|
[Tempatan]
SEBAB TUN MAHATHIR SERANG & DESAK NAJIB LETAK JAWATAN DIDEDAHKAN !!
[Copy link]
|
|
yg aku tak blah kt page awani semua kutuk si lokman ni suruh kurusssss
dasar penjilat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by vandergooh at 5-4-2015 05:05 PM
Akak tengok Komen2 yg menjilat najib dengan jijik dan membelasah tun ternyata sebenarnya mereka tak faham tun ... apa yg tun mahu adalah survive umno untuk terus berkuasa dalam negara... dengan peralihan kuasa pada pengganti, rakyat akan bagi peluang pada pengganti untuk melihat prestasi pm baru...
Jika tak tukar pm, bermakna umno last penggal memerintah negara...ini adalah talian hayat yg terakhir kalau tak lakukan, its gone.. pembangkang akan cuba kekalkan najib hingga pru akan datang kerana kebolehan dan kejahatan naj7b akan musnahkan parti... |
|
|
|
|
|
|
|
kj ni ada sedikit persamaan dengan anwar, kemahiran berhujah,,, pastu tgk pencapaian akademik pakat2 bangga la semua. sepanjang kj jadi menteri sukan apa sumbangan pon xtau,, sukan pakat kalah memanjang..yg dia tau komen isu yg xkena mengena dengan kementerian dia
|
|
|
|
|
|
|
|
yang tak paham paham tu ... lantak korang ler ...
yang penting ... skrg Bijan mengharap sokongan daripada Sabah dan Sarawak
kalo Sabah dan Sarawak menolak Bijan ... maka bubye lah BN...
melayu malaya dah slow slow menolak UMNO ... samada beralih kepada PKR ... dan PAS ...
tiong kok lak dah beransur ansur meninggalkan MCA... beralih kepada DAP ...
wait n see ler apa ler nasib UMNO specific .. dan BN secara umum ... |
|
|
|
|
|
|
|
Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 3 April 2015| Kategori: Kunta Kinte,Utama | 14 Comments »
UMNO Dalam Krisis Lagi, Bila Jawapan Sudah Tidak Mencukupi (1)
inShare
Oleh AJAB
Kritikan bertalu-talu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Perdana Menteri Mohd Najib Razak menandakan satu fasa baru krisis kepimpinan di dalam UMNO. Sama ada UMNO bersedia melalui satu lagi krisis sukar dijangka tapi krisis ini sudah tidak dapat dielakkan lagi.
Ada yang berkata Tun Mahathir hanya bertanya, jawab sahajalah, mengapa perlu bergaduh. Pandangan semacam ini hanyalah satu helah untuk mempertahankan kritikan Tun M atau ia dilihat secara lahiriah semata-mata.
Melihat kenyataan-kenyataan Tun Mahathir sejak enam bulan lalu kemungkinan besar beliau telah membuat keputusan untuk menurunkan Mohd Najib. Justeru jawapan-jawapan yang telah dan bakal diberikan tidak akan mencukupi kepada Tun Mahathir kecuali Mohd Najib meletak jawatan.
Tun menulis,
1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.
2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.
3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.
4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.
5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.
Kita tertanya-tanya masyarakat mana yang Tun ambil sebagai menjadikan hujahan beliau? Ketika DAP, PAS dan PKR berpecah, UMNO mendapat sokongan 75% pengundi Melayu, Tun Mahathir menyatakan Barisan Nasional akan kalah? Memang benar BN mungkin akan kalah jika makin ramai bukan Melayu meninggalkan Barisan Nasional.
Namun soalnya siapakah yang menjauhkan bukan Melayu dengan UMNO jika bukan beberapa NGO yang Tun M sendiri naungi?
Pertanyaan=pertanyaan yang diutarakan oleh Tun Mahathir telah ada jawapan, namun Tun mengulanginya kerana beliau tahu kata-kata beliau selalu dianggap sebagai “hadis sahih” oleh sebahagian orang.
Tulisan Tun mengenai pembunuhan model Altantuya Saribuu seolah-olah mahu mengesahkan bahawa Najib Razak terbabit. Dengan menulis Sirul sebagai pengawal Peribadi Mohd Najib, Tun membuat pertanyaan siapakah yang mengarahkan sirul membunuh. Tun juga membuat dakwaan kononnya tiada siasatan menyeluruh dibuat ke atas dakwaan Sirul bahawa beliau diarah oleh orang lebih atas.
Lebih jahat, Tun menulis, “Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.”
Apakah Tun tidak mengetahui bahawa perbicaraan Sirul, Azilah dan Razak Baginda berjalan hampir 6 bulan? Apakah tujuan membuat pertanyaan yang cuba memberi implikasi Najib razak terbabit?
Pertamanya, kita mahu tahu di mana fakta Tun Mahathir bahawa Sirul pernah menjadi pengawal peribadi Mohd Najib. Sirul tidak pernah menjadi pengawal peribadi Mohd Najib. Beliau hanyalah salah seorang anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang menjaga pemimpin negara.
Malah ketika mahu disoal siasat mengenai pembunuhan tersebut, Sirul dibawa pulang dari tugasan mengiringi Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam lawatan ke Pakistan pada 2006. Bagaimana pula Tun Mahathir mendakwa Sirul adalah pengawal peribadi Mohd Najib ketika pembunuhan Altantuya?
Ketika perbicaraan Sirul dengan jelas memberitahu Mahkamah bahawa Azilah yang memanggil dan mengarahkan beliau mengambil Altantuya pada malam tersebut. Justeru jika ada orang boleh memberitahu kita siapa mengarahkan mereka ialah Azilah bukan Sirul.
Kita semua tahu selain Sirul dan Azilah, Razak Baginda mungkin terbabit kerana beliau didakwa merancang pembunuhan tersebut akibat hubungan sulit. Namun Razak dibebaskan oleh Mahkamah kerana tidak cukup bukti prima facie.
Sirul dan Azilah dibicarakan selama 9 tahun dan tidak pernah mereka mendakwa Mohd Najib terbabit secara langsung mahu pun tidak langsung.
Apa yang dikatakan oleh Sirul sekarang ada arahan lain hanyalah alasan seorang yang mahu mengelakkan hukuman gantung sampai mati.
Jika Tun ada bukti lain beliau sepatutnya membawa ke pengetahuan umum bukannya membuat sindira dan pertanyaan yang merosakkan imej Perdana Menteri.
Sehingga Tun memberi bukti lain, cubaan mengaitkan Mohd Najib dengan Altantuya bukanlah demi agama, bangsa dan negara tetapi kerana kepentingan peribadi atau kelompok sahaja.
Mendakwa Mohd Najib tidak menjawab isu ini merupakan satu fitnah yang sengaja dibuat. Mohd Najib bukan sahaja telah membiarkan perbicaraan di Mahkamah terbuka selama 9 tahun malah telah bersumpah atas nama Allah tidak mengenali Altantuya atau terbabit dengan pembunuhan tersebut.
Apakah Tun Mahathir sudah tidak percaya kuasa Allah lagi?
Apa yang diutarakan oleh Tun Mahathir sebenarnya sudah beberapa kali dijawab oleh Perdana Menteri dan pihak terbabit, namun Tun Mahthir masih mengulanginya untuk membentuk arus membenci Mohd Najib Razak.
Sebab itu, apa sahaja jawapan sudah tidak memadai kepada Tun Mahathir, keputusan telah Tun buat, Najib mesti berundur!
http://www.mykmu.net/2015/04/umn ... -tidak-mencukupi-1/ |
|
|
|
|
|
|
|
Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 4 April 2015| Kategori: Semasa,Utama | 6 Comments »
UMNO Dalam Krisis Lagi, Bila Jawapan Sudah Tidak Mencukupi (2)
inShare
1
Oleh AJAB
Apa yang diutarakan oleh Tun Mahathir sebenarnya sudah beberapa kali dijawab oleh Perdana Menteri dan pihak terbabit, namun Tun Mahthir masih mengulanginya untuk membentuk arus membenci Mohd Najib Razak. Jangan kata ia sekadar pertanyaan. Baca sahaja blog Tun kita tahu beliau telah beberapa kali mengutarakan isu yang sama biarpun telah berulang kali juga dijawab.
Ketika penyokong beliau menyatakan Tun hanya sekadar melontarkan pertanyaan, jawablah dengan elok, hakikatnya pertanyaan-pertanyaan Tun Mahathir telah dijawab.
Tun Mahathir menyatakan beliau hanya bertanya demia Agama, bangsa dan negara. Jika demikian beliau tentulah tidak mengulangi soalan yang sama atau bertanya soalan yang sudah ada jawapan seperti kes Altantuya.
Kita khuatir jawapan-jawapan ini disembunyikan oleh mereka di sekeliling Tun Mahathir sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri ini merasa kecewa dan terus bertanya soalan yang sama. Pada usia 90 tahun tentulah Tun membaca apa yang diberikan kepada beliau oleh para pegawainya.
Justeru pertanyaan-pertanyaan bersifat serangan politik Tun hanya mempunyai dua sebab, iaiatu sama ada beliau tidak membaca jawapan-jawapan tersebut kerana disembunyikan oleh para pegawainya, atau beliau sudah membuat keputusan mahu menurunkan Mohd Najib Tun Razak menggantikan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Antara tuduhan yang diulangi oleh Tun Mahathir ialah mengenai perniagaan anak tiri Mohd Najib, Riza Aziz.
riza
Dalam tuduhan terdahulu beliau mempersoalkan kekayaan Riza Aziz. Lihat tulisan di bawah sahaja menunjukkan betapa Tun sudah menjadi terlalu emosional dan bersifat peribadi sehingga meminta rekod cukai pendapatan.
Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?
Pernahkan beliau mendedahkan rekod cukai pendapatan anak-anak beliau yang bertaraf billionaire dan jutawan sejak 1990-an lagi? Untuk rekod sekali lagi kita cabar Tun tunjukkan di mana ada jawapan Pejabat Perdana Menteri bahawa Riza Aziz kaya kerana mewarisi harta keluarga Tun Razak?
Jawapan mengenai perniagaan Riza Aziz yang dikatakan rugi tetapi sebenarnya untung telah diberikan sebagai menjawab serangan beliau. (boleh baca di sini).
Apabila Tun Mahathir menyedari beliau tersilap maklumat dengan mengatakan filem Riza Aziz rugi, beliau tidak pun membetulkan tanggapan tersebut. Sebaliknya dalam tulisan terbaru beliau tetap menyerang Riza dengan menulis,
14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?
Jika para pegawai Tun Mahathir jujur memberi maklumat tentu beliau tidak akan betanya soalan yang sudah dijawab dan membuat kenyataan soalan-soalan terbabit tidak dijawab. Tun seolah-olah hidup dalam dunia terasing dari lambakkan maklumat hari ini.
Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara. – Tun Maharthir
Oleh kerana Tun sudah berubah dari orang yang kritikal terhadap media barat kepada menjadi pengkagum dunia barat, beliau tentulah dengan mudah mengikuti perjalanan perniagaan Riza Aziz.
The New York Times pada 11 Ogos 2014 ada menceritakan mengenai perniagaan Riza Aziz dan McFarland dalam syarikat perfileman Red Granite.
Dalam laporan tersebut, New York Times turut mendedahkan Riza Aziz bekas “banker” HSBC London dan Mc Farland menubuhkan Red Granite dengan sokongan dana dari pelabur Arab Al-Husseiny. Sebelum ini merek tidak mendedahkan pelabur terbabit kerana permintan pelabur terbabit.
Bagaimanapun dengan terdapat tuduhan syarikat ini melabur wang haram dari Malaysia oleh Sarawak Report, dan ada juga tuduhan lain bahawa ia melabur wang Russia, maka pelabur utama muncul menjelaskan keadaan.
But whenever they were asked about their financing, Mr. Aziz and Mr. McFarland, honoring what they say was a nondisclosure agreement, would say only that their money came from backers in Asia and the Middle East.
“I have known Riza for many years, and have done business with Red Granite Pictures since its inception,” Mr. Al-Husseiny said in a statement last week.
Mr. Al-Husseiny added that he and a consortium of private investors — none of them from Malaysia, according to a spokesman — expected to continue what he called “fruitful and profitable investments” with the company.
Mr. Aziz, 37, said he met Mr. Al-Husseiny while working as a London-based investment banker with HSBC.
Mr. Al-Husseiny and his co-investors in Red Granite, Mr. Aziz said, were investing personal money, not government funds. The point is a sensitive one, as Sarawak Report and other critics have questioned whether money drained from the Malaysian people has found its way into the company’s films.
“There is no Malaysian money,” said Mr. Aziz, when questioned directly on that point. Mr. McFarland added: “We have no money coming from Russia, and nothing from Indonesia.”
Mr. Al-Husseiny, the producers said, has financed their films on a picture-by-picture basis, reviewing each before agreeing to invest. Their first film, “Friends With Kids,” they said, cost only about $5 million to produce, and has been profitable, as have their other projects. In four years, four Red Granite-produced films have been released, and “Dumb and Dumber To” will become the fifth.
“The Wolf of Wall Street,” they noted, cost about $100 million to make. But that amount was reduced by New York incentives that contributed roughly $20 million.
“Horns,” a horror film on which Red Granite collaborated with Mandalay Pictures, will be released by the Weinstein Company’s Radius-TWC unit in October, with Daniel Radcliffe in the lead. “Out of the Furnace,” a drama starring Christian Bale, was released by Relativity Media in 2013.
Mr. Aziz acknowledged that he was personally wealthy, and confirmed press reports that in 2012 he purchased a New York penthouse. But Mr. Aziz said he had only a small amount of personal money invested as “seed capital” in Red Granite. He avoided direct investment in films, he said, to sidestep the political implications for his stepfather, who is married to Mr. Aziz’s mother, Rosmah Mansor.
Sebenarnya isu ini tidak sepatutnya ditimbulkan oleh Tun Mahathir kerana ia telah dijawab sejak tahun lalu. Malah jika tidak dijawab pun sangat tidak wajar Tun mempersoalkannya kerana Riza tidak pernah diketahui mempunyai sebarang hubungan perniagaan dengan kerajaan Malaysia.
Sebagai bekas Perdana Menteri Tun tentu lebih arif dengan serangan-serangan peribadi terhadap keluarga Perdana Menteri seperti mana beliau diserang kerana anak-anak beliau, Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz memiliki kekayaan yang luar biasa.
Serangan-serangan seperti ini sentiasa akan dilakukan oleh pembangkang. Namun untuk Tun turut serta menyertai “bandwagon” ini sangat menyedihkan apatah lagi menggunakan sumber-sumber yang Tun anggap sebagai pembohong dan pemfitnah sebelum ini.
Tun tentu ingat bahawa Petronas melalui MISC telah membeli Konsortium Perkapalan Berhad (PKB) milik anaknya beliau Mirzan dengan harga USD 220 juta. Ia bernilai kira-kira RM 836 juta. KPB pada masa itu juga mempunyai labialiti hampir RM 1.7 bilion.
“The biggest and most controversial deal so far is the apparent rescue of Mahathir’s eldest son, the once fast-rising Mirzan, 39, and his floundering shipping empire….Petronas and MISC have not put a price on their acquisitions, but Mirzan already has said the deal will wipe out some $420 million in debts.
Ini bukan serangan kepada Tun Mahathir. Kita percaya pembelian ini wajar dilakukan kerana KPB sebuah syarikat perkapalan yang mempunyai aset. Tidak ada manusia yang waras mahu percaya bahawa PKB wajar dibiarkan lingkup hanya kerana ia milik anak Perdana Menteri. Malah dikatakan KPB sekarang telah menjana keuntungan kepada Petronas.
Mahathir also explained that the valuation for the sale was done by a qualified company, Chase Manhattan Bank of New York, which fixed the price at $313 million – but MISC bought it for $220 million. ”This caused losses,” he said, adding: ” If he [Mirzan] had sold to the Chinese company, I’m sure he would not have incurred losses.”
Soalnya, jika Mahathir boleh menerima kekayaan anaknya pada usia 39 tahun mengapa beliau tidak boleh terima kekayaan anak orang lain pada usia yang sama. Apatah lagi kekayaan terbabit tiada kena mengena dengan Petronas atau mana-mana syarikat milik kerajaan seperti mana berlaku kepada anak beliau.
http://www.mykmu.net/2015/04/umn ... -tidak-mencukupi-2/ |
|
|
|
|
|
|
|
dah2 ler jilat bijan tu pokcik oii
baik sokong bekas mb minum semeja tu
mana tau selisih kat mana2 boleh gak dapat kopi pree |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Anak_Nogori at 5-4-2015 06:26 PM
Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 5 April 2015
UMNO Dalam Krisis Lagi, Bila Jawapan Sudah Tidak Mencukupi (3)
Oleh AJAB
Salah satu mantera paling popular di kalangan penyokong Tun Mahathir Mohamad ialah “Tun bukan menyerang Mohd Najib, beliau hanya bertanya soalan dan Mohd Najib hanya perlu menjawab soalan-soalan terbabit bukannya menyerang sejarah pentadbiran Tun Mahathir.”
Mantera ini bukan baharu kerana ia telah dipraktikkan dalam siasah politik mengkritik pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi lebih sepuluh tahun lalu. Namun, ketika itu tuduhan-tuduhan yang dikemukakan cukup jelas dan memerlukan jawapan secara fakta seperti pembatalan jambatan bengkok, pembatalan “double track” dan kontroversi ECM Libra, Avenue Capital dan Pos Malaysia.
Malangnya, soalan-soalan Tun Mahathir terbaru mustahil untuk dijawab kerana ia berunsur gosip dan sebahagiannya di luar kemampuan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menjawabnya.
Bagaimana mungkin Mohd Najib menjawab tuduhan mengenai misteri pembunuhan model Monggolia, Altantuya Saaribu, sedangkan beliau tidak mengenali dan mengetahui mengenai mangsa.
Tun Mahathir juga membangkitkan dakwaan mengenai anak tiri Mohd Najib Razak, Riza Aziz, yang dikatakan kaya raya melalui jalan yang tidak betul dan menyindir sebagai terbabit dengan penyelewengan dana 1MDB.
Sudah tentu Mohd Najib tidak boleh menjawab persoalan-persoalan mengenai Riza Aziz secara langsung kerana beliau bukanlah ada hubungan darah pun dengan Mohd Najib. Riza Aziz juga tidak tinggal bersama Mohd Najib.
Namun sudah banyak maklumat mengenai kerjaya dan perniagaan Riza di luar negara tetapi tidak diambil peduli oleh Tun Mahathir.
Jika kita baca soalan-soalan olen Tun Mahathir ianya hampir mustahil dijawab kerana ia bukanlah soalan sebenar yang memerlukan jawapan. Ia lebih kepada tuduhan-tuduhan tidak berasas yang dibuat dalam bentuk soalan bagi mengurangkan curiga orang dan mengelak labialiti undang-undang.
Antaranya Tun M menulis,
6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.
Kita baca baca keseluruhan tulisan Tun, kita tidak jumpa sebarang tuduhan spesifik mengenai hubungan Jho Low dengan 1MDB dan bagaimana beliau datang kepada kesimpulan Jho Low menyeleweng wang berbilion ringgit masih merupakan satu misteri.
Kenyataan Sarawak Report lebih kepada andaian berasaskan dokumen-dokumen yang tidak pernah dibuktikan ketulenannya. Ia sekadar salinan-salinan emel yang boleh jadi benar, boleh jadi salah. Namun Perdana Menteri dan Kabinet telah mengarahkan siasatan audit secara menyeluruh dengan diketuai oleh Ketua Audit Negara.
7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?
Bagaimana kita mahu menjawab pertanyaan ini? Ini bukan pertanyaan, ia hanyalah serangan politik dan perniagaan. Tun Mahathir bercakap soal untung rugi atau penyelewengan? Jika untung rugi kita semua tahu 1MDB memang mengalami kerugian. Ini memang tertera dalam laporan audit syarikat terbabit.
8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.
9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.
10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.
11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.
Soalan-soalan di atas oleh Tun Mahathir bercampur-baur antara soalan yang realistik, fantasi dan penyelewengan fakta.
Misalnya, jawapan dan penerangan mengenai pelaburan dalam Petro Saudi telah pun dibuat oleh 1MDB pada Januari 2015 apabila Tun Mahathir bertanyakan soalan yang sama.
Apabila jawapan diberikan, Tun Mahathir bertanya lagi soalan yang sama dalam bentuk yang lain. Bukankah ia menunjukkan Tun tidak berminat dengan jawapan tetapi lebih kepada mahu menjatuhkan Najib razak dengan apa cara sekalipun?
Malah soalan dalam para ke-9 jelas menunjukkan Dr Mahathir mendapat maklumat yang salah. Tiada sesiapa pernah mendakwa tujuan wang disimpan di Singapura kerana mengelakkan Bank Negara bertanya datang dari mana wang tersebut.
Justeru soalan tersebut sebenarnya berniat jahat untuk memburukkan 1MDB dan sekaligus memberi gambaran Najib Razak terbabit dalam penggubahan wang haram.
1MDB dan Perdana Menteri sendiri menyatakan tujuan menyimpan di Singapura ialah bagi mengekalkan pegangan dalam Dollar Amerika Syarikat dan memudahkan pelaburan pada masa akan datang oleh 1MDB.
Persoalan berkenaan pelaburan 1MDB dalam PetroSaudi yang ditebus semula dan dikeluarkan dari pusat kewangan Pulau Cayman juga telah dijawab oleh Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak kepada Parlimen. Bagaimana Tun menyatakan Najib tidak menjawab soalan-soalan yang ditanya?
KUALA LUMPUR: Kira-kira RM4 bilion dari dana pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Kepulauan Cayman telah dipindahkan ke Bank Singapura untuk memudahkan urusan transaksi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Baki AS$1.103 bilion (RM4.08bil) dana pelaburan 1MDB yang diuruskan oleh Cayman Monetory Autority telah ditebus dalam bentuk tunai dan disimpan dalam mata wang AS oleh BSI Bank Limited Singapura (BSI Singapura),” kata Menteri Kewangan dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dibangkitkan oleh Tony Pua (PKR-Petaling Jaya Utara) di Dewan Rakyat pada Rabu.
“Keputusan untuk menggunakan bank di Singapura bertujuan memudahkan urusan pengeluaran wang memandangkan peraturan yang ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan kelulusan BNM diperoleh bagi setiap transaksi wang melebihi RM50 juta,” kata Najib yang juga Perdana Menteri.
Analisis yang dilakukan terhadap soalan-soalan Tun Mahathir hanya membawa kepada dua kesimpulan iaiatu sama ada tidak mendapat maklumat sebenar atau sengaja memutarbelitkan fakta bagi menjatuhkan Mohd Najib.
Jika benar Tun hanya mahukan jawapan beliau boleh sahaja memanggil Najib berjumpa dengannya atau beliau pergi berjumpa Najib.
Selebihnya terbuka kepada tafsiran anda! |
|
|
|
|
|
|
|
aku fikir ko ni memang bodoh...baca artikal2 yg ada yg saya dah tepek...tapi tak faham..lagi nak tanya...boleh simpan tak sikit bodoh tu utk thread yg lain..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalu BR1M x tambah nilai tahun depan
mmg x yah pikir la keluarga naja akan undi UMNO
tolong syarikat besar tu apa kene mengene dgn rakyat miskin
bayar gaji berapa ramai je dg rakyat
BR1M baru dpt bantu lebih ramai rakyat
yg bantah tu konpem org kaya yg dengki je
naja ssapot habis BR1M dari Najib |
|
|
|
|
|
|
|
Bijan sila berundur.. Biar tun m n anuar ibrahim yg bertanding tuk jawatan pm malaysia.. Amacam |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa plak gitu?..biarlah najib, ketum dan Tun M bertanding jawatan PM...apa ingat ni negara diktator ke?..
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori replied at 5-4-2015 06:58 PM
kenapa plak gitu?..biarlah najib, ketum dan Tun M bertanding jawatan PM...apa ingat ni negara dikt ...
Najib x pandai tadbir negara.. X bawak pelabur asing melabur dlm negara.. N banyak menyusahkan rakyat.. So dia leh di abaikan.. So tun m mmg dah terbukti dah bangunkan negara.. Yg paling layak lawan dia anuar abis citer... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by addamnor at 5-4-2015 08:26 PM
So dari rakyat yang bengap naiknya pemimpin mcm taik. So padan muka rakyat malisia bodoh bimbo terpaksa menanggung all of the risks. Nak harapkan yang cerdik pandai sekerat dua, tak mampu nak balance kan golongan bebal bodoh bimbo., mereka lebih fikirkan isu anuar meliwat menjadi PM, isu cina take over country daripada mengawal ketirisan dan corruption. Dah hampir jahanam negara baru kau rakyat2 bodoh nak bising? Worse ada lagi yang bengap tak sedar2 duk menjilat tanpa usul periksa. Ketuanan melayu kedaulatan islam taik kucing lah kamu orang. Menggelupur rajin, take action zero! Kalau kamu cerdik puluhan tahun lalu lagi kamu tukar parti pemerintah untuk counter check perbuatan mereka. Padan muka kalian! Golongan pertengahan professional yang taj sampai 10% bila2 masa boleh switch nationality migrate ke aussie sweden europe pelbagai once country has fallen, kalian golongan tolak ke kanan tak laku tolak ke kiri tak laku apa mendapat??? Menggelupuh mcm babi menanggung beban kebodohan pemimpin yang kamu lantik. One last word, serve you right bitches! Kalau kamu cerdik, take action
tak perlu nak point out who is better who is worse. sudahnya yang paling bengap adalah rakyat jelata itu sendiri, meracau sambai ke bulan bintang kamu orang tetap sebegituh sahaja, barang naik meroyan! cukai, meroyan! ye lah miskin kan.. apa nak buat. redho
|
|
|
|
|
|
|
|
Masalah bg najib ni... dia x reti tutup apa dia dah buat atau a challenge for new coming PM di zaman IT sekarang... sbb x bole nak tutup lobang.... kalu bg Tun jadi PM pun dia fikir juga sbb zaman ni x sama dgn zaman dia perintah.... ni zaman Z Gen ....... |
|
|
|
|
|
|
|
sapa kata?...ingat Ketum pandai tadbir negara dan bawa pelabur asing dlm negara ke?..shit lah..
|
|
|
|
|
|
|
|
pada firasat aku, najib memang nak berundur, tapi mungkin Hamsor tak kasi kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori replied at 5-4-2015 07:08 PM
sapa kata?...ingat Ketum pandai tadbir negara dan bawa pelabur asing dlm negara ke?..shit lah..
Relax beb.. Anuar x penah jd pm lg jd kita x tau kreadibiliti dia jd pm mcm mn.. Tun m kita dah tau dia mcm mn.. Najib pon kita dah tau.. Yg pasti najib sila berundur.. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|