CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Scarlet

Harapan isteri ke2 kepada isteri pertama?

[Copy link]
Post time 3-6-2013 12:58 AM | Show all posts
lavacall posted on 3-6-2013 12:33 AM
dah duk semeja tu dah boleh tau betapa tingginye akhlak bini2 ustad ni..

kalau pompuan2 yg keja ...

Haruslah nak jaga maruah laki, tapi kan.......ustaz ni bukan sembarangan, dia kasi kemewahan yg bukan sikit utk bini2 dia. Dok umah atas buai sambil asah kuku dan beranak jah..Dengan cara dia kerja tak mampu utk bini ikut dia ke sana ke mari, bawa keta macam kilat...250km/j.....So eloklah bini dia pi Bandung shopping sementara bini muda teman dia ke sana sini bg ceramah. Lepas beranak seorg dua mesti dia tambah lagi seorg...no hal. Masa tu bini yg sulung dah free banyak, anak dah besar2, dia pulak take over ikut suami dia.

Bagi akulah, ada kalanya poligami ni jadi wajib tapi aku tak refer pada permasalahan TT, baru2 ni ada filem kat HBO, English film yg sgt-sgt berkesan di hati aku yg menampakkan bahawa indahnya Islam yg memudahkan umat. Hanya yg faham saja akan sedar. Yg hati dah hitam tu tak leh buat apalah, tapi selalunya org mcm ginilah Allah akan bg cobaan. Org macam TT ni aku rasa sap sap soi jah...lagipun bakal madu tu kawan baik pulak, pendiam lagi.

Utk TT, kalau awak betul-betul dah bulat nak terima madu tu berbaik-baik dgn dia sebelum kahwin, tu lagi eloklah. Lepas kahwin tak perlulah nak ambil berat sgt pasal madu, sekadar bertanya khabar tu ok jah aku rasa tp tak perlu nak sembang hal-hal yg boleh jd isu sensitif yg menerbitkan rasa iri dan cemburu. Ada jiran kami di kg dulu, dia kahwin 5 tahun tak ada anak so suami dia nak nikah lagi, dia benarkan dgn syarat anak dari isteri ke 2 yg pertama tu akan diserahkan kat dia. Lepas beranak isteri ke 2 tak nak kasi anak tu. Lepas tu adalah salah faham, dia mohon bercerai, suami dia tak nak cerai tapi lepas dia bawa ke mahkamah suami dia ceraikan. Yg herannya lepas bercerai tu dia org baik pulak, sesekali bekas suami dia datang menjenguk dengan isteri baru dan anak-anak. Dia menjanda sampai mati tapi dia ada ambil anak angkat.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 01:13 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 3-6-2013 12:58 AM
Haruslah nak jaga maruah laki, tapi kan.......ustaz ni bukan sembarangan, dia kasi kemewahan yg bu ...

banyak je laki bagi kemewahan kat bini...mintak apa je dapat..

tapi tang lelaki nak kawin lagik....jgn kata laki depa...laki tt pun dorang tak bagi...

rosak tul la otak pompuan duniawi ni..



Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 01:25 AM | Show all posts
lavacall posted on 3-6-2013 01:13 AM
banyak je laki bagi kemewahan kat bini...mintak apa je dapat..

tapi tang lelaki nak kawin lagik ...

gini lava, manusia ni dia bila berdepan dgn situasi tu baru dia belajar dan terima. Selagi tak kena batang hidung dia tak akan fikir ttg kebaikan, yg buruk jah kita nampak sbb majoriti yg berpoligami ni contohnya tak berapa elok, mana taknya sbb terpaksa, laki dah terlajak dulu baru kena kahwin. Itu yg silap, suami isteri ni kena ada hubungan yg melebihi sahabat, kebahagiaan dia kebahagiaan kita. Sama juga bg pihak suami, sentiasa dahulukan isteri, baru ada bonding, keredhaan. Tak perlu jd jutawanpun utk kahwin lebih. Yg jadi jutawan tu yg lagi mabuk reta dunia sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 10:23 AM | Show all posts
Saya cuma berharap isteri kedua menjadi isteri kedua yang benar-benar tahu dia sedang memilih untuk berkongsi kasih. Apabila isteri pertama berbuat kebaikan & memberikan macam2 barang, cubalah belajar berterima kasih dan bersyukur. Jangan sekali2 cemburu dengan apa yang ada pada isteri pertama. Sepatutnya awak bersyukur dengan apa yang awak dapat yang selama ni awak tak dapat. Jangan sengaja menyakiti hati isteri pertama dengan sengaja nak bermanja2 dengan suami dan menarik perhatian suami. Isteri pertama rajin bekerja dan membantu suami dari segi kewangan, sebagai isteri kedua awak juga patut turut sama berusaha membantu suami bukan isteri pertama pula perlu tanggung awak dan suami. Jangan jadi isteri kedua yang tak kenang budi.. Cukuplah jadi isteri kedua yang sentiasa cuba buat baik, bertolak ansur, saling memberi, sama2 susah bukan susah hanya isteri pertama tanggung tp isteri kedua senang lenang. Huhuhu dan ini harapan saya utk madu saya.. isteri kedua suami saya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 12:06 PM | Show all posts
Rindianiey posted on 3-6-2013 10:23 AM
Saya cuma berharap isteri kedua menjadi isteri kedua yang benar-benar tahu dia sedang memilih untuk  ...

dah penah bermadu ?

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 02:33 PM | Show all posts
yayaji posted on 3-6-2013 12:06 PM
dah penah bermadu ?

Masih bermadu dan madu saya tinggal di dalam rumah saya.. atau dalam erti kata lain.. kami tinggal serumah..

Last edited by Rindianiey on 3-6-2013 02:36 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2013 10:25 AM | Show all posts
Rindianiey posted on 3-6-2013 02:33 PM
Masih bermadu dan madu saya tinggal di dalam rumah saya.. atau dalam erti kata lain.. kami tinggal ...

kenapa tinggal serumah ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 11:23 AM | Show all posts
Scarlet posted on 24-5-2013 01:50 PM
ini kalau ikut hawa nafsu, semua wanita didunia xnak berpoligami...tapi kalau yang ada iman, Insya ...

Office mate saya, berpoligami ~ isteri pertama dan kedua tinggal serumah. Dua2 isterinya berkerjaya.
Menurut katanya: Kalau yang pertama masak, yang kedua siapkan bahan2 memasak.
Hubungan mereka memang baik. Malah ada anak mereka yang lahir selang sehari.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2013 11:39 AM | Show all posts
lavacall posted on 24-5-2013 10:36 PM
huh...nak suami ikut sunnah nabi pun ada yg menentang...

hampeh...

sunnah nabi selain dari kawin, apa lg yg ko tau?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 12:07 PM | Show all posts
en somi tt mintak masa sampai dapat anak sorang kan?
kawin baru 2 thn kak oittttt...ingat buat anak ni cam buat kek?
cukup campuran bahan terus menjadik?
2thn tu masih dalam mood honeymoon lagi cik kak oitttt...
kalau allah tak kurniakan anak langsung?
tetap gak tambah bini kan?dengan alasan takde anak pulak kan?
pernah tak terpikir kenapa allah masih tak kurniakan anak?
kerana allah tau kita sendiri tak bersedia utk dikurniakan anak...
betul...allah kata 'jgn perasan nak masuk syurga selagi tak diuji'
tapi allah tak suruh pun cari 'penyakit'...
kalau somi nak berpoligami, pepandai dia la setel...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 02:32 PM | Show all posts
bila aku baca tajuk TT ni aku rasa mcm sesuai plak pada situasi kwn aku sebab dia pun akan berpoligami jugak..cuma yg beza ialah harapan isteri kedua kepada isteri pertama iaitu harapan agar isteri pertama x memberi persetujuan kpd suami mereka utk berpoligami lagi..kwn aku ni bakal jd isteri ketiga..yg untungnyer isteri pertama bakal suami kwn aku ni telah memberi kebenaran kepada suami beliau utk berpoli kali ketiga..yg meroyan skrg ni isteri kedua

tapi kwn aku ni janda la..dan dia pun dah tau pahit maung dlm r/tangga ni..pd pandangan aku selagi poli ni x terjadi lagi pada TT ianya x tercapai dek akal fikiran kita apa yg akan terjadi di masa depan..mg la byk kebaikan dlm poli ni cuma kita ni manusia biasa yg byk kekurangannya..saya doakan TT dpt melalui segala pahit maung dlm poli ni dgn penuh keimanan..persiapkan diri dgn pelan tindakan jika terjadi sesuatu diluar jangkaan TT nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 05:53 PM | Show all posts
aku teringat cerita Payung Emas yang remi ishak, faradhiya ngan hanez soraya berlakon bila baca kisah TT ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 06:21 PM | Show all posts


SUSUK tubuh genit milik wanita berkulit hitam manis ini tidak banyak berubah daripada penampilannya kira-kira tiga tahun lalu apabila dipilih menjadi penghias muka depan MIDI.

Kali ini, dia sekali lagi tampil menghiasi muka depan MIDI dan berkongsi soal kehidupan dan kerjaya bersama pembaca MIDI. Sebaik melangkah usia 40-an, jelas kematangan dalam perwatakan mula terpancar  pada wajah empunya diri.

Malah jika dilihat dari segi pemilihan watak yang dilakonkan di kaca televisyen, wanita ini mula diberikan watak-watak keibuan dan bukan lagi menjadi watak antagonis yang akan mendatangkan rasa kebencian penonton.

“Alhamdulillah, rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus walaupun saya hanya berlakon untuk drama televisyen. Saya bersyukur kerana pada usia kini, kehidupan peribadi, kerjaya dan perniagaan berada pada tahap terbaik. Saya amat bersyukur dengan kehidupan kini,” ujar Zarina tatkala leka disolekkan oleh jurusolek.


Umum mengetahui kehidupan peribadi Zaarina terutamanya apabila menyentuh soal statusnya dirinya sebagai isteri dan ibu. Walaupun hidup bermadu, Zarina bersyukur kerana suami tersayang tidak pernah membezakan kasih sayang dan perhatian terhadap Zarina dan madunya. Malah hubungan akrab Zarina dan madunya terpancar melalui jalinan usaha sama perniagaan yang dijalankan iaitu Addura Marketing Sdn Bhd.

“Syukur ke hadrat Ilahi kerana tahun ini genap 19 tahun saya mendirikan rumah tangga dan berkongsi kasih bersama madu. Alhamdulillah, saya masih berpegang pada prinsip utama yang tidak pernah luntur sehingga kini iaitu isteri pertama tetap yang pertama selamanya manakala saya datang dalam hidup suami saya setelah dia mempunyai segala-galanya, sedangkan saat sukarnya bermula bersama isteri pertama.

"Saya reda dan gembira dapat menumpang kasih dan mempunyai zuriat sebagai penyambung kasih antara saya dan suami,” ujar Zarina yang anggun mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini semasa sesi fotografi dijalankan.

Ketika diajukan persoalan  tentang suami, Zarina lebih senang membiarkan persoalan tersebut menjadi kisah peribadinya namun tidak melatah sekiranya peminat terserempak  dia bersama suaminya di mana-mana.

“Sampai sekarang jika orang bertanya siapa suami saya, biarlah saya, keluarga dan teman-teman rapat sahaja tahu. Namun begitu jika ternampak, saya berjalan berdua dengan lelaki, itulah suami saya,” ujar Zarina tulus.

Menyentuh hubungan dengan madu pula, menurut wanita anggun ini hubungan mereka amat akrab apatah lagi apabila kedua-duanya berkongsi menjalankan perniagaan kecantikan di bawah jenama Addura Marketing Sdn. Bhd.

“Madu yang saya panggil Datin Sri banyak membantu saya menjalankan perniagaan.Saya bertanggungjawab menguruskan bahagian pemasaran manakala Datin Sri menjaga akaun kerana saya kurang mahir dari segi itu. Kerjasama yang terjalin telah mengeratkan lagi hubungan kami. Saya sentiasa menghormati pandangan dan keperibadian Datin Sri dalam urusan perniagaan mahupun kehidupan berkeluarga,” ujar Zarina lanjut.


Aktif berlakon kembali

Walaupun sibuk dengan perniagaan kecantikan yang diusahakan bersama madunya, Zarina tetap tidak melupakan bidang lakonan yang dicintainya. Malah, Zarina bersyukur masih diberi peluang berlakon di samping mendapat keizinan daripada suami untuk aktif berlakon.

“Ramai membuat spekulasi negatif apabila seseorang artis kembali aktif dalam bidang seni. Ada yang beranggapan artis tersebut bercerai dan sebagainya.

Saya bersyukur diberi izin berlakon oleh suami. Ramai bertanya mengapa saya perlu bersusah payah kembali berlakon sedangkan suami mampu menyediakan segala-gala keperluan untuk saya dan anak-anak.

Antara sebab mengapa saya meneruskan kerjaya lakonan adalah kerana saya masih mempunyai tanggungjawab terhadap ibu dan atuk serta  nenek di kampung. Tidak dinafikan suami dan madu saya banyak membantu tapi itu tanggungjawab saya terhadap keluarga.

Rezeki dalam bidang lakonan membolehkan saya membeli sebuah rumah untuk ibu di Ipoh, Perak. Ini adalah sebahagian kecil cara saya membalas jasa ibu yang banyak berkorban untuk saya selama ini. Jasa dan pengorbanan ibu, atuk serta nenek tidak mungkin saya lupakan sehingga ke akhir hayat,” ujar Zarina yang turut membawa ibunya ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf semasa sesi fotografi ini dijalankan.

Menyentuh soal tanggungjawab sebagai seorang ibu, kesibukan dalam bidang lakonan tidak membuatkan Zarina alpa dan melupakan tanggungjawab terhadap anak-anak yang sedang meningkat remaja.

“Saya tetap menjalankan tanggungjawab seperti biasa seperti memasak sebelum keluar ke lokasi penggambaran. Kebetulan adik lelaki saya bekerja dengan saya. Saya amanahkan dia untuk menghantar anak ke sekolah, mengaji dan tuisyen.

Jadi, saya tidak perlu risau mengenai keselamatan anak-anak apabila keluarga terdekat boleh memantau mereka. Tetapi saya akan meluangkan masa menemani mereka mengulang kaji pelajaran dan bercuti bersama keluarga untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan,” ujar Zarina lanjut.

Ketika ditanya rahsia mengekalkan kejelitaan, Zarina yang mempunyai rangkaian jamu warisan keluarga memanfaatkan khasiat bahan semula jadi tersebut untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan secara luaran dan dalaman.

“Saya menggunakan produk-produk Addura Marketing Sdn. Bhd. setiap hari dan jamu Makjun Bonda Basah setiap hari di samping mengamalkan minum air suam segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam sebelum tidur.

Selain itu, ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara dan tidak wujud hasad dengki dalam diri menjadi senjata utama untuk kekal jelita pada usia MIDI,” ujar Zarina yang  bakal muncul dalam drama bersiri Teduhan Kasih dan drama Balqis untuk siaran Ramadan akan datang.

Semoga TT dan madu akan berbahagia spt di atas


Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 10:36 PM | Show all posts
hati tt ni bersih...respect..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 03:34 AM | Show all posts
Fantaghiro posted on 4-6-2013 11:39 AM
sunnah nabi selain dari kawin, apa lg yg ko tau?

sunnah tang apa yg kau nak tahu....?

kalau aku tahu, aku terangkan..







Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 05:57 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 3-6-2013 12:58 AM
Haruslah nak jaga maruah laki, tapi kan.......ustaz ni bukan sembarangan, dia kasi kemewahan yg bu ...

Sis...
Aper tajuk English film tu... Mohon share, ty!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2013 09:10 AM | Show all posts
Entah, perlukah saya bertanya soal ini pada TT. Poligami pada TT ni harus kah atau wajib bagi kamu berdua suami isteri? saya baca pada post pertama lagi..saya tidak dapat gambaran mengenai kenapa poligami ni mesti berlaku. Atau TT ada masalah lain seperti berikut;

1) suami memang sayang/cinta perempuan tu.
2) kamu tiada anak
3) TT buzy, suami kurang layanan.

kalau ketiga-tiga sebab di atas ada hubung kait dengan TT, saya boleh terima kenapa poligami ini berlaku.
Kalau atas sebab perempuan itu kawan baik, macam kurang sesuai pulak. Seolah olah poligami ini hanya dibuat untuk suka-suka. Mungkin atas sebab mencuba untuk berpoligami?

Apapun, semoga redha dengan ketentuan Allah sekiranya berlaku.
But seriously, awak tiada anak, tiada kerja hanya duduk dir rumah and so on. Lastly awak yang akan pendam rasa. Lebih2 lagi apabila isteri kedua mengandung dan melahirkan anak pertama suami. be ready pasal benda ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu m2 ikhlas n sedar diri mcm zarina...m1 pulak redha...somi bertanggungjawab...aman la poli...salah sorang pincang...haru la poli...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 12:13 PM | Show all posts
lavacall posted on 24-5-2013 10:36 PM
huh...nak suami ikut sunnah nabi pun ada yg menentang...

hampeh...


Poligami kahwin HANYA dengan anak dara muda itu sunnah nabi ke?

Setahu I, nabi hanya kahwin dengan wanita yang suami mereka syahid di medan perang atau dalam kata lain BALU.

Hanya Aisyah isteri baginda yang masih dara ketika dikahwini.

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 03:39 PM | Show all posts
sarahmirza posted on 5-6-2013 12:13 PM
Poligami kahwin HANYA dengan anak dara muda itu sunnah nabi ke?

Setahu I, nabi hanya kahwi ...

nabi kawin ngan janda umur berapa.....anak berapa orang...??

kena ikut jugak la kan benda ni semua..

yg susah2kan hal kawin ni apsal...sedangkan sabda Rasulullah S.A.W simple sgt..

"..... aku juga menikahi wanita.."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.047272 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list