RockRockRock posted on 28-5-2014 11:41 PM
mana ada pmpuan dlm dunia ni RELA DIROGOL.............................
Indian cousins found hanging from tree after gang-rape: Police -
LUCKNOW, India (AFP) -
Two teenage girls have been found hanging from a tree in a northern Indian village after they were gang-raped by five men, police said Thursday, in a brutal attack highlighting the country's poor record on sexual violence.
Police have arrested one man over the attack on the cousins, aged 14 and 15 and from the lowest Dalit caste, who were discovered hanging on Wednesday morning in Budaun district of Uttar Pradesh state.
A post-mortem report indicated the cousins hanged themselves late Tuesday after being attacked, police said. The girls had earlier walked into a field to go to the toilet because they didn't have one in their home when they were set upon, according to local media reports.
"The report suggests ante-mortem hanging, which means the girls probably committed suicide. But we will take into account all aspects before coming to a conclusion," Atul Saxena, Budaun police chief, told AFP.
The attack sparked protests by the girls' families and other villagers, who accused police of failing to act after the bodies were found.
Television footage showed the villagers including children sitting on the ground under the tree in protest with the bodies hanging above.
The families belong to the Dalit caste, previously known as "untouchables", considered on the lowest rung of India's deeply entrenched social hierarchy system. Mr Saxena said police had arrested one suspect after the girls' relatives registered a complaint against five men for gang-rape, murder and child sexual abuse. "A team of around 50 police officers is on the lookout for the absconding accused," he added.
Saxena could not confirm the exact ages of the attackers, but said they were in their "late teens".
Local police officers have also been suspended from duty for their initial apathy over the crime, he said.
The attack is the latest to highlight India's dismal record on preventing sexual violence, despite tougher laws after the fatal gang-rape of a student in New Delhi in December 2012 shook the nation's conscience.
Earlier this year, a young girl was gang-raped in a remote village in West Bengal state on orders from tribal village elders who objected to her relationship with a Muslim man.
Women's activist and researcher Ranjana Kumari urged Prime Minister Narendra Modi and his newly elected government to come good on its campaign pledge to improve safety for women.
"Modi must take a stand and say enough because the attacks are just getting more and more horrendous," Ms Kumari, director of the Centre for Social Research in New Delhi, told AFP. "olice attitudes and actions have clearly not improved (since the Delhi gang-rape). Men are targeting girls from minority groups, poor girls and no one cares," she said.
Mr Modi clinched a landslide victory in general elections this month over the left-leaning Congress, thanks in part to a stunning performance by his right-wing Hindu nationalist party in Uttar Pradesh.
Last month, the head of the state's governing party, Mulayam Singh Yadav, told an election rally he was opposed to the death penalty for gang rapists, saying "they are boys, they make mistakes." -
PS: Gang rape 5 orang...yg kat kelantan 38 orang!! Record dunia kot
leni posted on 29-5-2014 12:47 AM
Rosak2 lelaki yg tinggal kat kelantan.katanya merogol sbb high dadah. Better buang serambi mekah tu. ...
Harap maklum.. Kelantan masih mengekalkan rekod keputusan peperiksaan sekolah terbaik setiap tahun. Ulamak2 serta profesional ramai jua lahir dari Kelantan atau mendapat pendidikan di Kelantan. Dalam setandan pisang pasti ada pisang yang busuk. Harap maklum.
Wadefish?..wadefish? Budak tu disorokkan apabila JPM tawarkan bantuan. Padahal sebelum ni..parents budak ni dikatakan tak ambik peduli bila budak tu mengadu kat parents dia dirogol. Yang hantar dia buat report polispun..orang lain..
..Bapa sorok anak
Harian Metro – 8 hours ago....Email 0Share
Remaja perempuan berusia 14 tahun yang didakwa dirogol bergilir-gilir oleh 38 lelaki masih belum mendapat khidmat kaunseling menangani trauma berikutan disembunyikan keluarga hingga sukar didekati pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Timbalan Pengarah JKM Kelantan Norazman Ab Manaf berkata, pihaknya cuba membantu pelajar tingkatan dua itu beberapa kali untuk merawat trauma dihadapi namun tidak mendapat kerjasama, malah dihalang bapa mangsa.
Kunjungan pertama adalah ketika dirawat di Hospital Kuala Krai dan pegawai kami menawarkan memberi khidmat kaunseling kepada mereka sekeluarga terutama mangsa namun bapanya menolak dengan alasan mahu menjaga anaknya sendiri.
Kelmarin kami mengunjungi rumah mangsa selepas mendapat tahu dia dibenarkan keluar hospital pada jam 4 pagi Isnin lalu, namun sekali lagi gagal apabila rumahnya bertutup tanda tidak berpenghuni,” katanya di sini, semalam.
Difahamkan keluarga itu tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Guchil 1, Kuala Krai bagi mengelak daripada diganggu mana-mana pihak.
Mengulas lanjut, Norazman berkata, pihaknya akan terus berusaha membantu remaja terbabit kerana yakin dia mengalami trauma yang teruk dan mengelak melakukan kejadian tidak diingini.
Kita juga bersedia membantu mana-mana ahli keluarga mangsa yang perlu bantuan sokongan dan mereka boleh berbuat demikian dengan menghubungi mana-mana cawangan JKM di daerah,” katanya.
Banyak aspek kita boleh bantu namun untuk peringkat awal, mangsa perlu dikaunseling terlebih dulu sebelum menjalani rawatan berikutnya,” katanya.
Post time 30-5-2014 12:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tintabiru73 posted on 30-5-2014 10:08 AM
Harap maklum.. Kelantan masih mengekalkan rekod keputusan peperiksaan sekolah terbaik setiap tahun ...
Negeri lain pun ramai yg bijak pandai. Malaysia maju bkn disebabkan kelantanpun. Malah kelantan antara negeri yg mundur kt malaysia. Kena kes mcm ni..nmpk nye kerajaan neg kena tgk gak masalah moral yg ada dlm neg tu. Agak memalukan juga berbelas thn di bwn PAS benda mcm ni boleh berlaku. Jgn la benda2 mcm ni berlaku lg. Dengarpun trauma.
Naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kes rogol berkumpulan terbaru di Ketereh, Kelantan membuktikan bahawa undang-undang jenayah sedia ada tidak memadai untuk pencegahan.
"Apa pun, kejadian tersebut membuktikan penjenayah tidak takut dengan undang-undang yang ada, kerana eleman pencegahan dari Allah hanya ada dalam sistem yang diturunkan Allah.
"Kepada mereka yang menentang perundangan Islam, khususnya hudud - apa perasaan anda kalau yang dirogol oleh 38 lelaki itu adalah anak gadis anda?," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kejadian pada 20 Mei itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki.
Laporan menyebut, kejadian itu berlaku di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.
Polis setakat ini menahan seorang bapa bersama dua anaknya adalah antara, 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol tersebut.
Dalam kenyataannya, beliau turut menyatakan kekecewaan kerana hudud masih belum dapat dilaksana sehingga menyebabkan peningkatan jenayah dan masalah sosial.
Boleh dakwa mengikut takzir
"Namun kebanyakan manusia masih merasakan undang-undang ciptaan sendiri lebih hebat meskipun ketidak-berkesanannya semakin terserlah hari ke hari.
"Mereka tetap enggan mengaku bahawa undang-undang ciptaan manusia telah gagal menakutkan penjenayah meskipun negara kini berhadapan dengan kemelut kerosakan akal, harta dan keturunan yang sangat serius," katanya.
Dalam kejadian pada 20 Mei lalu, dua orang remaja perempuan, masing-masing 14 dan 17 tahun dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan 38 orang lelaki.
Polis setakat ini menahan 14 orang suspek, termasuk tiga beranak.
Pada awalnya, kes tersebut dilaporkan hanya melibatkan seorang mangsa kerana mangsa kedua yang berusia 14 tahun hanya membuat laporan polis pada hari Rabu lalu.
Menurut Tuan Ibrahim, pesalah dalam kes tersebut tidak boleh didakwa mengikut undang-undang hudud kerana melibatkan banyak keraguan.
"Akan tetapi ia akan didakwa di bawah perundangan takzir. Ini tidak bermakna ia lebih rendah dari hudud.
"Ini kerana hukum takzir boleh lebih keras dari hudud sekiranya mahkamah melihat wujudnya keperluan menjatuhkan hukuman yang lebih berat," katanya.
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mahu sekolah mempergiatkan program khas jati diri dan harga diri di kalangan pelajar perempuan bagi mengelak menjadi mangsa kes jenayah rogol.
Pengarah JPN Kelantan, Hussain Awang berkata, pengetua dan guru besar perlu fokus pada program tersebut di sekolah masing-masing bagi meningkatkan dua aspek tersebut berikutan banyak kes seumpama itu berlaku.
“Memang ia sudah dilaksanakan tetapi sejauh mana ia berkesan dan berapa kerap ia diadakan, kita mahu mempersiapkan pelajar agar tidak hanyut dan terpedaya dengan tipu muslihat,” katanya ketika berucap ketika merasmikan Konvensyen Pendidikan Negeri Kelantan sempena Perayaan Hari Guru 2014, semalam.
Hussain berharap mana-mana sekolah yang belum melaksanakan program tersebut menjayakannya dengan kadar segera selepas ini.
Katanya, program itu juga perlu dijalankan sekerap mungkin dan berkala kerana pelajar akan lebih peka dengan nasihat yang diberikan.
Beliau turut menyarankan pihak sekolah menitikberatkan pengisian yang berkesan, pendekatan lebih menarik dan kreatif dengan menggunakan multimedia dan keratan akhbar contoh kes terdahulu.
Tambahnya, ia bagi menarik perhatian pelajar untuk beri kesedaran yang lebih berkesan pihak sekolah juga boleh melibatkan agensi luar.
“Untuk memperkukuhkan lagi program tersebut guru-guru juga perlu mengambil masa dua minit sebelum memulakan sesi pembelajaran untuk bercakap tentang jati diri dan harga diri,” katanya.
Malah, katanya, aspek keselamatan juga perlu ditekankan di peringkat sekolah bagi mengajar pelajar akan mengambil berat aspek tersebut.
“Bukan hanya kes rogol malah, kes lemas yang melibatkan pelajar perlu dielak dengan program-program yang membantu bermula di sekolah,” katanya.