|
Edisi Jejak Kasih : Ogy & Erma bganding dlm Mok Cun 2
[Copy link]
|
|
Ogy masa muda rupa macam maya karin |
|
|
|
|
|
|
|
baru je tetengok iklan sambal goreng saadiah si ogy jual mcm teliur jek.. |
|
|
|
|
|
|
|
LAH..DIORANG BERGADUH KER..SELAMA INI |
|
|
|
|
|
|
|
mummy_vouge replied at 13-9-2015 03:10 PM
baru je tetengok iklan sambal goreng saadiah si ogy jual mcm teliur jek..
Kann nmpak sedap plkk ..
Tp kena whatspp nk tau harga tu yg malas |
|
|
|
|
|
|
|
ACC106 replied at 15-9-2015 05:40 PM
Kann nmpak sedap plkk ..
Tp kena whatspp nk tau harga tu yg malas
iols da tau rege die.. rm80 utk 500g + rm15 postage.. ya hampun mahal |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah moga ukhwah terjalin semula
dah tua ponn |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampun trtengok balik ler citer tu...
Lawa erma....kalo banding sebelah2 kalah la aida sewel tu |
|
|
|
|
|
|
|
klu amani bwk watak ogy
fazura watak erma
tenggelamlah fazura jwbnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Sudin tu sapa? Mohon torch light. |
|
|
|
|
|
|
|
Munnalicious replied at 17-9-2015 02:28 PM
Sudin tu sapa? Mohon torch light.
sudin bujang lapok uolsss..kan badan taff gitu wlupun kempeng |
|
|
|
|
|
|
|
betty pon ada gak belakon cite ni..budak hingusan lg..berkerak
|
|
|
|
|
|
|
|
mummy_vouge replied at 17-9-2015 07:31 AM
iols da tau rege die.. rm80 utk 500g + rm15 postage.. ya hampun mahal
Tq 4 the info .. huhu mmg mahal tu
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam rancangan cerita artis malaysia episod erma fatima
ada diceritakan secara sepintas lalu sejarah erma kenal ogy
dari situ boleh sense, mula2 kenal erma dah ada bad experience dengan ogy
bayangkan filem pertama erma, filem puteri, 1987
she was nobody, di'pair'kan dengan ogy yang menang best actress filem ali setan + popular sakan
sebelum shooting ada rehearsal lakonan, erma tak prepare
kalau tak silap ogy campak skrip kat erma dengan penuh divanya & kata "go back & do your homework!"
even sampai sekarang ogy akan sebut kat mana2, dia paling pantang pelakon kalau datang ke set tak prepare & tak buat homework...
utk filem puteri, ogy menang best actress & erma menang best supporting actress
tapi selepas filem puteri tu lah karier ogy dengan filem dah mula turun & karier erma pulak mula naik
end up erma menang best actress 1990 filem hati bukan kristal, 1994 filem femina
akhirnya sama2 menang dua kali best actress malah erma lebih lagi sebab menang 2 kali best supporting actress termasuk filem bintang malam (1992)
yg ogy tersentap dengan dengan label over acting tu bukan apa
sebab dia memang diajar lakonan dengan gaya over acting oleh tak lain tak bukan, saadiah sendiri
dan saadiah belajar dari siapa, tak lain tak bukan, p.ramlee sendiri
sebab tu saadiah pernah sebut dalam dokumentari p.ramlee
p.ramlee ni bila berlakon dia nak feeling tu lebihhh (over acting la tu)
siap saadiah ajuk dialog dalam filem penarik beca, "amraaaaannn...", cara sebut amran tu dengan penuh feeling
menangis, menangis beriya iya, sampai berguling-guling..romantik, romantik beriya iya sampai bergomol...
ini tiru stail bollywood
bagi sesetengah orang, itulah over acting
bagi sesetengah yg lain, itulah expression of feeling
so melabelkan ogy over acting seolah2 menghina saadiah & barisan karyawan sezaman dengan p.ramlee
over tak over pun bukan ke filem azura, ali setan tu orang minat sampai sekarang..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kali terakhir industri hiburan melihat gandingan Erma Fatima dan Ogy Ahmad Daud berlakon ialah menerusi telefilem Pengantin Popular, lebih 20 tahun lalu. Telefilem itu menarik perhatian ramai malah turut mencipta kontroversi kerana mengungkit perang mulut yang pernah terjadi antara mereka selain memaparkan sisi negatif beberapa watak yang benar-benar wujud. Drama arahan Rashid Sibir terbitan BNE Production itu bersiaran menerusi slot Cerekarama TV3 sekitar 1994. Ogy membawa watak pelakon senior bernama Gee manakala Erma pula memegang watak Erna digambarkan sebagai pelakon baharu yang mula mendapat perhatian. Gee dilihat tercabar dengan kehadiran Erna. Malah kalau ada yang ingat menerusi telefilem ini juga terma "over acting" dan "stereotype" turut bermain di minda. Erna menyifatkan lakonan Gee sangat over acting, manakala Gee pula melihat Erna sangat stereotype dalam lakonannya.
Berita baik, selepas lebih 20 tahun telefilem berkenaan disiarkan dan tiada lagi gandingan Erma dan Ogy selepas itu, kedua-duanya dijangka disatukan semula pada bulan hadapan menerusi teater Mok Cun yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya. Diajukan persoalan itu, Ogy menerusi WhatsApp memberitahu dia masih mempertimbangkan tawaran Erma itu. "Saya kena tengok skrip dahulu," katanya ringkas. Tawaran berkenaan juga jelas menamatkan perang dingin Ogy dan Erma selama ini. Datin Umie Aida adalah antara individu yang merangka pertemuan kedua-duanya sekitar awal September lalu. Ogy Ahmad Daud yang ditanyakan mengenai perdamaian dengan Erma Fatima, melihatnya sebagai ruang terbaik untuk kembali mengeratkan ukhuwah yang sudah lama terputus. "Yang lalu itu biarlah berlalu. Kita tak mahu lagi ia terus berpanjangan. Apabila kita mengambil sikap untuk tidak bermusuh dan berbaik semula pastinya kita akan rasa tenang dan baik di dalam diri. "Islam mengajar kita untuk tidak memutuskan silaturahim. Alhamdulillah. Biasalah masa muda dahulu banyak benda kita buat ikut emosi. Tapi bila berusia kita jadi lebih matang dan kita patut berikan contoh yang baik buat pelapis kita," katanya. - BH
RK - Tidak mahu terus dihurung kisah lama hingga menyebabkan dua pelakon ini tidak brtegur, kini Erma Fatima dan juga Ogy Ahmad Daud telah kembali berdamai malah turut sama akan bergandingan semula dalam satu pementasan teater pada November ini. Untuk pengetahuan anda, Erma dan juga Ogy pernah digandingkan bersama di dalam drama Pengantin Popular sekitar tahun 2014. Bagaimanapun, tindakan Erma menegur lakonan Ogy (yang lebih senior) ketika itu, membuatkan hubungan mereka dingin.
“Saya ketika itu hanya pelakon baharu, yang memandai mandai nak menegurnya. Sebagai pelakon senior, dia ada egonya tersendiri. Tapi semua itu kisah lama yang tak perlu dikenang lagi. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Malah Erma juga berkongsi kisah bahawa dia pernah menyimpan wang perbelanjaan sekolah semata-mata ingin menonton lakonan Ogy di dalam filem Azura. Kini, dia bersyukur kerana hubungan antara mereka sudah kembali pulih.
Apa pun, tahniah kepada pelakon Umie Aida kerana telah berusaha dan berjaya menjernihkan kembali hubungan tersebut di mana mereka sudah 20 tahun tidak digandingkan bersama.
|
|
|
|
|
|
|
|
statement overacting selepas drama pengantin popular
|
|
|
|
|
|
|
|
teater mok cun terus?
aduiii tolonglah erma
repair dulu loghat utara tu
termasuk pelakon2 lain mcm dato' rahim
datin umie...balqish samunder tu bagus
kata pelakon hebat
contohi meryl streep tu ha
|
|
|
|
|
|
|
|
ogy ahmad daud n erma fatimah dua2 diva....dua2 keenah minat...tazabar nak tgk dua2 diva ni berlakon... |
|
|
|
|
|
|
|
semundur khan tu bukan org sabah ke? hehe
|
|
|
|
|
|
|
| |
|