CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Sultan Kelantan: Sultan Muhammad V (Tengku Muhammad Faris Petra)

 Close [Copy link]
Post time 5-2-2013 01:00 PM | Show all posts
cecurut posted on 5-2-2013 12:52 PM

yeayyyy! gambo baru.
ni masa Tuanku gi Dubai ker?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2013 01:02 PM | Show all posts
cecurut posted on 5-2-2013 12:54 PM

segak, tampan, bergaya


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:14 PM | Show all posts
cecurut posted on 5-2-2013 12:54 PM

ni bila punya event?...sesak nafas jah aku tgk Tuanku berkot..beliau lebih rileks kalu berjubah
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:15 PM | Show all posts
cecurut posted on 5-2-2013 12:54 PM

handsome n smart
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:29 PM | Show all posts
Saja nak panaskan balik isu 2 bln lepas


R KECAM TINDAKAN PENDERHAKA BAKAR PAPAN TANDA TITAH KDYMM SULTAN MUHAMMAD V AGAR DIDARATKAN GAS KE KELANTANWritten by admin on December 6, 2012
KDYMM Sultan Muhammad V merasmikan Plak Royalti Sultan Muhammad V


Laporan akhbar sinar harian 6 December 2012


Foto: Papan tanda di depan SUK Kelantan, Kota Darul Naim yang memuatkan foto dan titah  KDYMM Sultan Muhammad Vberkaitan pendaratan minyak dan gas ke kelantan serta pemberian royalti kepada kerajaan negeri kelantan.


Foto: Aktivis R dan NGO ROYALTI membuat laporan polis secara rasmi berkaitan insiden percubaan membakar  Papan tanda Royalti bersama Titah   KDYMM Sultan Muhammad V


Foto: bahagian di papan tanda yang cuba dibakar terdapat kesan bakar.

fOTO: Aktivis R cedera dibelasah  penyokong kerajaan pusat yang membuat provokasi di dalam himpunan aman di hadapan SUK Kelantan – NGO R menjunjung titah  KDYMM Sultan Muhammad V


1. NGO ROYALTI atau dikenali sebagai “R” mengencam tindakan membakar banner billboard milik R berhadapan Komplek Kota Darulnaim@SUK yang memaparkan gambar DYMM Sultan Muhammad V dan titah baginda.

2.Sebelum ini pada persidangan DUN Kelantan tahun ini, Sultan Muhammad V bertitah gas asli yang terdapat di Telaga Bumi Selatan dan Telaga Surya Selatan (blok PM301) Malay Basin sudah mulai dikeluarkan agar didaratkan ke Kelantan.
“Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon indutri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi,”
Titah Baginda ini kami nukilkan di billboard depan SUK agar seluruh rakyat Kelantan dapat membacanya.

3.Pada 5 Jun 2012 Sultan Kelantan, DYMM Sultan Muhammad ke-V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum.
Baginda berkenan melawat Booth ROYALTI sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012.
Turut mengiringi Baginda adalah Menteri Besar, Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menurunkan tandatangan sokongan.

4. Tindakan tidak bertamadun ini merupakan satu usaha khianat pihak pihak yang anti kepada perjuangan rakyat menuntut royalti bagi negeri Kelantan, yang kami anggap sebagai PENDERHAKA kepada DYMM Sultan Kelantan kerana mengingkari Titah Baginda agar didaratkan gas ke Kelantan dengan kadar segera.

5. Sebelum ini pihak R telah melaporkan kepada pihak polis berkenaan tindakan penyokong kumpulan anti R yang telah menonggeng pungung pada gambar Titah Baginda pada Pra Himpunan Royalti depan SUK pada 26 Jun 2012 lalu, namun sebarang tangkapan masih belum dibuat. Pihak R menyeru agar pihak polis menyiasat dengan segera tindakan provokatif ini dengan kadar segera. Kerana pada sebelum ini sudah banyak laporan polis dibuat berkaitan 7 aktivis R dipukul depan SUK, berkaitan penggunaan bom asap yang menyalahi Akta Bahan Letupan 1948 di hadapan SUK yg dibaling kepada aktivis R, berkaitan ugutan bunuh kepada Aktivis R Jeming Hassan, ugutan-ugutan di media baru facebook yang terbaru daripada pemimpin ngo anti R dan kejadian-kejadian rentetan daripada peristiwa sebelum ini.

6. Pihak R telah membuat laporan polis semalam (5 Disember 2012) apabila menyedari billboard R dihapadan Kompleks SUK dibakar oleh mereka mereka yang tidak bertangungjawab.

7. Pihak R memohon jasabaik pihak PDRM Negeri Kelantan membuka kes siasatan segera dan mengambil tindakam drastik bagi menyiasat kejadian ini supaya kejadian yang mengancam pihak R yang berjuang untuk seluruh rakyat Kelantan terjaga.

8. Pihak R menyeru seluruh pemimpin politik, ngo dan masyarakat Negeri Kelantan bersatu hati dalam usaha tuntutan royalti dan pendaratan gas ke Kelantan dibawah payung titah DYMM Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan. Ketepikan politik balas dendam, utamakan generasi Kelantan untuk rizab minyak yang cukup untuk 500 tahun pada masa akan datang.
Jika semua tidak tuntut sekarang, adakah kita ingin mendengar ayat dari mulut cucu cicit kita pada masa akan datang menyebut “datuk dayus” “ayah dayus” “nenek dayus” “ibu dayus” kerana tidak bersama-sama berjuang menuntut hak hasil bumi yang dinafikan.
Sekian. Terima Kasih.
Presiden R
Nazri Deraman.


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:52 PM | Show all posts
Duk surf and jumpa artikel ni baguih gak...blog An opinian : voice out

Kerabat Diraja Bergelar Ulama
~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

SALAM SATU AKIDAH: AL-FALAH DIDAHULUKAN,IBADAH DIUTAMAKAN




Semenjak kebelakangan ini, rakyat mula mempertikaikan kedudukan ekslusif Raja-Raja Melayu beserta kerabat diraja yang lain. Perkara ini berkaitan dengan sikap dan akhlak Raja-Raja Melayu dan kerabat mereka yang dilihat kurang mempraktikkan dan tidak mengambil berat ajaran Islam. Disebalik kekalutan dan kepincangan dalam institusi Raja-Raja Melayu, terselit bermacam-macam kisah berharga yang tersembunyi dan ditelan dek zaman. Institusi diraja sering dipandang tinggi kerana kehidupan mewah mereka, tetapi tidak ramai yang mengetahui kisah segelintir kerabat dan Sultan sendiri yang sangat kuat berpegang pada ajaran Islam dan dianggap ulama' oleh masyarakat yang mengenali mereka.


1) Sultan Mansur Shah Ibni Sultan Muzaffar Shah (Sultan Melaka Ke-6, 1456-1477)


~ Diputerakan sebagai Raja Abdullah, baginda merupakan putera kepada Sultan terdahulu,iaitu Sultan Muzzaffar Shah. Baginda merupakan seorang pemerintah yang sangat mencintai ilmu agama sehingga mendalami ilmu tasauf. Apabila kitab Ad-Dar Manzum karangan Maulana Abu Ishaq tiba di Melaka, baginda sendiri datang untuk belajar dengan Maulana Abu Bakar. Kemudiannya baginda mengarahkan agar kitab tersebut diterjemah kedalam bahasa Melayu oleh Makhdum Patakan di Pasai. Baginda gemar merujuk permasalah agama ke Negeri Pasai kerana kerajaan tersebut terkenal dengan kekananan dalam segi keagamaan. Undang-Undang Melaka disifatkan sangat mirip dan menerima pengaruh Islam yang sangat besar. Qadhi Besar Melaka pada waktu pemerintahan baginda ialah Sayyid Yusof Ibni Sayyid Abdul Aziz. Baginda Sultan Mansur Shah menurut catatan Tom Pires ialah seorang yang suka merujuk orang-orang tua dalam permasalahan,mementingkan keselamatan empayar dan mementingkan kesepaduan rakyat. Baginda juga bijak dalam mengembangkan agama Islam dengan cara perkahwinan. Raja-raja negeri yang ditawan selalunya dikahwinkan dengan puteri-puteri baginda. Selain itu,baginda juga mewujudkan hubungan dengan kerajaan luar melalui perkahwinan.


2) Sultan Alauddin Riayat Shah Ibni Sultan Mansur Shah (Sultan Melaka Ke-7, 1477-1488)

~ Diputerakan sebagai Raja Hussein, baginda merupakan putera kepada Sultan Mansur Shah dan Raden Galuh Cendera Kirana. Baginda dikenali sebagai pemerintah yang mencontohi Sayidina Umar Al-Khattab dalam menjalankan pemerintahannya. Baginda merupakan seorang Sultan yang warak dan adil serta dianggap sebagai wali Allah. Baginda sering keluar menyiasat keadaan rakyatnya terutama pada waktu malam. Besar kemungkinan baginda merupakan Raja Melayu pertama yang mengerjakan haji. Baginda amat terkenal dan diingati oleh rakyat kerana keberanian baginda demi menjaga keamanan negeri. Baginda mangkat dalam umur 30-an dan bergelar Marhum Berdarah Putih. Makam baginda ditemui di Pagoh,Muar Johor. Pada nisan baginda tertulis; "Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, inilah kubur yang cemerlang,Sultan yang suci, Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah Ibni Sultan Mansur Shah Ibni Sultan Muzaffar Shah, rahmat dan kesejahteraan barang terlimpah ke atas rohmu wahai wali Allah yang terpilih."


3) ) Raja Kechil Tengah Sultan Muda Raja Ahmad Shah Waliullah Johan Berdaulat Ibni Sultan Abdul Malik Mansur Shah

~ Baginda merupakan Pawang Di-Raja Negeri Perak Darul Ridzuan yang bertanggungjawab dalam mengelola adat-istiadat pertabalan Sultan. Baginda terkenal sebagai putera raja yang sangat warak dan dianggap sebagai wali Allah. Baginda dilaporkan ghaib tanpa jejak. Dari keturunan baginda lahirnya 9 orang Sultan Perak termasuk Sultan Azlan Shah.
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

4) Sultan Zainal Abidin Muazzam Shah III Ibni Sultan Ahmad Muazzam Shah II (Sultan Terengganu Ke-11, 1881-1918)



~ Terkenal sebagai Sultan yang mahir dalam bidang agama dan menguasai ilmu bahasa Arab, baginda merupakan Sultan yang sangat komited dalam menegakkan amalan Islam di negeri baginda. Almarhum Tuanku Sultan terkenal dengan penggubalan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu (Ittiqan Al-Muluk Bi Taqdil Il Suluk) dan amat rapat dengan Ulama' Mekah dari Patani iaitu Sheikh Muhammad Bin Ismail Al-Fathani dan Sheikh Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani.
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
5) Sultan Alaeddin Suleiman Shah Ibni Raja Muda Musa Ibni Sultan Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor Ke-5, 1898-1938)





[/td][/tr]
[tr][td]Kitab Pohon Ugama: Bahagian Rukun Iman

~ Sultan Selangor ini amat dikenali dan dikagumi oleh rakyat jelata kerana ketinggian ilmu agama. Baginda amat menyanjungi dan gemar berdamping dengan ulama' dari Patani yang dilantik sebagai Sheikhul Islam Negeri Selangor iaitu Tengku Mahmud Zuhdi Bin Tengku Abdur Rahman Al-Fathani. Baginda juga sering membawa ulama' tersebut mengikuti rombongan baginda ke luar negeri bagi mendapatkan nasihat. Baginda juga telah mengarang dua kitab agama, iaitu Kitab Pohon Ugama: Bahagian Rukun Iman dan Kitab Melatih Kanak-kanak Laki-laki dan Perempuan Agama Islam sehingga mendapat pujian Tengku Mahmud Zuhdi Al-Fathani. Baginda juga dikenali sebagai Sultan yang sering memberi khutbah dalam Solat Jumaat dan Solat Sunat Aidilfitri dan Aidiladha.


6) Sultan Iskandar Shah  Ibni Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Sultan Perak Ke-30, 1918-1938)






[/td][/tr]
[tr][td]Risalah Iskandar Shah (dari sembangkuala.wordpress)

~ Raja Alang Iskandar Shah Ibni Raja Idris Shah Ibni Raja Alang Iskandar Ibni Sultan Muda Raja Ahmad Waliullah Johan Berdaulat. Cicit kepada Raja Ahmad Waliullah ini terkenal dengan sifat prihatin dan mesra dengan rakyat. Baginda juga dikagumi dengan keperibadiannya yang sangat menekankan kehidupan beragama dan merupakan antara Sultan yang bergelar Ulama'. Baginda pernah menitahkan kepada seluruh isi Negeri Perak bahawa celakalah seorang lelaki yang tidak menghadiri Solat Jumaat tanpa sebab. Baginda juga telah melantik Sheikh Muhammad Saleh dari Minangkabau sebagai Sheikhul Islam dan menjalankan kerja-kerja dakwah di Teluk Intan. Baginda juga telah mengarang sebuah kitab agama yang berjudul Risalah Iskandar Shah dengan menggunakan nama pena Faqir. Baginda juga terkenal dengan sikapnya yang suka menguji para ulama' Negeri Perak terutama dalam peristiwa pada bulan Ramadhan yang menyaksikan ketegasan Haji Nawawi Mohd Tahir yang menolak titah baginda untuk berbuka puasa sebelum masuk waktunya. Sikap mesra dan prihatin terhadap rakyat diwarisi oleh putera-puteri baginda,seperti Sultan Idris Al-Mutawakkil Allahi dan Raja Muda Ahmed Siffuddin. Baginda digelar Marhum Kadasallah.


7) Raja Kechil Sulong Perak Sheikh Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah (1958-2012)

~ Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Sultan Yussuff Izzuddin Ghafarullahulah Shah Ibni Sultan Abdul Jalil Nasruddin Mukhtaram Shah Ibni Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah Ibni Raja Bendahara Alang Iskandar Ibni Raja Kechil Tengah Sultan Muda Raja Ahmad Waliullah Johan Berdaulat, iaitu keturunan ke-6 secara langsung kepada Raja Ahmad Waliullah.


Mendapat pendidikan berkaitan ekonomi dan undang-undang, baginda turut mendapat pendidikan tasauf dari ajaran Tariqad Naqshabandiya Haqqiya dari Sheikh Sayyid Muhammad Nazim 'Adil al-Haqqani (Mufti Besar Cyprus dan Imam Tariqad Naqshabandiya Haqqiya). Baginda terkenal dengan imej sebagai satu-satunya putera raja yang berserban. Baginda juga sering dilihat dalam majlis-majlis ilmu dan zikir. Kemangkatan baginda pada 30 Mac 2012 hanyalah beberapa jam selepas selesai mengikuti majlis zikir.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]--><!--[if !supportLineBreakNewLine]-->8) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Ibni Sultan Ismail Petra (Sultan Kelantan Ke-9, 2010-Sekarang)


~ Dilahirkan pada tahun 1969 sebagai Tengku Muhammad Faris Petra merupakan putera sulung kepada Sultan Ismail Petra dan Tengku Anis. Baginda merupakan Pemerintah Kelantan ke-47 jika dikira dari Dinasti Awal Langkasuka, Dinasti Chermin, Dinasti Champa-Jembal, Dinasti Datu Pattani, dan Dinasti Muhammadi. Baginda ialah Sultan Kelantan ke-9 bermula dari Sultan Ahmad Ibni Raja Muhammad Ibni Sultan Mansur Riayat Shah I dari Terengganu.

Baginda terkenal dengan sifat zuhud dan mesra rakyat. Disayangi rakyat bukan sahaja di Kelantan Darul Naim, bahkan seluruh rakyat Malaysia menyanjungi dan menyayangi Sultan bergelar Ulama ini. Rakyat Malaysia sering membayangkan satu perubahan besar dalam struktur sosial masyarakat bakal berlaku kelak apabila Baginda Al-Sultan menaiki takhta tertinggi di Malaysia iaitu sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia. Sultan Muhammad V telah membawa perubahan besar dalam hubungan seorang Sultan dengan rakyatnya apabila baginda pernah membuka pintu istananya dan mempelawa seluruh isi negeri untuk bersama-sama baginda dalam Maljis Iftar,Solat Sunat Tarawih dan Qiamullail di Istana Kubang Kerian. Baginda juga pernah bersama-sama melaksanakan ibadah korban dan sering dilihat berjubah seperti rakyat biasa. Baginda telah berusaha melakukan perubahan dan memperbetulkan imej institusi beraja di Kelantan yang sering dilanda konflik dalaman. Sering dilihat memuliakan para ulama dan orang tua, baginda Al-Sultan sendiri gemar mengunjungi dan begitu menghormati Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang terkenal dengan kewarakan beliau.
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]--> <!--[endif]-->
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2013 02:13 PM | Show all posts


Raja- Raja Melayu harus teladani Sultan Kelantan




DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda dan para sahabat yang muttaqin.

Kita turut menumpang bangga dan terharu apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menganjurkan majlis qiamullail dalam satu program yang dinamakan 'Qiam With Me' di Istana Negeri Kubang Kerian.

Ribuan rakyat Kelantan membanjiri Dewan Jubli Perak, Istana Kubang Kerian untuk menunaikan qiamullail bersama Sultan Muhammad ke V pada  9 Ogos 2012.

Program Qiam With Me bermula dengan Solat Isyak kemudian diteruskan dengan solat tarawih bersama Sultan Muhammad V, dihadiri Menteri Besar, Dato' Bentara Setia, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah agama yang disampaikan penceramah popular dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus. Program seterusnya dimulakan pada jam 4 pagi untuk qiamullail sehingga sahur dan kemudiannya solat Subuh secara berjemaah.

Kita berbangga dan terharu kerana tidak pernah dalam sejarah Kesultanan Melayu moden, Sultan dan rakyat sama-sama bersujud memohon keampunan dari Allah dalam majlis seumpama itu.

Kerana sebelum ini, walaupun Raja-Raja Melayu berstatuskan Ketua Agama Islam negeri, dibacakan doa untuk mereka setiap kali selepas khutbah jumaat, namun ruh sebenar daripada kedudukan mereka tidak direalisasikan dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

Sebelum ini, dijaja dalam media pro kerajaan tentang kedudukan istimewa Raja, beza taraf mereka, kedudukan dan kemuliaan mereka berbanding rakyat kebanyakan. Malah di sesetengah negeri, golongan Di Raja dipamerkan tidak mewarisi ruh Islam sebenar, kerana terbabit dalam perkara-perkara yang mencemarkan.

Di dalam media massa kita, bagaimana tatkala Umno bersanggahan dengan istana, mereka memaparkan rencana dan berita-berita buruk mengenai institusi Raja, yang dikaitkan dengan perbuatan tidak bermoral dan sebagainya.

Walau apa pun persepsi dan tujuan ia disiarkan, sedikit sebanyak, paparan ini memberikan kesan di hati rakyat, sehinggakan ada sesetengah pihak meragui peranan Ketua Agama Negeri, dengan nilai moral yang sedemikian.

Namun, situasi ini ternyata berbeza di Kelantan, beberapa tahun kebelakangan ini, sejak mengambil alih takhta pemerintahan, Sultan Muhammad V, mempamerkan keperibadian yang berbeza berbanding dengan kebiasaaan yang diamalkan Raja-Raja Melayu yang lain.

Kita tidak menafikan, kebanyakan Raja-Raja kita 'berjiwa rakyat'. Tetapi kita melihat, keperibadian yang ditonjolkan oleh Sultan Muhammad V, dilakukan di luar kebiasaan resmi Raja, begitu dekat dan menyentuh hati nurani rakyat.

Baginda bukan sahaja menjadi Sultan yang memerintah negeri, malah mempamerkan keperibadian yang 'humble', menepati ciri-ciri seorang Sultan yang merealisasikan amalan Islam sebenar. Dan selaku Ketua Agama Islam Negeri, baginda benar-benar berusaha merealisasikannya di dalam penghidupan yang sebenar.

Bersedekah di bulan Ramadan, amalan biasa. Berbuka puasa bersama rakyat juga amalan biasa. Menghadiri majlis tilawah dan sebagainya, juga biasa dilaksanakan Raja-Raja Melayu. Yang luarbiasanya ialah apabila seorang Sultan mengajak rakyatnya bersolat malam bersama baginda.

Justeru, alangkah bahagianya rakyat Malaysia, jika program sebegini dapat kita nikmati bersama-sama di negeri masing-masing. Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Negeri, menjadi peneraju utama dalam menyuburkan amalan Islam di negeri-negeri yang dinaungi mereka.

Tuanku al-Sultan Kelantan sudah mendahului, memberikan contoh terbaik, sebagai Raja yang sama-sama sujud ke hadrat Ilahi. Baginda memohon keampunan dan rahmat dari-Nya. Sesungguhnya, apa yang dilakukan oleh Sultan Muhammad V ini, bukan sahaja merapatkan diri baginda dengan Allah SWT, malah semakin menyuburkan kasih sayang rakyat Kelantan terhadap beliau.

Mudah-mudahan suatu hari nanti, kita boleh sama-sama qiamuillail dengan Raja yang kita sayangi di Istana Selangor, Johor, Perak, Pahang dan sebagainya. Mudah-mudahan satu hari nanti, ianya akan menjadi realiti, insya Allah.


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 02:16 PM | Show all posts
kecik82 posted on 5-2-2013 01:29 PM
Saja nak panaskan balik isu 2 bln lepas

melampau kan diorang ni. tader perasaan hormat langsung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2013 02:23 PM | Show all posts
lamya_aymal posted on 5-2-2013 02:16 PM
melampau kan diorang ni. tader perasaan hormat langsung

BILA TERLAMPAU FANATIK PASAL POLITIK TU JADINYA..WALAUPUN AKU NI PUN BERHALUAN KIRI TAPI BENDA2 YG BAIK DIBUAT KERAJAAN AKU SUPPORT BEGITU JUGA SEBALIKNYA...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 03:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 03:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 03:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 03:40 PM | Show all posts
cecurut posted on 5-2-2013 03:16 PM





Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 06:18 PM | Show all posts
cecurut posted on 5-2-2013 03:16 PM

ni event ape eh....n dekat mane...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 08:58 PM | Show all posts

abe faris selalu wat jiwa saya bergetar...hati saya berdebar....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 10:43 PM | Show all posts
cecurut posted on 5-2-2013 08:23 PM
ambo kurang pasti... tu keno tanya lamya

biarlah rahsia hikhikhik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2013 10:45 PM | Show all posts
ahlisihircute posted on 5-2-2013 08:58 PM
abe faris selalu wat jiwa saya bergetar...hati saya berdebar....

macam ku kenal jer ayat ini, tapi di mana ya?


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 10:46 PM | Show all posts
cecurut posted on 5-2-2013 09:33 PM
ini lirik Dag Dig Dug  nyanyian klon haiza

Dag Dig Dug

macam ku kenal jugak lagu ini ya
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 11:09 PM | Show all posts
kecik82 posted on 5-2-2013 02:23 PM
BILA TERLAMPAU FANATIK PASAL POLITIK TU JADINYA..WALAUPUN AKU NI PUN BERHALUAN KIRI TAPI BENDA2 YG ...

yup. aku sokong. yang elok kita terima, yang tak elok tu kita tak yah terima. belajar la hormat pada Raja/Sultan. klau kat diorg kita tak tau nak hormat, apa la nak jadi nanti? dah dapat Sultan yang bagus camni pun masih ada yg tak puas hati lagi. haish! babap kang
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 11:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.264788 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list