|
Salam,
Cuba rujuk al-quran, banyak sebut (taat kpd Allah dan RasulNya). Takda ada satu ayat dlm al-quran pun sebut taat kpd Allah dan Ahlul Bait. Ahlul bait bukan rasul. dan mereka juga bukan nabi. Dan ini tidak bermakna mengatakan kami menolak ahlul bait.
Tentang hadith tsaqalain tuh, tidak memberi apa2 impact kat sini. Sahih muslim hanya sebut di bawah:
فيكم ‏ ‏ثقلين ‏ ‏أولهما كتاب الله فيه الهدى والنور فخذوا بكتاب الله واستمسكوا به فحث على كتاب الله ورغب فيه
"Aku tinggalkan untukmu ats-tsaqalain (dua hal). Pertama, Kitab Allah. Di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka ambillah Kitab itu, dan berpeganglah kepadanya. Suruhlah manusia berpegang pada Kitab Allah dan mencintainya."
Kmdn:
ثم قال وأهل بيتي أذكركم الله في أهل بيتي أذكركم الله في أهل بيتي أذكركم الله في أهل بيتي
Kmdn, sabdanya lagi," keluargaku. Kuingatkan kamu akan Allah mengenai Ahli Baitku. Ku ingatkan kamu kepada Allah mengenai Ahli Baitku."
(sahih Muslim)
Ada disebut berpeganglah kpd Kitabullah dan Ahlul Bait? Kenapa baginda S.A.W hanya sebut ambil kitab itu? dan tidak sebut ambillah dari al-quran dan ahlul bait dan berpeganglah kpd keduanya. Dlm disiplin ilmu hadith, ada asbabul wurud al-hadith. Sbb kenapa hadith disabdakan. bukan sekadar amik sebiji gitu je. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju benar kawe dgn demo, moasri!
Setuju .... :bg: |
|
|
|
|
|
|
|
Bapa Nabi Ibrahim a.s - dalam ASWJ dan Syiah
salam
Thread ini dibuka utk membincangkan topik ini yg sebelumnya dibincangkan dlam thread hazrat Abu Thalib ra. ia mengenai pandangan ASWJ dan Syiah mengenai bapa Nabi Ibrahim a.s. |
|
|
|
|
|
|
|
Quote:
Originally posted by billionaire at 11-1-2004 03:56 PM:
oh ye, doktor Moasri, bapa Nabi Ibrahim a.s wafat sebagai Muslim. Adapun Azar bukanlah bapa kandung baginda a.s.[/quote]
Salam,
Ni apa hang merepek nih. Bila masa saya kata azal bapa kandung nabi ibrahim? :stp:
Kisah bapa nabi Ibrahim menyembah berhala disebut dalam al-quran. Boleh check dlm surah maryam: ayat 43-48.
Malah Nabi Ibrahim cuba memohon kpd Allah S.W.T memohon keampunan kpd bapanya dlm surah al-mumtahinah ayat 4.
إِلاَّ قَوْلَ إِبْرَهِيمَ لاًّبِيهِ لاّسْتَغْفِرَنَّ لَكَ وَمَآ أَمْلِكُ لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن شَىْءٍ
Kamu ni memang dah tersasar jauh nih.
Boleh ceritakan sedikit siapa bapa nabi ibrahim, dari sumber mana menyebut bapa dia mati dlm keadaan mentauhidkan Allah. Jgn cakap sumber israeliyyat ye! |
|
|
|
|
|
|
|
Cukuplah al-Quran menjadi dalil bahawa bapa Nabi Ibrahim a.s adalah seorang muslim
Ayat 43 – 48 surah Maryam memperihalkan waktu dakwah Nabi Ibrahim a.s sebelum Baginda a.s keluar dari negerinya. Nabi ibrahim a.s menyeru kepada Azar agar menjuhkan dirnya dari menyembah berhala. Dalam ayat 42 hingga seterusnya dari Surah Maryam, nama Azar tidak disebut. Walaubagaimanapun, ia disebut dalam firman Allah surah al-An’am ayat 74.
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah engkau menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihat engkau dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.”"(al-An’am 74)
Dan atas seruan itu Nabi Ibrahim a.s dijawab:
“Adakah engkau benci kepada tuhan2ku wahai Ibrahim? Demi, jika engkau tidak berhenti, nescaya kurejam engkau dengan batu, dan tinggalkanlah aku dalam masa yang panjang” (Maryam 46)
“..Salam ke atasmu. Nanti akan kumintakan ampun bagi engkau kepada Tuhanku, sesungguhnya Dia berbuat baik kepadaku. Aku menghindarkan diri daripadamu dan (dari) apa yg kamu sembah, selain dari pada Allah dan aku meminta kepada Tuhanku, mudah2an aku tidak celaka (kecewa) dalam permintaanku kepada Tuhanku.” (Maryam 48)
lihat juga al-An’am ayat 74.
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah engkau menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihat engkau dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.”"
Jelas kepada Nabi ibrahim a.s bahawa apabila Aazar berkeras dalam kekafirannya, dan permusuhannya terhadap Islam, Baginda a.s meninggalkannya dan memutuskan hubunganya dengan Aazar.
Kisah ini telah disimpulkan pada ayat 10 surah at-Taubah. Allah berfirman:
“Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang2 beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang musyrik, walaupun orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya), sesudah jelas bagi mereka bahawasanya orang2 musyrik itu adalah penghuni neraka jahannam. Permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk ayahnya tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada ayahnya itu. Tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa ayahnya itu adalah musuh Allah, Ibrahim pun berlepas diri darinya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun.” (at-Taubah, 113-114)
berkata Syeikh Jaafar Subhani r.h dalam ar-Risalah, “Akan nampak lebih masuk akal apabila percakapan ibrahim dengan Azar, dan janjinya kepada Azar untuk mendoakan bagi keampunannya, yang berakhir dengan putusnya hubungan serta perpisahan mereka, terjadi ketika Ibrahim masih muda, yakni ketika beliau masih tinggal di Babylon dan belum berniat ke Palestin, Mesir dan Hijaz. Setelah mengkaji ayat ini, dapat disimpulkan bahawa Aazar bersikap keras kpd kekafiran dan penyembahan berhalanya, dan Ibrahim masih muda, memutuskan hubungannya dengan Aazar, dan tidak pernah memikirkannya lagi sesudah itu. (ar-Risalah)
“Tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa ayahnya itu adalah musuh Allah, Ibrahim pun berlepas diri darinya” (at-Taubah 114)
Kemudian, jauh selepas itu, pada usia tuanya, Nabi Ibrahim a.s berdoa di bumi Mekah,
“Puji2an bagi Allah, yang telah menganugerahkanku waktu tua (dengan) Ismail dan Ishaq. Sungguh Tuhanku mendengarkan doa. Ya Tuhanku! Jadikanlah aku seorang yang mendirikan sembahyang, begitu jua anak2ku. Ya Tuhan Kami! Ampunilah aku dan kedua orang ibu bapaku, dan sekelian orang Mukmin pada hari terjadinya hisab.” (Surah Ibrahim, 41)
-------------------------------------------------------------
Boleh jadi Aazar adalah penjaganya utk tempoh waktu yg panjang sehingga Nabi Ibrahim a.s memanggilnya ayah.
Ada lagi hujjah yg dibawa oleh ulamak Syiah seperti terma ayah dalam al-Quran juga ditujukan kepada |
|
|
|
|
|
|
|
MOASRI: “Cuba rujuk al-quran, banyak sebut (taat kpd Allah dan RasulNya). Takda ada satu ayat dlm al-quran pun sebut taat kpd Allah dan Ahlul Bait. Ahlul bait bukan rasul. dan mereka juga bukan nabi. Dan ini tidak bermakna mengatakan kami menolak ahlul bait.
Nahzalus: Setuju benar kawe dgn demo, moasri! Setuju.... :bg:
salam
MOASRI mungkin berasa mempunyai jawapan utk menentang perlunya mengikut kepada Ahlul Bait a.s selepas kewafatan Rasulullah saaw dengan jawapannya itu. Manakala Nahzalus pula seperti biasa, akan sentiasa berasa senang, ceria dan gembira apabila datang berita2 yg menolak kepatuhan kepada Ahlul Bait a.s
Allah berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (-Nya), dan ulil amri di antara kamu".
(An Nisaa':59 )
"Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di kalangan mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenaranya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil amri)" (an-Nisa 83)
Juga pada hari Ghadir, Rasulullah saaw bersabda: "Barangsiapa yg aku adalah maulanya (pemimpinnya), Ali adalah maulanya!"
(Nasai, Ahmad, Turmidzi, dll dengan sanad sahih. Ibnu hajar berkata Hadis Ghadir dicatatkan ramai ulamak hadis dengan sanad hasan atau sahih – fasal ke 5 bab 1 Sawaiq)
Dan juga hadis Rasulullah saaw:
"Amir/khalifah/imam selepasku adalah 12 orang" (Bukhari, Muslim dll)
sekali lagi:
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (-Nya), dan ulil amri di antara kamu."
(An Nisaa':59 )
[ Last edited by billionaire on 17-1-2004 at 06:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
"Akan Kujadikan kau Imam bagi umat manusia. Ibrahim memohon. "Dari keturunanku juga Ya Allah (dijadikan imam)" Berfirman Allah: Janjiku ini tidak mengenai orang2 yg zalim" (al-Baqarah 124)
Imam tidak boleh dari kalangan org yg zalim. Berbuat dosa termasuk kezaliman dan menyembah selain dari Allah adalah antara kezaliman yg sangat besar sekali
"Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yg sangat besar" (Luqman 13).
Sahabat2 Nabi saaw samada dia adalah Abu Bakar, Umar dan lain2 kebanyakannya menyembah berhala, minum arak, berzina sebelum kedatangan Islam - pada zaman jahiliyyah. Sedangkan janji Allah "Janjiku tidak mengenai orang2 yg zalim", dan di situ kita ada Imam Ali a.s yg di kalangan orang2 Islam dikenali sebagai Karamallahu wajhah - Di muliakan wajahnya - kerana tidak pernah menyembah berhala.
Al-Quran tidak mensyaratkan kepatuhan kepada org yg zalim, dan ayat di atas menerangkan kepatuhan secara absolute – mutlak – kepada Allah, Rasul dan ulil Amri.
----------------------------------------------------------------------
So siapa ulil Amri? Apakah org2 yg berbuat kesalahan, dosa, kita serahkan kepatuhan secara total? Atau apakah orang2 yg suci, lagi disucikan? Yg di sabdakan tidak akan terpisah daripada al-Quran? Yang disabdakan sebagai “12 orang khalifah/amir?”
Akan Kujadikan kau Imam bagi umat manusia. Ibrahim memohon. "Dari keturunanku juga Ya Allah (dijadikan imam)" Berfirman Allah: Janjiku ini tidak mengenai orang2 yg zalim" (al-Baqarah 124)
"(Innama) Sesungguhnya Allah berkehendak/ingin mensucikan noda dan kotoran (al-rijs) dari kalian, wahai Ahlul Bait dan mensucikan kalian sesuci-sucinya" (Al-Ahzab:33)
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (-Nya), dan ulil amri di antara kamu".
(An Nisaa':59 )
“Aku tinggalkan dua bekal: Kitabullah dan ‘Ithrahku; Ahlul Baitku”
"Barangsiapa yg aku adalah maulanya (pemimpinnya), Ali adalah maulanya!"
[ Last edited by billionaire on 18-1-2004 at 12:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ahlul Bait a.s mewarisi hadis2 Nabi saaw.
Terkenal denagn ucapan Ana Madinatul ‘Ilm wa ‘Aliyyun babuha – Aku adalah kota ilmu, Ali gerbangnya. (Hadis ini diriwayatkan baik oleh ASWJ maupun Syiah. Namun dalam ASWJ terbahagi kepada dua – menerima dan menolak)
Imam Ali a.s mempunyai kitab khusus mencatatkan apa yg disampaikan oleh rasulullah saaw. Para penulis kitab sahih dan Musnad telah menyebut tentangnya (misalnya Ahmad, al-Musnad 1/81; sahih muslim, 4/217; al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 8/26 yg dinukil dari Imam Syafiie. Bukhari juga ada menyebut mengenai kitab ini )
Abu hanifah menjuluki Imam sadiq a.s sebagai “Kutubi” (kitab2ku). Ketika Imam mendengarnya Imam ketawa dan berkata: “Yang benar bahawa aku seorang Suhufi kerana aku telah membaca suhuf dari lelhurku” (Qamus ar-Rijal, Rawdhah al-Jannah, jil.8 hlm.69)
Saya bersama al-Hakam ibni uthbah berkunjung kepada Imam al-Baqir. Al-hakam menyampaikan satu pertanyaan. Abu Jaafar (Imam Baqir a.s) sangat menghormatinya. Mereka berselisih pendapat dalam satu hal, tatkala Abu Jaafar berkata: “Anakku, bangunlah dan ambilkan Kitab Ali untukku,” dia lalu membawa sebuah buku besar. Imam membukanya dan melihat2nya sampai menemukan masalah itu. Lalu Abu Jaafar berkata: “Ini adalah tulisan tangan Ali sendiri dan didiktekan oleh Rasulullah.” (Rijal an-Najashi, Qum, hlm.255)
Imam Sadiq a.s: “Diungkapkan dalam Kitab Ali: ‘Dunia itu laksana ular, kulitnya sangan lembut tetapi di dalamnya ada racun yang mematikan. Orang bijak menghindar darinya, tetapi anak dungu ingin mendekatinya.” (Wasa’il Syiah bab tentang zakat; lihat Makatib ar-rasul, jil.1, hlm.73)
Imam Sadiq a.s: “Sudah dinyatakan dalam Kitab Ali bahawa seseorang yang minum anggur dan seorang yg meminum minuman keras (muskir) boleh dikenakan hukuman yg sama.” (wasa’il Syiah bab hudud)
Kitab Ali ini juga disebut sebagai al-Jami’ah atau as-Sahifah, atau juga dikenali sebagai Rabi’at al-Shahifat al-‘Atiqah.
Imam Sadiq a.s “Perkataanku adalah perkataan ayahku. Perkataan ayahku adalah perkataan datukku. Perkataan datukkua dalah perkataan ayahnya. Perkataan ayahnya adalah perkataan Ali bin Abi Thalib. Perkatan Ali adalah perkataan Rasul saaw. Perkataan Rasul adalah firman Allah ‘Azza wajalla” (sayyid Muhsin al-Amin, A’yan al-Syiah, jil.1, hlm.661) |
|
|
|
|
|
|
|
Ghadir Khum- kepimpinan Ahlul Bait a.s ke atas umat
GHADIR KHUM – KEPIMPINAN ALI & AHLUL BAIT A.S
Sejarah Ringkas peristiwa Ghadir Khum
hadis Tsaqalain dan Ghadir Khum diucapkan di Ghadir Khum pada haji wida’. Selepas upacara haji selesai, dan kaum Muslimin telah belajar cara melakukan ibadah haji secara langsung, Rasulullah saaw pun memutuskan utk berangkat pulang ke Madinah. Kemudian sampailah wahyu agar Junjungan saaw berhenti di sebuah tempat bernama Ghadir Khum, kira2 5 km daripada Juhafah. Juhfaha dalah satu miqat di mana pakaian ihram harus dikenakan. Dari sini terdapat jalan simpang ke Madinah, Mesir, dan Iraq. Ia adalah pos terakhir pertemuan Kaum muslimin sebelum masing2 pulang ke kampung halamannya. Rasulullah saaw mengumpulkan umat di tengah panas terik, memanggil yg di hadapan agar kembali semula, dan memanggil yg di belakang agar cepat bergabung.
Ada riwayat menyatakan bahawa Rasulullah saaw telah berdiri di atas tompokan pelana unta yang ditompokkan tinggi. Di sebelahnya Imam Ali a.s. Rasulullah saaw telah berkhutbah sehingga akhirnya Baginda saaw memberi perkhabaran kepada umat akan tempohnya hayatnya yang sudah akan berakhir.
“Aku merasa segera akan dipanggil (oleh Allah) dan aku akan segera memenuhi panggilan itu (lihat hadis tsaqalain riwayat Ahmad, Muslim dll)
kemudian Rasulullah saaw berpesan kepada umat manusia, dan mewasiatkan mereka dua bekal yg sangat berat/penting (Tsaqalain)
“Aku tinggalkan padamu dua perkara yang amat berharga iaitu Kitabullah Azza Wajalla dan Ithrahku, Ahlul Baitku. Dan sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui telah berkata keapdaku bahawa keduanya tidak akan berpisah sehingga bertemu kembali dengaku di Haudh. Oleh karana itu, perhatikanlah bagaimana kamu memperlakukan keduanya itu”. (hadis ini diriwayatkan dengan banyak versi tetapi tetap dengan menyebut dua perkara ini)
Wahai manusia, janganlah anda mendahului Al-Quran dan Ahlul Baitku, dan jagalah perilaku anda terhadap mereka, supaya anda tidak binasa”
Pada saat itu, Baginda saaw memegang tangan Ali a.s lalu mengangkatnya tinggi demikian rupa sehingga tampaklah putih ketiak kedua-dua mereka. Baginda saaw memperkenalkan Imam Ali a.s kepada semua dan berkata:
“Siapakah yang lebih aula (utama/berhak) ke atas kaum Mukmin di atas diri mereka sendiri?”
Umat menjawab: “Allah dan NabiNya lebih mengetahui”
Kemudian Nabi saaw bersabda: “Allah adalah maula saya, dan saya adalah maula kaum Mukmin. Saya lebih layak dan berhak atas mereka berbanding diri mereka sendiri.”
Pada ketika itulah Nabi saaw bersabda ““Barangsiapa Aku maulanya (pemimpinnya), Ali maulanya!”
kemudian para sahabat memberiucap tahniah.
Hadis Ghadir diriwayatkan oleh begitu ramai sahabat - lebih 110 jumlahnya. Hadis ini menjadi authority terbesar Imam Ali a.s di atas semua sahabat mengenai kerusi kepimpinan.
Kemudian umat terbahagi kepada dua.
1- Kelompok yang meninggalkan Ahlul Bait a.s sebaik sahaja Rasulullah saaw meninggal, melantik diri2 mereka menjadi pemimpin melalui mesyuarah mereka sendiri. Golongan ini didokong dan termasuklah sahabat2 seperti Abu Bakar, Umar al-Khattab, Abu ubaidullah Jarrah, Khalid al-Walid, Abdul rahman bin Auf, dll yg pada mulanya telah memberi ucap tahniah pada hari Ghadir Khum. Golongan ini dan pengikut mereka pada kemudian harinya dikenali sebagai Ahlus Sunnah wal Jamaah. Mereka kemudian mewujudkan mazhab2 fekah dan usul mereka seperti Abu Hanifah, Malik bin Anas, Muhammad Idris Syafiie dan Ahmad Hanbal. Mazhab Usul = Abu hasan Asy’ari dan Maturidi.
2- Kelompok kedua ialah Ahlul Bait a.s yang menderita pelbagai tekanan dan ketidak adilan, beserta pengikut mereka daripada kalangan sahabat2 seperti Salman al-Farisi, Miqdad al-Aswad, Abu Dzar, Ammar bin yasser (4 sahabat ini dikenali sebagai 4 tiang Syiah), Huzaifah al-yamani, Jabir bin Abdullah, Abu Ayyub Ansari, Khuzaimah bin Tsabit, Qais bin Said, Adi bin Hatim dll.Mereka setia bersama Ahlul Bait a.s sehingga kematian mereka. Golongan kemudiannya mengikut sahabat2 ini dalam ketaatan mereka kepada Ahlul bait a.s. Mereka mengikut Ahlul bait a.s dalam fekah dan usul mereka dan dikenali sebagai Syiah Ali a.s.
Umat islam menerima hadis Ghadir Khum dan Tsaqalain. Namun, apabila mendapati bahawa hadis2 ini menjadi ancaman kepada mazhab dan pegangan mereka, mereka mula memberi maksud2 yg aneh dan tidak kena kepada hadis2 ini. Anda boleh saksikan sendiri dalam forum ini.
Mereka mengatakan bahawa ‘Maula’ dalam hadis Ghadir bukanlah bermaksud pemimpin, tetapi adalah ‘kekasih’ dan sebagainya. Mereka berkata: “Oh dalam bahasa Arab aula/maula tu banyak maksudnya”Terpulang kepada anda menilainya.
Tetapi Rasulullah saaw tidak akan menyatakan seuatu yg akan membuatkan umat keliru, dan Baginda saaw menggunakan penyampian yg akan difahami semua orang. Kerana itulah kemudiannya para sahabat termasuk Abu Bakar dan Umar menyampaikan ucap tahniah kepada Imam Ali a.s Namun sejarah telah membuktikan apa yg berlaku selepas kewafatan Rasulullah saaw. |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Ghadir Khum
Hadis Ghadir Khum
Pada Haji terakhir Rasulullah saaw, dalam perjalanan pulang, waktu panas terik, Baginda saaw telah bersabda di hadapan puluhan ribu sahabat
“Barangsiapa Aku maulanya (pemimpinnya), Ali maulanya”
Ini adalah sebuah hadis yg sangat mutawattir, diriwayatkan oleh 110 sahabat Rasulullah saaw
Hafiz Abu Isa al-Tirmidzi (w. 279, pengarang Sunan Tirmidzi) telah menulis: "Ini adalah hadis yg baik (Hasan) dan sahih " (Sunan, Jil.2, hlm.298)
Muhammad Ibn Abdillah al-Hakim (w.405) telah menulis: "Hadis ini adalah Sahih dengan kaedah dua orang syeikh (al-Bukhari dan Muslim)." (al-Mustadrak ala al-Sahihain, Jil.3, hlm.108-110)
al-Hafiz Ahmad Ibn Muhammad al-Tahawi (w.321) telah menulis: "hadis ini sahih berdasarkan mata rantai periwayat/penyampainya dan tidak ada sesiapapun yg mengatakan sebaliknya kepada mata rantainya"" (Mushkil al-Athar, Jil.2, hlm.307-308)
al-Hafiz Ahmad Ibn Muhammad al-'Asimi telah menulis: "Hadis ini telah diterima ummah dan telah mengikuti prinsip2 hadis" (Zain al-Fata)
Lain2 yang menguatkan kesahihannya tanpa ada keraguan ialah (antaranya):
al-Mahamili al-Baghdadi, in "Amali"; Ibn Abd al-Bar (w. 463), dalam "al-Isti'ab"; Ibn al-Maghazili al-Shafi'i, dalam "al-Manaqib"; Muhammad al-Ghazzali dalamin "Sirrul `Alamayn"; Abul Faraj Ibn al-Jawzi dalam "Manaqib"; Sibt Ibn al-Jawzi dalam "Tadhkirat Khawas al-Ummah"; Ibn Abi al-Hadid "Sharh Nahjul Balagha"; Ibn Kathir "Tarikh"; Ala al-Din al-Simnani, dalam "Al-'Urwatul Wuthqa"; Ibn Hajar al-Asqalani "Tahdhib al-Tahdhib"; Jalalulddin al-Suyuti dalam beberapa bukunya; Abul Abbas al-Qastalani, al-Mawahib al-Ladaniya"; Ibn Hajar al-Haithami, "al-Sawa'iq al-Muhriqah"; Abdul Haqq al-Dihlawi, dalam "Sharh al-Mishkat" dll
Ahmad bin hanbal meriwayatkan bagaimana Imam Ali a.s sendiri berdiri memberi khutbahnya di atas mimbar di Rahbah sebagaimana telah disebutkan oleh semua ahli sejarah selepas beliau menjadi khalifah, lebih 30 puluh tahun selepas peristiwa Ghadir Khum:
Imam Ali a.s berkata:
"Aku menyeru Demi Allah bagi setiap orang yang mendengar Rasulullah saaw bersabda di Hari al-Ghadir supaya berdiri dan mempersaksikan apa yang telah didengarinya. Dan tidak boleh berdiri melainkan orang yang melihatnya (Nabi saaw) dengan matanya dan mendengar dengan kedua telinganya." Maka tiga puluh sahabat berdiri termasuk dua belas orang yang telah mengambil bahagian di dalam peperangan Badr. Maka mereka telah menyaksikan bahawa beliau saaw telah memegang Ali dengan tangannya dan berkata kepada orang ramai: "Tidakkah anda mengetahui bahawa sesungguhnya aku lebih aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri? Mereka menjawab: Ya. Beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya."
(Ahmad b.Hanbal, al-Musnad , IV, hlm. 370; Burhan al-Din al-Halabi, Sirah al-Halabiah , Cairo 1340 H, III, hlm. 302; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 65 dan lain-lain) |
|
|
|
|
|
|
|
UCAPAN TAHNIAH DARI PARA SAHABAT DAN UMMUL MUKMININ ATAS PERLANTIKAN IMAM ALI A.S SEBAGAI AMIRUL MUKMININ (pemimpin orang2 yg beriman)
Al-Tabari di dalam bukunya al-Wilayah telah meriwawatkan hadis dengan sanadnya daripada Zaid bin Arqam dan diakhirnya dia berkata: "Orang yang pertama berjabat tangan (salam) dengan Nabi saaw dan 'Ali ialah Abu Bakar, Umar, Uthman, Talhah, Zubair, Muhajirin, Ansar, dan lain-lain sehingga beliau mengerjakan solat Zuhr dan 'Asr berjama'ah di dalam satu masa dan berpanjangan sehingga beliau saaw mengerjakan solat al-'Isya'in (solat Maghrib dan Isyak) di dalam satu masa. Para sahabat meneruskan bai'ah dan bertepuk tangan tiga kali." ( Kitab al-Wilayah, hlm. 18 dan seterusnya. )
Al-Darruqutni menyatakan bahawa Ibn Hajr telah meriwayatkan daripadanya di dalam fasal kelima, bab pertama al-Sawa'iq al-Muhriqah bahawa Abu Bakar dan Umar manakala kedua-duanya mendengar hadis al-Ghadir, mereka berkata kepada Imam Ali a.s: "Andalah maula bagi setiap mukmin dan mukminah." Dikatakan kepada Umar: "Sesungguhnya anda melakukan sesuatu kepada 'Ali di mana anda tidak melakukannya kepada orang lain daripada sahabat-sahabat Rasulullah saaw. Dia menjawab: Sesungguhnya beliau adalah maulaku."
Kuand Amir di dalam Habib al-Siyar berkata: "Kemudian Amirul Mukminin Ali a.s duduk di khemah khas. Para sahabat Rasulullah saaw datang kepadanya dan mengucap tahniah kepadanya. Di antara mereka ialah Abu Bakar dan Umar. Umar berkata: 'Alangkah beruntungnya anda wahai anak lelaki Abu Talib. Anda telah menjadi maulaku dan maula setiap mukmin dan mukminah!'. Kemudian Baginda saaw memerintahkan Ummahat al-Mukminin (para Isteri Nabi saaw) supaya datang kepada Ali a.s dan mengucap tahniah kepadanya. (Habib al-Siyar, III, hlm. 144. )
lain2 yg telah mencatatkan ucapan tahniah ini termasuklah:
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya,al-Musnad, IV, hlm. 281; al-Tabari di dalam Tafsirnya, Jami' li Ahkam al-Qur'an, III, hlm. 428; Ibn Mardawaih di dalam Tafsirnya,Tafsir al-Mardawaih, hlm. 58; al-Tha'labi, Tafsir al-Tha'labi, III, hlm. 428; al-Baihaqi di dalam al-Sunan I, hlm. 55-58; al-Khatib al-Baghdadi Tarikh al-Baghdad, VIII, hlm. 378; Ibnu al-Maqhazali, Manaqibnya, hlm.48-50. ; al-Ghazali di dalam Sirr al-'Alamain,hlm. 9; al-Syarastani di dalam al-Milal wa al-Nihal,hlm. 9-14; Abu l-Faraj Ibn al-Jauzi al-Hanbali dalam Manaqibnya hlm. 49.-60; Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib,III, hlm. 636; Muhibuddin al-Tabari di dalam Riyadh al-Nadhirah, II, hlm. 169; al-Hamawaini, al-Fara'id al-Simtin bab ketiga belas; al-Muqrizi di dalam al-Khutat, al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-'Ummal, IV, hlm. 397; al-Samhudi di dalam Wafa' al-Wafa bi Akhbar Dar al-Mustafa II, hlm. 173.
dan lain-lain yang terdiri daripada ulama-ulama hadis, Tafsir, dan sejarah ASWJdi mana kami tidak dapat menyenaraikan kesemua nama-nama mereka di dalam buku kami ini. |
|
|
|
|
|
|
|
AYAT WILAYAH
“Sesungguhnya wali (pemimpin) kamu hanyalah Allah, RasulNya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan salat, dan mengeluarkan zakat seraya ruku’ (al-Maidah, 55)
Abi Ishaq ats-Tsa’labi, Tafsir al-Kasyf wal Bayan tafsir al-Quran; Ibnu hajar Asqalani, al-Kassyyaf; Ibnu Mardawaih, kitab fadhail; as-Sayuti, Durr al-Mantsur; Muttaqi Hindi, jil.1, 15; Thabrani, Awsath; al-hafiz al-hanafi al-Khawarizmi, al-manaqib, hlm.187; Ibnu Asakir, Tarikh Dimsyaqi, jil2; Ibnu Katsir, Bidayah wa an Nihayah, jil.7; Muhibbudin Thabari, Dhaka’ir al-‘Uqba & Riyadh an-Nadhirah, Jil.2; Ahmad bin yahya Baladzuri, Ansab al-Asyraf, jil.2; al-Wahidi, Ansab an Nuzul, hlm.192 cetakan 1, disemak oleh Sayyid Ahmad as-Samad; Ibnu maghazili Syafii, al-manaqib hlm.314 diperiksa oleh Mahmudi; al-Juwaini, Faraidh as-Simthhain jil.1; al-Hakim al-Hiskani, Syawahid at-tanzil; Al-Qurtubi al-Andalusi di dalam al-Jami' li Ahkam al-Qur'an, VI, hlm. 221. Rasyid Ridha yang bermazhab Wahabi di dalam tafsirnya al-ManarJil VI, hlm. 442 , al-Alusi di dalam Ruh al-Ma'ani, VI, hlm. 149; menyatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada hak Amiru l-Mukminin Ali a.s dengan berbagai riwayat yang berakhir setengahnya kepada Ibn 'Abbas dan setengahnya kepada Abdullah bin Salam.
lain2 seperti:
Fakhruddin al-Razi di dalam tafsirnya.(Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 417.), al-Syablanji di dalam Nur al-Absar (al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 105.); al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul,(Asbab al-Nuzul, I, hlm. 422.); al-Zamakhsyari di dalam tafsirnya al-Kasysyaf. (al-Kasysyaf, I, hlm. 422. ); Abu Bakar Ahmad bin 'Ali al-Razi al-Hanafi di dalam Ahkam al-Qur'an II, hlm. 543; Muhibbuddin al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 88; telah meriwayatkan beberapa riwayat yang sahih di dalam bab ini; Sibt Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Huffaz, hlm. 18; dan lain2.
al-Bahrani di dalam Ghayah al-Maram (hlm. 103-107). telah mengemukakan hadith-hadith yang menunjukkan ayat ini telah diturunkan kepada Amiru l-Mukminin Ali a.s. Dia meriwayatkan sebanyak dua puluh empat hadith menurut saluran Ahlu s-Sunnah dan dua puluh hadith menurut saluran Syi'ah.
Begitu juga al-Allamah al-Amini di dalam al-Ghadir (III, hlm. 156)
telah mencatat enam puluh enam nama-nama ulama Ahlu s-Sunnah yang masyhur yang telah menyebutkan hadith ini dan mereka pula menegaskan bahawa ayat ini telah diturunkan kepada Amiru l-Mukminin Ali a.s dengan menyebutkan perawi-perawinya sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
hadis Abu Dzar
Hadis Abu Dzar
Abu Dzar berkata: “Wahai manusia barangsiapa yg mengenalku, maka bererti dia telah mengenalku, dan barangsiapa yang tidak mengenalku, maka aku ini adalah Jundub bin Junadah al-Badri Abu dzar al-Ghifari. Aku telah mendengar Rasulullah saaw dengan kedua telingaku ini, dan jika tidak, pekaklah keduanya. Aku telah menyaksikan baginda dengan kedua mataku ini, dan jika tidak butalah keduanya ini……….(hingga akhirnya menceritakan bagaimana seorang pengemis masuk ke dalam masjid dan tidak ada seorang pun yg memberinya sesuatu. Ketika itu Imam Ali a.s dalam keadaan ruku’ telah menghulurkan jarinya lalu si pengemis lantas mengambil cincinnya) Abu Dzar berkata:
Rasulullah saaw mengangkat kepalanya ke langit searaya berdoa,
‘Ya Allah, sesungguhnya Musa telah memohon kepadamu. Dia berkata, ‘Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kakakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku, dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku: Harun, saudaraku. Teguhkanlah dengannya kekuatanku, dan jadilah dia sekutu dalam urusanku, supaya kami dapat bertasbih kepadaMu dan banyak mengngatiMu.(Taaha: 25-32) Sesungguhnya Engkau telah mewahyukan kepadanya ‘Kami teguhkan lengamu dengan saudaramu.’ Dan aku ini Ya Allah, adalah hamba dan NabiMu. Lapangkanlah untukku dadaku, mudahkanlah untukku urusanku, dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku: Ali, saudaraku. Teguhkanlah dia dengan kekuatanku…’
Abu dzar menyambung: “Demi Allah, belum sampai Rasulullah saaw menyelesaikan Kata-katanya itu, Jibril al-Amin turun dari sisi Allah SWT. Jibril al-Amin berkata,
“Ya AMuhammad, selamat, atas apa telah Allah anugerahkan untukmu mengenai saudaramu.”
Rasulullah saaw bertanya, “Apa itu ya jibril?”
Jibril menjawab, “Allah SWT telah memerintahkan umatmu utk menjadikannya sebagai pemimpin hingga Hari kiamat, dan menurunkan kepadamu,
‘ Sesungguhnya wali (pemimpin) kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan salat dan menunaikan zakat seraya ruku’”
(dikutip dari riwayat panjang dalam kitab al-Hakim, al-Hiskani, Syawahid al-Tanzil, jil.1, hlm.177 Beirut.)
[ Last edited by billionaire on 17-1-2004 at 08:51 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
“Sesungguhnya wali (pemimpin) kamu hanyalah Allah, RasulNya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan salat, dan mengeluarkan zakat seraya ruku’ (al-Maidah, 55)
“Barangsiapa Aku maulanya (pemimpinnya), Ali maulanya (pemimpinnya)” (Hadis Ghadir Khum) |
|
|
|
|
|
|
|
HADIS MANZILAH
“Kedudukanmu di sisiku seperti Harun di sisi Musa, hanya saja tiada lagi Nabi selepasku”
(Sahih Bukhari, kitab Manaqib; Sahih Muslim, kitab fadhail sahabah)
“Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku: Harun, saudaraku. Teguhkanlah dengan dia kekuatanku, dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku.” |
|
|
|
|
|
|
|
Pengakuan Ibnu Hajar
Sudah cukup kiranya pengakuan Ibnu Hajar yg sangat terkenal dengan penentangannya terhadap mazhab Ahlul Bait a.s:
Ibnu hajar, seorang Sunni ekstrem telah menulis dalam kitabnya, lantaran tidak mampu menolak kebenaran hadis Tsaqalain seperti berikut:
“Rasulullah saaw bersabda dalam hadisnya “Sesungguhnya aku meninggalkan kepadamu dua perkara yg jika kamu mengikuti keduanya nescaya kamu tidak akan tersesat. Iaitu Kitab Allah dan Ahlul Baitku” Tabrani menambahkan tentang Ahlul Bait, “Janganlah kamu mendahului mereka nanti kamu binasa, janganlah kamu tertinggal dari mereka nanti kamu celaka, dan janganlah kamu mengajari mereka sesungguhnya mereka lebih tahu dari kamu.” Pada sebuah riwayaa disebutkan hadis “Kitabullah dan Sunnahku” merupakan maksud dari hadis2 yg hanya dibatasi pada Kitab Allah saja sudah mencukupi. Al hasil, sesungguhnya anjuran jatuh kepada berpegang teguh kepada Kitab Allah, sunnah-sunnah, dan manusia yg mengetahui keduanya dari kalangan Ahlul Bait. Dari keterangan hadis2 di atas, dapat ditarik kesimpulan bahawa ketiga perkara tersebut akan tetap ada hingga hari Kiamat.” (Sawaiq al-Muhriqah, hlm.150)
Dengan ungkapannya itu, Ibnu hajar secara tidak langsung telah menyatakan bahawa perintah berpegang teguh kepada sunnah tidak dapat dilakukan kecuali melalui jalan pemeliharanya iaitu Ahlul Bait a.s.
(Sekiranya Ibnu hajar mendapati hadis2 Tsaqalain dengan jalan2nya yg pelbagai itu maudhu’, dhaif, tentulah beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti ini)
Ibnu Hajar, ulamak ASWJ dan termasuk Nahzalus selepas menyedari bahawa begitu besarnya Ahlul Bait a.s, tanpa segan dan malu mendakwa merekalah yg sebenarnya yg menyintai dan menjaga hak2 Ahlul Bait a.s Ibnu hajar misalnya, selepas menyebutkan hadis2 mengenai keutamaan Syiah Ahlul Bait a.s pada Hari Akhirat berkata;
“Yang dimaksudkan dengan Syiah Ali r.a dalam hadis2 ini (bill: mengenai keutamaan Syiah Ali a.s pada hari Kiamat) ialah Ahlul Sunnah, kerana merekalah yg benar2 menyintai Ali dan Ahlul Bait pada umumnya, serta syiah mereka seperti yang diperintahkan Allahd an RasulNya…”
tetapi umat ini bukan buta dan pekak. Ahlul Bait a.s tidak pernah dikaitkan dengan ASWJ tetapi Syiah! Sehinggakan Imam Syafiie pun sanggup dituduh Rafidhah kerana cintakan Ahlul Bait a.s. Lihat betapa sinonimnya Syiah dan Ahlul Bait a.s. Malah ASWJ khususnya orang awamnya memang tidak mengenali Ahlul Bait a.s, tidak pernah diajar di sekolah2, juga jarang disebut di dalam buku2 agama mereka. Hadis2 Nabi saaw yang mereka riwayatkan asing sekali di dalam ASWJ. |
|
|
|
|
|
|
|
Bill, untuk menjawab secara panjang lebar memerlukan sedikit masa buat merujuk kitab-kitab yang disebut. Tetapi secara ringkasnya boleh saya kata begini.
Peristiwa Ghadir Khum ni adalah hujah no 1 Syiah. Kalau kita buka kitab-kitab Syiah yang membicarakan ttg Imamah, bukti pertama yang akan mereka sebut ialah peristiwa ni. Sebabnya, dalam hadis ini ada lafaz Maula. Dalam hadis-hadis lain riwayat ASWJ memang tiada lafaz jelas seperti Khalifah, wasi dsbnya yang menunjukkan S. Ali adalah pengganti Nabi. Dalam Quran lebih-lebih lagilah tak ada!. Tiada satupun ayat dalam al-Quran menyebut bahawa S. Ali adalah pengganti Nabi, bahkan tak ada satu ayatpun yang menyokong Imamah mereka sedangkan Syiah beriktikad bahawa Imamah adalah tiang agama. Sesiapa yang ingkar akan menjadi kafir! Oleh kerana tidak ada lafaz jelas dalam Quran, maka Syiahpun menggunakan ayat 55 surah al-Maidah dgn mempromosi sebab Nuzul ayat yang dikhilafkan dalam ASWJ itu.
Dalam peristiwa Ghadir Khum ini, kuncinya terletak pada lafaz Maula. Inilah yang dikhilafkan. Seorang ulama' bahasa ASWJ, iaitu al-Fairuz Abadi, pengarang kamus al-Qamus al-Muhit telah berkata:
"Adapun sangkaan Syiah bahawa dalam ayat tersebut (55 surah al-Maidah) atau dalam hadis (Ghadir Khum) ada petunjuk bahawa Ali adalah pengganti Nabi merupakan suatu kejahilan yang menunjukkan kesalahan penghujahnya secara pasti. Ini kerana al-Walayah adalah lawan kepada al-'Adawah (permusuhan), dan darinya keluar perkataan Maula مولى dan Wali ولي. Manakala al-Wilayah, iaitu al-Imarah (kepimpinan), darinya keluar perkataan Wali والي dan Mutawalli متولي ..."
Kalau kita tengok ayat 4 surah al-Tahrim, ayat 11 surah Muhammad dan ayat 71 surah Taubah, perkataan Maula kat sini kesemuanya menunjukkan kepada makna al-Walayah (al-Muwalat), lawan kepada al-Adawah, bukan al-Wilayah yang bermaksud pemimpin. Cuba check sendiri.
Kalau nak sebut pengganti, orang tak guna perkataan ni sebab ia ada banyak makna. Kalau nak sebut pengganti kena guna perkata jelas. Dalam riwayat ASWJ tak ada perkataan Khalifah dan Wasi. Dalam riwayat Syiah tu toksah kiralah. Berlambak! Sebabnya mazhab mereka dibina atas perkara ini, bahkan ia menentukan keimanan dan kekufuran seseorang.
Sehubungan dgn ini Imam al-Baihaqi meriwayatkan dari al-Hasan bin al-Hasan bin Ali bin Abu Talib. Beliau ditanya: Bukankah Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Ali : من كنت مولاه فعلي مولاه ? Beliau menjawab: Kalaulah apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu ialah kepimpinan dan pemerintahan serta pengurusan hal-ehwal manusia, baginda akan menyebutnya dgn jelas dan terang, sebagaimana baginda menjelaskan ttg solat, zakat, puasa Ramadhan dan haji. Bahkan baginda pasti berkata: Sesungguhnya ini (Ali) adalah wali urusan kamu semua. Maka dengar dan patuhlah kepadanya .... (al-I'tiqad ala mazhab al-Salaf Ahlis Sunnah wal Jamaah.182-183: cetakan Matba'ah 'Arabiyyah, Pakistan).
Ini riwayat dari Imam AB sendiri. Bahkan di sisi kami ada banyak riwayat dari Jaafar al-Sadiq yang menyokong kepimpinan S. ABu Bakar dan S. Umar. Adakah kami telah meninggalkan AB? :bg:
Sebenarnya bill, tak ada masalah untuk menjawab hujah-hujah anda ini. Cuma, yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan. Apabila sampai masanya nanti, adalah kat sini. Bila dah ada tu, pandai-pandailah anda!
Berkenaan dgn Ghadir dll yang anda sebut diatas, sebahagian dari senarai rujukan yang anda sebut itu, yang bercampur antara kitab ASWJ dan Syiah itu ada dalam simpanan saya. Bahkan kitab al-Amini al-Najafi itupun yang sebanyak 16 jilid ada dgn saya. Saya akan buka satu persatu dan tunjukkan kepada netters sekalian apa yang beliau buat kepada rujukan ASWJ....
Kata moasri:
[quote]Kaum Rafidhah terkenal dgn pendustaan mereka. Jadi, perlu berhati-hati dgn penulisan mereka. Mereka pandai memutar belit.
Ma抦al ibn Ihab mendengar Yazid ibn Harun berkata, 揂ku mencatat (riwayat) dari pembid抋h walaupun ia mempromosikan bid抋hnya, kecuali riwayat kaum Rafidhah yang suka berdusta |
|
|
|
|
|
|
|
salam
pertama hadis Ibnu majah yg anda petik utk berhadapan dengan Syiah. Seharusnya anda memetik hadis yg disepakati oleh Syiah dan sunnah. begitu caranya.
dan sekiranya sahabat2 tidak tahu akan perkataan wali, maka tidak ada ucap tahniah dari para sahabat.
dan ucapan anda bahawa Imam jafar Sadiq a.s menyokong Abu bakar dan umar adalah satu kata-kata yg sangat melucukan! walaubagaimanapun, bill memang serba kekurangan, dan sangat baik sekiranya ada golongan terpelajar Syiah, yang mempunyai kitab2 Syiah merujuk kata2 yg akan anda bawakan itu. tetapi, ternyata, apabila ada riwayat2 yg memuji Abu Bakar dan Umar, ianya bertentangan dengan riwayat2 yg menentang keduanya. dan orang2 Syiah tentu mempunyai jawapan utk itu. Kerana cukuplah perbuatan ibu para imam yg menolak keduanya sewaktu hayat dan sewaktu matinya. |
|
|
|
|
|
|
|
di sini, bill lebih suka utk berdalil dengan akal selepas dibantu dengan pemahaman terhadap perbahasan dalam Sunni dan Syiah. Maklumlah, bill ni bukannya belajar kat Iran atau di mana2. dan bill pun cuma orang awam bukan seperti anda wahai ustaz. |
|
|
|
|
|
|
Terong Pipit This user has been deleted
|
[quote]Originally posted by billionaire at 2004-1-17 10:12:
Cukuplah al-Quran menjadi dalil bahawa bapa Nabi Ibrahim a.s adalah seorang muslim
Ayat 43 |
|
|
|
|
|
|
| |
|