|
khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .
[Copy link]
|
|
Reply 977# blastoff
"Sanad" dan "face to face" merupakan ajaran tariqat naqshabandi , di pelopori oleh syeikh nazim haqqani yang percaya semua pengikutnya kena membayangkan dia di hadapan mereka ketika berzikir agar boleh face to face , sampaikan apabila mulut berzikir " Allah" pun minda kena membayangkan wajah syeikh di depan.
Aku memang suka bab sanad nih dan mendengar hujah orang yg takdak sanad mempertahankan kejahilannya...
Imam Al-Ghazali berkata didalam Ihya,
“Murid memerlukan seorang Mursyid atau guru yang dapat diikutinya agar dia menunjukkannya ke jalan yang lurus. Jalan agama sangatlah samar, sedang jalan2 syaitan sangat banyak dan jelas. Oleh kerana itu, jika seseorang tidak mempunyai Syaikh yang membimbingnya , maka syaitan akan mengiringnya menuju jalannya, syaitan.”
(Ihya Ulumuddin)
Keutamaan pandangan kepada wajah seorang Ulama banyak sekali, di antaranya sebagaimana disabdakan oleh Nabi SAW:
"Barang siapa memandang kepada wajah orang Alim sekali dengan pandangan yang senang, niscaya Allah menjadikan pandangan tersebut malaikat yang memintakan ampun baginya hingga hari kiamat".
Imam Al-Hafizh Al-Mundziri meriwayatkan sebuah hadits dari 40 hadits berkenaan dengan keutamaan menuntut ilmu, yakni bersabda Rasulullah SAW:
"andangan sekali kepada orang Alim lebih Allah cintai daripada ibadah 60 tahun, berpuasa siang harinya dan berdiri ibadah pada malamnya". Kemudian sabda beliau SAW: "Jika tiada Ulama niscaya binasa (celaka)lah umatku".
Tidak semua Ulama dikategorikan seperti makna hadits di atas, karena kata ‘Ulama' menggunakan Isim Makrifah (Al-'Ulamaa-u), yang menandakan ketertentuan/kekhususan. Tentunya Ulama yang dimaksud di sini adalah Ulama yang telah mencapai kemakrifatan yang Hakiki, dimana pancaran jiwanya mampu melenyapkan sekat-sekat yang menutupi hati. Maka Rabitah, yakni memandang wajah Syekh dengan mata hati lebih diutamakan dan memiliki tempat yang khusus di kalangan Ahli-ahli Thariqat, sebagai penyatuan ruhaniyah seorang murid yang dhaif lagi faqir, dengan Syekhnya yang kamil menuju Hadhrat Allah Ta'ala.
Di dalam sebuah hadits dikatakan bahwa ada sebagian ahli dzikir yang dapat menyebabkan orang lain ingat kepada Allah. Yakni dengan memandang wajahnya saja, membuat mereka teringat untuk dzikrullah. Hadits lain menyebutkan bahwa ‘Sebaik-baik orang di antara kamu ialah seseorang yang apabila orang lain memandang wajahnya, maka ia ingat kepada Allah, jika mendengar ucapannya maka bertambah ilmunya, dan jika melihat amal perbuatannya maka tertariklah pada akhirat'.
Atas dasar hadits ini para pembimbing dzikir (Syekh Shufi) terdahulu sangat menganjurkan untuk senantiasa mengenang wajah Syekhnya sebagai alat untuk mempermudah dzikir (ingat) kepada Allah SWT, dan yang demikian itu akan membuat dirinya tenggelam dalam lautan mahabbah dzikir-Nya.
Hang ada masalah nak terima kata-kata Rasulullah SAW ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 24-10-2010 10:23
Aku memang suka bab sanad nih dan mendengar hujah orang yg takdak sanad mempertahankan kejahilannya...
Keutamaan pandangan kepada wajah seorang Ulama banyak sekali, di antaranya sebagaimana disabdakan oleh Nabi SAW:
"Barang siapa memandang kepada wajah orang Alim sekali dengan pandangan yang senang, niscaya Allah menjadikan pandangan tersebut malaikat yang memintakan ampun baginya hingga hari kiamat".
baghal Post at 23-10-2010 03:46
Yang peliknya, ayat kau yang saya birukan atas ni tu kau kalut kondem saya konon hujah saya tak dak sanad padahal semua hadis-hadis yang saya bawakan di thread ni adalah hadis-hadis sahih muslim / bukhari belaka so kau tak iktiraf hadis sahih sebagai hadis bersanad kah ?
Tapi hadis yang kau sundrik bawa yang saya merahkan atas ni pulak langsung tak dak di nyatakan sanadnya , kuang kuang kuang ....
...dalam kau menuding jari telunjuk kau ke arah saya tapi kau lupa pulak 4 jari kau sundrik sedang tuding ke arah diri kau tu balik !
So hadis yang kau guna ni mana sanadnya ? Sanadnya kau campak ke laut ke longkang ? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 24-10-2010 10:39
Saya setuju dengan saranan saudara. Baiklah. Saya bawakan kedua-dua hadith tersebut bersama sanad-sanad:
1. Sahih Bukhari صحيح البخاري
كتاب مناقب الأنصار
باب ذكر الجن
حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ قَالَ أَخْبَرَنِي جَدِّي عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ كَانَ يَحْمِلُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِدَاوَةً لِوَضُوئِهِ وَحَاجَتِهِ فَبَيْنَمَا هُوَ يَتْبَعُهُ بِهَا فَقَالَ مَنْ هَذَا فَقَالَ أَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ فَقَالَ ابْغِنِي أَحْجَارًا أَسْتَنْفِضْ بِهَا وَلَا تَأْتِنِي بِعَظْمٍ وَلَا بِرَوْثَةٍ فَأَتَيْتُهُ بِأَحْجَارٍ أَحْمِلُهَا فِي طَرَفِ ثَوْبِي حَتَّى وَضَعْتُهَا إِلَى جَنْبِهِ ثُمَّ انْصَرَفْتُ حَتَّى إِذَا فَرَغَ مَشَيْتُ فَقُلْتُ مَا بَالُ الْعَظْمِ وَالرَّوْثَةِ قَالَ هُمَا مِنْ طَعَامِ الْجِنِّ وَإِنَّهُ أَتَانِي وَفْدُ جِنِّ نَصِيبِينَ وَنِعْمَ الْجِنُّ فَسَأَلُونِي الزَّادَ فَدَعَوْتُ اللَّهَ لَهُمْ أَنْ لَا يَمُرُّوا بِعَظْمٍ وَلَا بِرَوْثَةٍ إِلَّا وَجَدُوا عَلَيْهَا طَعَامًا mnm77 Post at 22-10-2010 11:29
Tengok apa yang mnm77 kata kat ayatnya yang saya merahkan tu , tak pelikkah bahwa dalam dia memperkatakan hadis sahih bukhari tapi dia masih kalut tekankan bab sanad hadis sahih tersebut ..... kalau dah hadis sahih bukhari , walau di nyatakan isi kandungan hadis saja tanpa menyebut perawi berjela-jela sekalipun hadis sahih ni akan tetap jadi hadis sahih .
Hadis sahih bukhari takkan bertukar jadi hadis palsu semata-mata kerana dinyatakan isi kandungan hadis saja tanpa menyebut perawi , kerana kalau kita belek dalam banyak buku-buku agama di M'sia hampir kesemuanya cuma menyebut isi kandungan hadis saja dengan dinyatakan samada sahih muslim , bukhari, tirmidzi etc tanpa tertera nama-nama perawi berjela-jela , so adakah kesemua buku-buku agama di pasaran M'sia tak boleh pakai kerana tidak di sebut perawi hadis ketika penulis2 buku tu membentangkan penulisan mereka tu !??
Yang lebih pelik adalah dalam sekutu harun din ni menekankan bab sanad tapi mereka melupakan bab mengamalkan isi kandungan hadis sebaliknya mereka menghalalkan amalan orang kafir guna garam untuk hilangkan gangguan jinsyaitan, sedangkan dalam ayat-ayat Quran dan hadis-hadis sahih bukan itu cara yang di tunjukkan Allah dan RasulNya ! So mereka cuma mementingkan nama-nama perawi hadis saja tapi mereka mengenepikan perintah yang terdapat dalam isi kandungan hadis pulak ! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 24-10-2010 18:27
Sekarang saya nak fokuskan pada apa dzikir yang di guna harun din untuk menghindari diri dari gangguan jinsyaitan dan mana mai dzikir yang dia amalkan tu .
Di website harun din di page bahagian bawah sekali dia nyatakan dzikir yang dia guna http://www.darussyifa.org/Asas10Pertama_Iss1.php
saya pastekan sini senarai kalimat dzikir-dzikir tersebut :
--------------------------------
MuhamadunNabiyullah
MuhamadunHabibullah
Alaihisolatullah
AllahHaq
AllahHayu
YaaQayyum
--------------------------------
Dan apabila di click pada kalimat2 dzikir tu di website harun din tersebut akan keluar AUDIO nya ! Dan segala kalimat zdikir-dzikir tersebut terdapat di website tarikat naqshabandi dan di labelkan sebagai amalan daily dan weekly para pengikut tarikat naqshabandi nih !
Click link bawah ni dan scroll down pada SECTION FOUR dan SECTION SIX
http://www.naqshbandi.org/dhikr/dhikrin.htm
Perhatikan kalimat-kalimat bawah ni , sama sebijik macam apa yang kedengaran di AUDIO yang dilagukan oleh harun din dan para pelajarnya tuh !
----------------------------
La ilaha ill-Allah - Muhammadun Habibul-Allah, Aleyhi Salatul Allah
La ilaha ill-Allah - Muhammadun Nabiyyu-Allah, Aleyhi Salatul Allah;'
Allahu, Allah haqq'
'Allahu, Allah hayy'
'Allah hayy Ya Qayyum'
----------------------------
Tajwid pun tak betul ! Dah la zikir yang di amalkan tak dak dalam Quran Sunnah , tajwid pun tak betul ! Ada kaa Allah haqq Allah hayy pulak ! Mana ada sebutan bahasa Arab boleh di buat shortcut gitu pulak , umpama sebut Allah Akbar instead of Allahu Akbar ! Dzikir adalah amalan ibadah maka mana boleh di buat kalimat dzikir guna minda sendiri gitu ! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 24-10-2010 11:02
Betulkan saya kata pengikut tarikat Naqshabandi pasti akan menyelitkan amalan tarikat tu dalam pengajaran mereka, dah sah harun din suruh para pelajar yang mengikuti kursus di darussyifa' untuk amalkan dzikir sesat tarikat Naqshabandi ! Syirik dari hujung kaki sampai hujung rambut puak - puak nih ! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 24-10-2010 11:35
JAKIM dah mengharamkan 4 CD zdikir dan nasyid dari tarikat naqshabandi !
----------------------------
Keempat-empat laporan CD yang dibincangkan, kesemuanya diperaku haram. Keempat-empat CD ini ialah himpunan zikir dan nasyid oleh kumpulan Tarikat Naqshbandi.
http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=1135 |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang saya nak fokuskan pada apa dzikir yang di guna harun din untuk menghindari diri dari ganggu ...
blastoff Post at 24-10-2010 10:58
mintak saudara mnm77 mempertahankan tuduhan ini... harun dian adalah pengikut tarikat naqsyabandi... di mana markas mereka bersuluk? |
|
|
|
|
|
|
|
isu menggunakan garam untuk mengusir jin memang tidak ada dalam hadis. tapi itu bukan ia bermakna sesat dan khurafat.
Asalkan kita tidak meletakkan bahan bahan tersebut sebagai punca kesembuhan. kesembuhan adalah dari Allah jua.
So tak salah menggunakan garam untuk berubat. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang peliknya, ayat kau yang saya birukan atas ni tu kau kalut kondem saya konon hujah saya tak ...
blastoff Post at 24-10-2010 10:19
Gelojoh sangat miker nih....
" Mahukah aku khabarkan kpd kamu akan org yang sebaik-baiknya diantara kamu? Org yg sebaik-baiknya di antara kamu ialah mereka yg dipandang maka org yang memandangnya itu ingat akan Allah" (Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad bin Hanbal)
nak lagi...
"Org yg sebaik-baik dikalangan kamu itu ialah org yg mengingatkan kamu kpd Allah dgn memandang rupanya dan bertambah ilmu kamu dgn sebab mendengar percakapannya dan menggemarkan kamu kepada akhirat sebab amalannya" (Riwayat Al Hakim dari Ibnu Umar)
Imam Ahmad bin Hanbal rahimullah
Beliau adalah seorang fuqahak yg tak asing lg bg kita. Pd mulanya beliau jg tak menyukai ahli2 tasauf/tarikat dan selalu menasihati anak lelakinya yg bernama Abdullah supaya menjauhkan diri dr ahli tasauf/tarikat. slh seorg ahli tasauf/tarikat yg tak disenangi oleh beliau ialah Syeikh Sya'ban Ar Ra'i (guru Imam Syafie dlm bidang tasauf/sufi). Imam Ahmad bin Hanbal bertanya satu soalan yg sukar dijawab kepada Syeikh Sya'ban Ar Ra'i. Disangkanya syeikh Sya'ban tak dpt memberikan jawapan. Soalan itu ialah mengenai seorang yg telah meninggalkan satu sembahyang dpd sembahyang fardu lima waktu tetapi yg tersebut tak tau sembahyang apakah yg ia tinggalkan itu, Zohor atau Asar atau Subuh atau Isyak atau Maghrib. Bagaimanakah org itu harus menyelesaikan masalhnya.
Syeikh Sya'ban Ar ra'i menjawab " Org itu ghaflah, maka wajiblah ia mendidik dirinya supaya ghaflahnya itu hilang". Mendengar jawapan itu Imam Ahmad bin Hanbal jatuh pingsan. Selepas ia sembuh maka ia segera memeluk Syeikh Sya'ban Ar Ra'i. Peristiwa ini menginsafkan Imam Ahmad bin Hanbal sehingga beliau segera belajar ilmu tarikat/tasauf dari Syeikh Abu Hamzah Al Baghdadi.
Kisah Imam Ahmad bin Hanbal ini bole rujuk didlm kitab Ar Risalah Al Qasyiriah karangan Syeikh Abu Qasim Al Qusyairi juga didlm kitab Quwwatul Qulub karangan Syeikh Abu Talib Al Maki dan Kitab Jami' Al Usul Fil Auliya karangan Syeikh Ahmad Al Kamalqhanawi...
Ilmu kalo takdak jgn nk pandai2 buat cerita mitos yop...sana sini sesat...rupa2 diri sendiri yg sesat tak sedor.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by badang at 24-10-2010 23:07
blastoff jgn pulak ko yg tuding jari tp 4 jari ko tuding diri sendiri..pendapat aq semua tu adalah ikhtiar,sama gak mcm makan ubat yg diamalkan yahudi kristian kafir org sesat segala...ttp aq makan ubat semata2 ikhtiar atau cara yg kemudiannya aq yakin sembuh aq dr penyakit tu dari allah semata2..isu yg ko timbulkan nih cuma mengelirukan aje..kenapa tak ko je yg g halau hantu kalau ko tahu caranya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 982# blastoff
Yang peliknya, ayat kau yang saya birukan atas ni tu kau kalut kondem saya konon hujah saya tak dak sanad padahal semua hadis-hadis yang saya bawakan di thread ni adalah hadis-hadis sahih muslim / bukhari belaka so kau tak iktiraf hadis sahih sebagai hadis bersanad kah ?
Baru aku sedar, cabaran berhujah ngan orang yg tak faham point yg dibicarakan adalah lebih mencabar..takpa, aku mmg suka cabaran...
Hang kritik sanad tarikat Naqsyabandi, bukan sanad hadis, betui? Walaupun aku bukan ahli tarikat, tp aku respect tarikat Naqsyabandi yg ada guru yg sanadnya sampai kpd Rasulullah SAW..sudah pasti ilmu dan amal dlm tarikat tu sahih mengikut kehendak Allah dan Rasul, tentu berbeza dgn orang yg tidak ada guru.
Bak kata Imam Ghazali:
“Murid memerlukan seorang Mursyid atau guru yang dapat diikutinya agar dia menunjukkannya ke jalan yang lurus. Jalan agama sangatlah samar, sedang jalan2 syaitan sangat banyak dan jelas. Oleh kerana itu, jika seseorang tidak mempunyai Syaikh yang membimbingnya , maka syaitan akan mengiringnya menuju jalannya.”
(Ihya Ulumuddin)
Tentang status hadis aku masuk tu, hati2 sket bicara..itu kata2 Rasulullah SAW, aku takut nanti longkang pun tak layak buat hang..
Hadis Nabi SAW : "Barang siapa memandang kepada wajah orang Alim sekali dengan pandangan yang senang, niscaya Allah menjadikan pandangan tersebut malaikat yang memintakan ampun baginya hingga hari kiamat".
Hadis ini diambil dari Kitab Hidayatus-Salikin yg merupakan huraian al-Alamah Syeikh Abdus Samad al-Falimbani Rahimahullahu Taala daripada kitab Bidayatul Hidayah, iaitu ringkasan kitab Ihya Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali Rahimahullahu Taala.
Hadis ini dikuatkan dgn hadis yg lain antaranya:
“ Orang yang terbaik dikalangan kamu ialah orang yang apabila dilihat nya, dapat mengingatkan kamu kepada Allah, percakapannya menambahkan ilmu kamu, perbuatannya (amalannya) mendekatkan kamu kepada akhirat”
Riwayat daripada al hakim daripada Abdullah bin omar.
Yang peliknya ,penting sangat ka nak tau sanad hadis nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Gelojoh sangat miker nih....
" Mahukah aku khabarkan kpd kamu akan org yang sebaik-baiknya di ...
salikin Post at 24-10-2010 22:17
Thanks bro...aku suka blastoff, dia nak tau ilmu yg sahih, yg ada sanad..jap lagi kita tanya la sanad ilmu dia plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 25-10-2010 14:40
mintak saudara mnm77 mempertahankan tuduhan ini... harun dian adalah pengikut tarikat naqsyabandi... di mana markas mereka bersuluk?
kupia Post at 24-10-2010 14:05
Salam...
Saya kurang faham soalan anda ni? Anda minta saya pertahankan apa? Nampak macam anda yang buat tuduhan. Kenapa tanya saya? Saya bukan pengikut Harun Din mahupun Tarikat Naqsyabandi.
Dasar untuk menyesatkan seseorang itu belum kukuh, kenapa perlu saya mengikut kaedah orang tertentu yang tidak merujuk kepada Ulama dalam membuat hukum menyesatkan orang lain? Sekadar cari persamaan dalam zikir-zikir tertentu tu, saya pun boleh cari ustaz kampung yang berzikir sedemikian tapi bukannya pengikut Tarikat Naqsyabandi.
Ohh yaaa.... Anda menuduh saya membuat pembohongan yang nyata tetapi anda tidak menjawab reply saya pada post #771
ni baru betul satu tuduhan dan pembohongan besar yang nyata...
kupia Post at 5-10-2010 18:32
Saya anggap anda jujur dalam membuat kenyataan anda, jadi silalah beri penjelasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 25-10-2010 15:04
tempat jin ? Sa kata orang claim nampak saja maka teruih jadi tempat jin ? Phuyoo punya percaya cakap manusia biasa noooo .
blastoff Post at 22-10-2010 16:31
Nak percaya atau tidak, itu satu isu yang dibincangkan. Bila ada orang minta tolong, kerana dikatakana ada gangguan fizikal (samada bentuk lembaga, bayangan, bunyian mahupun rasukan), maka sebagai saudara seIslam kita wajar bantu-membantu. Mungkin tiada apa-apa gangguan, atau mungkin memang benar ada gangguan. Itu tak mustahil
Tu haa dalam hadis Nabi sebut jelas dalam toilet ada jinsyaitan jantan dan betina so toiletlah tempat jin, kau nak tolak kah hadis Nabi tersebut dan kau percaya cakap manusia biasa pulak ?
Kau ingat Syaitan tu dok dalam toilet saja ka? Dan bila masa pulak saya tolak hadith tu?
"Sanad" dan "face to face" merupakan ajaran tariqat naqshabandi , di pelopori oleh syeikh nazim haqqani yang percaya semua pengikutnya kena membayangkan dia di hadapan mereka ketika berzikir agar boleh face to face , sampaikan apabila mulut berzikir " Allah" pun minda kena membayangkan wajah syeikh di depan.
Maaf saya katakan, kenyataan di atas itu ADALAH BATIL. Ia hanya layak dikeluarkan OLEH ORANG YANG JAHIL sahaja.
Sanad (chain of narration/rangkai periwayatan secara face-to-face) itu adalah sebahagian dalam ILMU HADITH, untuk memastikan kesahihan sesuatu riwayat. Sesuatu hadith yang muttasil (bersambung) sanadnya dan mempunyai para perawinya yang thiqah maka sesuatu hadith itu dikategorikan sebagai SAHIH.
Adapun membayangkan wajah guru itu adalah satu isu yang dipertikaikan, kepentingan SANAD adalah JELAS dalam ILMU HADITH.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 25-10-2010 15:52
Tengok apa yang mnm77 kata kat ayatnya yang saya merahkan tu , tak pelikkah bahwa dalam dia memperkatakan hadis sahih bukhari tapi dia masih kalut tekankan bab sanad hadis sahih tersebut ..... kalau dah hadis sahih bukhari , walau di nyatakan isi kandungan hadis saja tanpa menyebut perawi berjela-jela sekalipun hadis sahih ni akan tetap jadi hadis sahih .blastoff Post at 24-10-2010 10:35
Tujuan saya letakkan sanad di situ bukan nak pertikai hadith tu, tetapi sebagai menunjukkan pentingnya sanad hadith dalam ilmu hadith. Apa yang menyebabkan Imam Bukhari meletakkan hadith tersebut sebagai SAHIH? Tentulah berdasarkan KAJIAN sanadnya. Awat, tak boleh letak sanad ka? Kenapa nak gelabah? Imam Bukhari tu pengikut Tariqat Naqsyabandi ka?
Hadis sahih bukhari takkan bertukar jadi hadis palsu semata-mata kerana dinyatakan isi kandungan hadis saja tanpa menyebut perawi , kerana kalau kita belek dalam banyak buku-buku agama di M'sia hampir kesemuanya cuma menyebut isi kandungan hadis saja dengan dinyatakan samada sahih muslim , bukhari, tirmidzi etc tanpa tertera nama-nama perawi berjela-jela , so adakah kesemua buku-buku agama di pasaran M'sia tak boleh pakai kerana tidak di sebut perawi hadis ketika penulis2 buku tu membentangkan penulisan mereka tu !??
Yang kau dok pi kata SANAD tu ajaran Tariqat Naqsyabandi tu apa hal? Sebab tu kah kau allergik sangat dengan SANAD?
Dalam Kitab Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi (Rah) menukilkan beberapa riwayat di bawah satu tajuk SANAD itu adalah sebahagian dari AGAMA
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kupia at 25-10-2010 16:07
Salam...
Ohh yaaa.... Anda menuduh saya membuat pembohongan yang nyata tetapi anda tidak menjawab reply saya pada post #771
"ni baru betul satu tuduhan dan pembohongan besar yang nyata... kupia Post at 5-10-2010 18:32"
Saya anggap anda jujur dalam membuat kenyataan anda, jadi silalah beri penjelasan.
http://www.zaharuddin.net/aqidah ... n-a-sebaliknya.html
mnm77 Post at 25-10-2010 14:39
Siapa yang menuduh dan siapa yang dituduh?
Ini apa yang anda tulis dalam pos #749:
Saya tengok saudara pun dok bagi jawapan berdasarkan blog Ustaz Zaharuddin.
Dalam blog ustaz tu pun bila ada persoalan Jin dia refer Harun Din. Cuba buat search kat blog dia:
Bolehkah Manusia Masuk Alam Jin & Sebaliknya
http://www.zaharuddin.net/aqidah ... n-a-sebaliknya.html
Saya tengok saudara pun dok bagi jawapan berdasarkan blog Ustas Zaharuddin. Ini yang saya katakan satu pembohongan. Diam tak diam mengapa blog Ustaz Zaharuddin yang tidak ada kena mengena dikaitkan? dalam thread yang dibuka oleh Blastoff ini tidak pernah sekali pun saya merujuk kepada site Ustaz Zaharuddin untuk menulis sebarang pos. Atas landasan apa saya dikatakan menjawab berdasarkan blog Ustaz Zaharuddin? ini yang perlu kamu jawab.
Sebelum thread ini dibuka saya selalu melayari site Ustaz Zaharuddin untuk mendapatkan maklumat mengenai hukum hakam sistem kewangan Islam tidak mengenai masalah rawatan atau masalah mengenai jin. Ya saya jumpa dan dah baca tulisan harun din di situ selepas kamu bangkitkan dalam pos #749. Ustaz zaharuddin memetik jawapan dari tulisan Harun Din untuk menjawab salah satu soalan pelawat mengenai manusia dan jin... saya tidak nampak apa kaitannya dengan penggunaan garam dan lada hitam. Saudara cuba membawa masalah "Bolehkan Manusia Masuk Alam Jin & Sebaliknya?"... saya jawab tidak sesuai membincangkan perkara ini dalam thread yang dibuka oleh Blastoff ini... Itu sahaja... |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang menuduh dan siapa yang dituduh?
kupia Post at 25-10-2010 16:03
Bukankah anda menuduh Harun Din tu pengikut Tariqat Naqshabandi? Ini bukan saya yang tuduh
Saya tengok saudara pun dok bagi jawapan berdasarkan blog Ustas Zaharuddin. Ini yang saya katakan satu pembohongan. Diam tak diam mengapa blog Ustaz Zaharuddin yang tidak ada kena mengena dikaitkan? dalam thread yang dibuka oleh Blastoff ini tidak pernah sekali pun saya merujuk kepada site Ustaz Zaharuddin untuk menulis sebarang pos. Atas landasan apa saya dikatakan menjawab berdasarkan blog Ustaz Zaharuddin? ini yang perlu kamu jawab.
Yang mana satu pembohongan tu ? Kalau anda kata tiada kaitan, itu bukan pembohongan.
Maksud saya, anda ambil ilmu dari Ustaz Zaharuddin, betul kan?
Ustaz Zaharuddin pula ambil ilmu dari harun Din (bab Jin), betul kan?
Dan Blastoff pula menyesatkan Harun Din (dari awal-awal lagi). Jadi apa kesimpulannya? Boleh atau tidak ambil ilmu dari Zaharuddin atau Harun Din?
Saudara cuba membawa masalah "Bolehkan Manusia Masuk Alam Jin & Sebaliknya?"... saya jawab tidak sesuai membincangkan perkara ini dalam thread yang dibuka oleh Blastoff ini... Itu sahaja...
Ya setuju kurang sesuai dari segi konteks perbahasan. Namun dalam isu menyesatkan yang dibawa oleh blastoff, point saya, adakah apa-apa dari Tariqat Naqsyabandi tu sesat belaka? Kalau macam tu Harun Din pun sesat, dan Zaharuddin pun sesat jugak lah (SAYA TAK SETUJU)
Adakah masih belum jelas? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
Salam...
Saya kurang faham soalan anda ni? Anda minta saya pertahankan apa? Nampak macam anda yang buat tuduhan. Kenapa tanya saya? Saya bukan pengikut Harun Din mahupun Tarikat Naqsyabandi.
Dasar untuk menyesatkan seseorang itu belum kukuh, kenapa perlu saya mengikut kaedah orang tertentu yang tidak merujuk kepada Ulama dalam membuat hukum menyesatkan orang lain? Sekadar cari persamaan dalam zikir-zikir tertentu tu, saya pun boleh cari ustaz kampung yang berzikir sedemikian tapi bukannya pengikut Tarikat Naqsyabandi.
mnm77 Post at 25-10-2010 14:39
Tuduhan "dipercayai Harun din adalah pengamal tareqat naqsyabandi". Merujuk kepada pos zikir-zikir rekaan dalam pos Blastoff #984. Tuduhan ini akan berterusan selagi tidak dibuktikan harun din bukan pengamal tareqat. Kami tidak menuduh anda pengikut Harun Din atau pengikut tareqat naqsyabandi. Dari awal anda begitu gigih mempertahankan tuduhan terhadap Harun Din, kerana itu saya minta anda terus memberi jawaban.
sekadar untuk pengetahuan:
zikir2 dalam pos #984 dengan mudah boleh dibuktikan keluar dari mulut nizam alqubursyi ... ooops maaf alqubrusyi sendiri dalam youtube. Ada banyak bukti-bukti zikir dan tarian nizam naqsyabandi boleh ditunjukkan dalam youtube... upacara tamat bersuluk... pernah dengar azan yang dilaungkan oleh nizam alqubrusyi dengan kalimah-kalimah yang ditokok tambah?
tak perlu diulang tayang pos-pos mengenai kaitan harun din dengan naqsyabandi...
bukan tuduhan liar lagi bila Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri yang telah mengeluarkan fatwa rasmi menyesatkan... |
|
|
|
|
|
|
|
i tak tau apa cite hangat kat sini..cam lawak pulak..satu2 thread dia buka dgn tujuan utk menghina ust harun din...dulu jampi guna air ..ni guna garam pulak...tak pasti apa tujuan utamanya utk menghina ust harun din..sape dia ni ha..lawyer..magistrate?
saya amat menghormati ulama spt harun din, dan adik beradiknya hassan din..yg semuanya al hafiz belaka....lihat aja arwah ibunya meninggal dlm keadaan yg amat mulia..di bulan puasa waktu sujud solat terawih..ini adalah hasil dari mendidik anak2 yg jadi ulama belaka...begitu mulia cara ibunya pergi...
org yg pernah bermimpi berjumpa rasulullah saw..saya biasa dgr ceramah ust harun din..live or youtube..semuanya amat terkesan di kalbu...org yg kalbunya hitam aja aja yg akan buat tuduhan jahat begini...
cuba dgr kisah dia stranded kat dubai..dgn tak ada duit dgn anak yg tiba2 sakit jantung...berapa ramai yg datang menolong? org malaysia..org arab yg tak dikenali??
ada yg terbang khas dari penang ke dubai utk nak serah duit 25k utk dia belanja di sana..ada org serah kereta sebiji tuk dia guna di sana..ada pilot dtg ke hotel bg tau dia dah cover duit utk bawa dia dan anaknya yg perlu di bawa guna katil khas naik plane tu..etc...org2 begini pasti sentiasa mendapat bantuan dari allah...
anak saya yg belajar di darul quran pun disarankan oleh ust2nya masa cuti belajar di darul syifa utk mendalami rawatan islam...
cuba dgr radio ikim setiap hari khamis malam, kisah perawatan islam juga..ust yg menolong siti balqis di trengganu hari tu dgn bantuan allah..menggunakan ayat2 quran dan mcm2 barang..eg cuka..( nabi saw tak pernah guna pun) akhirnya dia dpt menyembuhkan gadis itu dari gangguan jin..bayangkan jin bawa gadis tu lari sekelip mata..ke satu lubang di kawasan perkuburan..bila mrk hampir ke kawasan tu di bawa pulak lari ke sebuah gua...sape kata jin dok dlm toilet aja.....
jgn lupa dgr ikim setiap khamis mlm jumaat..byk tips dikongsi semua dari ayat2 al quran..yg paling nyata utk melepaskan diri dari saka..x payah guna ust ke bomoh ke..baca doa yg nabi yunus baca sewaktu terperangkap dlm ikan tu..bila nabi yunus baca doa tu ikan tu meluahkan isi perutnya...doa ni juga saya amalkan waktu bersalin alhamdulillah tak sakit dan mudah bayi keluar..2 kali contractions aja...dlm 15 min..jer doktor pun puji..kalau semua patients saya mcm awak senang kerja saya..he he...bila saya cite dgn adik2 yg bakal bersalin..yg sorang ni kata kat hospital muar pun ada tulis doa tu kat ward bersalin..masa bersalin anak first dia bersalin sana..konsepnya sama kan senang mengeluarkan dari badan..keluarkan bayi dari perut..keluarkan saka dari badan...
cuti bln 12 ni anak saya akan belajar di darul syifa utk melengkapkan dirinya utk menjadi doktor yg boleh merawat guna ilmu sains dan islam...yg juga al hafiz...peduli apa dgn kata2 TT ni...
tak mau masuk sini dah....ampun |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Saya nak tanya lah orang yang arif2 dalam nie .. pasal khurafat ini...maklumlah kita pun tak tau mana satu khurafat mana satu tidak ....dalam masyarakat kita nie banyak sangat orang amal khurafat,pening nak fikir, berikut adalah soalan-soalan saya :-
1. Mengundi tak ada zaman nabi, sekarang diamalkan di negara malaysia nie malah di negara kristian yang lain...adakah ..khurafat atau tidak ?
2. Quran zaman nabi dibaca tanpa pakai buku macam sekarang...kita sekarang baca quran pada tulisan buku quran... khurafat atau tidak ?
3. Sistem demokrasi adalah sistem dari zaman Rom, bukan sistem Islam seperti mana yang nabi anjurkan, khurafat atau tidak ?
Diharapkan, masalah saya ini dijawab dengan sempurna.
Harap Maklum |
|
|
|
|
|
|
| |
|