CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farikica

All about Republic of Turkey (Istanbul etc...) PART 2

 Close [Copy link]
Post time 29-5-2013 04:33 PM | Show all posts
nidzhar posted on 28-5-2013 10:53 PM
cantiknya ambok cappadocia..mmg photographer's paradise lah bagi aku
insha-allah aku pergi hujun ...

tq, nanti saya upload lagi..

cappadocia memang cantik, batu-batu yg terbentuk tu adalah bentuk semulajadi hasil dari lava gurun berapi dari zaman dulu-dulu...menurut kata tour guide tu, sampai ke hari ini, masih ada gunung berapi yg aktif di cappadocia....tapi banyak yang tak aktif dah

nak pergi sana hujung june ?

musim panas kan? ada member pernah pergi bulan julai, dia kata panas yg amat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2013 04:39 PM | Show all posts
ambok posted on 29-5-2013 09:33 AM
tq, nanti saya upload lagi..

cappadocia memang cantik, batu-batu yg terbentuk tu adalah bentuk  ...

plan hujung june insha-allah sebab anak2 dah start summer holiday
budget nak stay 1 minggu kat turkey
kalau sempat dari izmir tu nak naik ferry ke greece
kalau sempatlah..end june mmg panas..dah takda choice sebab travel terpaksa ikut jadual budak2 cuti
rumah maryam tu kena bayar tak? u pergi gua ashabul kahfi tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 04:45 PM | Show all posts
nidzhar posted on 29-5-2013 04:39 PM
plan hujung june insha-allah sebab anak2 dah start summer holiday
budget nak stay 1 minggu kat t ...

rumah mariam tu tak pasti ,
pasal saya pergi pakej, semua diaorg dah settle...
kecuali belon panas tu saja tak include, tu pilihan sendiri, sapa nak naik kena bayar USD200 seorang
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 04:44 PM | Show all posts
ALLAHUAKBAR! ALHAMDULILLAH! Hari ini genap 560 tahun hari di mana Muhammad Al Fateh bersama 150 ribu pejuang muslimin membuka Kota Konstatinople daripada pemerintah Rom Timur...Muhammad Al Fateh...anak muda berumur 21 tahun ketika itu mampu menunjukkan tahap kepimpinan luar biasa dengan mengemudi seluruh harapan dan tenaga umat Islam seperti mana memenuhi aspirasi Baginda Rasulullah yang diucapkan lebih kurang 800 tahun sebelum itu. Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, “…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)...Takbir!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 04:46 PM | Show all posts
nidzhar posted on 29-5-2013 04:39 PM
plan hujung june insha-allah sebab anak2 dah start summer holiday
budget nak stay 1 minggu kat t ...

erm, sebenarnya kat mana gua ashabul kahfi tu ?
gua yang diceritakan dalam surah Al Kahfi tu kan....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 05:02 PM | Show all posts
ambok posted on 30-5-2013 09:46 AM
erm, sebenarnya kat mana gua ashabul kahfi tu ?
gua yang diceritakan dalam surah Al Kahfi tu kan. ...

lokasi gua ni ada 3
kat ephesus, anatolia turki
di damsyik, syria &
amman, jordan
yg jordan tu katanya menepati ciri2 dalam al-quran
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2013 09:38 AM | Show all posts

Apa cerita demonstrasi kat istanbul skrg ni? Any live telecast dari forumer disana?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:47 AM | Show all posts
kunas posted on 3-6-2013 09:38 AM
Apa cerita demonstrasi kat istanbul skrg ni? Any live telecast dari forumer disana?

Nampaknnya kena tangguhlah trip turkey aku ni. Baik aku cari tempat lain utk holiday.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 01:01 PM | Show all posts
kunas posted on 3-6-2013 09:38 AM
Apa cerita demonstrasi kat istanbul skrg ni? Any live telecast dari forumer disana?

yeah.any idea?
area effected dekat taksim je ke atau seluruh istanbul?
selamat lagi x nak jalan daerah lain kat turki?

hi,saya budak baru belajar.dah habiskan thread ni
akan ke sana pada 4-18 october (bakal beraya haji di sana inshaAllah)
cuma x tau nk ke rumah sapa utk raya haji nanti.
mungkin ke embassy malaysia atau menempel je di masjid2?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 09:06 AM | Show all posts
Skrg diaorg berdemo area Taksim Square
Risau jugak ni sbb flight ticket dah beli

I wonder kalau Malaysia keluarkan travel warning, adakah MAS akan refund ticket ek?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 01:45 PM | Show all posts
Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Kunjungi Turki

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang merancang untuk mengunjungi Turki dinasihatkan supaya menjauhui kawasan yang terjejas akibat tunjuk perasaan di negara itu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, Kementerian Luar sedang memantau perkembangan di Istanbul dan Ankara yang menyebabkan kecederaan ratusan orang sejak beberapa hari lepas.

"Berdasarkan keadaan semasa, kementerian ingin menasihatkan semua rakyat Malaysia untuk mengelakkan perjalanan ke kawasan yang terjejas atau menangguhkan mana-mana lawatan yang tidak penting ke Turki pada masa ini untuk demi keselamatan diri," kata kenyataan itu.

Kekacauan di Turki yang bermula pada Jumaat lepas apabil arakyat negara itu membantah kepimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

Hingga kini protes anti-kerajaan di seluruh negara itu mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang dilaporkan terbunuh.



news from The star. pls confirm

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 08:42 PM | Show all posts
keyboardmouse posted on 4-6-2013 01:45 PM
Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Kunjungi Turki

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang merancang untu ...

Saya baru balik dari Turkey. Demo tu started on 31 May di Taksim Area. Bantahan orang ramai ke atas cadangan Erdogan untuk membangunkan satu kawasan hijau "Green Gazetted Area" di kawasan itu. Bermula sebagai satu perhimpunan aman akhirnya bertukar ganas dan berlaku kematian. Pada waktu ini kawasan sultanahmet tidak terjejas. Ia telah merebak ke Izmir dan Ankara. Ini semua adalah political movement di negara ini. Jika Wisma Putra sendiri telah mengeluarkan arahan untuk menangguhkan lawatan buat masa ini, maka saya nasihatkan untuk berbuat demikian. Malang tidak berbau. Biarlah dulu keadaan kembali tenang. BTW, semasa hari2 terakhir saya di Istanbul, keadaan tetap seperti biasa. Ramainya Malaysian saya terjumpa, especially Jumaat lalu ramai je anak2 muda jenjalan lengkap dengan baju melayu bersamping semua...siap we all gurau2 selamat hari raya

Soal hot ballon yang terhempas itu memang isolated cases. Kebetulan pada hari/pagi itu anak saya juga menaiki belon. Memang betul2 terjadi depan mata mereka malah sempat dirakam (20/5/2013). Bila balik depa terus report kat I. Belon yang terhempas itu milik Anatolian Hot Ballon dipunyai Korean Company. Casualties: seorang perempuan berumur 60 tahun meninggal otw to hospital. Not from the fall itself but heart attack. Mungkin terkejut dan panic sesangat. Yang lain hanya cedera ringan. Tapi esoknya business as usual di Cappa... hot ballon beroperasi seperti biasa. Nasihat saya, ikut gerak hati. If you rasa nak naik its ok. If you have doubt then don't. Satu lagi, pilihlah syarikat hot ballon yang betul2 berdaftar dan legal walaupun ia agak mahal. Hot ballon tempatan pilotnya semua certified by the Turkish Airlines.

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 11:27 AM | Show all posts
Salam, saya masih di Selcuk. Dua hari lepas di Istanbul ia hanya affected di Taksim. Tram ke situ berjalan macam biasa. Istanbul dan area Kadikoyl tak terjejas. InsyaAllah hari ni saya ke Istanbul dalam 7pm waktu Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 12:08 PM | Show all posts
jayn2u posted on 4-6-2013 08:42 PM
Saya baru balik dari Turkey. Demo tu started on 31 May di Taksim Area. Bantahan orang ramai ke ata ...

thanks for the info!

risau sangat takut xleh pegi.just wait and see sebab lambat lagi nak pegi kan.
hopefully by that time dah xde protest.

cappa takut jugak lps dgr kata terhempas tu.
dah tau crite sebenar then i can judge by myself
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:41 PM | Show all posts
kambinghitam posted on 6-6-2013 12:08 PM
thanks for the info!

risau sangat takut xleh pegi.just wait and see sebab lambat lagi nak pegi  ...

Ya...betul. Hari itu ribut2 di Taksim kat Sultanahmet biasa2 saja.. tourist tetap ramai jalan-jalan... Turkey ni luas... jauh tu Ankara dan Izmir...tapi iyalah kan..harap2 cepat tenang. Cam demo di Malaysia juga dulu...ramai pelancong dinasihatkan jangan datang tapi inshaallah tidak ada apa2.

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 12:02 PM | Show all posts
Setakat 6-8 jun Alhamdulillah Istanbul macam biasa. Saya balik hari ini. Ada jumpa orang Malaysia n Singapore. Pelajar Malaysia Kat Jordanpun saya jumpa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2013 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 november ni selamat tak... saya tanya kawan di turki semua kata, tourist ok... kwn saya dah takut nk pegi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 07:53 AM | Show all posts
kabintang posted on 9-6-2013 10:43 AM
Agak2 november ni selamat tak... saya tanya kawan di turki semua kata, tourist ok... kwn saya dah ta ...

Kedutaan Malaysia di Turkey sd keluarkan travel advisory. Suruh rakyat Malaysia tangguhkan dulu trip nak ke sana. Aku pun tak jd nak gi dah ni. Cari destinasi lain.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 08:44 AM | Show all posts
Baru landing klia semalan. Masa sampai di airport sabiha gokcen perkhidmatan bas ke Taksim Square dah pulih seperti biasa. Sultanahmed tak terjejas. Sebelah Denizli, Kusadasi dan Selcuk langsung tiada gangguan. Malah area kadikoypun tiada gangguan.

Turki tempat yg best untuk dilawati.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 09:22 AM | Show all posts
kabintang posted on 9-6-2013 10:43 AM
Agak2 november ni selamat tak... saya tanya kawan di turki semua kata, tourist ok... kwn saya dah ta ...

Aku nye trip pon Nov
Walaupon lmbt lg tp risau sbb flight tickets dah beli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.084831 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list