CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: obelisk

Aidil Tak Mampu Bayar Tuntutan Rita.. Update #518 Aidil diperintah byr Rita 30k

[Copy link]
Post time 12-5-2015 01:35 PM | Show all posts
nasib la aidil kn.. memang kesian tapi boleh buat pengajaran kat lelaki lain, korang ingat cerai takat lafaz je kn.. baru taw sekarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2015 01:38 PM | Show all posts
izamasha replied at 12-5-2015 03:11 AM
eh .. betul ke cinta ibadah dh habis .. ruginya xtengok eposid akhir ...

first time akak baca ada org rasa rugi tak tgk sinetron cinta ibadah
ko dah kenapa dikkkkkkk


Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 01:50 PM | Show all posts
hurmm sampai bile la cite RR ngn edel ni nk abess..
mau sampai tahun 2020 anak da besar pnjg pun tak setle2 hal ni,..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 01:52 PM | Show all posts
haruslah replied at 12-5-2015 09:52 AM
cinta ibadah pon da bis tau

hikhikhik... lama gila nak tunggu abiskan...

cam drama az dan rr ni lah

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 01:57 PM | Show all posts
dondangdendang replied at 12-5-2015 08:34 AM
Aidil Zafuan Abd Radzak mengakui beliau tidak mampu membayar tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon  ...

Dafuq taraf kehidupan plaintif yg SEDERHANA???? bebal xyah tunjuk la kuan oii.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 02:04 PM | Show all posts
Aidil Zafuan mampu - Rita Rudaini

Oleh Zaidi Mohamad [email protected]

KUALA LUMPUR: Rita Rudaini tetap mahu bekas suaminya, Aidil Zafuan membayar tuntutan mutaah RM300,000 yang dimintanya kerana baginya, pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) itu lebih daripada mampu untuk berbuat demikian.

"Betul ke dia tak mampu? Bukankah kehidupan dia cukup mewah. Ada kereta mewah banyak dan kerap pergi bercuti. Gaya mewah hidupnya itu sering ditunjukkan di laman Instagram. "Mutaah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak. Mungkin dia tak tahu kot gamaknya kerana bayaran edah yang wajib kepada saya pun belum dibayar lagi" tegas ibu tunggal kepada Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, itu.

Rita meluahkan rasa hatinya itu susulan kenyataan Aidil bahawa beliau mempunyai banyak tanggungan lain selepas berkahwin dengan Zareema Zainal dan mempunyai seorang anak, sekali gus tak dapat memenuhi permintaan beliau. Bengang dengan alasan perceraian yang diberikan Aidil, Rita berkata dia akan berjuang habis-habisan bagi menegakkan maruah wanita yang teraniaya.

"Baru sekarang dia bagi alasan ceraikan saya sebab tak jalankan tanggung jawab sebagai isteri. Barangkali dia lupa Tuhan ada dan Maha melihat. "Kalau macam itulah alasan dia, nasihat saya kepada mereka yang bergelar isteri dan bekerja sepenuh masa dan ada pendapatan sendiri kena bersiap sedia kalau diceraikan dan diberikan alasan tak bertanggung jawab sebegitu.

"Selagi saya tak dapat apa yang saya nak, saya akan perjuangkan semua ini. Tak kiralah orang nak keji saya itu dan ini. Saya ada alasan konkrit. Rita berkata, beliau berbuat demikian bukan semata-mata kerana wang RM300,000 tetapi untuk mempertahankan maruah beliau sebagai seorang wanita dan ibu. Katanya, jumlah yang dituntut itu hanya anggaran selama beliau ditinggalkannya dan terpulanglah kepada mahkamah menentukannya.

"Apa yang penting, saya mahu perjuangkan hak mutaah itu daripada seorang wanita yang teraniaya," katanya. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 25 Mei ini untuk sambungan perbicaraan tuntutan mengikut seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Aidil dan Rita bercerai pada September 2013 di Mahkamah Syariah Seremban.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54361
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2015 02:05 PM | Show all posts
dino replied at 12-5-2015 08:17 AM
yela both takde kelas... masa suka bkn main puji memuji....edel terbaik dlm dunia time buang famil ...

ayat last ko tuh aku rasa, ade betul. dah mcm dendam.
tp, in a way, ada bagus jugak rita nih tuntut melambung ke langit. maybe dia tau. klau tuntut sikit pn, ade harapan si edel nih ckp tak mampu


Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu sy jd rita,sy akan make sure nafkah
anak2 tiap2 bln dpt..yg mutaah ka or
lain2 tuntutan..brapa pn dpt..sy xkisah dh

Sy akan move on n tnjk kt X sy..klu hg
xmau dh kt aku,ada aku kisah!..hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2015 02:20 PM | Show all posts
geenie replied at 12-5-2015 02:05 PM
ayat last ko tuh aku rasa, ade betul. dah mcm dendam.
tp, in a way, ada bagus jugak rita nih tunt ...

wpun edel byk silap ke apa... krn dendam ni bleh rosak jiwa..... dah jd takde beza die ngan edel.....
yg skrg ni bkn die nak duit edel sgt pun... die taknak edel bahagia je.... apa lg bile tgk edel enjoy happy jln sana sini......
yg rita akan guna pesona wanita teraniaya.... utk ajak peminat... haters edel.... utk bersama2 dlm dunia die...... atas tiket berjuang demi anak2.....

wpun edel ni slh pun.....aku ttp nak kritik rita sbb mulut die pot pet mami jarum..... dgn dibenci bekas mertua.... nak berbaik mcm mana..... berbaik demi bebudak...... org luar suka dgr mulut insan ter'aniaya' je..... yg aniaya diri sendiri most org tak perasan.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 02:22 PM | Show all posts
isk3... x abes lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 02:25 PM | Show all posts
jadi dgn statement pakai kepala lutut, jelas lar yg edel mmg notelo, ilmu agama pun kurang.kesian sungguh mak bapak dia yg di aibkan kepada umum. takda beza lar si edelnotelo dgn RR ni bab nak aibkan orang lain.kannn? tak sangka pula yg edelnotelo pun berdendam kesumat dgn RR, dulu orang kata RR jer gila dok dendam dgn edelnotelo

kesian lagi yg sokong and angguk2 tang RR tak buat kerja rumah. isteri bukan hamba, jadi pada yg dah berkahwin and think all the chores are yours to do. kesian juga shin.sebab you people sebenarnya pun tak tahu hak sendiri, jadi alas kaki jer sedangkan hubby masing2 dok goyang telo ..mcm si kembar notelo yg setia temani abg dia yg gigil lutut tu.

kalau ada clause dlm hukum syarie tentang apa kesalahan isteri yg membolehkan tuntutan mutaah ni di kurangkan, mohon tepek kat sini, sharing is caring.

ok shin nak paste sedikit dari ilmu about mutaah ni, kalau sesiapa sedang proces nak cerai, boleh lar guna pakai ok? jgn malas membaca takut nanti diri diperbodohkan pun tak reti nak self defence

  Merujuk kepada ayat 236, surah al-Baqarah yang bermaksud:

“Hendaklah kamu memberikan mutaah kepada mereka yang diceraikan itu, iaitu suami yang senang hendaklah memberikannya menurut kemampuan mereka dan bagi suami yang susah menurut kemampuannya sebagai pemberian saguhati menurut apa yang patut dan menjadi satu kewajipan ke atas orang yang mahu berbuat demikian.”
Menurut sekolah perundangan Imam Syafie pula, mutaah adalah wajib diberikan kepada isteri sama ada dia diceraikan sebelum disetubuhi atau sesudah disetubuhi atau sama ada sudah ditentukan maharnya atau belum.

Ia perlu dibayar dalam semua bentuk penceraian bagi isteri yang diceraikan kecuali dalam kes isteri yang diceraikan setelah maharnya ditentukan dan perceraian itu berlaku sebelum persetubuhan. Ia boleh diberikan dalam bentuk wang, pakaian dan lain-lain barang.

Ternyata di sini bahawa mutaah adalah termasuk suatu pampasan yang perlu dibayar kepada isteri. Pemberian mutaah ini mempunyai beberapa hikmah.

Mutaah bertujuan untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh seorang bekas isteri akibat diceraikan oleh bekas suaminya.

Dengan memberikan mutaah ini, bekas isteri akan dapat memulakan penghidupan yang baru, secara persendirian atau sebelum dia dapat berkahwin dengan lelaki lain atau sebelum dia kembali semula kepada suaminya yang asal. Maka peruntukan Akta Keluarga Islam adalah digunapakai atau dirujuk dalam permasalah seperti ini.

Seksyen 56, menerangkan mengenai mutaah. Ia adalah suatu pembayaran pampasan yang diberikan oleh bekas suami kepada bekas isterinya selepas mereka bercerai sama ada berupa wang ataupun barangan. Bayaran atau pampasan ini adalah dikira bayaran wajib yang perlu dibayar oleh bekas suami apabila perceraian itu berlaku bukan disebabkan kesalahan oleh pihak isteri.

Kadar mutaah itu akan ditentukan oleh Hakim Mahkamah Syarie dan tiada panduan tetap untuk menentukan kadar dalam pemberian mutaah daripada seorang bekas suami kepada isteri yang diceraikan itu. Walaupun begitu secara amnya mahkamah akan melihat status atau kemampuan suami puan dalam perintahnya untuk pemberian mutaah. Mahkamah juga akan mengambil kira “pengorbanan” yang telah diberi oleh pihak isteri.
Fakta bahawa isteri sebagai suri rumah dan menjaga keluarga dengan baik sehingga membolehkan suami mencapai kedudukan yang tinggi kini boleh dinyatakan juga. Begitu juga perlepasan jawatan isteri sekiranya ia pernah bekerja sebelumnya.

Mahkamah juga akan mengambil kira jangka masa perkahwinan tersebut. Berpandukan kepada kes-kes yang telah diputuskan, amalan dalam menentukan pemberian mutaah kepada isteri yang diceraikan oleh bekas suami mereka adalah seperti berikut:

i) Perceraian itu bukan kerana nusyuz yang telah disabitkan oleh mahkamah – perlu dinyatakan di sini bahawa perintah nusyuz hanya boleh diberi oleh mahkamah dan bukan oleh suami. Suami tidak boleh memberi alasan isteri nusyuz di dalam perbicaraan tuntutan. Nusyuz adalah tindakan yang harus diambil berasingan.
ii) Pihak isteri tidak bersedia atau bersetuju untuk menggugurkan tuntutan mutaah,

iii) Kadar mutaah bergantung kepada keadaan dan kemampuan suami.

Sekiranya kedua-dua pihak tidak bersetuju, kadar ini akan ditentukan oleh mahkamah.
[/quote]
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 02:26 PM | Show all posts
dino replied at 12-5-2015 02:20 PM
wpun edel byk silap ke apa... krn dendam ni bleh rosak jiwa..... dah jd takde beza die ngan edel.. ...

dedua salah. dgn edel larik dr t/jawab. dgn rita pn byk bende makan diri yg dia buat.
tp, tang bab mintak duit muta'ah tuh aku sokong kt situ
aku agree dgn ko. mulut dia pot pet mami jarum.
hopefully ada la penyelesaian terbaik n tercepat. aku rs penat tgk drama diorg nih.
tak boleh ke nk happy ending


Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 02:26 PM | Show all posts
mohon zarema tolong bayarkan bagi pihak edel...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg nmpk mcm dia berdendam pn..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 02:30 PM | Show all posts
dino replied at 12-5-2015 02:20 PM
wpun edel byk silap ke apa... krn dendam ni bleh rosak jiwa..... dah jd takde beza die ngan edel.. ...

silap edel ni ialah ceraikan RR melalui SMS sebelum dapat failkan nusyuz atas keengganan RR ikut dia berpindah. Ada bukti jelas yg RR ingkar pada permintaan dia utk RR pindah ke rumah yg ATM bagi free tu sbg syarat utk terus hidup bersama. maybe dia dah bengang sbb ada hati kata mak bapak dia cetek agama.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 02:33 PM | Show all posts
fynnkakiblock replied at 12-5-2015 01:04 AM
Harap ada scene kolam renang rita n nora danish kehkeh. Sape jadi mangsa tolakan

hahahaha u read me!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2015 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru ni edel dgn emma pegi holiday dekat pulau rawa kan? Ada forumers kata, pulau rawa tu mahal gila ongkos dia kat sana.

Hehehehe wonder jugak pakai duit sapa pegi sana tu? Duit emma ke? Kalo duit bini malu lah edel, hidup hanya sekadar memberi benih sajork. Kalo sharing is caring tu, kiranya betul lah edel ni mmg xberduit sgt, hidup sederhana bak kata kuan 2 minit.

Benda2 gini rita boleh amik jd bukti kat mahkamah. Biar edel bgtaw duit percutian tu pakai duit sapa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 02:34 PM | Show all posts
de_ikea replied at 12-5-2015 02:04 PM
Aidil Zafuan mampu - Rita Rudaini

Oleh Zaidi Mohamad  

kalau boleh rita jangan la beri kenyataan di media...nampak tak cool..diam2 sudah! sambil tu lawan habis2an...jadi masyarakat tak ada point nak keji dia....

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila la telenovela ni nak habis. Edel dgn perangainya, tuang dr hadir ke mahkamah, rita dgn ego nya, mulut, tangan xberenti pongpang2 di ig n media.

Paling kesian dgn anak2 la. Anak2 jd mangsa akibat perangai mak ayah.

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 02:38 PM | Show all posts
kakasotong replied at 12-5-2015 02:33 PM
Baru ni edel dgn emma pegi holiday dekat pulau rawa kan? Ada forumers kata, pulau rawa tu mahal gila ...

sebenarnya kalau ikut standard mahkamah, kalau RR kata duit percutian tu di bawah ongkos edel atau percutian mewah, RR yg kena bawa buktinya, bukan edel.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.133571 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list