[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai tadbir yang menjawat jawatan penolong pengurus di sebuah jabatan kerajaan kerana didakwa meminta habuan seks daripada pemohon rumah bantuan berstatus ibu tunggal. [size=0.98em]Menurut sumber, pegawai kerajaan berusia 50-an itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Putra di sini pada pukul 2 petang Khamis selepas didakwa meminta habuan seks daripada seorang ibu tunggal berusia 20-an. [size=0.98em]Difahamkan, suspek memilih mangsa menerusi gambar pada borang atau surat pemohonan yang dihantar pemohon sebelum menghubungi mereka. [size=0.98em]"Dia kemudian mendakwa mempunyai kuasa untuk memberi kelulusan dalam permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
[size=0.98em]"Bagaimanapun untuk mendapat rumah tersebut, pemohon berstatus janda perlu memberi habuan seks kepadanya. Suspek dikesan mendapatkan suapan seks di hotel pada waktu tengah hari," dedah sumber itu. [size=0.98em]Tambahnya, terdapat ibu tunggal yang tidak berjaya dalam permohonan itu walaupun telah memberi habuan seks bertindak membuat laporan terhadap majikan suspek. [size=0.98em]Berdasarkan maklumat dan risikan SPRM sejak beberapa bulan lalu, akhirnya suspek berjaya ditahan SPRM. [size=0.98em]Jelas sumber itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009 kerana meminta suapan dalam bentuk seks.
|