CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: theflash

[SERAM P'BAGAI]Himpunan Misteri Semasa Bercamping -oleh theflash

[Copy link]
Post time 23-5-2013 09:05 AM | Show all posts
theflash posted on 22-5-2013 03:29 PM
peminat kherii la nihhahaha

ada ada

xla minat...suke tengok je kekacakan dan kebijaksanaan beliau x sama kan? haha...

selamat membeliakan diri ye. kalau ada cite hantu masa pesta belia tu mohon la hapdate. jgn makin byk 'hantu' mcm taun lepas dahla
kitorg terseksa ni sbb parking (utk org2 masuk lambat) kena curi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2013 09:43 AM | Show all posts
rasa mcm dah ada topik ni. jap iol cari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2013 10:14 AM | Show all posts
cik.amy posted on 23-5-2013 09:05 AM
xla minat...suke tengok je kekacakan dan kebijaksanaan beliau  x sama kan? haha...

selamat me ...

takpe dah gaji leh bebrbelanja di celebriti bazar

hehehe hensem ke kj? muke cm muke saye je
hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2013 09:02 PM | Show all posts
TT xde citer baru lg ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2013 01:51 PM | Show all posts
nota kaki- semasa Festival Belia yang lepas. saya bertugas dan saja je jalan2 dekat area2 jambori Pengakap Malaysia dan saja mengatal dengan cikgu2 yang muda tu. dan alih2 terbukak la cerita tentang cerita hantu sebab saya tanya dia. " masuk hutan tak nampak hantu ke" bla bla bla. dan Cikgu tu nama dia Ina. dan mengaku pernah mengalami peristiwa pelik dalam hutan. Seorang cikgu muda. baru 2 tahun men jawat . dan yang best nya. DIA MEMANG SEORANG FORUMERS CARI DAN AKHIRNYA TERKANTOI JUGA AKU.... ADA YANG DAH TENGOK AKU YANG SEBENARNYA. CEH. INA nampak exaited betul jumpa aku dan mintak aku cerita Misteri Tokong melalui lisan.
sambil di kelilingi budak2 sekolah dia. dan hasilnya. ada yang tak tidur malam dan aku dapat KFC. yahu!

di harap Ina muncul di forum. mengaku jela nama nick kat sini. ngada betul taknak ngaku.

berikut adalah pengalaman dia. ( dia malas nak cerita. tak reti nak tulis dan malas. dia kata....)

cerita ini adalah cerita beliau. dan saya sampaikan dalam bentuk tulisan saya. takde tokok tambah. cuma tulis nak bagi mudah faham




Pontianak di FRIM Kepong

Nampak gayanya. aku sah kena ganti CIkgu Rozana. bawak budak2 KRS berkhemah dan jungle traking di FRIM
malas pun ada. weekend ni baru nak layan wayang. cerita Lagenda Budak Setan II tu!
takpelah. boleh download dan kerja tetap kerja.

bukan nya apa. masa di zaman universiti. memang aku nak mengelak dari masuk dalam hutan.camping dan sebagainya.
sebab nyamuk. haiwan pelik2. pacat! adui. memang fobia
dalam hati aku. tak terlintas pun hantu setan.
sebab bagi aku.benda macam tu di rumah lama. kubur dan tempat orang mati eksiden.
menurut pemikiran aku ketika itu

hari Khamis. pelajar form 4 dah exited nak pergi. dah handle kat aku surat kebenaran ibu bapa.
dan aku. masih tak kemas. dan kasut jungle pun tak berbeli lagi.
pesan Cikgu Roslan. cikgu senior yang aktif dalam Kadet Polis di sekolah

"kamu pergi beli kasut trekking tu. beg nanti aku bagi kamu pinjam. ok? nah num kedai ni. sebut nama aku. nanti dapat harga murah"
aku angguk dan memang benar. petang tu aku pergi. memang dapat harga murah pun kasut tu. dapat la kurang rm50. huhuh
sebab CIkgu Roslan tu memg peminat camping

tiba la hari yang di tunggu. selepas solat jumaat. pelajar2 dah berkumpul.sekolah aku satu sesi je.
dan checklist pelajar2 dan bergerak.
tak jauh pun. dari Kelang ke Kepong. kira 2jam. sebab jalan jem! itu je.

semamengnya aku tak penah pergi ke FRIM.
dan aku memang jakun dan macam apa je bila masuk
lebih exaited dari pelajar aku.
tak sangka ada hutan cmtu kat tengah KL.
rasa nyaman betul..rasa sedut udara yang betul2 pure oksigen. takda partikel dan asap


kira2 jam 4pm. kami tiba di kawasan camping. kali ini aku di temani 3 org lagi cikgu
AKu, Ali, Syikin dan Razak ( nama tipu)
seronok juga bercamping walau pun tak penah. selamat Syiikin penah dan dulu aktif masa di Universiti. jadi memang aku ikut dia.

selepas solat asar. ada taklimat .macam biasa. taklimat. pasang khemah dan minum petang ( katerer anta.hihihi)
dan bila jam 630. aku rasa cam cuak. sebab dah gelap dan aku agak takut. yela
first time bercamping
tapi aku tengok Syikin senyum dan tenangkan aku. selepas magrib. ada makan2. dan aku memag bawak banyak torchlite
dengan head lite. torchlite. dan hndfon nye lampu semua aku pasang.
memang gelap/ hutan. kadang2 terdengar bunyi serangga dan bunyi kereta.

malam pertama. agak sukar untuk aku lelap.jam 2am baru leh tidur. maklumlah.pertama kali
alih2 aku telrena sendiri.
dan paginya. ada aktiviti.
dan bla bla bla.

malam pun tiba. seronok. aku dah mula rasa seronok dengan hutan. cam best.

last day . esok ahad. sabtu malam.

malam tu macam nak hujan. aku dah mula cuak2. tapi da 2 3 org FRIM datang

"kalau ribut. boleh masuk dalam rumah2 ni ye " kata mereka dan aku lega

tak jadi hujan. cuma angin2.

jam 10pm. sesunyi yang ada. dan aku kelua berjalan dengan syikin. ikut jalan tar. berjalan. bosan. alih2 kami pinjam basikal staf frim.
siap ada lampu dan basikal mountain bike kot.
seronok rasa nya berkayuh sekitar frim.
siap dia bagi walkie
agaknya staf tu nak mengatal dengan aku dan syikin kot. haha

kami berkayuh. naik bukit turun bukit
suasana dah sunyi dan gelap.
tiba tiba aku dan syikin macam tersilap masuk lorong yang kecil dan gelap.
masing2 senyap
pada mula kami ketawa2.seronok dah bertahun tak mengayuh

"LOJI PAM AIR bla bla bla"

aduh. aku dah mula cuak.memang sunyi dan ceruk. tempat tu. yang aku nampak cam tangki air besa. ala2 ufo depan mata.
dan aku dan syikin mula nak patah balik. aku sorong basikal dan tiba tiba. si syikin menjerit

ARGHHHHHHHHHHH! dan tangan nya tunjuk ke arah tangki air

DUM! basikal syikin jatuh dan dia terduduk di bawah dan aku cepat2 tengok. kecik kan mata dan dapat aku lihat

macam ada org berdiri di atas tangki air. melambai ke arah kami.
dan mengoyangkan kepala
rambut panjang dan badan besar dan tinggi!

aku rasa lutut dan kaki aku tak jejak tanah. dan cepat2 aku rangkul syikin

"lekas! naik basikal. kita blah!"
syikin termangu2 dan segera.
dan mata aku tak putus2 memandang ke belakang dan dapa aku lihat

BENDA itu perlahan2 melayang menuju ke arah kami. dan melintasi kepala aku !
panas dan berbau macam najis !

dan pukkkkkkkkk

betul2 landing di jalan keluar loji. berdiri. melihat aku.
dan itu lah satu2 jalan yang ada nak blah dari situ

aku lihat syikin menadah tangan. membaca ayat qursi. tersangkut2
dan aku follow syikin skali
kami berdua duduk rapat sambil tangan sebelah lagi memegang bike

dan aku lihat benda itu dari berdiri. duduk!
dan kepala nya di goyang perlahan2...

aku berbisik pada syikin.

" kita lalu je perlahan2. ingat. kita ni manusia. lagi tinggi taraf dengan dorg ni....sabar ye"

ntah tiba aku jadi berani. kesian aku tengok syikin. mengeletar.
perlahan2 kami mengayuh. lagi 5 langkah nak menuju ke benda itu. tiba 2

dari posisi duduk. benda itu berbaring melintang dan berguling!! ke arah kami!!!

agak laju dan sekelip mata! melintas di tepi kami! dan aku pandang belakang.!

benda itu dah naik ke udara dan mengilai!!

EEEEEEEEEEEEEEEEEE!! aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

itu petanda untuk aku dan syikin untuk pecut. sekuat ati!
aku kayuh selaju mungkin! kira 5min kami tiba di camp site.
dan kelihatan ALi dan Razak menunggu kami

"wei korang pegi mana!" sergah Ali

"budak2 ni kata nampak pontianak terbang2 atas pokok. korg lak leh hilang!" sambung ali

aku dan syikin terus diam dan malam itu kami tidur di rumah berhampiran camp site.
dalam tu ada 2 3 org staf wanita

kata mereka

"nampak je tepi jalan. tapi nama pun hutan. benda2 tu memang ada."


aku serik. tapi teringin nak masuk lagi..



TAMMAT


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 03:33 PM | Show all posts
humang aiiii takutnye... dengar bunyi pon dah seram sejuk apatah lg bersua muka...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-5-2013 03:41 PM | Show all posts
starbee posted on 28-5-2013 03:33 PM
humang aiiii takutnye... dengar bunyi pon dah seram sejuk apatah lg bersua muka...

penaH PG FRIM
nampak cam ok je. tp bile malam. buhuhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 03:56 PM | Show all posts
perghh.. seram betol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2013 04:11 PM | Show all posts
Siapa forumer Ina tu, baik ngaku. Hahaha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2013 04:23 PM | Show all posts
nota kaki. - Ini kejadian semasa saya naik Ke Gunung Ledang. gunung mistik dalam Sejarah Melayu. kan?



Kejadian ini semasa tahun 2010. saya terlibat menjadi 'budak outdoor' untuk salah satu kelab di UiTM Shah ALam.
oleh kerana saya budak Sport Science dan tahu serba sedikit hal2 outdoor,camping etc.dan di bawah kelab KRESMA.
saya dan 5 orang yang lain, Azie, Along, Azman , Adi dan Arif ( nama tipu. saja letak A. hahah)
buat pengetahuan. Azie dan Along adalah perempuan

aku mendapat job ni agak last minute. lagi 3 hari nak masuk baru dapat surat
kenapa aku cakap job sebab kami ada certified dalam hal2 outdoor ni. nak amik sijil tu pun sepruh PTPTN hilang hehe dan kalau dekat luar. memang ad  caj pun dan kami letak caj separuh atas dasar student sama student.
dan kelab yang aku bawak mereka masuk ni kelab dari fakulti budak2 pandai. hehe. budak2 law.
dan mereka semacam tahu. kerja last minute mesti kena bayar lebih.
sebab aku berithau mereka. aku terpaksa kumpul yang lain. dan dorg pun ada hal masing2. lain la kalau dah inform awal2.
selamat la aku dapat yang 5 org tu.
kami berenam dan mereka 28org. so ngam la. ada 2 org girl. so senang kalau girls matters. sebab bila masuk hutan. adab2 hutan kena jaga. Period. Pad. nak buang macam mana? sebab tu aku akan bawak gurl kalau participant ada gurl . huhuh

setelah berbncang di Dataran Cendikia. dengan sekian2 bayaran. aku setuju. kesian lak tengok dorang.
"purpose of this trip kami nak release tensen." kata Yana ( budak law name tipu)
aku faham. mesti stress baca nota2 law tu sebab aku ada amik jugak for begginer. gila nak hafal kes.
di tambah pula kebetulan aku takda aktiviti hujung minggu tu.

dan hari Isnin kebetualn sem itu aku tak de kelas. dan trip mereka jumaat sabtu ahad ........isnin pagi baru gerak balik
dan aku suka betul . aku along azie arif etc memang suka la. masuk hutan
dan kami juga dah 3 kali masuk gunung ledang. so takde maslaah dan along kenal renjer hutan di GL tu.

jumaat. pagi2. subuh.
dan kami berenam sudah awal2 mintak kelulusan dekan utk tak masuk kelas
selamat la lepas. sebab last minut gak. huhuh

jam 6pagi kami dah gerak.dalam bus.
Arif , seorang yang agak2 seperti ustaz. dah pesan pada semua

"semua niat musafir ye. fikir perjalanan kita ni nak cari ilmu" ujar Arif

aku mengusik " Itu dia. kuliah subuh"
sambil Arif ketawa.

kami tidur.
kira2 jam 12.30 pm baru tiba di destinasi.
letik gak badan. sebab maybe terumbang ambing dalam bus. memang aku tidur tak sedar apa. haha malam tadi kemas2.
turun loading barang.
dan start la keje kami.
Azie dan Azman conduct senaman ringkas utnuk dorg
ye la. baru turun bus. jet lag la kan. hehe buat senaman ringkas. bagi segar .10 min senanam
manakala aku duduk di tepi dan Along setelkan dengan renjer hutan yang die kenal.
nak kenal pasti mana nak camp. amik bearing. weather forecast. walkie punye chanel. dan bebrpa basic b4 masuk hutan.
dan we have to looks profesional depan bakal2 lawyer dan hakim ni. hehehe

kira2 jam 3 kami tiba di camp site. itupun selepas ada makan2 di pintu masuk hutan.
tiba di camp site. macam biasa. aku terus gali lubang. agak dalam. sebelum itu. macam biasa

ASSALAMUALAIKUM YA NABI SULAIMAN

itu petua ustaz dari CITU bagi. tak payah nak "mntk izin cucu nenek bagai... jin setan cukup takut dengar nama nabi sulaiman"

aku gali! kukkkkk! cangkul!
tujuan lubang utnuk letak sampah2 nanti. masuk tempat org kene la kemas2.

setup.dan buat unggun.
aktiviti malam kami tak kacau. sebab Yana dan Co handle untuk slot dorang.
malam itu selepas slot dorang. aku dan semua ada la berpesan adat2 dan pantang larang hutan.
kira2 jam 10 selepas minum milo bercawankan buluh. haha
kami tidur.

hari kedua. pagi2 ada aerobic.jungle treking etc.
bla bla bla. masak. makan. magrhib.
tidor seperti biasa. takde apa yang berlaku.

dan seperti kebiasan. dan memang kami dah tahu
KALAU MASUK HUTAN NI.
HARI PERTAMA KEDUA INSYA ALLAH TAKDE APA2
TAPI BILA MASUK HARI KETIGA OR TIME NAK BALIK. ada la jadi
memang selalunya macam tu.entah kenapa. dan dari pengalaman. memang macam tu selalu
dan perkara ini aku dah bagitau pada lecturer pengiring dorang MR Rashid dan MR Sufian.
dan mereka faham akan risiko nya.


selepas maghrib.

Azie, Along, Azman , Adi dan Arif tanya aku.

"dah ready"


"dorang ni memang gampang"getus aku dalam hati

aku ready. cuma tak tahu bila muncul depan2. ujar aku dalam hati.



















akan bersambung wei... jangan nak eksaited sangt bace,hehehee



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2013 04:25 PM | Show all posts
evlinne posted on 28-5-2013 04:11 PM
Siapa forumer Ina tu, baik ngaku. Hahaha.

memag tak la dia nak bagitahu
dia sndri cakap
abis la saya

identiti dah terbongkar
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 04:33 PM | Show all posts
theflash posted on 28-5-2013 04:25 PM
memag tak la dia nak bagitahu
dia sndri cakap
abis la saya

Hahaha, habislah pecah rahsia.





P/S : wah, avatar rangka ayam. *6+6 = kiyomi!*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2013 04:38 PM | Show all posts
evlinne posted on 28-5-2013 04:33 PM
Hahaha, habislah pecah rahsia.  

auwww
lapar la


dah2 jangan nak kyiyomi dah

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 05:01 PM | Show all posts
theflash posted on 28-5-2013 04:23 PM
nota kaki. - Ini kejadian semasa saya naik Ke Gunung Ledang. gunung mistik dalam Sejarah Melayu. kan ...

aku pun dah naik gunung ledang ni 2 kali.. pun banyak perkara mistik berlaku.. dan yang best nya perkara mistik tu belaku mesti hari terakhir camping seprti mana kau cakap.. hehehehe.. macam saja2 je benda ni nak kacau time orang nak balik.. dengki le tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 05:12 PM | Show all posts
ala yop bt saspen je bg cerite tergantung... udah kene nunggu....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 05:16 PM | Show all posts
bestt...sesangat citer mue flash
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2013 05:35 PM | Show all posts
xsbar nak tggu sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 10:18 PM | Show all posts
theflash posted on 28-5-2013 03:41 PM
penaH PG FRIM
nampak cam ok je. tp bile malam. buhuhuhuh

Jangan kata malam, siang2 pon member aku ada jumpa spesis ni time layan mountain bike kat frim tu



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 10:27 AM | Show all posts
aza posted on 28-5-2013 05:01 PM
aku pun dah naik gunung ledang ni 2 kali.. pun banyak perkara mistik berlaku.. dan yang best nya p ...

die macam tau2 je kan. hehehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 10:36 AM | Show all posts
-------sambungan--------



Aku makan dengan lahap roti kaya yang aku buat. lapa la duduk dalam hutan. makan takleh nak hardcore macam duduk dekat rumah.bukan apa.nanti nak terberak
jenuh nanti. bukan sebab nak basuh ke apa. tapi nak cari port. kene gali lubang. dan kene park. mana tau ada ular ke. lipan ke. kang naya.
dah mmang jadi kebiasaan aku masuk hutan mesti makan lite2 je.
padahal. kepala fikir KFC,pizza.etc

terdiam gak aku bila teringat
Azie, Along, Azman , Adi dan Arif cakap. "dah ready"

memang terkedu bila di ingat. aku buat diam dan bodoh.
sambil tengok dorang belajar survival hutan. kendalian Azman.
cara nak cari air dalam akar. buah2 yang beracun. tanda2 nak elak sesat. camne nak itu dan ini.
memang kyusuk budak2 ni dengar. dan aku tengok dari jauh makan roti.

Mr Rashid tiba2 muncul dan sapa " tak join ke" senyum
dan kami berborak kira2 10 min. macam2 di bualkan

dan tiba tiba terganggu.
"Sir. saya nak gi toilet la" seorang pelajar tiba mencelah.

adui. seperti yang aku jangka kan .mesti ada kes camni. haha sebab siang tadi kami dapat pelanduk. so makan besar dan perut dah nak keluar la tu,
aku senyum dan aku panggil Azie dan Along. untuk teman budak ini. aku namakan dia Shima.

Azie " Haaaa. jom. bawak semua. sabun. baldi. towel bla bla bla"
bebel si azie. die memang suke membebel. tp penuh nasihat.

"saya nak tukar pad sekali" bisik Shima perlahan.
tapi aku dapat tangkap.

Dan Mr Rashid senyum lihat aku.
dan dia perasan shima macam segan2 sebab die tau kami dengar.!

"besela. kite dan grown up la. iklan pad bersepah dalam tv. hahaha" gurau Mr Rashid

aku gelak besar. lawak. lama tak gelak.
tiba tiba aku rasa cuak. gelak besa dalam hutan. elok la tu.!

azie dan aloing ready untuk masuk ke tengah hutan ,jauh dari camp site.

memang macam nak masuk jam 8pm camtu. dan SHima memag muke takleh nak tahan dah tu.

ini adalah cerita dari mata Azie. Along dan Shima





sambung di bawah------------- haha

Last edited by theflash on 29-5-2013 10:37 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.239406 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list