CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tapibukanaku

[Tempatan] Edisi ayam masak kurma pulak: 271 pelajar keracunan makanan (ayam ada Salmonella

[Copy link]
Post time 5-10-2013 12:51 PM | Show all posts
Risau dgr cite2 mcm ni..dh la I baru submit borang tender kantin sekolah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2013 01:02 PM | Show all posts
nurelle posted on 5-10-2013 12:07 PM
haaa...dah lah iolls hari-hari makan ayam sebab x mkn ikan..

xkan nk makan daging or seafood hari ...

kerlass uols makan seafood hari2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2013 01:03 PM | Show all posts
cruz2 posted on 5-10-2013 12:51 PM
Risau dgr cite2 mcm ni..dh la I baru submit borang tender kantin sekolah..

inshaallah takde apa2 lah. yg penting check ayam tu betul2 dan jaga kebersihan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2013 01:04 PM | Show all posts
pearl.silver posted on 5-10-2013 12:49 PM
Kat whatsapp da tersebar msg suh elak mkn aym klu berada di utara...
Katanya khuatir ayam import dr ...

ayam dari thailand kebanyakan nya mmg bervirus, baik ayam betul ataupun 'ayam' tipu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 01:06 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 5-10-2013 01:02 PM
kerlass uols makan seafood hari2..

kekekeke...

kena kawen ngn nelayan lah camni..

save cost sikit nak beli seafood......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2013 01:16 PM | Show all posts
nurelle posted on 5-10-2013 01:06 PM
kekekeke...

kena kawen ngn nelayan lah camni..

nelayan sekarang pun da advance da uols..uols boleh bukak bisnes resort nanti
menambahkan pendapatan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-10-2013 01:42 PM | Show all posts
Dua pelajar dibenar pulang
Ipoh: Punca 271 pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Tapah, di sini, mengalami keracunan makanan pagi kelmarin hanya akan diketahui selepas sampel makanan diambil pelajar selesai dianalisis oleh Jabatan Kesihatan Negeri.
Sehingga semalam, dua daripada mangsa yang masih dirawat di Hospital Tapah, sudah dibenarkan pulang selepas kesihatan mereka didapati kembali stabil.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, setakat ini, kejadian itu disyaki berpunca daripada hidangan ayam masak kurma yang dimakan semua pelajar terbabit di dewan makan asrama pada malam sebelum keracunan makanan berlaku.


“Berdasarkan laporan dari Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang, di sini, semua 271 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun yang mengalami keracunan makanan itu mempunyai simptom cirit-birit.

“Selain itu, 66 dari pelajar terbabit turut mengalami pening, 101 loya, sembilan muntah dan lima lagi demam.

“Sebanyak 23 sampel klinikal sudah diambil untuk dianalisa bagi mengetahui punca sebenar keracunan makanan yang berlaku. Namun, tindakan awal yang diambil sejurus kejadian adalah menutup premis dewan makan berkenaan untuk sementara waktu. Pengendalinya juga diarahkan memberhentikan serta-merta penyediaan makanan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, buat masa ini, bekalan makanan untuk semua pelajar disediakan oleh pihak kantin sekolah dan pihak Jabatan Kesihatan sudah memberi penerangan kepada guru dan pelajar berhubung langkah pencegahan.

“Pihak kami akan sentiasa memantau perkembangan insiden keracunan di sekolah berkenaan bagi memastikan perkara sama tidak berulang demi keselamatan pelajar terutama yang sedang menghadapi peperiksaan,” katanya.

Harian Metro semalam, melaporkan seramai 26 daripada 271 pelajar SMS Tapah, di sini, yang mengalami keracunan makanan terpaksa menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di wad Hospital Tapah (HT), dalam keadaan kurang sihat.

Daripada 271 pelajar itu, 67 pelajar dikejarkan ke Hospital Tapah bermula jam 9 pagi, manakala selebihnya dibawa ke Klinik Kesihatan Jalan Damai, di sini untuk rawatan lanjut.

Semua 271 pelajar terbabit mengalami cirit-birit dan muntah-muntah selepas makan malam di dewan asrama sekolah itu dan antara menu dihidangkan ialah ayam masak kurma

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 02:16 PM | Show all posts
rospinki: Nmpk sgt org kita sini tahap pengotoran dia dari segi penyediaan makanan amat membimbangkan. Belum lagi aku dengar orang seberang laut cina selatan ma ...


maksudnya??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2013 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ren0_0 posted on 4-10-2013 10:21 AM
teringat zaman aku ambil spm dulu kala..kena masa puasa. malam tu moreh punya la sedap. standard bud ...

paper add match awok kabo senang? wah bijoknya awok.
saya jgn mimpilah nk dpt B+
dapat lulus cukup mkn atas hidung pun dah sujud syukur wahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mamarock posted on 4-10-2013 09:31 PM
Dah dekat Hari Raya Haji ni..

sat lagi jenuh asyik dok makan daging lembu aje. Hilanglah cerita a ...

aku suke mkn beef tapi gigi aku tak suker.. asal mkn mesti tercelit, pastu sakitnya tuhan je yg tahu arggghhh
kena buang gigi ni dulu baru leh mkn, tp kalo buang nk kunyah ngn mende plop.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 09:12 AM | Show all posts
Ayam kurma ada bakteria
[size=0.9em]Ipoh: Jabatan Kesihatan Perak mendapati ejen penyebab keracunan makanan sehingga menyebabkan 271 pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tapah dikejarkan ke klinik dan hospital disyaki jenis Salmonella.
[size=0.9em]Bakteria itu menjadi penyebab utama daripada penyakit yang disebarkan melalui makanan hingga mengganggu organ pencernaan selain menyebabkan mangsa mengalami pelbagai simptom seperti demam, sakit kepala, mual dan muntah.
[size=0.9em]
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Nolee Ashilin Mohamed Radzi, berkata, siasatan awal jabatan mengesyaki ia berpunca daripada ayam masak kurma yang dihidang ketika makan malam pada Rabu lalu, kira-kira jam 6.30 petang.


[size=0.9em]“Siasatan mendapati, masakan itu tercemar dengan bakteria berkenaan hingga menyebabkan pelajar yang memakannya mengalami keracunan makanan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
[size=0.9em]
Dalam kejadian Rabu lalu, semua pelajar berkenaan berusia antara 13 hingga 17 tahun termasuk 26 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan selepas mengalami cirit-birit, pening dan muntah selepas dipercayai makan ayam masak kurma yang disediakan di asrama sekolah itu.
[size=0.9em]
Daripada jumlah itu, sejumlah 27 pelajar lelaki dan 40 pelajar perempuan dimasukkan ke Hospital Tapah, termasuk dua dimasukkan ke wad, manakala selebihnya sudah dibenarkan pulang pada hari sama kejadian.

[size=0.9em]Nolee berkata, sampel klinikal berhubung kes itu termasuk sampel pengendali makanan dan persekitaran sudah diambil dan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam, di sini, untuk kajian lanjut.
[size=0.9em]
“Kita menjangkakan keputusan hasil kajian itu akan diperoleh dalam tempoh tiga hingga lima hari,” katanya.

[size=0.9em]Beliau juga mengesahkan pemeriksaan premis dapur asrama sekolah berkenaan sentiasa dipantau walaupun premis itu diarahkan tutup mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.
[size=0.9em]
“Kami juga sudah mengarahkan pengusaha dapur asrama itu melakukan kerja pembersihan dan penambahbaikan. Markah pemeriksaan premis kantin sekolah sehingga kelmarin juga mencatatkan keputusan 75.8 peratus,” katanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 11:44 AM | Show all posts
Bakteria Salmonella spp punca keracunan makanan

IPOH – Sejenis bakteria dikenali Salmonella spp dikesan menjadi penyebab utama kes keracunan makanan hingga menyebabkan 271 pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tapah dikejarkan ke klinik dan hospital bagi mendapatkan rawatan, Khamis lalu.

Keputusan yang diperoleh hasil siasatan awal Jabatan Kesihatan negeri itu dipercayai disebar melalui makanan mengakibatkan organ pencernaan terganggu menyebabkan mangsa mengalami simptom seperti demam, sakit kepala, mual dan muntah.

Exco Kesihatan Negeri, Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, berdasarkan siasatan itu, makanan yang disyaki dijangkiti adalah ayam kurma yang dihidangkan ketika makan malam jam 6.30 petang, 2 Oktober lepas.

“Siasatan masih lagi dijalankan hingga ke hari ini, namun melalui siasatan awal, ejen penyebab itu dikesan pada ayam masak kurma hingga menyebabkan pelajar keracunan,” katanya.

Dalam laporan Jumaat lalu, seramai 271 pelajar (147 lelaki dan 124 perempuan) termasuk 26 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mengalami gejala keracunan makanan apabila mengalami sakit perut, cirit, loya, pening, muntah dan demam.

Daripada jumlah itu, 27 pelajar lelaki dan 40 perempuan dimasukkan ke Hospital Tapah dengan dua daripadanya dimasukkan ke wad, manakala selebihnya dibenarkan pulang.

Keadaan itu juga menyebabkan, ada antara calon PMR terpaksa menduduki peperiksaan masing-masing di hospital.

Mengulas lanjut, Nolee berkata, sampel klinikal berhubung kes termasuk sampel makanan, pengendali makanan dan persekitaran telah diambil dan dihantar ke ke Makmal Kesihatan Awam, Ipoh untuk kajian.

Menurutnya, keputusan sampel dijangka diperoleh dalam tempoh 3 ke 5 hari lagi, bagaimanapun arahan penutupan premis dapur asrama dibuat serta-merta di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Jabatan juga sudah mengarahkan pemberhentian penyediaan makanan oleh dewan makan sekolah tersebut

“Bekalan makanan sementara disediakan oleh kantin sekolah dan diselia pegawai dari Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang.,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 11:55 AM | Show all posts
rospinki: Nmpk sgt org kita sini tahap pengotoran dia dari segi penyediaan makanan amat membimbangkan. Belum lagi aku dengar orang seberang laut cina selatan ma ...


kann..mintak jauh la jdi benda-benda gini....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.130123 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list