|
for sure sempatnya allamanda.... tehehhehehehehee... boleh laaa melaram dgn uniform baru...!!! y ...
mikoodette Post at 28-4-2010 13:42 
mami clr tukar tak? or masih orange / hijau... |
|
|
|
|
|
|
|
saspen lak..
apa yg mak isketambola nk buat...
bgtau jer yg anak dier sesuatu...mesti pengsan punye... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 28-4-2010 19:05
Ehh dah kenduri ke belum ni? sat nak baca balik, dah confuse mami ni, takut dah over taken by event ...
mamiayu Post at 28-4-2010 10:31 
belum kenduri lagi la
kalau dah dekat nanti kita bagi tau mami sbb geng marhaban oren hijau kena buat full dress rehearsal dulu
takut nanti pitching lari atau silap step depan VVIP buat malu jer |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 976# mamiayu
kali ni buat dgn washable silk ya mami |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 952# detox
td nak post tp line i down
geram betul la |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 28-4-2010 18:40
betulah tekaan korang
.....................................................................................................
“ Apa hajat kamu? “ tanya Nyai Inum dengan suara garau sambil mengunyah tembakau. Noraini duduk bersila di depan bomoh yang terkenal dengan kebolehan mengubat orang sakit dan menyatukan pasangan yang bermasaalah. Rumah kecil di tepi sungai itu berdinding papan dan berlantai simen yang di alas tikar mengkuang. Terdapat beberapa gambar lelaki tua yang berserban dan berjanggut dan juga ayat ayat Quran tergantung di dinding. Hati Noraini tenang sedikit bila melihat ayat Quran. Apa yang aku buat ni bukan khurafat, dia menyedapkan hati
“ Anak saya putus tunang tiga minggu sebelum kahwin. Saya nak tunang dia baik semula dengan dia. Semua persiapan sudah di buat. Malu saya dan keluarga kalau tak jadi.”
Nyai Inum terus mengunyah sambil matanya tajam memerhati Noraini. Tak senang duduk di buatnya. Hampir seminit berlalu dalam diam. Noraini mula gelisah.
“ Boleh tak Nyai?” Aku betul betul desperate, kalau tak jangan harap aku nak ke sini. Bau tengit dari Nyai Inum menyesakkan hidung. Itu tak kira lagi bau tahi kucing dan tahi ayam di luar yang semerbak. Lagu Bol Radha Bol berkumandang sayup dari alat pemain kaset yang usang menambah peningnya.
‘ Ada bawa gambar?”
Noraini menyelongkar beg tangan Celine Boogie. Nasib baik Raja Mashitah dah bagi tahu siang siang suruh bawa gambar. Kalau tidak sia sia aku drive sampai ke Banting. Sudahlah berkali kali dia sesat sebelum sampai Kampung Tiram.
“ Hmm… hmmm” Nyai Inum meneliti gambar Najlah yang di ambil semasa pertunangan. “ Cantik perempuan ini”
“ Anak saya pun kacak” sampuk Noraini. Nyai Inum menyeringai. Giginya rongak di satu dua tempat dan bertampuk.
“ Macam mana Nyai? Boleh Nyai tolong? Anak saya sepatutnya kahwin dengan perempuan itu tak lama lagi”
“ Mereka sudah jauh.” Noraini mengakui kehebatan Nyai Inum. Dia tahu Iskandar sudah merajuk ke London.
“ Saya boleh bayar berapa pun. Cakap saja banyak mana Nyai mahu” kata Noraini bersungguh sungguh. Demi Iskandar, dia sanggup. Bukan sebab Najlah calon menantu mithali, tapi dia akan dapat tempias harta Datuk Fuad. Kalau tak banyak, sedikit pun jadilah.
Nyai Inum menunjuk lima jari.
“ Lima ratus? Boleh, boleh. Tak ada masaalah.”
“ Bukanlah, bodoh! Ingat Nyai bomoh cap ayam ? Lima ribu. Kalau tak cukup duit, boleh balik“
Noraini tersentak. Mahalnya! Selalunya bomoh cuma minta bayaran sebanyak mana yang ikhlas. Tapi Raja Mashitah sendiri yang akui kemujaraban khidmat Nyai Inum. Dia hampir bercerai dengan suaminya yang gilakan seorang pramugari. Tapi setelah dia amalkan ayat ayat dan petua yang di ajar Nyai Inum, tak sampai seminggu suaminya putus hubungan dengan pramugari itu dan kembali padanya.
“ Maaf Nyai, Saya tak bawa wang sebanyak itu. Saya cuma ada tiga ribu sahaja”
Nyai Inum menutup mata. Mulutnya terkumat kamit. Noraini jadi resah. Janganlah perempuan tua ini jampi aku pula. Sebentar kemudian Nyai Inum bagai tersedar dari tidur.
“ Hm.. boleh. Datuk kata boleh” Noraini menarik nafas lega. Duit RM3,000 dihulurkan serta merta. Nyai Inum terus ke dapur dan kembali membawa mangkuk berisi air, beberapa biji limau nipis , pisau, sebotol kecil berisi cecair warna keemasan dan sehelai kain putih.
Limau di hiris sambil membaca jampi serapah dalam bahasa yang tidak di fahami. Nak kata Arab bukan, Jawa pun bukan. Bila hirisan limau nipis itu terapung dalam air, Nyai Inum memerhati dengan tekun. Matanya tidak berkelip.
“ He.. he…he.. “ Tawa Nyai Inum macam kanak kanak menonton kartun. Tangannya menekup mulut. Tubuh kecilnya terhinggut hinggut
“ Kenapa Nyai?”
“ He.. he.. he..ha..ha..ha..” Makin kuat Nyai Inum ketawa. Bulu roma Noraini berdiri. Seram!
“ Nyai,kenapa? Apa yang lucu?”
“ Ular nya gagah … he he he” Nyai Inum mengelap airliur dengan lengan baju
“ Ular? Ular apa?Siapa yang bela ular?”
“ Tapi jalannya bengkang bengkok. Nggak boleh patuk si puteri”
Noraini kaget. Apa yang si tua ni mengarut. Sampai ke ular dan puteri pula. Macam cerita dongeng. Terlampau banyak tengok sinetron agaknya.
“ Saya tak faham. Boleh tak anak saya dengan tunangnya berbaik semula?”
Nyai Inum memejam mata lagi. Kemudian dia bertutur dalam bahasa Jawa yang pekat. Noraini masih menunggu dengan sabar. Akhirnya Nyai mengeluh.
“ Susah. Sangat susah. Nyai nggak boleh bikin. Datuk juga nggak boleh.”
Wajah Noraini berubah. “ Kenapa? Kalau Nyai mahu wang lagi banyak, saya boleh bawa besok. Tolong lah saya”
Mata Nyai Inum mencerlung. “ Bodoh! Kamu nggak faham! Ular nggak suka sama puteri. Ular mahu ular sawa”
Noraini terkebil kebil dalam kesamaran
“ Tapi kawan saya bilang Nyai bomoh yang handal. Kenapa tak boleh bikin?” Hampir hampir dia menitis airmata kekecewaan.
“ Tunggu!” Nyai Inum mendengus keras sebelum masuk ke bilik. Harapan Noraini menyemarak semula. Tak lama kemudian perempuan tua itu keluar membawa sesuatu yang berbalut dengan kain putih. Apa benda ini? Nampak macam buku kecil.
“ Nah , ambil ini. Bagi anak lelaki kamu. Suruh dia amalkan setiap hari. Ini saja Nyai boleh tolong. Yang lain cuma Allah yang berkuasa. Jodoh maut di tangan Allah. ”
Noraini tersenyum puas. Acah saja rupanya si tua ni. “ Terimakasih Nyai. Terima kasih banyak banyak. Saya balik dulu”
Dia bergegas keluar ke keretanya. Aku akan ke Pejabat Pos dan menghantar bungkusan ini melalui courier. Lagi cepat Iskandar dapat lagi bagus. Tak lama lagi Najlah yang akan datang merayu minta Iskandar kahwin dengannya. Ha Ha Ha!
…………………………………………………………………………………….
Dua hari kemudian Iskandar seram sejuk bila menerima pakej dari ibunya. Berbalut dengan kain putih ialah sebuah naskhah berjodol “ Cara cara Taubat Nasuha.”. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha
COOL LA NYAI !!!! i love NYAI INUM |
|
|
|
|
|
|
|
"Ini saja Nyai boleh tolong. Yang lain cuma Allah yang berkuasa. Jodoh maut di tangan Allah. ”
pandai jugak nyai ni.. mula2 bkn main lagi mintak tolong dengan datuk..  |
|
|
|
|
|
|
|
Dua hari kemudian Iskandar seram sejuk bila menerima pakej dari ibunya. Berbalut dengan kain putih ialah sebuah naskhah berjodol “ Cara cara Taubat Nasuha.”.
haha...salute kt tok bomoh..dalam maksud bomoh tu..
mesti makcik tu xtau buku apa yg bomoh tu kasik..
Mata Nyai Inum mencerlung. “ Bodoh! Kamu nggak faham! Ular nggak suka sama puteri. Ular mahu ular sawa”
adus makcik tu still xdpt tgkp ke yg anak dia sesuatu.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...
lawaklah nyai inum tu... yg si datin tu plk x faham lg....
klu bomoh mcm ni aku pun suka  |
|
|
|
|
|
|
|
ho..ho... buku cara2 taubat nasuha rm3000........
apa lagi buku yg ada dlm koleksi nyai........ chaiyok............. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe lawak... padan muka si datin nuraini tu...
ada hati nak guna2kan najla |
|
|
|
|
|
|
|
Nyai inum lepas ni kasi basuh fikiran puan noraini dgn clorox kasi putih cam kain balutan hadiah iskandar  |
|
|
|
|
|
|
|
Dia bergegas keluar ke keretanya. Aku akan ke Pejabat Pos dan menghantar bungkusan ini melalui courier. Lagi cepat Iskandar dapat lagi bagus. Tak lama lagi Najlah yang akan datang merayu minta Iskandar kahwin dengannya. Ha Ha Ha!
Iskandar betul2 Taubat Nasuha selepas terima hadiah dari mamanya... terus merayu najlah kawin dgnya.... siapa tahukan |
|
|
|
|
|
|
|
Dua hari kemudian Iskandar seram sejuk bila menerima pakej dari ibunya. Berbalut dengan kain putih ialah sebuah naskhah berjodol “ Cara cara Taubat Nasuha.”.
ya Allah..sakit perut aku bantai gelak...hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
morning...
hahahhahaa padan muka iskandar... amik sebiji .. nenek bomoh pun takle wat pe da siap bagi buku taubat lagi... mintak2 cptla lala ngn yem nikah sblm iskandar balik.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|