Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Australia berhubung peranannya mencari pesawat MH370 dalam lawatannya ke Perth hari ini.
Beliau bagaimanapun sekali lagi mengelak menjawab soalan.
Dalam sidang media yang disiarkan langsung oleh CNN menunjukkan Najib membaca kenyataan akhbar dan terus meninggalkan majlis selepas pihak media mula bertanya soalan.
Kecuali sidang media pertamanya selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu hilang pada 8 Mac, beliau tidak pernah terlibat dalam sesi soal jawab bersama media berhubung isu itu.
Perdana Menteri Australia Tony Abbott turut membuat kenyataan dalam acara bersama Najib. Beliau juga meninggalkan sidang media selepas Najib berbuat demikian.
“Di saat-saat sukar ini, Australia membuktikan dirinya sebagai rakan yang tidak ternilai.
“Pihak berkuasa Australia, seperti banyak lagi, menawarkan bantuan tanpa teragak-agak atau bertangguh lagi.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Australia atas apa yang telah dilakukan dan akan dilakukan, untuk mencari pesawat itu,” kata Najib membaca kenyataannya dalam sidang media itu.
cloudy_83 posted on 3-4-2014 02:17 PM
@sapp73 i tak pandai matematik, jadi i tak berani nak beri kesimpulan kepada artikel yang i post ka ...
tq...rasanya pengumuman PM mengenai ended tu berdasarkan perkiraan/maklumat sama seperti artikel ni. kalau pakar-pakar pun pening dengan ke MH370 ni, apatah lagi kita, nak menghadamkan artikel ni saja pun udah pening
revolusi_30 posted on 3-4-2014 01:12 PM
Debris satu pun xda photo ke ?
hah! tu yg aku baru nak Tanya .hari demi hari kes ni semangkin sejuk..sehinga lah kita semua dah malas nak follow..akhir nya kes ni tengelam begitu saja jadi misteri..mcm misteri azilah and geng(betul ke nama tu.dlm kes antu tuya tu)