CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kak-Leen

BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOL. 14

 Close [Copy link]
 Author| Post time 20-9-2020 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 19-9-2020 03:21 PM
planet mana tu? best jugak duk planet luar dunia ni... sini jam la.. org mandu main keluar jeee x  ...

Dan jgn lupa.. Kepingan concrete jatuh ke atas kereta pengguna jalanraya sekali.. huhuhuhu
Kat planet lain semua main terbang je.. Tak ada la agaknya binaan concrete bagai ni. Hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2020 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
setiakudisini replied at 19-9-2020 03:22 PM
Sama la kita...drama jerit2 ...bahasa kurang sopan mmg pangkah
Kdrama pun KSetia layan drama yg s ...

Nampak sangat kita ni mak2 kan.. Suka tengok family drama. Selain tu suka tengok kisah2 dari kisah benar, biography, documentaries & rancangan2 deco, masakan, architecture. @sarah82 suka tengok cerita zombie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2020 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
setiakudisini replied at 19-9-2020 03:27 PM
Alhamdulillah sedap tapi yg jigae tu x buat sbb anak sibuk nk buat roti pulak td...hihihi
Tqsm Ad ...

Anak2 masak ni sebenarnya sedap. Sedap bagi tekak  mak ayahnya yg paling utama. Leen harap nanti ada la anak yg duduk dekat dgn Leen bila masing2 dah kerja dan ada kehidupan sendiri. Buat teman..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2020 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
asma87 replied at 19-9-2020 03:31 PM
Thanks kak!

Selamat mengesup siam, asma
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 20-9-2020 02:05 PM
Betul.. Ngeh2..

Sama la keypo pun.. xmkn nasi bole mendtg kan marah..haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-9-2020 02:29 PM
Gulai lemak gak ni  ni minum ayo nyo & buah potong betik, mangfa dan nenas...

Ooyeke msk lemak gak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-9-2020 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 20-9-2020 01:48 PM
Dah siap msk lauk msk lemak cili api ketam (not in the pic), sambal tempoyak pucuk kayu yg frozenk ...

Wah.. Sgt menyelerakan masak lemak ketam dilawan dgn sambal poyak pucuk kayu & ikan bulu ayam goreng ni! Akak pulak kecur..

Akak hari ni lauk terperanjat je. Tiba2 kena ke sekolah dan sudahnya lunch cencaru masak budu dgn 2 bola pucuk ubi cicah sambal belacan je. Kenyang pucuk ubi ni..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-9-2020 02:29 PM
Gulai lemak gak ni  ni minum ayo nyo & buah potong betik, mangfa dan nenas...

Suka bebenor ayo nyo.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2020 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 20-9-2020 01:32 PM
Hahaha.. Stress.. Dok teringat coq jagung..

Lelap diulit Intan tadi
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 20-9-2020 02:22 PM
Internet sangat teruk dari Subuh.. Akak sampai dah give  up nak buka apa2 site. Akak main Candy Crus ...

Guna telco pe?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 20-9-2020 04:01 PM
Wah.. Sgt menyelerakan masak lemak ketam dilawan dgn sambal poyak pucuk kayu & ikan bulu ayam gore ...

Pucuk ubi ni versatile celur cicah sambal belacan/ budu pun dah sedap..
Ikan cencaru nmpk sedap.. mcmana msk budu? Xpernah buat..kalau msk tauchu tahu la
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 20-9-2020 02:46 PM
Ooyeke msk lemak gak

Haah...terus tido kekenyangan cam ular lps mkn buah & minum ayo nyo
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-9-2020 04:17 PM
Haah...terus tido kekenyangan cam ular lps mkn buah & minum ayo nyo

Hahaha ular kekenyangan
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 20-9-2020 03:01 PM
Wah.. Sgt menyelerakan masak lemak ketam dilawan dgn sambal poyak pucuk kayu & ikan bulu ayam gore ...

Wah antara ikan faberet ayah selain pari, kayu dan keli.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 20-9-2020 03:13 PM
Suka bebenor ayo nyo.. hehe

Bagus utk nyah toksin hohoho....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-9-2020 04:15 PM
Lelap diulit Intan tadi

Hahaha.. Siap buat coq jagung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2020 04:24 PM | Show all posts
sarah82 replied at 20-9-2020 03:20 PM
Hahaha.. Siap buat coq jagung

produktif hari ni...dapnyerrrr...

TikTok, WeChat jadi perbalahan AS-China
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
6-8 minutes

PENTADBIRAN Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membuat tindakan yang drastik apabila pengguna-pengguna di AS tidak lagi dibenarkan memuat turun aplikasi popular TikTok dan WeChat mulai Ahad ini atas alasan isu keselamatan.

Pengharaman itu dibuat oleh Jabatan Perdagangan AS pada Jumaat lepas setelah Trump pada Ogos lalu mengeluarkan arahan melarang syarikat-syarikat di bumi 'Uncle Sam' melakukan urus niaga dengan aplikasi dari China itu dalam tempoh 45 hari.

Sebelum ini, Trump pernah memuji TikTok dengan menyatakan aplikasi perkhidmatan perkongsian video itu ialah sebuah syarikat yang mengagumkan dan amat popular dari China.

Aplikasi itu dikatakan mempunyai lebih kurang 700 juta pengguna manakala WeChat pula memiliki kira-kira satu bilion pengguna di seluruh dunia telah diberikan masa sehingga 12 November ini untuk memperbaiki isu-isu mengenai keselamatan jika tidak mahu operasinya diharamkan terus di AS.

Pengharaman memuat turun TikTok itu juga sebelum ini sudah menunjukkan tanda-tanda ia kemungkinan akan berlaku berikutan satu siri tuntutan keselamatan Washington ke atas pemilik aplikasi tersebut.

Ini adalah kerana Trump pernah mengeluarkan arahan bahawa aplikasi yang dimiliki oleh syarikat ByteDance dari China itu akan diharamkan jika ia tidak dapat mencari syarikat baharu dari AS bagi membelinya menjelang 20 September ini.

Washington sebelum ini mendakwa TikTok dan WeChat menggunakan alasan bahawa ia mungkin digunakan untuk tujuan pengintipan oleh Beijing kerana syarikat AS tidak mempunyai pegangan saham terbesar dalam kedua-dua aplikasi tersebut.

Pengharaman itu bukan sesuatu yang luar biasa bagi AS kerana ia juga telah menyenaraihitamkan syarikat komunikasi dari China, Huawei pada Mei tahun lalu dengan mengggunakan alasan keselamatan.

Alasan itu digunakan seolah-olah bagi memberitahu dunia bahawa TikTok akan mengggunakan maklumat peribadi para pengguna AS yang tersimpan di dalam aplikasi itu dan kerajaan China pula didakwa melakukan tapisan terhadap maklumat-maklumat dianggap sebagai sensitif.

Namun, AS menerima tamparan apabila TikTok menolak dakwaan tersebut dengan menyatakan pusat maklumat peribadinya terletak di luar China.

Sebagai usaha untuk meneruskan operasi di negara tersebut, pemilik TikTok telah mengadakan perbincangan dengan syarikat Oracle Corp. dan beberapa syarikat lagi di AS bagi mewujudkan sebuah syarikat baharu bagi menangani kebimbangan tentang masalah keselamatan itu.

Bagaimanapun, pada akhirnya, Trump akan memberikan kata putus tentang pembelian syarikat AS terhadap aplikasi itu yang dilaporkan mempunyai kira-kira 100 juta penggguna di negara tersebut.

Sasaran pengharaman syarikat dari China itu juga pernah berlaku pada tahun 2018 apabila syarikat Peralatan Telekomunikasi Zhongxing (ZTE) dilarang menjual peralatan rangkaian selular ke negara tersebut selama tujuh tahun atas alasan keselamatan negara.

Namun, pengharaman itu ada asas yang kukuh kerana ia dilakukan selepas syarikat itu didapati bersalah membuat kenyataan palsu dalam satu siasatan AS berhubung penjualan peralatannya ke Iran.

Jualan telefon pintar syarikat berkenaan dikatakan mewakili 11 peratus daripada pasaran alat komunikasi itu pada suku pertama tahun 2018 di belakang Apple, Samsung dan LG sebelum pengharamannya.

WeChat pula dikatakan mempunyai berbilion-bilion mesej penggguna termasuk yang dihantar dari luar China seperti Taiwan, AS, Australia, Kanada dan lain-lain negara yang sekali gus dianggap menjadi ancaman keselamatan terhadap AS.

Aplikasi itu secara puratanya didakwa mempunyai 19 juta pengguna aktif di AS dan popular dalam kalangan pelajar China, pemastautan luar negara dan sebahagian rakyat AS yang mempunyai hubungan perniagaan di China.

Bagaimanapun, WeChat yang dimiliki oleh syarikat Tencent mengalami perkembangan pesat apabila ia yang memulakan operasinya pada tahun 2011 itu turut terkenal sebagai aplikasi pembayaran mudah alih.

Populariti dan perkembangan perniagaan pesat yang diraih syarikat milik penuh rakyat China itu kelihatan terhenti di AS melalui keputusan terbaharu tersebut sekali gus menimbulkan reaksi keras daripada China.

China berikrar pertahan syarikat negaranya

Pada Sabtu lalu, Kementerian Perdagangan China dalam satu kenyataan mendesak AS untuk meninggalkan apa dianggapnya sebagai tindakan buli dan berikrar akan mengambil langkah-langkah perlu untuk mempertahankan syarikatnya yang beroperasi di AS.

Ia sekali gus menunjukkan seolah-olah dakwaan kedua-dua aplikasi tersebut digunakan untuk tujuan perisikan sebagai tidak benar.

Tindakan terbaharu itu juga dilakukan selepas aplikasi sosial AS seperti Facebook, Youtube dan Instagram turut diharamkan di China atas sebab-sebab keselamatan.

Jika Beijing mengambil pendekatan pengharaman itu, Washington juga mempunyai hak untuk melarang rakyatnya daripada memuat turun aplikasi TikTok dan WeChat atas aspek keselamatan negara.

India juga mengambil pendekatan yang sama apabila mengharamkan TikTok dan WeChat itu beberapa minggu lalu berikutan perbalahan isu sempadan negaranya dengan China.

Pentadbiran Trump dilihat mengambil pendekatan itu ketika satu siri perbalahan negaranya dengan China belum lagi reda dan ketika pilihan raya presiden AS semakin hampir yang menyaksikan dia mempertahankan jawatan bagi penggal kedua iaitu pada 3 November depan.

Pengharaman itu juga dikatakan dilakukan bagi mengelak penyebaran maklumat tidak betul tetapi ia dinafikan oleh ketua keselamatan TikTok di AS, Eric Han dengan menegaskan pihaknya melakukan pemantauan bagi mengelak kejadian tersebut daripada berlaku.

Namun, satu siri perbalahan kedua-dua buah negara masih lagi berlanjutan dengan kali ini ia melibatkan dua aplikasi popular dari China dan persengketaan itu masih lagi belum berakhir.

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 04:25 PM | Show all posts
Jejak petunjuk baru kehilangan Acap

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aru-kehilangan-acap

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 3:29 PM

Balqis Jazimah Zahari
[email protected]


SESI taklimat sebelum memulakan Latihan Pengoperasian STORM bagi 'Acap Trail' di Gua Tempurung.  FOTO Balqis Jazimah Zahari.

Gopeng: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi Latihan Pengoperasian Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) meneruskan usaha mencari jejak kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau lebih dikenali Acap yang hilang lebih setahun lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Yunus Abu berkata, latihan bermula semalam sehingga 23 September ini oleh pasukan elit gabungan beberapa negeri di Semenanjung itu membabitkan beberapa latihan operasi dan menyelamat termasuk Latihan Pengoperasian SAR 'Acap Trail'.

"Bagi fasa pertama kita menggerakkan pasukan khas kita ini untuk berjalan lasak membabitkan laluan 25 kilometer mengikut trek yang dilalui oleh Acap.

"Jadi, kita berharap program jalan lasak 'Acap Trail' ini dapat membantu serba sedikit mengurangkan keresahan dari pihak keluarga Acap sendiri berkaitan tindakan jabatan bomba dengan perkembangan Acap," katanya kepada pemberita ketika menyertai Latihan Pengoperasian Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Tahun 2020 Peringkat Zon Utara di Gua Tempurung hari ini.

Mohd Yunus berkata, meskipun ia bukan satu operasi pencarian secara khusus tetapi ia antara usaha jabatan bagi mengesan sebarang petunjuk baru kehilangan Acap.

"Sebenarnya kita tidak menutup di sini dan berusaha dengan sebarang petunjuk baru, jadi (melalui latihan) kita berusaha menjejaki melalui jalan yang dilalui oleh Acap.

"Dalam tempoh lebih setahun ini kita mengharapkan ada petunjuk baru, setidak-tidaknya ada kemungkinan Acap ini terjatuh dan tertimbus oleh tanah dalam tempoh lebih setahun ini, dengan faktor cuaca berkemungkinan kita dapat menemui sebarang baju atau kasut atau sebagainya untuk membolehkan kita meneruskan pencarian yang lain," katanya.

Acap dilaporkan hilang pada 24 Mac tahun lalu apabila pihak penganjur dan rakannya yang membuat pencarian gagal menemuinya selepas acara tamat pada 2 petang sehari sebelum itu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan pelbagai pihak termasuk bomba, polis, sukarelawan, rakan dan keluarga dihentikan hampir sebulan kemudian.

Sehingga kini kehilangan masih menjadi misteri berikutan tiada sebarang jejak dan petunjuk yang ditemui.

Berkenaan latihan itu, beliau berkata, seramai 150 anggota meliputi pasukan khas STORM JBPM dari Selangor, Pulau Pinang dan Perlis.

Katanya, selain latihan pengoperasian Acap Trail, pihak mengatur gerak latihan operasi dan menyelamat di Gua Tempurung pada keesokan hari dan latihan operasi dan menyelamat di air pada hari seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 04:28 PM | Show all posts
Pasangan OKU...isteri baru bersalin 7 bulan...

KULIM - Betapa luluh hati seorang lelaki ketika terpandang tubuh yang terbujur kaku dalam kemalangan yang kebetulan disaksikannya dalam hujan lebat rupanya adalah mayat isteri sendiri dalam kejadian di Jalan Sungai Ular, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, suami mangsa yang kebetulan lalu di tempat kejadian terus meluru ke arah mayat Nur Almass Zasmi, 23, lalu memeluknya sambil menangis dengan diiringi hujan lebat, ketika itu.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -sendiri-kemalangan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2020 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 20-9-2020 01:56 PM
Ok kalau ada lebih bole la buat cekodok sat lagi..

Ni resipinya.

Bawang merah (3-4 biji) + ikan bilis/udang kering tumbuk separuh lumat.

Tepung gandum + jagung + ikan bilis/udang kering/udang segar + telur sebiji + garam + gula + serbuk kunyit + bawang besar + daun bawang kalau ada...guna air ais utk gaul.. Jadi coq tu akan kekal garing walaupun sejuk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.228331 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list