinter lelaki sekolah. Walaupn time tu senior tu dh macam semput mengejar akhirnya dapat jugak tangkap. Yang best part bila Ayu boleh gelak2 xde semput lansung sdgkan mamat sprinter tu dh semput mencari udara.
So bila dah dapat tangkap diowg bawak si Ayu ni pergi surau. Tapi Ayu cakap, ko ingat aku takut kat surau kau. Aku dah dapat tuan rumah, aku xkan keluar la. Memang surau tu macam dah hilang aura nya sebab ada kes pernah jadi tapi xyah la cerita, menjatuhkan maruah sekolah plak kan..
Ntah ape yang ustaz buat, keadaan jadi reda. Kakak senior tu pn dh okay sket. And si Ayu pown okay la xmenjerit dah. Saya time 2 xikut sebab nak siap2 utk PREP petang.
Balik bilik je direct kena marah dengan kakak sebab saya tolong si Ayu. Padahal saya xde cakap pn kat akak yang saya tolong. Akak cakap dia boleh rasa. Lepas ni jangan tolong dah. Memang xtolong dah la sepanjang akak saya sekolah kat situ tapi bila dia habis je memang selalu la jugak menyebok..hehe
Btw, gangguan kat Ayu xterhenti kat situ je. Banyak lagi kisah2 dia since dia dah jadi perumah untuk mende tu.And mende tu saja je kacau kakak sebab nk bg akak takut. Kan memang dah tugas diowg utk menakutkan dan mnyesatkan anak2 ADAM...
Nanti kalau xde banyak sangat kerja, saya sambung pulak kisah gangguan2 yang Ayu kena since dia kawan baik saya kan so org terawal dia crite mmg saya lah. And gangguan yang family dia kena time nk ubatkan Ayu ni.
Hope semua suka la crite saya yang xseberapa ni...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nur_ieyfa posted on 8-11-2013 10:08 PM
Sorry yea..Hari ni ieyfa E.L ada appointment doc, so xdpt nak sambung..So skrg ieyfa sambung sikit l ...
Steady ieyfah..suka cerita ko & semangat ko.. cool.
|
|
|
|
|
|
|
|
6VI6 posted on 31-10-2013 03:54 PM
Hampir setahun dah berlalu. Tapi hal yang diceritakan tak pernah habis. Walaupun hingga saat ni. Ma ...
ce tag team dgn para perawatyg ada dlm forum nih..
|
|
|
|
|
|
|
|
ThousandSwords posted on 9-11-2013 06:41 PM
Steady ieyfah..suka cerita ko & semangat ko.. cool.
semangat suke menyebok..hehe..kat sekolah mmg byk kes..so mmg suke menyebok last2 kne tolak tolong pegang..pnh jugak la kne kcau sekali dua tp time tu mcm blur je..so wt xtau jela..xdpt imagine kalau tertegur time tu..nt sy crite kes tu..klakar pn ade jgak.. |
|
|
|
|
|
|
|
nur_ieyfa posted on 9-11-2013 11:58 PM
semangat suke menyebok..hehe..kat sekolah mmg byk kes..so mmg suke menyebok last2 kne tolak tolong ...
like lah..hee
|
|
|
|
|
|
|
|
ThousandSwords posted on 10-11-2013 12:47 AM
like lah..hee
tgu nt ada masa pnjg baru sambung..hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
macey bg point tu kat saye..xtau pggil ape..sb newbie kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
skali je aku dpt tgk live kwn2 aku kena histeria ni...benda tu dok pas2 baton...lps sorg...sorg lg jerit...takot bila tgk dorang terjerit terlolong....
tp skali tu je la...agaknya pihak skola pggl mn2 ustaz...dh bersih la... |
|
|
|
|
|
|
|
nur_ieyfa posted on 6-11-2013 11:49 AM
Hi,
Kje dah siap so saya menyambung la story mory yea..
Macam boleh imagine situasinya macam mana. Tempat, suasana, keadaan. Belajar SBP eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
6VI6 posted on 12-11-2013 08:46 PM
Macam boleh imagine situasinya macam mana. Tempat, suasana, keadaan. Belajar SBP eh?
eh xlah..blja kat muadzam..klau sebut nama jelas2 kantoi..so xleh sebut nama..hihi..skrg xpasti la keadaan sekolah ni dh ok ke blm..tp sblm sy kluar dlu still ada bdk kne kcau.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|