|
Bersambung...
3. Jangan menceritakan mimpi buruk tersebut kepaada sesiapa pun (HR Muslim)
4. Tukar posisi tidur (HR Muslim)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum w.b.t...
Salam kenal buat saudari TT...maaf kalau menyampuk diruangan forum saudari..sementelah nama saya dah diseru ni insyaAllah sedikit perkongsian dari saya yang serba kekurangan..
Terlebih dahulu suka saya mengingatkan bahawasanya setiap kejadian adalah atas kehendak Allah s.w.t.. Cuma bagaimana kita selaku hambaNya untuk menghadapi fitrah tersebut. Berdasarkan cerita saudari kesimpulan saya sepertimana saudara2 yang lain adalah mengenai 'hijab'..
Huraikan kpd keterbukaan atau ketelusan hijab ni panjang sebenarnya.. Akan tetapi suka saya mengingatkan saudari tergolong dalam golongan seseorang yang telah terpilih untuk diperlihatkan kepada sesuatu yang tidak terjangkau dek akal. Syukur sebenarnya kerana saudari adalah dikalangan istimewa.
Berbalik kepada permasalahan saudari, yg pada hemat saya bukan masalah pun sebenarnya adalah kekuatan rohani dan jasmani saudari sendiri. Saya sarankan selaku seorang yang juga dianugerahkan seperti saudari untuk belajar bagaimana mengawal keadaan.
Sebaik2 pembelajaran adalah berguru. Saya cadangkan saudari berjumpa dengan ustaz atau tok guru agama dalam memperkukuhkan dalaman saudari. Ini kerana saya juga pernah berubat. Berpuluh ribu malah keseluruh pelusuk semenanjung malaysia ibubapa saya bawa untuk dirawat. Namun akhirnya jalan penyelesaian terbaik saya belajar untuk mengawal.
Amalkan zikir dan selawat serta ruqyah sebagai pendinding awal saudari.. Belajar dan bergurulah dalam menangani masalah tersebut.. Sebaik baik perancangan adalah mengelak dari menjadi bebanan..
Wallahualam.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalam tt.. sian ko kan.. aku baca cite ko pon ngeri.. harap ko bertabahla.. forumer2 pon bnyk bntu ko amalkan apa2 ptut utk elak bnda2 ni.. cadangan Chef kat atas ni pon bagus juga.. chef otai kt sni.. ko bole bukk trid dia bc pnglman dia pulak.. ko cubalah cdgn beliau ok.. ikhtiar dan berniatla ko nak sembuh dan usir setan jin ni jauh2 dr ko.. InshaaAllah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antara at 23-2-2016 05:18 PM
Kisah ini diceritakn oleh suami saya..
ketika beliau berusia lingkungan 5 tahun..
hujan dan blackout...
ayahnya duduk kat kerusi ruang tamu..emaknya dalam bilik..
ayahnya tak bagi dia lari2 ke dapur semua..yelah risau kan sebab blackout..
tapi dia degil..lari juga sampai dapur..
tiba kat depan pintu bilik air..
dia nampak perempuan pakai telekung dalam bilik air..terapung2 sambil tengok dia..
muka pucat sangat....
dia terus lari pergi depan..
dan sehingga kini dia ingat muka perempuan tu...
***apa pun semoga TT terus tbah berusaha mengubati diri sendiri..
|
|
|
|
|
|
|
|
iols masa kecik pun pernah jugak nampak 'benda'.
mak iols la bagitau.
masa kecik, iols suka sangat menangis and kulit tu asyik gatal-gatal, eczema kot. kepala pulak asyik panas je bukan demam. kiranya iols ni mcm2 penyakit la masa kecik.
mak cakap masa iols umur 3-4 tahun suka bercakap sorang-sorang.
ada suatu hari tu, iols tengah cakap2 tiba-tiba iols nangis, menjerit2 kata ada orang besar hitam, jelir lidah kat iols.
orang tu mata dia merah menyala, lidah pun sama merah dengan mata.
siap tunjuk kat mana orang tu ada.
lepas tu family iols panggil orang utk pagarkan rumah.
banyak lagi kejadian sebenarnya tapi iols ada short term memory, banyak benda yang tak ingat. iols ingat apa yang iols nak ingat je.
lepas parents iols pindah rumah, sebelum ni dok umah atok nenek. pun macam2 jugak jadi kat family iols, sakit-sakit lah, gaduh2 lah, masa tu iols dah umur 7 tahun. rupanya kat tapak rumah tu ada benda tak elok. itu pun iols yang detect dulu. hasil dari bercakap sorang2. iols tak berapa ingat apa. tapi lebih kurang ada jumpa benda hitam mcm kain kot, diikat dgn kain kuning.
lagi satu masa mak iols bagi tahu, kejadian ni kiranya peristiwa yang paling besar jugak la. masa tu lepas mengaji, lepas asar, kat umah nenek iols ada buaian, iols suka main kat situ sbb berangan jadi princess tepi buaian tu pulak ada pokok bunga melor. so iols petik2 bunga2 tu sambil bercakap sorang-sorang kononnya iols ni princess. perangai iols yg suka bercakap sorang2 ni la yg menyebabkan orang lain (sepupu dan adik beradik je pun) xmo berkawan sangat ngan iols. masa tu yg iols ingat iols merajuk la sbb orang xnak ajak i main. so iols pergi kat pokok melur tu, kutip2 bunga then cium bau bunga tu, tiba2 i menangis teresak2. lepas tu bila orang datang dekat iols ketawa kuat2 then pengsan. itu orang yg bagitau i pengsan, padahal i sedar je, iols rasa masa tu diaorang semua bermain-main dengan i. main princess-princess. semua pakai cantik2 warna putih kuning. lepas tu yang i sedar bila mak iols panggil berkali-kali, masa i sedar i kat tilam kat dalam rumah dah masa tu dah Maghrib.
benda tu bukan terjadi sekali je, rasanya 2 kali benda yang sama terjadi. lepastu atok iols tebang pokok melur tu. buaian pun dialih ke lain. rasanya itu je la kejadian yang mistik iols alami. lepastu mmg tak nampak apa2 dah.
iols bersyukur jugak lah tak dikurniakan 'nikmat' utk nampak benda2 'mistik' ni. tak sanggup rasanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|